Kenduri Kahwin Yang Zuhud



Bismillah , Assalamualaikum dan wassup peeps ! =)




Hari ni asu ikut mak abah pergi walimatul urus sepupu asu. Sepupu lelaki sebelah abah.




Korang tahu, kenduri sepupu asu ni sangat-sangat-sangat simple (haa..betapa simplenya kenduri tu sampai kena triple sangat. hehe). Sebab tu asu panggil kenduri kahwin ni sebagai kenduri kahwin yang zuhud. Tiada bersifat keduniaan sangat. First time asu menghadiri majlis kahwin yang macam ni dan asu sangat menyukainya kerana rasa tenang je. Takde lah panas hati je sepanjang majlis tu.




Well, kalau kita ingat semula apa erti walimatul urus sebenarnya kan ialah majlis untuk meraikan tetamu dan juga untuk perkenalkan pasangan pengantin tersebut kepada sanak-saudara kan? Jadi, macam tu jugaklah yang dilakukan oleh sepupu asu ni. Majlis untuk meraikan dan perkenalan pengantin saje.








Nak tahu berapa banyak bajet yang dapat dijimatkan? Jom kira :

1. Solekan mak andam untuk pengantin lelaki dan perempuan. (tak bersolek berat pun. Solekan asas je)
2. Baju pengantin yang lelawa , blink2 dan vogue. (Baju Melayu dan baju jubah je)
3. Kompang-kompang (takde pun. Taw2 je pengantin dah jadi penyambut tetamu sekali)
4. DJ or radio yang memainkan lagu2. (Tiada sebarang musik pun sepanjang majlis berlangsung)
5. Pentas untuk bersanding. (duduk kat kerusi biase je. Takdenye bersanding-sanding ni)
6. Pertunjukan silat and whatever depan pengantin tu. (Hanya tetamu sebagai penghibur pengantin)
7. Meja dan kerusi yang dihias cantik dan siap sampul2 tu. (pakai meja plastik kat warung2 tu je)
8. Sewa khemah yang cantik meletops. (khemah besi yang biasa tu je)
9. Kad jemputan yang cecantik. (jemput pakai telefon. Jelas. Kalau kad pun, orang akan buang)
10. Sewa pinggan mangkuk.  (polystrin je)




Ha. Tengok !
Banyak save-up kan?





Kita ni sebagai manusia, janganlah menilai sesama kita dari segi harta benda sebab semua tu tak kekal pun. Kalau korang lupa, kerana hartalah manusia sanggup berbalah dan memutuskan tali persaudaraan. Betul tak? Jadi, asu dengan rasa rendah dirinya, respect betullah kat family makcik asu ni. Semoga beliau sekeluarga diberi kebahagiaan dan kesenangan yang lebih dalam keluarga. InsyaAllah.





Oh.
Lupa asu nak mention. Asu suka dengan majlis yang sederhana ni bukan setakat simple, tapi takde lah sakit mata tengok orang perempuan pakai baju seksi2 sebab majoriti tetamu yang hadir pakai baju sopan je. Ramai lah jugak yang datang berpurdah atau tudung labuh.





Memang sejuk je mata memandang. Tambahan, telinga pun tak sakit sebab musik pun takde. Bebudak kecik pun takde yang main lari sana sini. 





Diri dari kiri : Abah, Alang, Pakcik Ishak, Mak
Duduk dari kiri : Bibik Leha, Isa (husband) and wife (err,not sure lah namenye ape. hehe)



Hm. Tadi, bila jumpa makcik2 sedara, dorang cakap kat asu " Ha, umi ni pun tak lama lagi lah tu"


Errr,, no komen ! Haha





Eh. Terlupa nak pesan. Hm, memang lah kalau kahwin tu, biar sekali dan meriah. Tapi,  kalau jadi  "wedding of the year" sekalipun but ends up with divorce, tak guna jugak. Biarlah majlis itu jadi sesuatu kenangan yang paling manis dan abadi walaupun sederhana saja. 






p/s : Asu terlalu menghayati keadaan sekeliling sampai terlupa nak snap gambar keadaan majlis tu. Ni dah nak balik, baru sibuk request nak amek gambar kat atas ni je. Hewhewhew






p/s untuk bakal imam asu : Eh awak. Walaupun saya tak pernah tahu siapa awak, nanti kita pun buat majlis macam sepupu saya ni boleh tak? Kalau nak meriah sikit, boleh je asalkan tak membazir dan tiada unsur maksiat. Tambahan, nanti kita boleh jimat duit demi anak2 kita nanti. Hehe. Jauh pulak melalut. Sorry ye. Tapi, salah satu kelemahan saya adalah, saya memang tak boleh lah kalau orang ramai pandang saya dalam satu2 masa, nanti pipi muka saya bertukar merah. Maluuuuu. Haha !



To my cuzzie, Selamat Pengantin Baru ye. Lagu ni khas untuk kamu :)




Barakallah - Maher Zain





From author :

Cinta yang ku cari bukanlah cinta dari syaitan mahupun jin. Tetapi aku mahukan cinta dari Allah agar cinta itu biar sampai ke syurga. 

Kalau korang diberi pilihan antara orang kaya yang cintakan kau separuh mati dan melafazkannya dan orang kurang kaya yang menyembunyikan cintanya untuk korang (segan nak terus terang), yang mana satu yang korang akan pilih sebagai teman hidup??  - just asking. not more. Hehe

12 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

AzelahSaupi said...

pergh gile seimple . aku baru plan nak buat kawin mcm retis retis . heheee . btw memang mcm tu la perkahwinan dalam islam :)

Fariehan Ibrahim said...

waaa~ kemain er mot. tak lama dh ke?? hihi

yes, simple is more better. :)

Cik Ummi said...

@AzelahSaupi


hahahhaa... dah3..kau tak payah nak berangan retis sgt ye..kang ak taknak kawan ngn kau.. hehehe..
ouh, nnt kawen jmput aku taw zy !

Cik Ummi said...

@Fariehan Ibrahim

uhuk3 ! *tersedak plak dgr soklan tuh.haha

ehem. no komen yer. hehehehehe

Zai Zamree said...

simple sgt...

nk majlis yg sederhana sj...Insyaallah :)

Selamat Pengantin Baru buat sepupu Asu...

Cik Ummi said...

@Cik Z@i Pen@nG

itu lah kan?
hm..amin..mudah2an majlis kita nnt xde la pembaziran..

Cik Anne said...

mcm muda lg pengantin perempuan :)

aizamia3 said...

moga sepupu asu tu kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

majlis kita hak kita.. kalau orang nak mengata jugak kita tak boleh nak kata apa.. takkan kita nak berhutang semata-mata nak puaskan hati semua orang..

Noor Maizan said...

best tgk orang kawin, berseri je...

Cik Ummi said...

@Cik Anne

haah..muda lagi..dalam awal 20-an la jugak..

Cik Ummi said...

@aizamia3

amin..mudah2an bahagialah mereka..

haah..btul lah tu..
berhutang semata2 nak majlis meriah,esok2 merana badan nak byar semula..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved