Bercinta sampai ke syurga~

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..


Hye kawan-kawan.

Hari ni Anne nak cerita sikit pasal cinta. korang suka kan bab cinta ni :)

Zaman sekarang bukan macam 15 tahun dahulu. Segala-galanya boleh diteroka di internet. Kata orang 'dunia tanpa sempadan.' 

Saban waktu, Anne lihat makin banyak video2 sesi luahan rasa diupload ke laman sesawang. 

Untuk apa? Sudah pasti untuk meluahkann rasa kasih dan sayang yang teramat sangat kepada si Dia. Seakan-akan si Dia lah yang paling teristimewa dalam hidupnya.

Anne bersyukur, masih wujud impian untuk membina mahligai kasih di dunia dan sama-sama ke syurga Allah. Bila melihat fenomena ini , terfikir, mesti dia ni sayang betul kat his @ her partner. Cuma timbul keraguan di hati, bagaimana impian ingin membawa 'cinta' itu sampai ke syurga dapat direalisasikan jika 'cinta' yang wujud disulami dengan dosa dan maksiat??

Buktikan Cinta.

Kata orang cinta tidak boleh dipaksa. Tapi boleh disemai :)

Seorang kekasih sepatutnya tidak akan membiarkan orang yang dicintainya mendedahkan aurat sebab dia tahu mendedahkan aurat akan mengundang azab Allah di akhirat kelak.

Seorang kekasih juga tidak akan membawa orang yang dicintainya mendekati zina sebab dia tidak mahu mengundang Murka Allah.

Tidak ada 'dating' berdua tanpa mahram, tidak ada pegang tangan & tidak ada mesej-mesej yang melalaikan.

Rasulullah Sallallahualaihi Wasallam bersabda:
Andaikata kepala salah seorang dari kalian ditusuk dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya

Jadi temanku.
Kalau sayang, katakan sayang. Kalau Cinta, buktikan..

Kita mesti tak nak orang yang kita cintai mendapat seksa bukan?

Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah” 
(riwayat al-Baihaqi dan Ibn Majah, sahih)


Click untuk tumbesaran
Dalam hidup ni ada 4 jenis pasangan yang bercinta.


Pertama : Bersama di dunia tidak bersama di akhirat (Suami ke syurga isteri ke neraka)
Seperti Nabi Nuh Alaihissalam, Nabi Luth Alaihissalam dan isteri.


Kedua : Bersama di dunia tidak bersama di akhirat (Isteri ke syurga suami ke neraka)
Seperti Asiah dan Firaun.


Ketiga : Bersama di dunia dan di akhirat (Suami isteri ke neraka Allah)
Seperti Abu Jahal & isteri. Mereka bersama-sama 'susah senang' sehingga ke NERAKA Allah. Naudzubillahiminzalik.


Keempat : Bersama di duni dan di akhirat (Suami isteri ke Syurga Allah)
Contoh terbaik ialah Nabi Muhammad Sallallahualaihi Wasallam dan isteri baginda. Inilah yang dikatakan bercinta sampai ke syurga. 


Nah. Sekadar beberapa contoh. Terpulanglah kepada kita nak ikut yang mana. Sesungguhnya semua akan bersama orang yang ia cintai di hari kiamat. :)

Pesanan untuk diriAnne dan juga teman-teman:

Wahai Adam, jangan diusik hati Hawa seandainya kamu tidak berhajat untuk menjadikannya pelengkap rusuk kirimu.

Wahai Hawa, peliharalah dirimu sebaik-baiknya. Ingatlah, perhiasan yang terindah adalah wanita solehah. Tinggikanlah martabatmu pada pandangan Allah. :)

Click untuk tumbesaran

Setiap orang ada jodoh masing-masing.
Kalau bukan kat dunia, insyaAllah kat akhirat Allah bagi yang Terbaik. 
Banyakkan berdoa. 

Doa dapat jodoh baik. InsyaAllah

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامً
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan hidup dan keturunan yang menjadi penyejuk mata (penyenang hati), dan jadikanlah kami ketua bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Furqan:74)

To love somene is nothing
To be loved by someone is something
To be loved by someone you love is exciting
To be loved by Allah is everything
~Allah loves You~


Maaf ada salah silap,
Saya manusia tidak sempurna,
Pesanan saya tulis bukan kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya sama-sama menggapai RedhaNYA
Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini, memang benar.. :)

~Anne~

10 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

Cik Ummi said...

wah anne..

asu suka baca part yg jenis2 pasangan cinta tu :)

mudah2 asu akn dapat bersama2 ngn 'bakal' suami di syurga nnt..insyaAllah kalau ada jodoh..

nuha ahmad said...

apa apa pun mendahulukan ALLAH tu prlu diutamakan. :)

Mr Iqbal Abdullah said...

bg isteri, suami di syurga sorg je kan... kalau wanita tu kawin bnyk kali, suami yg latest akan bersama di syurga kan... klu x silap la..

Cik Anne said...

@Cik Ummi Itu tandanya normnal. Jom bergandingan ke syurga ^_^

Cik Anne said...

@nuha ahmad That's right! ^_^ sebab tu perlu patuh syariat Allah. Allah Cinta Teratas~<3

aizamia3 said...

kita berusaha untuk buktikan kecintaan kita tapi yang menentukan adalah DIA.. kalau jodoh kita bukan untuk dia, rayu macam mana pun takde maknanya..

aizamia3 said...

psstt: pasal jemputan tu, ai akan jemput semua insyaAllah.. nantikan entry berkenaan akan menyusul.. ;)

Cik Ummi said...

@aizamia3

hoyeahhh..
mekaseh kak..
tak sabo nk menantikannya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved