Kenapa Buat Blog?






Bismillah, Assalamualaikum, Hai peeps! =)




Dalam group KBBA9 siang tadi, bila someone tanya otai "Apa tips nak ada mood update blog yang bersawang" some sort like that dan abam otai tu balas dengan soalan yang aku rasa kalau boleh tercekik anak tekak, dah lama anak tekak aku hilang masuk perut sebab tersentap. lol




"KENAPA ANDA BUAT BLOG?"


Boleh tak nak jawab "Saya tak tahu. Peace! Hehehe " ?


Well, kalau tanya aku, aku ada beberapa sebab dan tujuan kenapa aku buat blog. Antaranya :


1. I'm a diary person.
2. Aku kuat membebel sampaikan aku rasa telinga kawan-kawan aku tak mampu nak tadah segala bebelan aku dengan sabar.
3. Suka membaca tentang perspektif hidup dari sudut pandangan orang lain.
4. Terpengaruh dengan blog Irene Nadia Marcello. The first blog that I've read.
5. Sentimental. Mudah merindui kenangan lama.
6. Platform untuk praktis edit blog guna Adobe Photoshop. Tapi lama dah tak buat aihh.
7. Kongsikan pengalaman hidup aku kat orang.
8. Tambah kenalan.
9. Aktiviti blogging tengah famous time tu. Zaman 2008.
10. Nak jana pendapatan? lol. Ini alasan aku yang paling tak ikhlas =P.




Masa tengah aktif dulu, ramai je membe-membe yang stalk blog cikai aku ni, meluahkan pendapat dorang tentang personaliti aku. Ye lah, kat luar kemain sombong tak banyak cakap sangat tapi dalam blog, kemain panjang membebel macam mulut bontot ayam (Sampai sekarang aku masih tak paham kenapa orang kaitkan kuat membebel dengan bontot ayam. Hmm.)





Kenapa aku jadi macam tu?
Sebab, sangat pantang bagi aku bila tengah syok meluahkan perasaan kat membe, tetiba ada orang interrupt perbualan kami dan menyebabkan aku lupa sekejap dengan apa yang aku tengah cakap (Yeah, memory problems thing). Okay, itu tak kesah la. Tapi paling sakit hati kalau lepas orang yang interrupt tu dah blah, si pendengar macam takde inisiatif nak suruh aku sambung balik cerita aku. Dia buat dono sambil ralit tengok phone or teruskan berbual topik hangat dengan orang lain. Hahaha nampak sangat terpaksa dengar cerita aku tadi sebab nak jaga hati.





Bila berblogging ni, aku rasa masalah 'orang terpaksa dengar semata nak jaga hati' tu dapat di atasi. Aku tak sakit hati ngan kau, kau pun tak payah tadah telinga nak dengar suara aku. Win-win. Sekarang tinggal masalah sama ada kau rajin membaca atau tak. Tak nak baca apa yang aku tulis pun, aku takde hal lah asalkan hati aku dah lega sebab dah meluahkan. Get it? Good. =)






Aku rasa aku kena tekan brake jari jemari ni sebab dah boleh rasakan aura membebel tu nak datang. Hahaha. Okay, takat tu je reason kenapa aku berblogging selama ni. Mintak maaf ehh kepada sesapa yang tersentap tetiba dengan kata-kata aku tu. Tak berniat pun nak sakitkan hati sesapa, cuma nak meluahkan je.






From author:

Dah berzaman tak update penampilan blog tersayang ni. Ada sesapa sudi nak tolong ubah suai kasi matang sikit ? Hehe 



Kumpul Kawan Kembar, Boleh Dapat Anak Kembar ?






Bismillah , Assalamualaikum , Hello peeps ! =)



Nak baby kembar  sepasang macam ni... ! <3




Dulu, masa kat sekolah menengah, ada seorang member aku cakap kat aku, "Ummi, kau tahu tak, kalau kawan dengan ramai kembar, kau boleh dapat anak kembar bila dah kawen nanti taw (bukan kawen ngan kembar)." 








Aku terdiam 44saat sebelum kami tergelak bersama.









Yeah. She just joking and I'm totally not taking that seriously. Should I? LOL. We've learnt Sciences and we know that (married with a non-twin person but have many twin friends) wouldn't make you having a twin babies. EXCEPT, 'kun fayakun'. When Allah want that to happen, it will then happen OR you  just marry one of the twins (problem's solved).







Aku terfikir sejenak. Hm, kalaulah betul aku boleh dapatkan baby kembar (bila dah kawen nanti) dengan cara yang fancy macam tu, dah lama aku kumpul member-member kembar dari seluruh dunia ni dan kawen je dengan orang bukan kembar tanpa rasa was-was. Alangkah senangnya method tu, kan?







Setakat 23 tahun hidup ni, ada lah beberapa pasangan kembar yang aku kenal.
Antara pasangan kembar yang aku kenal salah sorang atau dua-dua sekali:



1. Najwa dan Najla (sekolah rendah)
2. Azran dan Azrin (sekolah rendah)
3. Akak dan Adik (sekolah menengah)
4. Caca dan Cici (sekolah menengah)
5. Amir dan Amira (matriks)
6. Shahkizza dan Shahkinna (degree)
 




Hm. Kenapa tak ramai pasangan kembar lelaki yang aku kenal ni??? Adehh, baru plan nak tackle =P . Well, nampaknya bukan jodoh aku kot nak bercinta ngan kembar. Hehe.





Papepun, tak kira lah anak korang nanti kembar atau tak, tanggungjawab jangan abaikan tau. Kot lah korang pun suka berangan nak anak kembar jugak macam aku ni ha, ingat dan tanam dalam otak



"Double the babies, double the responsibilities"




Okay fine. Bapak budak ni dengan pakcik dia, dua-dua hensem. Haha *melting*








From author:

Kalau korang kembar dan korang rasa pernah satu tempat belajar dengan aku, kot lah nama korang tertinggal, sila lah roger aku ye. Nak jugak refresh balik memory tentang berkawan dengan orang-orang kembar ni. Maaf eh kalau aku terlupa nak taruk nama korang =(













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved