7 Ciri-ciri Orang Yang Menarik






Bismillah , Assalamualaikum , Hye peeps ! =)





Banyak-banyak manusia, aku rasa semua perfecto dan cantikto (bahasa betul = perfect dan cantik). Cuma, cantik tu ada banyak pandangannya. Bagi aku, seseorang tu nampak attractive bila dia __________. Korang pulak mungkin lain pandangannya kan? So, let's share the most common attractive characteristics of a person you may like ^__^









Oh boy, you're sooo _________ ! @,@

1. Berpakaian kemas dan opkos lah tak selekeh !




Cukuplah korang pakai pakaian yang kemas, wangi dan bergosok (maybe?), akan membuatkan setiap mata yang memandang terus akan jatuh hati kat korang. Tak percaya? Girls, how many of you akan terus cair tengok jejaka yang berpakaian korporat , rambut tersisir rapi, perfume Hugo Boss, lalu depan korang dengan marvellous spectacles nya tu? Yeah, I do !









Don't make my brown eyes blue ~

2. Dari mata turun ke hati




Sape yang dapat sepasang mata hasil dari genetik parents korang yang gojes tu, memang markah bonus untuk korang semua. Er, mestilah semua ada kan? LOL. Cuma yang membezakan markah bonus masing-masing adalah WARNA MATA itu haa. Bagi orang Asia, memang dah genetik matanya kaler hitam. Kalau yang terlebih bonus, mesti akan dapat warna cokelat. Takpun hazel. Subhanallah. Cantik kan mata kita? Tapi, kalau dah semulajadi warna mata adalah hitam, tak perlu lah korang pakai contact lenses yang kaler biru atau hijau untuk nampak lebih menarik. Silap hari bulan, korang bukan sekadar nampak @$^$!$*, tapi dapat pulak jangkitan mata sebab colour lenses memang berbahaya. Kan?









Rambut wavy Taylor Swift ni sangatlah nice dan vintage ! I likeee

3. Guna jari pun boleh !





Rambut adalah aspek yang seterusnya boleh menarik minat orang sekeliling kita. Kalau berkutu, ehem, maaflah. Out of the list. Rasanya, perempuan lebih suka tengok lelaki yang berambut pacak. Lelaki pulak suka tengok perempuan yang rambut lurus. Eh? Betul ke?. Kalau bagi aku, rambut lelaki ni tak kisah la nak pacak ke tak, asalkan kemas dan tak serabai. Even kalau guys sikat rambut macam nerd-nerd tu pun aku rasa macam kiut jek tengok. Tapi, lebih baik korang pakai minyak rambut supaya rambut korang tak nampak lesu dan fresh. Oh, tapi jangan terlebih minyak sudah =___=. And girls, don't worry. Taylor Swift rambut dia tak lurus pun, ada dia kesah? Kalau nak senang, pakai jek tudung. Habis cerita. 










Oh mannnn , you guys so gorgeous !!! Aku nak cop second from left boleh? Haha
4. Senyuman Darlie !





Yeah. Senyuman. Manusia akan mudah tertarik dengan orang yang murah dengan senyuman ni. Tak kira lah kau ni cantik ke, hodoh ke, gigi jogang ke, tapi kalau pandai senyum dengan tertib, gerenti orang pun senang jek nak dekat. Orang yang mudah tersenyum ni selalunya ada ramai kawan. Sebab kalau kita selalu tersenyum, ini menunjukkan bahawa kita ni seorang yang open-minded, peramah dan menarik ! ^____^. E'eh. Bukan ke senyuman itu satu sedekah? Sambil-sambil kita buat pahala bagi sedekah kat orang, boleh tambah kenalan sekali. Kan? Oh, one more thing. Kalau kita senyum, awet muda you know. Haha. Jom senyum-senyum selalu ! Tapi please lah. Jangan kau senyum miang pastu sengih tak tentu pasal sudah lah. Aku tampo karang.









Hey you, jangan pandang I macam tu, malu I taw *gedik* =P
5. Love your accents !




Oh, ini satu bonus yang best. Orang yang menarik selalunya cara dia bercakap pun menarik. Tak kisah lah kau cakap macam mana pun, tapi kalau secara lembut dan sopan, mesti orang lain akan rasa kau ni menarik. Er, but this is not the point actually. Aku nak kata, kalau kau cakap English beserta dengan loghat yang sedap (British accent or Aussie), mesti akan nampak kiut. Tapi kan, orang Melayu ni otak sempit sikit. Asal dengar orang speaking with accents jek, mesti akan cakap orang tu saje nak berlagak lah, menunjukkan, bla bla bla dan bla bla bla. But you know, itu jeles namanya. Dah kau yang tak reti nak cakap macam tu, tak payah la nak dengki sangat kat orang kan? Korang tengok citer House tak? Cuba tengok Dr. Robert Chase tuh. Dia guna accent Autralian. Sedap giler kot ! Cair aku dengar ^___^. Nak cari pakwe macam tu boleh? *wink wink*. 







Pakai pencuci muka apa kak? =P

6. Clean and clear.




Semua mesti tengok orang yang berkulit licin dan bersih kan? Yeah, memang betul pun. Seseorang akan nampak lebih menarik kalau mukanya suci dan berseri jek. Kalau gebu-gebu macam cotton candy, memang jadi rebutan lah korang. So, nak kulit bersih, pandai-pandai lah jaga muka tu elok-elok taw. Cuci muka sebelum tidur ! Oh, jangan suka tukar-tukar product pencuci muka ni, karang ada reaction or allergy, baru kau tahu. Dan guys, korang pun same jek kena jaga kulit muka, ok? Jangan fikir mencuci muka ni untuk girls jek. 








Mak !! Nak bibir macam dia ! Nak bibir macam dia ! auuuummmm ~
7. Red and pink




Tak kisah la bibir korang nipis atau tebal, mesti akan nampak menarik kalau warnanya merah atau pink secara semula jadi kan? Kalau perempuan bibir gojes pink atau merah ni, mesti nampak feminin giler. Kalau lelaki yang bibirnya pink pulak, itu menunjukkan korang tak merokok dan sangat sihat ! Sangat sesuai untuk dijadikan calon pemandu upahan teman hidup. Nanti bila dah kawen, duit takde lah nak perabes beli rokok jek. Ye dak? So guys and girls, DON'T SMOKE okkay? If you do, you're so not coooooool >__<








Ok done. Ada banyak lagi sebenarnya nak tambah tapi penyakit Capital M aku dah datang. Lagipun, nak pergi study lepas ni. Ada pape yang korang nak tambah-tambah? Boleh jek bagi pandangan =).  So, kalau korang rasa nak nampak menarik, rajin-rajin lah praktikkan mana yang boleh okay? Kalau yang pasal mata tu, kalau mata dah kaler hitam, jangan lah kau pegi surgery nak mata Merah. Kalau nak mata merah sangat, meh sini aku cucuk pakai garfu. Nak?









On top of all, bersyukur dengan apa yang kita ada. Tapi kalau boleh improvekan kualiti diri sendiri, tak salah kalau nak ubah kan? Asalkan jangan salah niat sudah.










From author :
Dear Dr. Chase, would you marry me? O.o
Haha. Well, dekat korang ada tak ciri-ciri yang disebutkan ni? Atau ada benda lain yang nak dikongsikan bersama? Dipersilakan.














6 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

Unknown said...

terima kasih la senaraikan ciri2 aku tu.

terima kasih juga la tak letak muka aku..nanti ramai sangat nak berkenalan dengan aku..

hahaha

Cik Ummi said...

@Faris Adli

hahaha. kau kalau bab-bab perasan ni memang no satu ek ? =P

Razf said...

paling setuju dgn point no 1 :)

Ayuni Yusop said...

Yuni rasa kalau yang ada british accent ni nampak cute. Bytheway, Yuni dah lama follow akak. Cuma akak tak perasan je kut.

Cik Ummi said...

@Ayuni Yusop

kan??? british accent sangatlah boleh buatkan telinga cair jek dengar.. kuikuikui

oh,ye lah kot. hehe,sory tak pasan yuni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved