1 Kuku, 1 Kandang BABI

Bismillah dan Assalamualaikum semua =)




Hewhewhew.




Nah ! Amek si sekor penyek a.k.a babi a.k.a khinzir  . Comel tak? Haha.




Terkejut tak kalau korang dituduh memiliki 1 kandang babi pink bila ditelek kuku jejarimari tu (ada yang mengatakan 10 kandang). Ha ! Sebelum terlupa, maafkan asu ye sebab guna perkataan babi neyh. 





"Woi asu ! Kau mencarut ek??? Report kat Ustaz !"





Heyyyy,,, rilex ar der. Wa tak mencarut ah ! Babi tu kan memang sejenis binatang. Ape lu takde belajar ke time sekolah kecik2 dulu tu bhai ?? Cuma orang tua2 cakap, mencarut 'babi' tu apabila kita panggil orang. Kita samakan orang atau benda tu dengan menatang tu sebab menatang tu jenis binatang yang degil, malas dan kuat makan (kot) serta banyak negatifnya. Masalahnya, ada ke wa buat comparison antara babi tu dengan sesape? Takde kan? So, lu takyah la nak melenting sangat ok??? -,-




Sekejap. Nak selitkan ilmu yang asu dapat masa tanya pakcik google tadi. Babi ni tergolong dalam genus 'Sus' (bukan suster kat Indon tu ye). Species nya terdapat banyak jenis dan salah satunya adalah species Linnaeus. So, name saintifik babi pink yang selalu kita nampak tu adalah Sus Linnaeus lah. 




Hehe. Tapi ada jugak nama pelakon India yang menggunakan babi ni sebagai surname dia, iaitu Parveen Babi (Itu nama dia ok, bukan asu yang memandai reka). BABI jugak merupakan nama akronim yang digunakan dalam Geosciences [ Best Achondrite Basalt Initial ].



Parveen Babi - Indian actress (hmm.. cantik jugak orangnya kan?)




Ehem. Asu mintak maaf ye. Emo sekejap kalau ada orang pertikaikan bila nama binatang haram tu disebut. Ok, asu tukar nama lah untuk binatang tu eh?




Now, let us just call that piggy as ----> penyek? (sebab hidung penyek dia yang sangat masyur tu)




Macam ni cerita dia sebenarnya. 
Hari ni hari Khamis kan? You know what is good about Thursday is? Oh, I'm asking muslims people for now. Well, selain daripada berpuasa sunat hari Khamis, kalau ada yang terlupa atau buat-buat lupa, hari ni jugak merupakan hari sunat untuk potong kuku ! Yay. Betul kan?





Ha. Cuba tengok kuku korang tu sekarang ! Dah potong ke belum?? Kaler ape? Adakah kuning-kuning atau ada hitam-hitam sikit? Ewww.. >,<



Seperti yang kita tahu, hari sunat untuk memotong kuku adalah hari Isnin, Khamis dan Jumaat (hari lain tu, tak tahu ada yang sunat ke tak. Wallahu'alam). Dan, korang dah tahu cara potong kuku ikut sunnah Nabi?





cara potong kuku tangan dan kuku kaki mengikut sunnah Nabi





Hm. Dulu2, ustaz asu pernah cakap, kalau kita bela kuku (walaupun hanya jari kelingking saja) ibarat kita bela satu kandang penyek. Bayangkan lah. Kalau dah sepuluh kuku tangan dan sepuluh kuku kaki, tak ke ada 20 kandang kesemuanya? Haha. Kalah apek tokei kandang penyek yang sebenar tuh. (itu belum kira orang yang mutasi ada lebih jari tu)





Macam trend pulak bila tengok kiri kanan orang bela kuku. Pastu, sebok beno nak kalerkan kuku tu biar nampak cantik. Ouh, especially pompan lah yang suka buat macam tu. Apa yang best sangat pun asu tataw lah. Bukan ke sakit kalau tercakar muka nanti? Nak-nak kalau yang suka tidur ganas tu. Cakar sana sini, dah tak cantik bila muka tu penuh dengan calar-calar. Kan?





Cute nails ! But so nasty. Yurkss =P




Actually, itu semua hanya perumpamaan je. Umat Islam dilarang dann ditegah untuk bela kuku atas faktor kebersihan dan kekemasan sebenarnya. Bagi para isteri dan ibu, amatlah dilarang sama sekali untuk bela kuku panjang kalau nak memasak. Takut-takut nanti kekotoran yang datang dari kuku tu akan memudaratkan perut yang menghadam makanan hasil dari air tangan kuku panjang kotor si isteri dan ibu tu. Nanti mulalah kena cirit-birit lah, itu lah, ini lah. Hm, kalau kuku pun dah panjang dan kotor, tak mustahil kalau tempat lain pun tak terbersih jugak. Kan?





Ok lah. Asu kena bergegas ni sebenarnya. Ada hal.




Jadi, sebagai perkongsian untuk korang semua, sahabat yang asu sayangi sekalian, nah, cuba belek2 laman web kat bawah ni. Mana lah tahu ada ilmu baru untuk korang ke, boleh la sampai-sampaikan kepada rakan yang lain. 





Sources for article today : 

--> Wikipedia about BABI atau PIG
--> Potong kuku ikut sunnah Nabi (gambar kuku asu cilok dari sini)






Whooops ! Asu pun nak ciao pegi potong kuku neyh. Dah mula nak panjang. Walaweyh, karang tak pasal-pasal kena tuduh bela sekandang penyek ! Hewhewhew.






From author :

Pantang betul bagi asu bila nampak kuku orang panjang. Rasa nak tebas je jari2nya tuh. Haha. Kuku korang macam mana hari ni? Dah potong tak?

8 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

pha is said...

ok. pendek lagi. baru je lepas potong... hehehe

AzelahSaupi said...

tiap hari gua potong kuku. kuku gua pon da tak larat nak menumbuh . haihhh =='

aizamia3 said...

asu macam tau2 je ai dah potong kuku.. hikhikhik.. lepas mandi pagi tadi terus potong baru nampak lawaaa.. kemas je.. ;) (macam panjang beno kukunya pun)

Cik Ummi said...

@pha is

yeah..10 bintang utk pha is ! =)

Cik Ummi said...

@AzelahSaupi

wahahaha..
hebat btul kuku azy kan?
macam semak samun..cepat je nak tumbuh setiap hari..hohoho

Cik Ummi said...

@aizamia3

iye ke??
meh sini asu nak check kuku yu tu..entah2 panjang lg kot?haha (tak baik buruk sangke :P)

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

hehehe bila bcakap pasal kuku ni mak dara teringat time sekolah2 dulu bila ada spot check mulalah kawan kawan mak dara yg berkuku panjang mula gigit kuku kuku diorang yg panjang2 tu takut kena rotan dgn cikgu hehehe

Cik Ummi said...

@ADZA IRDAWATI aka MAK DARA

hahaha..
fenomena zaman mak dara skola tu,same je smpai zaman skrg neyh..
mane ade cikgu sanggup nak tgk ank murid dia jadi mcm hantu kuku panjang,ye dak ?

p/s: welcome here mak ! terharuuu..sob3 =')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved