Hantu Kecik Dalam Toilet






Bismillah, Assalamualaikum, Hai semua ! =)




Uishhh, berzaman betul aku tinggalkan blogging ni. Rasa kekok pulak nak menulis. Tapi takpe ah, bantai je lah ayat pape pun asalkan ada. 




Malam tadi, macam biasa, aku akan keluarkan hamsters EBS (Ella, Bella dan Stella) dari sangkar dan masukkan dorang kat dalam playground dia untuk bagi dorang main-main dan cuci-cuci diri kat atas sand bathroom dorang tuh. Aku tak tahu kenapa lah aku ni bijak sangat, pegi biarkan dorang tanpa sebarang pengawasan. Housemates aku semuanya dah tidur time ni. Jadi, takde orang lain yang boleh tengok-tengokkan bebudak tu main kat playground dia tu. Okay, ini kesalahan pertama aku.



Kotak playground my hamsters EBS ^^,



Sementara biarkan EBS main di playground, aku pun pi lah toilet untuk bersihkan diri sebelum tidur dengan keyakinan bahawa dorang takkan keluar punyalah dari kotak tu. 5 minit yang pertama dalam toilet, masih takda pape yang berlaku. Sampailah waktu aku nak gosok gigi.




Sebelum gosok gigi, aku sangkutkan spek mata kat pintu toilet. Tahu lah kan, aku punya rabun ni sangat kuat. Jadi, bila dah bukak spek tu, memang kelabu habislah dunia ni. Mungkin aku terlalu khusyuk kot kat dalam dunia kelabu aku tu sampai aku lupa terus kat EBS yang kat playground tu. Seriously !





Aku pikir dorang tengah berseronok cuci diri kat atas sand bathroom macam ni ha.




 Aku baru jek mula gosok gigi sambil membongkok kat sinki, ekor mata aku menangkap satu objek yang bergerak kat lantai berdekatan dengan jamban duduk. Warna oren putih. 




Dalam otak aku time tu dah pelik dah. Takkan lah hantu kecik kot?? Takkan ular? Takkanlah sampah yang bergerak sebab ada air mengalir? Kalau tak silap aku, sebelum gosok gigi tadi, aku memang akan semburkan air kat seluruh lantai, biar segala sisa habuk dan rambut akan masuk dalam lubang lantai tu. Jadi, dari mana datangnya sampah tu?
 




Dengan perasaan yang penuh curiga dan berus gigi masih dalam mulut, aku cepat-cepat capai spek aku dan tengok objek bergerak kat lantai sebelah seat toilet tu. Gugur segala persepsi dan imaginasi bila tengok objek oren putih tu.





Ella !!! Ella masuk toilet ?!! O.o





Perghh,, time tu memang terkejut tahap sawan cipan lah. Dah la budak kecik tu dah dekat jek dengan lubang lantai. Kang terjunam dalam gaung toilet tu, sape dan macam manalah pulaklah aku nak selamatkan dia nanti weyh?? Terus memori aku kat Bella dan Stella menerpa kotak pemikiran aku. Adakah dorang pun dah keluar kotak jugak??





Dengan mulut yang berbuih, berus gigi tergantung dalam mulut, aku pun angkut si Ella tu sambil bebel marahkan dia dalam bahasa yang Ella sendiri tak paham sebab aku bebel dengan berus gigi masih ada dalam mulut.





Masa aku sampai jek kat kotak playground EBS, Si Bella tengah cuba nak escape. Dengan pipi yang kembung dengan makanan, dia betul-betul dah ada kat tembok kotak tu. Bila-bila masa je boleh lompat keluar. Kesalahan kedua yang aku nampak. Aku lupa nak keluarkan objek-objek tinggi macam Ball dan Tunnel yang ada kat dalam playground tu ! Patutlah Si Ella ni bijak sangat nak panjat keluar kotak.





Ella, the right one, was always be a leader in any Escape Plan -____-"




Adoyaii anak-anak, kenapalah kau ni aktif sangat ni?? Bijak dah sekarang ek. Aku pun satu ! Cuai, pelupa macam mak nenek >__<.  Nasib baik jugaklah Ella masuk toilet tu dan buat aku sedar. Kalau tak, mesti aku dah meroyan lepas keluar toilet bila tengok bebudak tu hilang entah ke mana memalam buta neyh.





Dah selamat masukkan bebudak neyh dalam sangkar mereka semula, aku pun terfikir. Masa bila lah pulak Ella masuk toilet sekali dengan aku ni? Setahu aku, masuk je toilet, aku terus kunci pintu. Sebelum aku gosok gigi, takdelah pulak nampak dia.? Jadi, macam mana dan bila tu?





Uishhh, risau pulak aku bila memikirkan berkaitan dengan binatang kecik dan pintu neyh. Kang kalau budak kecik tu mati tersepit kat pintu toilet tu tadi, sapa pulaklah aku nak salahkan ni? Takkan aku nak saman diri aku sendiri kot...???





Inilah anak-anak aku sekarang. Yang tengah pandang camera  ni adalah Ella =)



From author:

Dah hampir 3 minggu aku dok membela si EBS (Ella, Bella, Stella) tu semua. Dari mana datangnya bebudak kecik tu? Nantilah aku citer. Hehe. Yang penting, sekarang aku lebih seronok dengan adanya dorang dalam hidup aku. Terima kasih sangat-sangat wahai pemberi sekalian. =)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved