Ummi Anak Along !





Hai semua.

Hey. Korang sihat? Em, boleh ingat lagi tak kenangan korang dengan adik-beradik mase kecik-kecik dulu?

Hehe. Tetibe asu teringat pulak kesah asu yang yang manja betul dengan Along mase umur tadika dulu tuh.

Asu merupakan anak bongsu daripada 7 orang adik-beradik. Along asu sekarang dah beranak 4 dah. Congrats to her lah.

Nak dijadikan cerita, mase asu lahir, along dah besar dah pun. Along lah yang tolong mak jage asu. Makan pakai cebok, sumenya along yang buatkan. Mane tak nya aku manja dengan along.








"Ummi anak sapa? Anak mak ke, anak abah ke, anak along?", mak tanya asu sambil diperhatikan oleh abah dan along. Nak tengok ape jawapan yang akan asu berikan.
"Anak along!" 
Hahahaha. Dorang gelak. Lagi sekali, dorang tanya.
"Ummi anak sapa? Anak mak ke, anak abah ke, anak along?"
"Anak mak abah"



Ha !

Tengok. Betapa innocentnya jawapan yang asu berikan, kan? Haha.
Kerapatan (eh, ade ke perkataan ni dalam kamus bahasa eh?) Asu ngan along tak berhenti takat makan pakai cebok je, tapi sangat-sangat rapat dalam segala hal.

Asu ingat lagi. Mase kecik, asu manja dengan Mak ngan Along.

Selalu bergilir-gilir dengan dorang. Kalau merajuk dengan mak, asu tido ngan along. Kalau merajuk ngan along, lari masuk bilik mak, tido ngan mak abah. Macam tu lah selalunya.

Mase along nak sambung degree kat Penang, kitorang satu famili hantar dia naik feri.

Mase tu, asu dalam lingkungan 4 tahun. Mase tu, manalah asu tahu pasal belajar tinggi-tinggi ni semua. Yang asu tahu, along nak pergi jauh dari asu. Yang asu tahu, lepas saat perpisahan tu, asu takkan dapat tido ngan along lagi. Tak dapat bermanja ngan along lagi.

Punya lah sedih, kat atas feri tu aku nangis bersungguh-sungguh sambil ajak along balik. Aku tak ingat actually memori time tu, tapi famili aku yang ceritakan semula kat aku. Kate dorang, aku cakap camni mase nak pujuk along balik rumah.




"Along.. Baliklah long, naik van... Baliklah long..." sambil menangis tersedu-sedan dan mengulangi ayat tu berulang kali dengan harapan along akan termakan jugak dengan pujuk rayu aku.



Kate dorang lagi, lame giler aku menangis sedih berpisah dengan along. Berjam-jam. Dorang bawak aku gi makan, gi taman rama-rama, gi mane tah lagi tapi aku tak berhenti jugak nangis (Mungkin time ni aku tak meraung lagi, cume teresak-esak je kowt =P) Well, aku rasa aku bukanlah menangis annoying tu, tapi aku menangis yang sungguh-sungguh sedih punya nangis sampaikan SATU FAMILI menangis jugak ! Cheh dorang tu, bajet macho konon tak nak nangis. Hambek kau bila dah ade enhancer (aku lah tu), baru meletop empangan tu. Muahaha.

Hahaha. Hebat tak?

Bukan senang nak pengaruhi orang-orang besar menangis tahu. Mak, abah, abang-abang dan kakak-kakak aku, habis semua meleleh hingus jugak. Kehkehkeh. Eh, tak nak akui plak ketereran aku neyh =,=. Alahh, iyekan je la, kalau tak asu menangis ! hehe =P (jangan jadi cengeng lah budak! ~,~)




Ha, satu lagi event yang menunjukkan aku rapat betul ngan along adalah mase along mule-mule kahwin dengan suaminya sekarang neyh.

Macam aku dah cakap tadi, aku kan selalu tido dengan along. Jadi, salu je lah masuk bilik along.

Mase along kahwin, malam pertama dia, aku ikut along masuk bilik. Aku tak ingat pulak mase tu ade suami dia ke tak dalam bilik tu. Yang penting, aku ikut along masuk bilik. Hehe. Betapa kurang kemaluan manis betul kacau pengantin punya malam pertama kan? =P

Actually, aku tak kacau pun malam dorang sebab abah sempat tarik aku. Dia cakap kat aku :




"Haih, adik tak leh masuk bilik Along dah"
"Habes, Abang Long (merujuk kepada suami Along) tu boleh pulak??" tanya aku dengan muka tak puas hati sebab tak dapat masuk bilik Along.
"Abang Long tu suami along. Memang lah boleh masuk." Abah cuba memberi penerangan kat aku dengan sebaiknya. Tapi, macam lah aku paham makna suami-isteri time tu. Haha.




Nak tak nak, aku turutkan jugak cakap abah. Aku tak masuk bilik along dah. Sekali-sekala masuk tu, adalah. Time Abang Long takde. Hehe.

Bila dah besar panjang dan layak kahwin dah pun ni, aku rase bengong plak bila ingat balik kejadian tu. Haha. Betapa tak malunya aku nak sebok-sebok masuk bilik pengantin plak. =P


Actually, banyak lagi event kemanjaan ku ngan Along. Cume aku tak larat plak nak ceritakan semuanya.  Just in case kalau Along tetibe TERRRRRbace lah pasal benda ni, asu nak along tahu bahawa Ummi (asu lah der -,-) sayang Along ! <3.
Lagipun, macam korang sanggup baca je benda panjang-panjang ni. Korang kan malas? Haha. Gurau je.



Aku rase, selalunya lah kan, adik bongsu selalu rapat dengan anak sulung. Tak pun, dengan yang second or third. Eh, tak percaya? Aku pun takde lah percaya sangat tapi aku yakin memang betul apa yang aku cakapkan ni sebab ramai je kawan-kawan aku yang sama macam aku. So, kira betul lah kan? (kalau dah anak tunggal tu, tataw nak kato po lah). Hehe. Kalau boleh, nanti aku nak cari laki sulung lah. Ouh, mate sepet sekali ! =P






E'eh !!! Korang perasan tak? Tetibe je Asu TERmenggunakan gelaran 'aku' mase bercerita tadi. Haha. Siyesly, asu tak perasan lah. Leka sangat menaip.Tambahan pula, asu masih dalam kekeliruan kata ganti diri lah. Hehe. Malas plak nak gantikan semula. Tak kisah kan? =) Yeah, you guys cool !






From author :

Hubungan adik-beradik susah nak putus walau seringkali bergaduh sesama sendiri. Bak kata pepatah, "Air yang dicincang tidak akan putus jua"Thanks for reading ! 

0 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved