"Adik, Tak Nak Barang Ni Ke?"




Hai kecomelan semua ! =)


Hari ni, agak bosan dan memenatkan.

Tetiba asu teringat sesuatu kejadian ni. Sebenarnya, banyak kali berlaku atas nama satu sikap ni. PELUPA ! Yeah, itu dia. Pelupa. Lupa nak buat apa, lupa je memanjang. 


Ok. Macam ni ceritanya. Asu jarang pergi kedai atau shopping2 ni. Seriously jarang. 


Maklumlah, asu bukannya anak dato' mahupun anak raja. Jadi, langit manalah nak jatuhkan duit ribu-riban untuk asu bershopping sakan kan?




Bila dah jarang bershopping, asu jadi pelupa nak angkat barang. -,-'


Dulu, masa asu ikut kak long pergi bazar ramadhan kat mana tah, penyakit pelupa ni tetiba menyerang asu.



Along beli 5 bungkus nasi kerabu. Oh, mase tu asu baru pestaim nak cuba makan nasi kerabu. Hm, kalau gitu, kejadian ni mase tahun 2010 lah. 


Lepas dah bayar, masing-masing blah macam tu je. Asu buat apa? Haha. Mase tu asu tengah menerawang entah kemana tah. Kaki berjalan, otak berangan, tapi tak sedar dan sensetif dengan keadaan sekeliling.



Bila dah separuh jalan beredar dari gerai nasi kerabu tu, Along menjerit kecil, cukup untuk membuatkan asu kembali di alam nyata.



"Adik ! Nasi kerabu tadi mana?"




Dengan terpinga-pinga, asu pandang tangan Along. Kosong. Pandang tangan suami dia. Hanya ada plastik berisi kuih-muih je.






ALAMAK ! Tertinggal kat gerai tu lah, tak amek lagi !




Asu pun berlari anak untuk ke gerai tu. Kalau setapak dua lagi, takpelah jugak. Ni dah bertapak-tapak jauhnya. 



Sampai ke gerai, makcik tu gelakkan asu.



"Macam mana boleh lupa ni dik? Nasib baik ingat nak amek. Buat rugi je dah bayar tapi tak amek nasinya neyh"



Macam biasa, asu sengih dan senyum je kat makcik tu," Terima kasih makcik" dan beredar.*nilai budi bahasa jangan dilupakan ye kawan-kawan. 



Kalau tengok muka, memang muka tak bersalah langsung. Muka takde perasaan. Tapi, cuba bedah hati asu time tu. Pergh, penuh dengan malu beb ! Haha. Malu sangat-sangat. Dah la anak makcik tu hensem !*gatal




Itu satu hal.



Pernah beberapa kali, asu jadi pelupa time bershopping di kedai. 



Tiba di kaunter, asu letak barang2. Dia kira. Asu bayar. Dia pulangkan duit baki, asu amek lalu berusaha nak simpan duit baki sambil kaki beredar dari kaunter. Baru beberapa langkah, cashier menjerit kecil.


"Adik ! Tak nak amek ke barang-barang ni?" sambil tangannya menunjuk ke arah barang2 yang asu dah bayar tadi.






ALAMAK ! terlupaaaaaaaaa...... hihi



Dengan muka yang merah, malu dengan orang-orang yang perasan dengan kejadian tu, asu pergi balik ke kaunter lalu mengambil barang2 tadi secepat yang mungkin dan mengucapkan terima kasih kat cashier tadi tu. *Amboi, senyum perli plak akak tuh ! ~,~"



Kalau kes terlupa nak angkut barang yang dibeli kat kedai tu, memang dah banyak kali. Sampaikan asu rasa kalau mase sekarang asu tertinggal barang kat kaunter lagi, asu dah lali dah dengan perasaan malu tu. Kadang-kadang dah tak rasa malu lagi. Maklumlah, dah pelupa, memang susah lah kan? Peduli lah orang keliling tu nak senyum kambeng sekalipun. 



Terlupa nak amek duit baki pun, pernah jugak merasainya. Haha.



"Adik ! Tak nak duit baki ke?" tegur cashier bila nampak asu nak beredar dengan barang2 yang dibayar tu. Well, macam biasa. Sengih, senyum dan terima kasih ! =P






Hari tu pulak, masa outing dengan member, asu boleh pulak terlupa kat mana asu letak barang shopping.



Punyalah penat asu mengingat kat mana asu taruk, tapi tak ingat2 jugak. Alih2, sorang member ni teman asu pergi cari balik barang2 tu. Kitorang berdua pergilah lalu balik kawasan2 yang kitorang yakin ada singgah tadi. Cuma ada satu kedai je yang asu tak terlintas langsung dalam otak akan tertinggal barang kat situ. Kedai AYAMAS. Mase outing tu, sekali tu je lah asu masuk kedai ayamas tu. Sebelum ni memang tak pernah jejak langsung. 


Sebelum asu sedar barang asu hilang, kitorang memang ada singgah makan cendol kat satu gerai ni. Kat situ, purse asu tercicir. Tapi, asu tak sedar pulak itu purse asu ! Tahu2 jek makcik tu keluarkan IC dari purse tu dan gambar kat IC tu gambar asu. Adeih, kenape lah asu boleh tak sedar pulak purse tu purse asu??



Ok. Berbalik pada mencari barang shopping yang hilang tadi.


Mase asu dan member tengah berlengar2 mencari barang tu, kawan asu yang lagi sorang call. Kebetulan, masa dia call tu, asu dan member tengah berdiri berdekatan dengan gerai cendol tadi. Then, makcik cendol tu jerit kat asu.



"Lah, tadi tercicir purse, ni tercicir barang pulak???" 








Kaku. Terdiam. Asu toleh ke arah suara tu. Malu tak terkata bila semua pelanggan kat gerai tu pandang asu yang tengah terpinga-pinga mencari barang yang hilang. Ada yang senyum-senyum. Ada yang geleng-geleng kepala. Yang penting, asu memang blahh dari situ cepat2. Malu sangat. Sebenarnya, makcik tu ada membebel lagi, cakap ape tah, tapi asu dah tak sanggup nak dengar. Cukuplah makcik tu sound asu kekuat macam tu. Tak nak dengar yang lain.



Oh, kawan asu yang call tadi, dia yang teringat bahawa tadi kitorang ada masuk kedai ayamas tu. Beli air. Bila asu check balik kat kedai ayamas tu, memang betul. 



Masih cantik je lagi beg plastik barang shopping asu tu terletak atas meja kedai ayamas tu. Haha !




Malu...malu...malu....

Itu lah satu perkataan yang singgah dalam otak bila setiap kali tertinggal barang kat mana2 tempat.




So, kesimpulannya untuk korang semua, jangan lah jadi pelupa sangat macam Asu ye.. Buat malu jek. Tapi kalau dah biase, buat dono jek lah. haha. Mane lah taw kot2 dengan sikap pelupa dan clumsy tu, ade orang jatuh hati kat korang ke.. kan? Sape tahu. =P






From author :


Korang pernah tak ade pengalaman macam asu tu? Kalau ada, ape kate kita share2. Asu nak tahu jugak korang punye experience macam mana.


Thanks for reading !

6 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

BuDaK KaMPuNG said...

Hahaha XD

banyak makan semut ni, . . .

aizamia3 said...

psstt: membayangkan sedang leka memilih barangan, anak entah ke mana.. huhuhu..

♕ Mr.IX ♂ said...

dah maksudnya 'Manusia' tu ialah 'Orang yang Pelupa' dalam Bahasa Arab kan.....tp ni tahap kritiikal dah ni

Cik Ummi said...

@BuDaK KaMPuNG

alamak.
mcm mane taw ni???
hahahhaha
..
semut yg makan makanan asu lorh :P

Cik Ummi said...

@aizamia3

sekali ada announcement anak hilang...kuikuikui..

Cik Ummi said...

@♕ Mr.IX ♂

haah la..
MANUSIA..
hehe..
ade penawarnye tak icchan? :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved