Sakit Bulanan Yang Paling Ditakuti Wanita



Hai sahabat gorgeous asu sekalian !




Ha. Korang ingat bil tepon, bil Astro ngn letrik etc tu je yang ade bayaran bulanan? Hehe. Perempuan pun ada lah bulanannya. Tapi bukan bil , sakit adalah. hehe.



Er, dalam zaman milenium a.k.a zaman serba tahu ni, masih ada lagi ke yang belum tahu sakit bulanan wanita neyh? Oh, kesian ! (kalau budak kecik tu memang wajarlah dorang tak tahu. Kalau dah bangka pun tak tahu lagi, shame on you lah der)



Ok. Untuk lebih terang dalam kegelapan ni, meh sini asu nak explain sikit.



Sakit bulanan wanita kebiasaanya akan dialami oleh seorang wanita yang subur dalam tempoh yang tertentu pada setiap bulan (minima sehari, maksima 15 hari). Lebih popular dengan nama period (tetiba aku jadi malu pulak nak teruskan bermadah =P ). Kalau dalam bahasa Arab, dorang sebut Haid. Kalau bahasa Inggeris dipanggil menstrual. Kalau bahasa kita-kita ni, sebut 'datang bulan' pun dah paham kan? hehe





Dinding uterus yang terhakis tu lah yang dinamakan darah haid. Kitaran bulanan bagi seorang wanita normal




Actually, period ni bukan penyakitlah. Ianya merupakan tanda kesuburan hormon dalam badan wanita yang melibatkan pengeluaran hormon estrogen dan progesterone. Kalau tak period, maksudnya wanita tu terlebih hormon testeron iaitu hormon kelelakian (scary kan bunyinya?). Dan, hormon kewanitaan tu memang sangatlah penting dalam merancang keluarga yang bahagia. (miahaha. cakap merancang anak kan senang. kuikuikui)



Tapi kan, bukan period tu yang menakutkan, tapi SAKITnya tu yang menggerunkan !


Kalau siapa yang kenal asu dalam dunia realiti, asu ni seorang yang suka acting like a brutal guy. Eh, tapi takde lah sampai melampau sangat nak meniru gaya lelaki. Cuma cara bercakap dengan kawan lelaki lah yang selalunya tak selembut perempuan sejati. Hehe. (siapa yang kenal betul2 kenal asu mesti paham apa yang asu cakapkan ni)



But ! Sebrutal-brutal asu pun, asu masih lemah kalau berhadapan dengan benda ni. Kebanyakan wanita yang lain pun akan tewas bila cuba nak berlawan dengannya. Apa dia? Itulah yang dinamakan SENGGUGUT ! (simpan dalam otak bebetul ye. senggugut, bukannya sesungut macam semut tuh)




Sakit senggugut neyh, nauzubillah. Hanya Allah dan wanita tu sendiri yang tahu betapa sakitnya dia. Rasa macam nak tercabut usus dalaman neyh semua. Kalau yang biasa-biasa, akan rasa sakit perut, sakit pinggang dan lenguh-lenguh badan je gitu. Tapi, walaupun biasa-biasa pun, dah boleh mengganggu aktiviti harian daripada berjalan lancar macam selalu. Jangan salahkan orang perempuan lah eh kalau ponteng kelas atau tak datang office sebab benda ni.




Tapi kalau yang paling teruk, memang dasyat lah. Nak berdiri tengak pun rasa seksa. Asu pernah merasai sakit bulanan yang sangat teruk. Masa tu, semua sakit asu rasa. Sakit perut (macam cirit-birit), sakit pinggang, lenguh satu badan, demam, muntah-muntah, pening kepala. Perghhh, memang pakej ah wa cakap sama lu neyh.




Setiap kali kena tu, hanya satu yang bermain di fikiran asu : Baring kat tengah jalan, biar treler lenyek pinggang yang menjadi punca senggugut neyh. Haha. Gila kan? Tapi, nauzubillah lah nak benda tu berlaku betul2. 






Kebiasaannya, kalau cara nak menghilangkan rasa sakit ni menurut cara asu, senang je. Dengan cara 3 step ni :




1. Telan 2 biji panadol.
2. Ambil sebijik botol air yang berisi air panas. Kalau panas sangat botol tu, balut dengan pape kain asalkan haba kepanasan tu masih terasa kuat dan tidak akan melecurkan kulit badan korang.
3. Tidur. Pastikan tidur dengan cara meniarap sambil meletakkan botol air panas tadi kat perut yang sakit atau kawasan yang sakit tu lah dan sila menikmati tidur anda tu. hehe.




Ha. Simple kan? 


Bila bangun tidur, alhamdulillah hilang terus rasa sakit tu. Tapi, kalau mase tu takde botol macam mana? Ok, kalau takde botol air panas pun takpe. Yang penting, amek sesuatu yang boleh bagi pressure kat perut tu. Letak penumbuk korang pun takpe.



Walaweyh !


Tapi kan, asu sangat takut sekarang ni. Ada orang cakap, kalau wanita yang selalu kena senggugut ni, susah nak dapat zuriat. Betul ke??????



Mak !! Ummi nak baby nanti... huhuhu. Janganlah kejam sangat. 








Tapi, mereka juga cakap, ada rawatan yang tertentu untuk wanita yang kerap senggugut ni. Hm. Nak tahu apa? Nanti asu share kan link2 yang berkenaan ye.



Tetiba takde mood bila baca artikel yang cakap benda paling kejam tu [orang senggugut payah dapat anak]. Wuwu. 



Untuk wanita diluar sana tu, sila jaga sistem peranakan tu elok2 ye. Jangan lah buat aktiviti yang lasak sangat hingga boleh menjejaskan fungsi sistem tu. Dan kepada para lelaki yang belum, bakal dan sudah bergelar suami tu, sila lah fahami wanita ni sebaiknya.


Orang perempuan yang datang bulan ni memang cepat mood swing dan suka marah2. Kalau dia marah, biarkan je dia marah. Kalau dia sakit, tolonglah berada disisinya kerana korang semua tak tahu betapa sakitnya kaum kami terpaksa menanggung sakit tu setiap bulan. Kalaulah kami boleh bagi korang rasa separuh dari sakit yang kami rasakan ni, gerenti awak akan tobat tak nak rasa walaupun untuk satu saat sekalipun. 




Ok, it is time tu share ! Yay.



Untuk mereka yang nak tahu lebih lanjut pasal haid atau waktu subur wanita demi nak merancang sebuah keluarga bahagia (khusus untuk yang dah berumahtangga terutamanya) boleh pergi ke sini ---> Waktu Subur Wanita 

Dan kalau nak tahu pasal senggugut dan petua nak menghilangkannya, boleh klik sini ---> Senggugut Semasa Haid atau Petua Hilangkan Senggugut. 


Kalau rajin lagi, pergi lah surf sendiri ye. Asu tolong share takat tu je. Banyak lagi yang boleh di skodeng kat google tuh =P






From author :

Hm. Dilemma betul lah. Ada sahabat2 menyarankan kat asu suruh pergi buat check-up sebab tengok asu merana teruk setiap kali senggugut. Tapi, asu rasa macam normal je sebab asu baca banyak2 artikel, muntah-muntah tu salah satu simptom yang biasa. Acamne neyh kawan-kawan? Kalau ada terjumpa artikel lain yang menyatakan fasa kritikal hingga perlu doktor, share kan kat asu ye. Asu risau lah sekarang ni. =/






4 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

aizamia3 said...

kalau asu nak check up utk tau keadaan asu pun ok jugak, mana tau ada sesuatu yang menghalang pengalirannya secara lebih normal, yang buat asu sakit teruk tetiap bulan.. kalau ok.. alhamdulillah.. ;)

emeliena said...

Kalau tak period, maksudnya wanita tu terlebih hormon testeron iaitu hormon kelelakian (scary kan bunyinya?)---> Sangat scary ! Hahaha ;p Ohh ya, thanks for sharing dearr .
Nanti kita cari yep artikel tuu. Better pi check jep dulu. Takut ada something wrong somewheree. Bukan doa tauu...

Entri ummi besttt !

Cik Ummi said...

@aizamia3

thx for the opinion..
tp kalau makin teruk mcm mane..??
huhuhuhu

Cik Ummi said...

@emeliena

haha..
eme normal kan?
so,watpe nak scary sgt beb..kuikuikui
ok,nnt asu check lah (KOWT)..hehe

thx sayam eme ! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved