Dahulukan Berbaik Sangka~

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..


Assalamualaikum W.B.T

Hari ni Anne nak kongsi satu cerita.Masih segar di ingatan walaupun dah lama berlalu.

Semoga mendapat 'ibrah (pengajaran) daripada cerita ini.

Satu hari ni, Anne dalam perjalanan pergi KL dengan family. Dekat lebuh raya agak sesak. Traffic jam.

Tapi tak delah sampai macam ni.

Dalam sesak-sesak tu, Anne tertoleh ke kereta sebelah. Ternampak ada seorang brother kat kereta sebelah, dia duduk belakang toleh ke arah tingkap. Gaya macam nak buka tingkap.  Anne pandang depan balik. Dia ni nak buang sampah ke?

Lepas tu, Anne toleh balik kat kereta tu. Brother tu masih buat gaya nak buka tingkap. La, tak settle lagi ke~ Dek tak puas hati dengan perbuatan 'jiran' sebelah, Anne cakap dekat Abah Anne.


'Abah, orang sebelah ni nak buang sampah ke?'


Seisi kereta toleh ke kereta sebelah. 


'Dia nak bagitahu sesuatu la. Cuba buka tingkap.'


Then,my sis opened the window a bit.


Brother tu buka tingkap dan bagitahu,


'Tempat minyak kat belakang tak tutup.'


What?? =_=


OK,Malu!


Ok. Please stop laughing~

Disebabkan malu yang teramat sangat, Anne tunduk sampai kereta brother tu jauh dari kami.Eventhough, he never knows what in my mind. Tapi, yang peliknya lepas brother tu bagitahu Alhamdulillah dah tak jam. Cuba bayangkan. Bila tak jam, tak de lah orang nak bagitahu tempat minyak tu tak tutup. Silap-silap pakai horn je. Kesian kat Brother tu. Patutlah asyik toleh-toleh je. Thanks a lot. May Allah bless.


Ok, this is my story :)


Pada hari itu, Anne belajar sesuatu. Pertama, dahulukan berbaik sangka (husnuzhon). Kedua, lain kali kalau jam atau ditimpa sesuatu musibah jangan mudah mengeluh. Setiap benda yang berlaku pasti ada sebabnya.


Pesan Allah khas untuk hambanya yang beriman.
Siapa? Kitalah! (^_^) InsyaAllah~


 Firman Allah swt yang bermaksud :” Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan prasangka buruk, sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati, maka tentunya kamu merasa jijik dan bertaqwalahh kepada Allah swt, sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang“. 
(Surah Al-Hujurat : Ayat 12)


NotaHati : Silalah buang sampah ke dalam tong sampah. Bukan kat atas tutup tong sampah. Lepas ni kena selalu 'cuci' hati.



Yang Belajar Sesuatu,
Cik Anne
ربة البيت (setakat ni)
Jom sama-sama bersihkan hati! ^_^

Rasa macam pernah tengok Brother tu.


Pendatang Asing~

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..

Assalamualaikum W.B.T

Tajuk di atas sesungguhnya tiada kaitan dengan PATI atau seangkatan dengannya.
Apa PATI tu? Pendatang Asing Tanpa Izin

Hye.
Saya penghuni baru blog Cik Asu. Penyibuk Mengisi masa lapang dengan menulis kat sini.

Kata orang kalau tak kenal maka Ta...


TA'ARUF :)
I'm just an Ordinary Student but want to be Extraordinary Muslimah O.S.E.M
I want to be the BEST in everything I do.
Menggunakan nama pena Cik Anne. Boleh panggil Anne.


Kenapa Nak tulis kat blog Cik Asu?
Sebab blog Cik Asu cantik kot :D


Kenapa pilih nama Anne?
Gara-gara tak pergi overseas. =_= Boleh pakai ke alasan?


Salam Perkenalan.


Semoga Allah Redha.


NotaHati: Terima Kasih kat Cik Asu bagi saya melakukan sedikit contengan coretan di sini. :D

Yang Mencoret
Cik Anne
ربة البيت (setakat ni)
Jom sama-sama jadi baik! ^_^

Sakit Bulanan Yang Paling Ditakuti Wanita



Hai sahabat gorgeous asu sekalian !




Ha. Korang ingat bil tepon, bil Astro ngn letrik etc tu je yang ade bayaran bulanan? Hehe. Perempuan pun ada lah bulanannya. Tapi bukan bil , sakit adalah. hehe.



Er, dalam zaman milenium a.k.a zaman serba tahu ni, masih ada lagi ke yang belum tahu sakit bulanan wanita neyh? Oh, kesian ! (kalau budak kecik tu memang wajarlah dorang tak tahu. Kalau dah bangka pun tak tahu lagi, shame on you lah der)



Ok. Untuk lebih terang dalam kegelapan ni, meh sini asu nak explain sikit.



Sakit bulanan wanita kebiasaanya akan dialami oleh seorang wanita yang subur dalam tempoh yang tertentu pada setiap bulan (minima sehari, maksima 15 hari). Lebih popular dengan nama period (tetiba aku jadi malu pulak nak teruskan bermadah =P ). Kalau dalam bahasa Arab, dorang sebut Haid. Kalau bahasa Inggeris dipanggil menstrual. Kalau bahasa kita-kita ni, sebut 'datang bulan' pun dah paham kan? hehe





Dinding uterus yang terhakis tu lah yang dinamakan darah haid. Kitaran bulanan bagi seorang wanita normal




Actually, period ni bukan penyakitlah. Ianya merupakan tanda kesuburan hormon dalam badan wanita yang melibatkan pengeluaran hormon estrogen dan progesterone. Kalau tak period, maksudnya wanita tu terlebih hormon testeron iaitu hormon kelelakian (scary kan bunyinya?). Dan, hormon kewanitaan tu memang sangatlah penting dalam merancang keluarga yang bahagia. (miahaha. cakap merancang anak kan senang. kuikuikui)



Tapi kan, bukan period tu yang menakutkan, tapi SAKITnya tu yang menggerunkan !


Kalau siapa yang kenal asu dalam dunia realiti, asu ni seorang yang suka acting like a brutal guy. Eh, tapi takde lah sampai melampau sangat nak meniru gaya lelaki. Cuma cara bercakap dengan kawan lelaki lah yang selalunya tak selembut perempuan sejati. Hehe. (siapa yang kenal betul2 kenal asu mesti paham apa yang asu cakapkan ni)



But ! Sebrutal-brutal asu pun, asu masih lemah kalau berhadapan dengan benda ni. Kebanyakan wanita yang lain pun akan tewas bila cuba nak berlawan dengannya. Apa dia? Itulah yang dinamakan SENGGUGUT ! (simpan dalam otak bebetul ye. senggugut, bukannya sesungut macam semut tuh)




Sakit senggugut neyh, nauzubillah. Hanya Allah dan wanita tu sendiri yang tahu betapa sakitnya dia. Rasa macam nak tercabut usus dalaman neyh semua. Kalau yang biasa-biasa, akan rasa sakit perut, sakit pinggang dan lenguh-lenguh badan je gitu. Tapi, walaupun biasa-biasa pun, dah boleh mengganggu aktiviti harian daripada berjalan lancar macam selalu. Jangan salahkan orang perempuan lah eh kalau ponteng kelas atau tak datang office sebab benda ni.




Tapi kalau yang paling teruk, memang dasyat lah. Nak berdiri tengak pun rasa seksa. Asu pernah merasai sakit bulanan yang sangat teruk. Masa tu, semua sakit asu rasa. Sakit perut (macam cirit-birit), sakit pinggang, lenguh satu badan, demam, muntah-muntah, pening kepala. Perghhh, memang pakej ah wa cakap sama lu neyh.




Setiap kali kena tu, hanya satu yang bermain di fikiran asu : Baring kat tengah jalan, biar treler lenyek pinggang yang menjadi punca senggugut neyh. Haha. Gila kan? Tapi, nauzubillah lah nak benda tu berlaku betul2. 






Kebiasaannya, kalau cara nak menghilangkan rasa sakit ni menurut cara asu, senang je. Dengan cara 3 step ni :




1. Telan 2 biji panadol.
2. Ambil sebijik botol air yang berisi air panas. Kalau panas sangat botol tu, balut dengan pape kain asalkan haba kepanasan tu masih terasa kuat dan tidak akan melecurkan kulit badan korang.
3. Tidur. Pastikan tidur dengan cara meniarap sambil meletakkan botol air panas tadi kat perut yang sakit atau kawasan yang sakit tu lah dan sila menikmati tidur anda tu. hehe.




Ha. Simple kan? 


Bila bangun tidur, alhamdulillah hilang terus rasa sakit tu. Tapi, kalau mase tu takde botol macam mana? Ok, kalau takde botol air panas pun takpe. Yang penting, amek sesuatu yang boleh bagi pressure kat perut tu. Letak penumbuk korang pun takpe.



Walaweyh !


Tapi kan, asu sangat takut sekarang ni. Ada orang cakap, kalau wanita yang selalu kena senggugut ni, susah nak dapat zuriat. Betul ke??????



Mak !! Ummi nak baby nanti... huhuhu. Janganlah kejam sangat. 








Tapi, mereka juga cakap, ada rawatan yang tertentu untuk wanita yang kerap senggugut ni. Hm. Nak tahu apa? Nanti asu share kan link2 yang berkenaan ye.



Tetiba takde mood bila baca artikel yang cakap benda paling kejam tu [orang senggugut payah dapat anak]. Wuwu. 



Untuk wanita diluar sana tu, sila jaga sistem peranakan tu elok2 ye. Jangan lah buat aktiviti yang lasak sangat hingga boleh menjejaskan fungsi sistem tu. Dan kepada para lelaki yang belum, bakal dan sudah bergelar suami tu, sila lah fahami wanita ni sebaiknya.


Orang perempuan yang datang bulan ni memang cepat mood swing dan suka marah2. Kalau dia marah, biarkan je dia marah. Kalau dia sakit, tolonglah berada disisinya kerana korang semua tak tahu betapa sakitnya kaum kami terpaksa menanggung sakit tu setiap bulan. Kalaulah kami boleh bagi korang rasa separuh dari sakit yang kami rasakan ni, gerenti awak akan tobat tak nak rasa walaupun untuk satu saat sekalipun. 




Ok, it is time tu share ! Yay.



Untuk mereka yang nak tahu lebih lanjut pasal haid atau waktu subur wanita demi nak merancang sebuah keluarga bahagia (khusus untuk yang dah berumahtangga terutamanya) boleh pergi ke sini ---> Waktu Subur Wanita 

Dan kalau nak tahu pasal senggugut dan petua nak menghilangkannya, boleh klik sini ---> Senggugut Semasa Haid atau Petua Hilangkan Senggugut. 


Kalau rajin lagi, pergi lah surf sendiri ye. Asu tolong share takat tu je. Banyak lagi yang boleh di skodeng kat google tuh =P






From author :

Hm. Dilemma betul lah. Ada sahabat2 menyarankan kat asu suruh pergi buat check-up sebab tengok asu merana teruk setiap kali senggugut. Tapi, asu rasa macam normal je sebab asu baca banyak2 artikel, muntah-muntah tu salah satu simptom yang biasa. Acamne neyh kawan-kawan? Kalau ada terjumpa artikel lain yang menyatakan fasa kritikal hingga perlu doktor, share kan kat asu ye. Asu risau lah sekarang ni. =/






Salah Faham Dalam Kalangan Blogger. Isu Betul !




Selamat berjumpa kawan yang fantastic sekalian !




Ha.
Ni ape pulak ada salah faham pepagi neyh? Siapa pulak yang bergaduh ni? Ada perang ke?



Ooooo...chop chop chop !



Sape pulak kate ada orang bergaduh ni? Haishh.. Takde lah. Takde yang bergaduh pun. Semua bloggers kan baik2 kan?(insyaAllah). Jadi, mane ade yang nak bergaduh.


Ok. Back to the point.


Actually kan, asu dah lama nak cakap pasal ni, tapi jejarimari ni tak tertaip pulak idea yang dok tersumbat dalam otak neyh sejak sekian lamanya.


Macam ni lah. 


Benda yang asu nak cakap ni, sama lah jugak dengan konsep "I follow you, You follow I balik taw taw taw !" Kinda boring kan isu  ni? (Bagi bloggers yang dah lama tu, tahu lah macam mana perasaannya)



Asu nak tanya korang lah kan. Apa tujuan korang berblogging ni sebenarnya eh?



Saje2 nak jadi pemes macam Hanis Zalikha tu ke? Atau Fatin Liyana? Ouh ouh ouh I know ! Korang nak jadi macam Cik Epal eh? Eh, atau nak jadi macam Maria Elena? Atau Yuyu Zulaika? Ke, secantik Lyssa Secret neyh??Atau nak jadi sehebat The Other Khairul? (muahahaha. Hambek kau semua blogger yang aku minat aku sebut!)







Well, asu rasa, mesti korang akan cakap, "Takde lah, saje suka2". Betul kan? Alah, yang seangkatan dengan jawapan tu kira same lah. 



Tapi, sedar tak sedar, niat suka2 tu dah jadi lain bila korang MEMAKSA orang untuk follow blog korang. 



"Hey, bile mase pulak aku pakse dorang suruh follow. Aku cuma taruk link je kat situ. Terpulang lah pada dorang nak follow ke tak nak"



Ok, chop !
Memanglah korang tak cakap "PAKSA" secara direct tapi cara korang tu yang menampakkan macam memaksa.

Korang nak followers riban-riban eh? 










Takpe. Tak salah pun kalau nak followers banyak2. Memang digalakan dan itu merupakan persaingan yang sihat ! Sape yang tak suka kan kalau ramai orang baca blog kita. Kan? Tapi, alahai, kalau orang2 tu setakat follow, tapi tak BACA blog korang tu, hampeh jugak.




"Elleh, kau cakap ni macam kau tu hebat sangat je. Padahal blogger baru je kot ! Follower baru je doploh. Ade hati nak nasihatkan orang konon. Pegi blah lah. Taw lah jeles !"



Ok.ok.ok.



Korang cakap lah ape yang korang nak. Asu dah lalui dah sebelum ni. Korang bukannya kenal asu pun kan? Jadi, buat ape nak terangkan panjang lebar. Cukup lah setakat korang tahu bahawasanya asu dah bertahun dah blogging. Cuma blog yang ni baru je buat. Sebab tu lah newbie sikit dan untuk blog kali ni, asu cuba nak ubah imej dan watak diri dalam penulisan. Itu je. Takde niat pun nak sakit hati dengan sesape.


Hehe. Lagipun, mase awal2 blogging dulu, asu pun pernah jugak wat macam tu, tapi xde lah cakap i follow u follow. Bila dah lama blogging, baru asu tahu dan merasai betapa hingusannya memaksa orang macam tu. Harapnya, lepas ni, korang kurangkanlah buat macam tu lagi. 



Tak best mana pun kalau follower ramai tapi habuk pun tak baca penat lelah penulisan korang tu. Biar sikit follower tapi banyak silent readers. 



Dah la. Asu tak nak cakap pepanjang. Karang ada orang sound plak asu. 



Hepi berblogging semua ! Biar orang suka dan follow kita secara rela hati, bukannya sebab kamu yang suruh. 









Yang jernih diambil sebagai pengajaran untuk masa akan datang, yang keruh dijadikan sempadan. Kalau ada yang terkecil hati dengan apa yang asu dah cakap tadi, asu mintak maaf banyak2. Tak salah kan kalau kita saling mengingati dan perbetulkan balik nawaitu kita dalam arena berblogging  ni kan? =)








From author :


Follow sesebuah blog adalah kerana ingin tahu perkembangan seseorang penulisnya. Dari segi penulisannya yang menarik, gambar2 yang comel, makanan yang melazatkan atau percutian yang menggoyahkan iman. Tapi, kalau dah follow tapi asek skip blog orang tu, kan kesian namanya tuh. Ouh. At least owner blog tu happy sebab followers dia ramai, kan? *sarkastik -,-

SEGMEN BUDAK PENING : BLOGLIST PENING JUN 2012



Hello kawaii friends ...again ! haha


Ok. Malam ni saje jek nak menghimpitkan bloglist orang. Takpelah. Sekali sekala. Boleh kan?


Haishh.. harapnye korang belum pening-pening kutu lagi tengok semangat patriotik asu untuk melibatkan diri dalam segmen orang lain. 


Jangan marah asu. Asu cuma mempraktikkan peribahasa moyang kite dulu tu je. Ape eh dorang kate? Oh, bersegmen kita bersatu? Haha. Bukan lah. Buat baik, dibalas baik. Betul ape.


Dorang buat segmen, asu join, segmen nampak meriah. Haaa.. kan dikira buat baik lah jugak tu kan? hoho. 


(Sudah cukup cukup sudah lahhhh Asu weyh. Pening kutu pulak incik kepala pening tuh jadiknya nanti !)




Tekan sini untuk memeriahkan lagi rumah incik neyh ! =) Dia hensem taw ! ..hehe


Alorhh.. senang je lah nak join. Nak tandatangan surat perjanjian hitam putih? Ha. Sila baca terma dan syarat ni dulu yang dicopy paste sebijik2 dari incik belog. Hehe


1. buat satu entry yang bertajuk " SEGMEN BUDAK PENING : BLOGLIST PENING JUN 2012 "

2. amik gambar baner kat atas ni, tempek kat dalam entry tu dan link kan ke post ini.

3. kalau sudi (optional)
          a. follow blog ni
          b. like page facebook Hikayat Budak Pening (or boleh klik like "facebook page" kat sidebar tu)
          c. masukkan blog Hikayat Budak Pening (http://pening-pala.blogspot.com) dalam bloglist korang.

4. publish kan entry korang tu dan letakkan link entry tesebut dalam ruangan komen entry ini.

tarikh tutup : 30 may 2012 jam 11 malam.




Ha. Amacam? Senang je kan? Ok. Sila turunkan tandatangan korang kat SINI dengan segera tanpa was-was !






From author :


Petang tadi puas makan durian berbijik-bijik sebenarnya. Sebab tu lah ade kesan kat otak ni sikit. Dah pening-pening kutu jadinya. Perut pun panas je. Adakah asu dah terkena simptom2 nak demam? Sebab makan durian banyak banyak banyak tadi? Plus makan spaghetti, tauhu sumbat ngn pisang goreng ! Haha. Gemok lah kau pasni asu. kuikuikui (ape nak takut, aku memang dah gemuk pown. Tak heran pown. Bwekk =P)

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JUNE AMERCORNER




Hello superb friends sekalian !


Hope korang sehat2 jek.


Hari ni asu rase macam takde keje lah sangat nak buat. So, asu decide nak join lah amer punya segmen bloglist ni. Sekali-sekala menyendeng, mane lah tahu kot2 tuah amer melekat kat asu sikit ke, dapatlah asu cari readers sikit.


Ok. Malas nak bicara panjang, asu ikut je lah ape yang tuan segmen ni suruh buat.






Sila klik banner ni kalau teringin nak berhimpit dalam bloglist incik amer =)




Ouh. Tetiba asu rasa jahat pulak. Jahat sebab terlupa nak taruk syarat2nya sekali supaya mudah untuk korang ikut serta dalam segmen ni. Hehe. *ampun ye



Terma dan Syarat : (di copy dan paste bulat2 sebijik2)

1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini (blog incik amer lah ye)
2. Buka satu entry dan Tajuk SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JUNE AMERCORNER
3. Letak banner diatas dalam entry korang.
4. Link kan entry anda pada post entry ini
5. Hantorkan link entry korang diruangan comment ini.
6.Letak blog Am dalam bloglist korang.


E'eh. Baru asu perasan sesuatu. Tuan empunya menggelarkan dirinya Am lah... Ni yang terasa malu sedikit ni sebab memandai jek panggil dia amer. (eh, suka hati lah ! Dah nama dia memang amer kan???)



Ape2 lah. Yang penting, takkan lah dia nak marah asu sebab panggil nama dia panjang sikitttt je daripada nickname dia tu kan? Tak logik betul =P (eh, tapi kalau dia marah jugak, asu lari !!)


Ok. Dah lah tu mengarut, cik ummi oii. Kesian lah kat jejarimari yang tengah kehausan keletihan neyh. Sesape rasa nak mengurat incik amer yang hensem atau menempel kat blog incik amer yang simple selalu, silalah join ye. Tekan je SINI dan korang akan terus terbang ke sane. Wee ~







From author :


Korang rasa, asu patut teruskan guna ganti diri 'asu' atau gune 'aku' jek macam style blogging dulu tuh? I just want to entertain y'all to the fullest the. Mana yang dirasakan sesuai eh? Ce komen sikit bagi pendapat. Tengah dalam dilemma ni weyh =P

"Adik, Tak Nak Barang Ni Ke?"




Hai kecomelan semua ! =)


Hari ni, agak bosan dan memenatkan.

Tetiba asu teringat sesuatu kejadian ni. Sebenarnya, banyak kali berlaku atas nama satu sikap ni. PELUPA ! Yeah, itu dia. Pelupa. Lupa nak buat apa, lupa je memanjang. 


Ok. Macam ni ceritanya. Asu jarang pergi kedai atau shopping2 ni. Seriously jarang. 


Maklumlah, asu bukannya anak dato' mahupun anak raja. Jadi, langit manalah nak jatuhkan duit ribu-riban untuk asu bershopping sakan kan?




Bila dah jarang bershopping, asu jadi pelupa nak angkat barang. -,-'


Dulu, masa asu ikut kak long pergi bazar ramadhan kat mana tah, penyakit pelupa ni tetiba menyerang asu.



Along beli 5 bungkus nasi kerabu. Oh, mase tu asu baru pestaim nak cuba makan nasi kerabu. Hm, kalau gitu, kejadian ni mase tahun 2010 lah. 


Lepas dah bayar, masing-masing blah macam tu je. Asu buat apa? Haha. Mase tu asu tengah menerawang entah kemana tah. Kaki berjalan, otak berangan, tapi tak sedar dan sensetif dengan keadaan sekeliling.



Bila dah separuh jalan beredar dari gerai nasi kerabu tu, Along menjerit kecil, cukup untuk membuatkan asu kembali di alam nyata.



"Adik ! Nasi kerabu tadi mana?"




Dengan terpinga-pinga, asu pandang tangan Along. Kosong. Pandang tangan suami dia. Hanya ada plastik berisi kuih-muih je.






ALAMAK ! Tertinggal kat gerai tu lah, tak amek lagi !




Asu pun berlari anak untuk ke gerai tu. Kalau setapak dua lagi, takpelah jugak. Ni dah bertapak-tapak jauhnya. 



Sampai ke gerai, makcik tu gelakkan asu.



"Macam mana boleh lupa ni dik? Nasib baik ingat nak amek. Buat rugi je dah bayar tapi tak amek nasinya neyh"



Macam biasa, asu sengih dan senyum je kat makcik tu," Terima kasih makcik" dan beredar.*nilai budi bahasa jangan dilupakan ye kawan-kawan. 



Kalau tengok muka, memang muka tak bersalah langsung. Muka takde perasaan. Tapi, cuba bedah hati asu time tu. Pergh, penuh dengan malu beb ! Haha. Malu sangat-sangat. Dah la anak makcik tu hensem !*gatal




Itu satu hal.



Pernah beberapa kali, asu jadi pelupa time bershopping di kedai. 



Tiba di kaunter, asu letak barang2. Dia kira. Asu bayar. Dia pulangkan duit baki, asu amek lalu berusaha nak simpan duit baki sambil kaki beredar dari kaunter. Baru beberapa langkah, cashier menjerit kecil.


"Adik ! Tak nak amek ke barang-barang ni?" sambil tangannya menunjuk ke arah barang2 yang asu dah bayar tadi.






ALAMAK ! terlupaaaaaaaaa...... hihi



Dengan muka yang merah, malu dengan orang-orang yang perasan dengan kejadian tu, asu pergi balik ke kaunter lalu mengambil barang2 tadi secepat yang mungkin dan mengucapkan terima kasih kat cashier tadi tu. *Amboi, senyum perli plak akak tuh ! ~,~"



Kalau kes terlupa nak angkut barang yang dibeli kat kedai tu, memang dah banyak kali. Sampaikan asu rasa kalau mase sekarang asu tertinggal barang kat kaunter lagi, asu dah lali dah dengan perasaan malu tu. Kadang-kadang dah tak rasa malu lagi. Maklumlah, dah pelupa, memang susah lah kan? Peduli lah orang keliling tu nak senyum kambeng sekalipun. 



Terlupa nak amek duit baki pun, pernah jugak merasainya. Haha.



"Adik ! Tak nak duit baki ke?" tegur cashier bila nampak asu nak beredar dengan barang2 yang dibayar tu. Well, macam biasa. Sengih, senyum dan terima kasih ! =P






Hari tu pulak, masa outing dengan member, asu boleh pulak terlupa kat mana asu letak barang shopping.



Punyalah penat asu mengingat kat mana asu taruk, tapi tak ingat2 jugak. Alih2, sorang member ni teman asu pergi cari balik barang2 tu. Kitorang berdua pergilah lalu balik kawasan2 yang kitorang yakin ada singgah tadi. Cuma ada satu kedai je yang asu tak terlintas langsung dalam otak akan tertinggal barang kat situ. Kedai AYAMAS. Mase outing tu, sekali tu je lah asu masuk kedai ayamas tu. Sebelum ni memang tak pernah jejak langsung. 


Sebelum asu sedar barang asu hilang, kitorang memang ada singgah makan cendol kat satu gerai ni. Kat situ, purse asu tercicir. Tapi, asu tak sedar pulak itu purse asu ! Tahu2 jek makcik tu keluarkan IC dari purse tu dan gambar kat IC tu gambar asu. Adeih, kenape lah asu boleh tak sedar pulak purse tu purse asu??



Ok. Berbalik pada mencari barang shopping yang hilang tadi.


Mase asu dan member tengah berlengar2 mencari barang tu, kawan asu yang lagi sorang call. Kebetulan, masa dia call tu, asu dan member tengah berdiri berdekatan dengan gerai cendol tadi. Then, makcik cendol tu jerit kat asu.



"Lah, tadi tercicir purse, ni tercicir barang pulak???" 








Kaku. Terdiam. Asu toleh ke arah suara tu. Malu tak terkata bila semua pelanggan kat gerai tu pandang asu yang tengah terpinga-pinga mencari barang yang hilang. Ada yang senyum-senyum. Ada yang geleng-geleng kepala. Yang penting, asu memang blahh dari situ cepat2. Malu sangat. Sebenarnya, makcik tu ada membebel lagi, cakap ape tah, tapi asu dah tak sanggup nak dengar. Cukuplah makcik tu sound asu kekuat macam tu. Tak nak dengar yang lain.



Oh, kawan asu yang call tadi, dia yang teringat bahawa tadi kitorang ada masuk kedai ayamas tu. Beli air. Bila asu check balik kat kedai ayamas tu, memang betul. 



Masih cantik je lagi beg plastik barang shopping asu tu terletak atas meja kedai ayamas tu. Haha !




Malu...malu...malu....

Itu lah satu perkataan yang singgah dalam otak bila setiap kali tertinggal barang kat mana2 tempat.




So, kesimpulannya untuk korang semua, jangan lah jadi pelupa sangat macam Asu ye.. Buat malu jek. Tapi kalau dah biase, buat dono jek lah. haha. Mane lah taw kot2 dengan sikap pelupa dan clumsy tu, ade orang jatuh hati kat korang ke.. kan? Sape tahu. =P






From author :


Korang pernah tak ade pengalaman macam asu tu? Kalau ada, ape kate kita share2. Asu nak tahu jugak korang punye experience macam mana.


Thanks for reading !

Messy Doodle Untuk Si Comel dan Si Hensem




Hai kecomelan Asu semua.



Hope korang sehat2 je.


Okayy, asu hari ni cuma nak short update je. 



Sebab... semalam asu kena sound kena sorang member blog neyh. Dia cakap asu sekarang malas nak update blog. muahaha. [mekaseh ye awak sebab tegur asu ^^]



Sebenarnya, messy doodle ni untuk dua orang kecomelan asu. Sorang lelaki dan seorang gegurl. Dorang berdua ni merupakan the first and second follower kat blog neyh. Dan sudah semestinya asu sangat sayang kat dorang sebab sudi untuk sokong asu dari awal sampai lah sekarang ni. Mudah2an sampai akhir hayat ke? Nanti in return, law asu punya kenduri kawen, insyaAllah asu akan ajak kome berdua ni ye. Haha (jauh pulak melayang pikirannye yek)



Eh, nanti lah korang yang lain !



Asu bukan tak sayang korang lah. Sayang sangat. Asu sangat sayang SEMUA kawan2 asu dan terima kasih jugak untuk korang semua yang sudi nak menyokong asu mase asu susah atau senang. You're truly a great friend to me =)




Ok.
Now is the biggest moment. Haha. Asu tahu, lukisan asu ni tak cantik mana pun, tapi asu tahu, asu buat lukisan2 ni dengan sepenuh hati dan penuh dengan kasih sayang tahu ! So, these mean a lot to me. Asu harap, Shag sayam dengan Ic-chan or Ix boleh terima seadanya. Hehe.





Taraaa !!!!!



Boboi Ic-chan =)  [note : Ix, kalau tak bola pink tu melantun2 tapi ade error takleh save semalam.hehe]







And.... jeng jeng jeng !







Gegurl Shag. [note : Asu tataw ape masalah text tu -,- ]







Ha. 
Ape kate korang? Ok tak?



Actually asu masih pening2 lalat lagi nak pahamkan fungsi2 dalam Adobe Flash CS3 tu tapi main taram jek lah. Sakit hati pulak bile semalam ngn hari ni tetibe pulak selection tool jadi tak same fungsinya. Tak paham? asu lagi tak paham macam mana nak cakap. Huhu.




Okay. Jom klik sini untuk jenguk dua orang blogger otai neyh ----> SHAG SAYAM dan IXBAR.
Dorang dah lama berblogging. Sampaikan salam je la eh kalau korang menyinggah sana. =D








From author :

I don't have talent but I have determination to do it =)

Thanks for reading !





First Messy Doodle Using Adobe Flash Cs3



Hai semua.

Hehe.

Asu sekarang ni macam tak makan saman plak ek? Kate nak improvekan diri tapi sampai nak seminggu pun berhabuk bersawang je blognye neyh. huih.. Dush3!

Bukan asu malas atau takde idea. Cuma.....errrr.....






Takde kartun ! *haiyya..macam ini pun ada ka? ~,~"



Actually macam ni. Entri yang sepatutnya asu publish 4 hari yang lepas, Asu dah lukis kat kertas dah gambar2 nye. Okei. Memang buruk lah sebab asu bukan orang seni. Asu lukis2 tu untuk bagi korang boleh imagine lebih betul dengan situasi asu tu. 



Tapi, asu takde scanner lah. Huhu. Nak snap guna kamera phone, pergh, memang tak ah. Hampeh sangat. Nak masukkan lagu bebanyak pun dah jadi biol ~



apehal lah pulak kotak kat muke tuh ? -,- careless


So, punya lah asu tunggu....tunggu...tunggu.... (tunggu ape pun asu tak sure. hehe)




Suddenly, semalam entah macam mana, asu teringin sangat nak main lukis2 guna Adobe Flash cs3 yang macam Yazid Torpedo ni buat. 


Yup. I really adore his works. Sangat2 comel jiddan. 


Asu nak jugak main2 kartun macam yazid, tapi, macam payah je tangan kayu macam asu ni nak hasilkan doodle yang comel jiddan macam yazid buat ni.


Tapi takpelah. Asu is asu. Dan style asu, asu punya cara lah ! =P


So, setelah menyirap jugak godeh2 tools dan ikut tutorials dengan penuh kesabaran, asu telah hasilkan dua doodles. Satu boboi dan satu gegurl. 


Dan asu perkenalkan, hasil tangan asu yang asu bagi nama style ni sebagai "Messy Doodle" which means, style budak tadika kaler2. Comot-momot gitu. Hehe.











Jeng...jeng...jeng !







Ini namanya Aisyah. Doodle gegurl.




Ini namanya Aiman. Doodle boboi.



Ha.

Siap sudah Messy doodles asu yang gemok2 tuh. Kuikuikui.


Yup. Sangat-sangat comot bukan? Tapi, nak wat macam mane, asu lukis2 tanpa guna mouse, memang ah kaku sikit. Kan asu dah cakap awal2 tadi, asu bukanlah seorang yang berseni dan opkos lah tangan kayu.



Tapi asu rasa, asu tak perlu risau sangat sebab bak kate Yazid, practise makes perfect. Lama2 okay lah tu =)


Ok. 


Setakat tu lah asu nak membebel. Kalau korang nak tengok doodles yang comel-lotey, jom kita intai2 blog Yazid Torpedo.











 
From author :

Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kan?
Kalau korang nak link untuk download full version Adobe Flash CS3 ni, mintak je asu ye. Kalau taknak takpe. Tak pakse pown =P

Thanks for reading ! Kalau suke boleh like. 

Rezeki Itu Allah Yang Tentukan




Hai semua.

Apa khabar yop? Harapnya semua sihat2 je, insyaAllah.

Okay. 

Hari ni asu nak kongsikan sedikit tentang nasihat dan pesanan yang abah asu beri kelmarin. Kata-kata ni mungkin dapat membuatkan korang semua akan berfikir sejenak untuk mempertimbangkan kewajarannya. Ok, lepas baca, kena fikir tahu ! ^^


* * * * * * *


Suatu petang, mase tengah minum2 bersama mak ngan abah, abah tanya asu :


"Adik rasa, boleh dapat berapa result final exam nanti?"Asu diam 10 saat sebelum menjawab, " Tak tahulah bah""Lorh. Macam mana boleh tak tahu? Mesti lah boleh agak kan?"Asu diam. Tak tahu jawapan apa yang sesuai untuk diberikan.



Bila dah masing-masing dah menyepi, abah cuba untuk menceriakan suasana balik.

Abah cakap, asu tak perlu risau dan susah hati dengan result yang akan keluar nanti sebab segala apa yang kita dapat, semuanya Allah dah tentukan. Walaupun kita dah berusaha sekeras batu di gunung, tapi result kapcai pun, kita perlu, mesti dan wajib bersyukur sebab itu adalah rezeki kita. 


Kemudian, abah buat satu perbandingan.


Cuba bayangkan. Ada 3 orang budak. Si Kurus, Si Sederhana dan Si Gemuk.


3 orang budak tersebut memasuki dalam suatu pertandingan lari pecut 100 meter. Mereka berlari dengan sepenuh jiwa dan raga untuk menamatkan perlumbaan dengan masa yang terpantas. Tapi, seperti yang kita dapat jangka kan, Si Gemuk merupakan yang terakhir malah dia tak dapat habiskan larian sampai ke penamat sebab semput.



Persoalan : Wajarkah kita memarahi Si Gemuk sebab dia kalah?


Ha.
Mestilah TIDAK, kan?
Sebab apa? Sebab, dah rezeki untuk Si Gemuk dah tertulis bahawa Si Gemuk tidak dapat menang. Nak buat macam mana kan? Lagipun, sesuai apa. Badan berat, mesti la payah untuk melawan daya tarikan graviti. Kan? (maafkan Asu kalau ada yang tersinggung)



Situasi seterusnya, pertandingan tarik tali.





Si Gemuk lawan tarik tali dengan Si Kurus. Sudah tentu lah Si Gemuk yang menang kan? Jadi, perlu ke kita marah Si Kurus sebab kalah?


Mesti lah TIDAK, kan?
Sebab, dah rezeki  Si Kurus macam tu. Nak buat macam mana kan? Lagipun, sesuailah dengan keadaan fizikal Si Kurus yang keding tu. Inertia (term in Physics) yang rendah, payah untuk mengekalkan posisi badannya dan susah untuk melawan seseorang yang mempunyai inertia yang tinggi. Betul tak? =)



Kemudian, abah pesan lagi.


Abah cakap, kegemilangan tanpa agama, itu bukan kejayaan.

Seperti seorang ibu yang mengajar anaknya pelajaran Matematik sampai terkenal seluruh dunia hingga mengabaikan pendidikan agama untuk anaknya. Memang anaknya cemerlang Matematik, tapi dia tidak berjaya lagi. Dia belum berjaya dalam subjek yang lain apatah lagi bekalan Akhirat.


Masih ingat tak korang dengan zaman Rasulullah dahulu kala?

Ketika umat Islam berperang dengan orang kafir dalam bulan Ramadan ketika perut masing-masing lapar dan dahaga. Tapi, mereka masih boleh mengalahkan tentera musuh yang berlipat kali ganda ramainya berbanding dengan tentera Islam itu sendiri.






Sebab apa?
Sebab masa tu, tentera Islam sentiasa ingat kepada Allah. Sentiasa menjaga hubungan dengan Allah.


Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menumpaskan pihak musuh sambil bertawakal semoga Allah permudahkan lagi urusan mereka. Akhirnya, berjaya juga usaha mereka tu kan? Begitulah hebatnya kuasa Allah keatas makhluknya. Setiap sesuatu tidak mustahil untuk berlaku andaikata Allah kata "Kun Fayakun". Jadi, maka jadilah ! 







Kesimpulannya, setiap sesuatu Allah dah tentukan rezekinya sejak di Luh Mahfuz lagi. Tapi, kita masih boleh ubah asalkan kita berusaha dan bertawakal kepada-Nya. Setiap sesuatu perlu berlandaskan agama jika nak berjaya. 


Seperti seketul batu. Jika dibuat masjid, ia akan dimuliakan di syurga nanti. Tetapi jika tidak, ia akan menjadi batu yang hina.



Tak kiralah siapa pun kita, agama apa pun kita, buatlah dengan niat agama kamu. InsyaAllah, akan ada hasil yang bermanfaat. 




From author :
Kalau betul-betul kita berkehendakkan sesuatu, mesti perlu ada usaha dan tawakal selepas dah berusaha. Kalau kita berkehendakkan keadilan dalam negara, kita perlu ada usaha menentang kebatilan dan berdoa agar keadilan berada di pihak yang benar.

Thanks for reading !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved