Jauh dan Kerinduan






Bismillah , Assalamualaikum , Hai Peeps ! =)










Termasuk hari ni, aku tak ingatlah berapa lama aku dah tak jejakkan kaki ke Muar tu lagi. Hm. Rindu ? Jangan cakaplah. Macam nak meraung pun ada.








Tapi, bila aku kenang balik, sepanjang aku kat sini, dah sebulan aku tak balik, tak pernah pulak aku menangis sebab homesick sebenarnya. Er, atau aku yang tak perasan ni? Ahha ~









Seriously, belajar di tempat orang, walaupun locally je, mengajar aku untuk jadi seorang yang cekal. Walaupun tak sepenuhnya aku kuat, at least salah satu kelemahan aku dapat diatasi iaitu homesick. Iyaa.. sebelum ni, aku tak pernah belajar jauh-jauh.









Balik-balik dalam Muar jugak sebab aku kan lahir kat Muar. Paling jauh pun, dekat Melaka. Pfffttt. Sangat dekat kot ! At least dua minggu sekali aku akan balik rumah. Kalau time matrix dulu, selalu balik rumah Along kat Melaka tu je la. 









Hm.
Itu semua cerita lama.
Sekarang ni aku tengah menghadapi dunia baru. Dunia idaman aku tapi tak sangka pulak aku berjaya melangkah sejauh ni walaupun aku kurang pasti sama ada aku akan berjaya seperti mana aku jadi juara swimmer tahun 1993 dulu ataupun tidak.










Takpe, mulakan semuanya dengan bismillah dan yakin terhadap diri sendiri serta tawakal kepada Allah !


















Actually, baru sekarang aku dapat tangkap yang sebenarnya bahawa family aku rindukan aku. Oh ~ Terharunya aku ! ^__^









Minggu ni je, dah membuktikannya. Semuanya tanya khabar aku kat sini. Dan soalan yang paling paling paling takkan terlupa untuk diajukan kat aku, "Duit makan cukup tak??".










Setiap kali dorang tanya soalan tu, aku terasa macam nak mengalir je air mata ni. Ye lah, dalam family aku, aku lah yang paling pemes dengan selera makan yang kuat. Saka besar mungkin? Iya, aku memang jenis tak tolak rezeki depan mata. Belanja lah aku makan apa je, dan pinggan tu mesti akan licin ! No wonderlah aku adalah anak perempuan mak abah yang paling kecik tapi paling besar. Ahaks ! Gemuk? I don't think so sebab BMI aku masih ideal =)










Tapi, kelakar lah pulak bila setiap kali cakap kat tepon dengan mak, mak mesti teruja nak dengar aku cerita itu ini tentang dunia aku ni. Kadang-kadang, benda tu aku dah already cakap pun pada hari sebelum-sebelumnya tapi mak tetap akan tanya lagi. Sangat touching you know. Along pun rindu aku jugak. Kalau time aku ada dulu, aku boleh lah stay rumah along dan jadi bibik dia. Jaga anak-anak dia sementara tunggu along balik dari kerja, dan kemas-kemas rumah along.









Well, aku ada bakat terpendam jadi bibik taw. Jaga budak-budak dan mengemas. Serahkan je kat aku, insyaAllah aku boleh buat. Sebab tu lah along selalu bagi kepercayaan untuk aku jaga anak-anak dia dan jaga rumah. Tapi, kalau bab-bab memasak,,... errr... maaflah, bendera putih okay. Oh, kalau dah penyakit Capital M tu dah datang, sorry lah, internet dan katil je lah peneman setia aku. Haha !









Aku rasa, tu je lah aku nak luahkan. Actually tengah bengang sebab artikel yang aku dah karang sebelum ni, panjang gila lebar dan tah macam mana boleh ter corrupt. Pergh, sangat lemah jantung you know ! >,< Tu lah saje je nak buat cerita lain ni. Hehe.










From author :

Kalau dalam negara pun dah rindu gila babas, apatah lagi mereka yang berjihad demi ilmu kat luar negara tu kan? Korang rasa aku ni anak manje sangat ke ah?






2 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved