Seharian Hidup Tanpa Telefon






Bismillah , Assalamualaikum , Hai Semua =)






Korang ada phone ? Iphone, Blackberry, Samsung and whatever tu...? Uishh,, mesti lah ada kan? Paling cikai pun, mesti Nokia 3310 tu kan? Hehe.







Wait. Aku bukannye nak cakap pasal phone sebenarnya. Tapi pasal phone aku yang hilang ~















Hari ni je, aku dah tempuhi seharian hidup tanpa henset. Yeah, I'm serious. Sebabnya, phone aku mungkin tercicir time dalam perjalanan nak balik dari ber'piknik' bersama2 kumpulan Usrah kat Taman Rekreasi Tupah tu. Mungkin time aku keluar kereta, phone tu jatuh sekali, tapi aku tak sedar sebab jatuh atas rumput. Hm... mungkin ~









Walaupape pun, kehidupan tanpa henset ni sangat memeritkan you know. Yeah, sangat. Nak contact member-member pun susah. Terpaksa pinjam kredit housemates dulu (Huhu. Malu ~). Even nak contact mak pun payah. Dah la minggu ni minggu orang nak balik cuti raya haji, aku tak balik Muar. Perghh,, ujian.. ujian..










Sedih? Sape tak sedih kalau phone hilang? Tipu lah kalau aku cakap aku tak sedih. Lain lah kalau aku ni anak raja, phone 10 bijik hilang pun tak heran.. Pe de hal kan? Hm.. Tapi masalahnya aku bukanlah anak raja ! Jadi, phone tu lah nyawa penghubung aku dengan family aku. Oh, dan jugak kengkawan.









Tapi, aku percaya semua ni ada hikmahnya. Senior aku cakap, sabar je lah. Mungkin dugaan ni hanya untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran aku. Nak menguji sejauh mana ingatan aku kat Allah. Lagipun, senior aku pesan, kalau ditimpa ujian yang dirasakan berat ni, bermakna Allah sedang pandang kita. Allah sayang kita, sebab tu lah diberinya kita ujian ni semua untuk kita ingat balik kepada Allah.










Astaghfirullahal'azim.
Sesungguhnya, mungkin aku dah banyak leka daripada mengingati Allah. Sebab tu lah ~









Jadi, dengan kesempatan yang ada ni, aku nak mohon maaf sekiranya nombor aku (013-463614*) ada telefon or mesej korang. Kiranya, sejak semalam (Ahad petang: 21/10/2012) phone aku dah hilang. Kalau ada nombor aku masuk dalam phone korang, maknanya ada orang buat dajal lah tu. Aku tak dapat gunakan lagi nombor tu setakat ini. Selagi aku tak announce yang aku dah boleh guna balik no tu, maksudnya, jangan layan lah nombor tu ok?










Er, korang paham tak?
Jadi, dengan ini, aku nak mintak maaf ea kawan-kawan semua, sebab nombor telefon korang SEMUANYA dah takde. Aritu masalah fon rosak, nombor dalam sim card je yang dapat diselamatkan. Sekarang, sim card pun dah takde, jadi, nombor korang pun dah vanished lah. Salah aku jugak sebab tak tulis manual nombor korang dalam buku >_____<












Mula-mula merancang tak nak bitaw mak pasal ni sebab takut mak marah, tapi gagah kan jugak untuk jujur, walaupape pun kate-kate mak, aku redha je lah. Salah aku jugak. Memang salah aku sebab cuai. Tapi, amazingly, mak tak marah la ! Sikit pun tak membebel. Hehehe. Mak cuma cakap, pasni tak payah la guna phone sebab benda kecik tu pun tak boleh jage, pakai facebook je lah. =.=. Dan mak pun gelak. Oh ~ Sampai hati mak buat lawak macam tu. Tapi, kalau mak serius dengan kata2nya tu, memang macam bangkai bernyawa lah aku lepas ni. =P







Terima kasih Allah sebab ujian yang Kau berikan ni. Alhamdulillah ~
Terima kasih mak dan kawan-kawan sebab memahami. Syukur alhamdulillah ~    ^_^








From author :

Satu ayat member-member nak pujuk hati aku yang tengah gundah-gulana ni --> Itu tandanya nak dapat phone baru lah tu. Oh, mudah-mudahan kate2 mereka itu manisssssss ! Ape pulak ayat korang nak cherish aku? Hehe ^___^ 






4 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved