Injection HPV Tu Tak Sakit Lah.





Bimillah , Assalamualaikum , Hye Korang ! =)







Amboi... besonya jarum... ~,~"








Sape kat sini yang lahir tahun 1993 same dengan aku ? Ha, berita baik untuk korang. Er, tak tahu lah baik ke tak sebenarnya. Hehe.









Untuk tahun 2012 ni, suntikan HPV* adalah PERCUMA untuk sesiapa yang lahir tahun 1993 [*HPV =  Human Papillomavirus] 
Oh, lupa pulak. Injection HPV ni hanyalah untuk PEREMPUAN SAHAJA okay.. Suntikan untuk cegah kanser serviks. Kenapa, lelaki pun ada ade cervix ke? =P









Suntikan HPV ni ada 3 dos. Which mean, korang kena tiga kali 'dating' dengan doktor untuk menerima suntikan ni. Dos 1, suntikan pertama. Dos 2, sebulan lepas suntikan pertama, Dos 3, 6 bulan lepas suntikan pertama. 











Tadi petang , aku dengan member2 baru je pegi amek suntikan HPV ni. Tu lah excited nak bagitahu korang sebab, mesti tak ramai pun tahu pasal ni kan? Dan opkos, sapa yang lahir tahun 1993 dapat suntikan free tapi tahun yang lain-lain tu kena bayarlah. Don't worry 1994, korang akan dapat free injection HPV tahun depan dan macam tu lah tahun seterusnya. =)









Sakit tak injection HPV ni??













Jawapan aku ---> NO !









Rileks, korang tak payah takut lah. Tak sakit pun. Even member aku yang kurus keding tu pun cakap tak sakit, tak kan korang yang berisi-isi tu sakit pulak kan? Kental lah sikit beb !










Before decide nak amek suntikan, aku adalah jugak tanya member2 yang dah amek baru-baru ni dan 98% daripada korang cakap sakit. Perghhhh, negatif betul. Siap cakap nak angkat tangan tak boleh la, nak tido tak boleh lah, senang cerita, testimoni dorang memang sangat negatif dan hampir-hampir membuatkan aku taknak amek hari ni sebab risau tangan takleh nak gerak untuk menulis. Tapi, thanks to my inner spirit yang 99% bagi keyakinan kepada diri aku sendiri bahawa benda ni tak sakit.












At first, nampak jarum tu, aku agak risau lah jugak. But then, aku tengok je acik (not sure whether she is a real doctor or just a nurse) tu cucuk jarum kat lengan aku ni ha. Tak sakit. Slowly, acik tu tekan syringe supaya vaccine tu dapat masuk dalam saluran darah aku dengan tenang. Dah abes, dia keluarkan jarum and thats it ! Tak rasa pape pun. Even sikit pun tak rasa sakitnya. Aku rasa, haritu kena inject Hepatitis B lagi terasa sengal-sengal dia.










Tapi sebenarnya, sakit tak sakit injection ni kena bergantung pada imun, keyakinan dan mental korang jugak. Kalau korang ni jenis yang tak tahan sakit, memang lah tak tahan. Kalau jenis yang takut jarum, memang lah sakit. Kalau dah negatif thinking je, memang lah terasa ketajaman jarum tu. Just relaks and be positif okay girls? =D










So, 1993 girls, jom lah serbu Pusat Kesihatan IPTA atau LPPKN untuk amek suntikan HPV ni okay? Tapi kan,, aku sebenarnya kurang pasti sama ada student IPTA semua dapat suntikan free or same macam kitorang (free untuk tahun 1993). Papehal pun, kalau ragu-ragu korang pergi tanya je dekat klinik kesihatan yang berdekatan ok? 









Eh, tangan aku tak sakit pun lah walaupun dan beberapa jam dah ni ! =D Sukenyaaaaaaaaaaaaaa. Siap boleh menari Gangnam Style lagi tu taw. Tidur pun nyenyak jek walaupun ganas dengan posisi mengiring ke kanan macam selalu sedangkan lengan kanan tu lah yang kena suntik. Haha. [Pasal tangan tak sakit itu fakta, pasal menari itu auta. Harap maklum. =P]






Oppa Gangnam Style !!! Haha. 






From author :

Aku bersyukur kerana dikurniakan tubuh badan sihat dan minda yang tak takut jarum. Seingat aku, setiap kali kena injection, aku tak pernah toleh tempat lain. Aku selalu akan pandang kemana jarum tu pergi cucuk tangan aku. Termasuklah kalau nak derma darah. Dengan cara macam tu, aku rasa tak takut pun kalau nak main suntik-suntik ni. Kalau korang macam mana pulak? Takut jarum ke? Hehe.











4 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

Unknown said...

eh, baru tahu .terima kasih untuk info :)

Anonymous said...

haha..sama lah kita..pon bru amik hpv..semalam dating kali ke 2..hoho..positip thinking ye!! nice entry.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved