Sebelum Berpegangan Tangan Dengan Mayat






Bismillah , Assalamualaikum , Hai semua ! =)



Kalau mayat tu yang pegang tangan korang, seram tak???





Korang tahu, antara pengalaman yang paling seronok bila belajar perubatan ni kan, korang dapat merasa untuk pegang mayat. Siyesly seronok. Tapi kalau korang jenis penakut sikit, mungkin berketar-ketar lah lutut bila berhadapan dengan mayat-mayat tersebut.






First time aku belek mayat, aku terasa agak seram lah jugak. Otak aku asek membayangkan tetibe mayat tu terbangun balik dengan mata terbeliak sambil pegang tangan aku. Cis ! Betapa movie-movie seram telah meracuni otak aku dengan bayangan bukan-bukan >___< . 







Bila dah lama-lama, okay jek. Tak takut pun. Lagipun time kitorang belajar kat bilik yang menempatkan mayat-mayat tu, hari siang. So, watpe nak takut kan? Hehe. Cuba belajar time malam. Memang hancing lah bilik tu sebab masing-masing dah terkucil dalam seluar masing-masing. Hahaha.








Benda yang aku paling suka sentuh kat mayat adalah tangannya. Seolah-olah macam aku nak salurkan rasa simpati dan terima kasih kat mayat tu. Yelah, kalau mayat tu tak wujud, takde rezeki lah kami semua nak belajar anatomi. 







Tapi kan, ada beberapa precautions yang korang perlu amek kira sebelum nak merasa untuk berpegangan tangan dengan mayat eksperimen korang tu (Additional info: Ini merujuk kepada mayat yang dibuat belajar, bukannya mayat orang yang nak dikebumikan tu =.=. Harap jangan salah paham yee)




Dia tak pakai mask sebab formalin tak kuat kot?


1. Korang perlu tahu bahawa mayat-mayat ni semua diawet dengan bahan kimia yang dikenali sebagai formalin. Kalau korang nak tahu, formalin sangat memedihkan mata. Siyesly. So, sebelum berjumpa dengan mayat, korang dinasihatkan supaya tidak memakai contact lenses sepanjang dalam bilik mayat tu. Kalau berani tanggung risiko, nasib korang lah. I have warn you.




2. Digalakkan untuk pakai mask. Ni untuk mengelakkan daripada gas formalin tu masuk melalui hidung dan mulut. Bila dah tersedut bau formalin melalui hidung atau mulut, memang akan terasa perit lah jugak. At least, bila dah pakai mask, bau-bau memedihkan tu akan ditapis sikit sebelum masuk ke dalam paru-paru.




3. Sila pakai glove or sarung tangan bila teringin nak menyentuh mayat. Ye lah, korang nak ke pegang mayat yang dah diawet dengan bahan-bahan kimia tu dengan bare hand? Dibuatnya tangan korang sentuh je mayat, pastu terkena jangkitan ke.. Atau bila dah sentuh pakai tangan yang takde sarung, pastu tetiba mata gatal and automatik tergosok mata ke. Kan bahaya tu? Jadi, sebelum pape terjadi, beringatlah dulu ye. Pesanan ikhlas daripada penaja. Haha







Okay. Tu je nak kongsikan untuk hari ni.
Selamat berpegangan tangan dengan mayat ! Hehe. Jangan takut dengan mayat, sebab kita akan jadi macam tu jugak bila dah mati nanti. Anggaplah kita tengah berhadapan dengan jasad kita sendiri. Hoooo... Amek kau. Ayat sentap ! =P









From author :

Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian.. berpedih-pedih mata dulu, berketawa kemudian.. Eh, macam tu pulak? Haha.






4 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

Unknown said...

seramnye
huhu..klo yumida sure x senang duduk nih
asyik nak keluar masuk toilet
takut punye pasal...

Cik Ummi said...

@Yumida Huda

hahaha.. ape la yumi ni, xpe, awal2 mmg la scary, nnt okay punye lah :)

norzatulnabihah said...

waa, seronok jugak. ade la jugak experience. btw follow here http://nabihahzambry.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved