Bismillah , Assalamualaikum , Hai semua ! =)
So, untuk kali ni, aku nak share kan lagi beberapa hal yang dipetik dari salah sebuah buku Prof Dr Muhaya (Buku bertajuk BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR YANG BAIK DAN BERJAYA) untuk peringatan dan pedoman kita semua sebagai penuntut ilmu tak kisah la kita ni pelajar ke, pekerja ke, even datuk nenek pun boleh sebab selagi kita hidup, selagi tu lah kita menuntut ilmu kan? Cuma yang bezanya, secara langsung atau tak langsung je la.
Hukhuk. Sekali lagi, aku rasa macam lebih 80% point yang diutarakan ni memang sebijik-sebijik berterbangan macam peluru berpandu lantas terkena batang hidung sendiri dan kebabommmmm !! Memang terasa sangatlah senang citer =.=. Tapi tak tahulah korang pulak macam mana.
E'eh,, biar betul quotes ni?? O.o 1. Masih Mengenang Kegemilangan LaluRamai penuntut di kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/universiti, mereka sedang belajar dengan 200++ lagi pelajar cemerlang. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari.2. Kejutan BudayaPenuntut yang masuk ke kolej/universiti akan mengalami perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar mereka yang mana kini mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa mereka atau disiplin ketat sekolah berasrama. Oleh kerana kehadiran ke kuliah tidak diambil maka tidak ada sesiapa pun yang tahu jika seseorang itu ponteng kuliahnya. Di sekolah atau pusat matrikulasi, semua yang perlu dipelajari oleh pelajar diberi oleh guru atau tutor. Sebaliknya di kolej/universiti, pensyarah bertugas membekalkan prinsip-prinsip asas dan ilmu pengetahuan teras yang perlu diperluaskan oleh penuntut-penuntut sendiri dan berkeupayaan menggunakan ilmu yang diberi.Kejutan budaya yang mendadak ini menyebabkan ada penuntut-penuntut menghadapi kesukaran menyesuaikan diri mereka. Sekiranya keadaan ini tidak di tekankan kepada penuntut-penuntut dan menyediakan mereka bersedia terhadap kenyataan ini, kejutan budaya ini boleh menjejaskan prestasi mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang digunakan di kolej/universiti adalah sesuatu yang baru dan ia menggunakan kaedah pembelajaran terarah pada penuntut dan ia adalah amat berbeza daripada kaedah belajar di sekolah.Situasi sebenar: Seorang penuntut yang baru masuk ke kolej/universiti diberi sebuah kereta dan telefon bimbit dan tinggal di pangsapuri bersama kawan-kawannya. Dengan budaya berkumpulan ini mereka keluar makan malam pada pukul 8 malam dan balik pada jam 10 malam, kemudian baru mula belajar. Mereka meneruskan rutin ini sehingga semua ahli dalam kumpulan ini gagal peperiksaan dalam peperiksaan tahun pertama. Selepas gagal percubaan mengulangi peperiksaan yang sama mereka terpaksa bertukar ke fakulti lain.
Siapakah kawan anda??? 3. Memilih Atau Dipilih Oleh Rakan-rakan Yang ‘Salah’Bercakap melalui pengalaman saya, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan prestasi sebaik yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang salah yang tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui cara-cara baru menghabiskan masa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila mereka mendapat banyak wang daripada ibu bapa kaya yang berfikir anak mereka akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala-galanya.4. Hilang SemangatRamai pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-mata untuk masuk universiti. Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk ke universiti tidak difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang motivasi untuk belajar.5. Dipaksa Oleh Ibu Bapa Untuk Mengambil Jurusan TertentuContohnya, bidang perubatan. Ada juga penuntut-penuntut yang tidak berminat dalam jurusan perubatan tetapi masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Subjek-subjek perubatan tidak boleh dipelajari jika seseornag itu tidak berminat. Melalui pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun empat berhenti kerana mereka tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian di fakulti lain.
Dengan sape anda belajar?? 6. Belajar BersendirianSewaktu menuntut di kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab utama kenapa ada penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan:Tidak mahu orang lain tahu tentang kejahilan mereka dalam subjek-subjek yang diambilTakut berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin memperolehi markah yang lebih tinggi daripada merekaTidak mahu berusaha lebihMelalui pengalaman saya, ramai penuntut yang tidak mendapat prestasi baik adalah mereka yang tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu. Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar. Akhirnya berlakulah lingkaran ganas sebab dan akibat dengan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya penuntut-penuntut yang ada kumpulan belajar lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan sekumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.7. Terlalu Bersaing dan Tidak BekerjasamaKeadaan ini lazim berlaku dikalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menengah atau pusat matrikulasi. Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh, tanpa memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu atau semua tingkah laku berikut:Berebut mendapat perhatian pensyarahBersikap mementingkan diri dan tidak rela berkongsi dengan orang lain nota- nota dan buku-buku yang baik yang diberi pelajar seniorMengawal atau mendominasikan sesi makmal dan tidak beri peluang kepada orang lain menyertai membuat eksperimenMenyembunyikan fakta yang mereka telah pelajariBelajar di kolej/universiti diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendirian. Kerja berkumpulan amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama. Tidak ada kuota berapa orang patut dapat A di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang mendapat A tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat A. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita mendapat. Dengan kata lain, lebih banyak kita memberi ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka, lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu dua tambah dua jadi lima, ini yang kita panggil SINERGI.
Well, amacam? Ada yang terasa? Baguslah kalau terasa. Sekurang-kurangnya kita dah nampak kelemahan kita kat mana ye dak? Jom lah kita amek masa yang ada ni untuk perbetulkan kelemahan kita tu sikit demi sikit. =)
From author :
I'm soooo frustrated with my uni life. Not because of friends actually. It just that I feel like I'm the dumbest of them all. Pretty ashamed of it. Sobsss sobssss.. What should I do ea? My brain has frozen already ! yarghhhh..
1 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:
teruskan usaha hingga berjaya.. akak doakan ummi berjaya..