Hidup ni, walaupun rajin macam mana pun, mestilah terasa nak buat sesuatu untuk hilangkan stress. Ye dak? So, di keheningan petang yang serba sunyi sebab ramai students kat kolej dah balik sempena cuti wesak ni, aku dan beberapa kengkawan pi berjimba kat suatu tempat makan yang bernama
Seoul Garden yang terletak kat
Auto-City di
Penang ni. Kalau nak tahu lebih lanjut kat mana lokasi yang sebenar restoran
Seoul Garden tu, baik kau tanya pakcik
Google. Kalau tanya aku, memang aku bagi makan tapak tangan sebijik. Mahu? Haha
|
The girls at Seoul !!! Wee ~ [missing in the picture : Faj] |
Kitorang dah lama plan benda ni. I mean, takde la lama sangat. Lebih kurang dua minggu yang lepas lagi kitorang dah start merancang nak makan sama-sama kat Seoul tu. Cewahhh. Dah mula panggil
Seoul pulak. Bajet macam pergi makan kat
Seoul Korea sane tu je. Haha =P
Untuk pengetahuan korang,
Seoul Garden ni menyediakan makanan buffet. Macam-macam ada. Steambot, grills, sushi, ice-cream and so on. Kau nak makan ape pun boleh sebab kat sini makanannya dah dijamin halal (InsyaAllah), termasuklah meja dan kerusi kat situ. Haha. Kalau kat kedai makan biasa, satu jenis lauk je dah harga sekian. Nak tambah lauk lain, kena tambah lagi harga sekian. Itu tak termasuk lagi harga minuman. Betul dak? Tapi kat
Seoul Garden ni, kau nak makan banyak mana pun, kau makan lah. Kau nak makan 10 pinggan 2 meja 5 kerusi pun boleh, asalkan dengan satu syarat :
TIDAK MEMBAZIR ! Kalau korang membazir, siap sedialah duit dalam poket ye sebab korang bakal dikenakan penalti sebab membazir makanan dan meja kerusi dorang.(Dah macam game bola sepak pulak nak main penalti-penalti ni ) Haha
So, pada awal pakatan
rakyat, kitorang merancang nak pergi ber-9 orang
(Aku, Ina Ain, Faj, Hana, Intan, Atira, Zue dan Yana). Tapi, tanpa disangka, last minute
Yana terpaksa balik bercuti. So, tinggallah kami ber-8 jek.
(Have a nice holiday at home Ucu Po Yana ! ^__^)
|
Yeah. Here we are. From left : aku, Zue, Ain, Ina, Faj, Atira and Hana. [missing in the picture : Intan] |
Disebabkan kitorang pergi
Seoul Garden tu pada waktu yang sangat tak kena timing, kitorang kena bayar mahal sikit daripada biasa. Actually kan, kalau
hari biasa plus tunjuk student card, dah boleh dapat makan kat situ dengan hanya bayar lebih kurang
RM25 seorang (not sure whether it's include gov tax or not). Tapi kerana kitorang pergi time
public holiday, terpaksa lah bayar
RM34 seorang. Mahal? Agak ah.. Aku rasa, ni pertama kali aku makan kat tempat mahal macam tu. Salu makan kat warung biasa jek. Aku rasa, dengan RM34 tu, boleh survive untuk makan selama 5 hari. Haha. Tapi takpe lah, bukannya setiap hari pun nak makan
Seoul Garden tu, kan? Jadi, apa lah salahnya kalau berkorban duit sikit demi mendapatkan memori indah bersama-sama sahabat yang tersayang tu kan? Bagi aku, merapatkan ukhwah antara sahabat lebih mahal harganya daripada sebuah harga bayaran masuk ke
Seoul Garden =_________=.
Pertama kali menjejakkan kaki ke
Seoul Garden tu kan, mata aku terperasankan sesuatu.
"Eh, kenapa aku tak nampak pekerja perempuan kat sini eh?". Eh, aku yang tak perasan pekerja pompan atau memang takde ea? Sebabnya aku dok perhati lah jugak dalam restoran tu dan aku hanya nampak pekerja-pekerja lelaki. Hopefully this is not a restaurant for gays. Haha.
|
This restaurant is not for gays.. But what is this???? O.o Hahaha. Nak manja2 pulak kat sini ye. |
Ok. Pedulikan pekerja mereka. Sekarang ni masalah yang lain pulak timbul.
Aku tak reti makan kat situ weyh !!! >__< Siyesly.
Awal-awal lagi aku dah ingatkan diri aku supaya ikut jek ke mana dorang pergi. Dorang pergi amek pinggan dan angkut segala benda bahan makanan mentah masuk dalam pinggan, aku pun ikut sama memasukkan segala benda yang aku rasa macam sedap masuk ke dalam pinggan aku. Akhirnya, makanan yang aku amek sampai dua pinggan you know. Haha. Mungkin masa tu saka dalam perut ni tengah meronta-ronta kelaparan, sebab tu la makan banyak sikit. =P
|
Intan ngan Hana. Dorang ni duduk depan aku. =) |
|
Tiga dara pungutan pingitan. Haha. Pilih mana yang berkenan.. Wee ~ |
Actually kan, sehari sebelum nak pergi makan kat restoran tu, Ina dah pesan awal-awal kat kitorang : Pastikan perut lapar sebelum pergi Seoul Garden. Kalau tak, membazir jek makanan nanti. So, sebagai seorang kawan yang sangat baik, aku pun ikut cakap Ina. Tapi, takde lah sampai tak makan langsung pagi tu. Ade lah jugak aku bedal dua tiga empat lima enam keping biskut kering bersama segelas air masak sebagai alas perut untuk pagi tu. Gile takmo makan langsung?? O.o Kalau puasa tu, lain citer ah. Ha, sebab tu lah bila sampai jek kat Seoul, perut aku menendang-nendang kelaparan mintak diisi. Alahai baby, mummy pun lapar lah. Hahahaha. Berangan ada baby konon. Pfffttt.
Ok. Setelah bajet mengambil dua pinggan makanan mentah, aku pun amek tempat kat tempat yang dah di'reserved' untuk kitorang tu. Dan aku pun duduk situ dengan blurrnya. Aku tengok kiri kanan. Dorang tak start makan lagi. So, aku tunggu lah kejap. Aku tengok
Ina ajak
Zue pi amek eskem, aku pun ikut sama. Bila dah dapat eskem, aku pun duduk dan makan eskem tu dulu. Dengan alasan takmo eskem tu cair. Padahal, aku sebenarnya masih tataw macam mana caranya nak makan bahan-bahan mentah yang aku amek tadi ! Takkan aku nak ratah benda-benda tu secara mentah kan? Giler cannibal weyh.
|
Segala makanan boleh dicampak dalam sup tu atau salai atas kuali ajaib ni. Hahaha. Tak masak betul, tanggung sendiri =P |
Sambil makan eskem, aku tengok budak-budak ni buat apa. Bila dah paham, aku pun ikut buat sama. Pastu, aku tengok dorang lagi dan aku pandang sudu garfu chopsticks kat depan aku tu. Haihhh,, nak makan pun susah ek? -,- . Aku terasa nak cuba makan pakai chopstick, macam si
Atira, Faj, Ina ngan Ain buat. Macam best jek. Sekali kau taw ape jadi? Sotong yang aku cuba nak angkat pakai chopstick tu melantun keluar ! Yarghhhh. Malu betul. >____< . Lepas tu terus aku letak balik chosptick dengan penuh kehampaan dan terus capai sudu garfu. Sadis betul tak pandai makan guna chopstick ni. Sobsss sobsss.
Setelah beberapa juta detik berlalu, aku pun makan dengan penuh kekok. Biaselah, rusa masuk
Seoul, mana tahu jalan kan? Hahahaha. Okei, tak lawak =.=
Sambil aku menantikan sotong-sotong aku masak, aku pun perati lagi budak-budak meja sebelah makan
(Atira, Faj, Ain dan Ina). Dorang masing-masing makan pakai chopstick. Dah tu, mata aku perati pulak meja aku yang diduduki oleh aku,
Zue, Hana dan Intan. Kitorang pulak masing-masing makan pakai sudu garfu. Alahai,,, apesal lah beza beno neyh. So, kerana tak puas hati, aku pun cuba try test lagi untuk makan pakai chosptick tu. Dan akhirnya.......
|
Ha,,, nampak tak muka bajet berjaya pegang chopstick tu macam mana? Haha. Abaikan tudung ditiup taufan -,- |
Taraaaaa ! Aku dah reti makan pakai chopstick walaupun senget benget sikit cara aku pegang dua batang besi tu. Yay ! *Tepuk bahu sendiri tanda appreciation. Haha.
Setelah makan, makan dan makan, aku pun dah terasa kenyang.
Aku toleh bebudak yang lain. Dorang masih lagi syok makan sedangkan aku dah bertarung nyawa dengan udara yang berebut masuk ke ruang sistem pernafasan aku. Perghhh,, siyesly aku kenyang weyh. Alhamdulillah. Tapi, time aku dah start rasa kenyang tu, masih ada 1 lagi pinggan makanan aku belum habis ! Yarghhhhh. Tu la, amek lagi dua pinggan makanan mentah, padan muka semput nak habiskan. Haha. So, dengan segala baki kudrat yang ada, aku pun cuba lah menghabiskan 1 pinggan makanan yang aku amek tadi which consists of cendawan shitake yang banyak, siput buluh, kepah dan beberapa helai (helai??) daging lembu. Akhirnya, dengan bantuan tangki tambahan dalam perut
Zue, aku berjaya jugak melicinkan pinggan terakhir tu. Yay ! Hahaha. Tenkiuu
Zue ! Sayang kau. =P
Masa aku dah kenyang giler tu, bebudak yang lain masih lagi tak kenyang. Dah macam bukan manusia jek aku tengok dorang ni. Makan banyak giler. Saka gunung mane tah bertapa dalam perut masing-masing tu. Hahaha. Gurau jek geng, janganlah marah. =P
|
Sweeto amigos ! <3 .. Faj, Atira, Zue and Intan |
Tapi kan, seronok jugak sebenarnya tengok member-member aku yang lain ni hepi jek dorang makan. Tengok dorang makan, aku pun terasa kenyang. Oh, mungkin sebab aku banyak kali usha-usha kengkawan aku makan, sebab tu la aku cepat kenyang? Hmmm , boleh jadi kan?
|
Jangan pelik tengok aksi macam ni. Aku memang suka bermanja ngan Zue macam ni. Hahaha. Nasib Zue ni baik =P |
10 minit menanti kengkawan aku habis makan, perut aku dah rasa lain macam. Tetiba aku rasa tekak aku macam kelat. Ah sudah. Ni mesti kes nausea aku datang balik. Adeyh,, pantang tengok aku bahagia sikit makan makanan mahal, mula lah tu tekak ni nak buat perangai. Mengade betul =.=
Beberapa minit lepas tu, tekaan aku tenyata tepat.
Nasib baik aku sempat ke toilet. Kalau tak, mesti haru giler. Separuh daripada apa yang aku makan tadi, perut aku dengan bantuan tekak, mendermakannya ke dalam lubang jamban. Yarghhh, pahit >__<
Hm, nampaknya aku ni masih selera kampung lah. Tak dan betul nak makan makanan yang pelik-pelik ni. Ada jek perasaan nak muntah tu. Haihhhh
|
Muka bahagia setelah makan puas-puas. Hahaha. |
Setelah puas mengeluarkan balik apa yang patut dari dalam perut ni, aku pun ajak dorang balik. Siyes takleh tahan weyh. Ha, ni lah aku. Bila dah kenyang, siyes takleh pandang makanan tambahan yang lain, mesti rasa nak muntah. Alahai,, mintak maap yer kawan-kawan kalau korang terasa tak puas lagi nak makan eskem yang ditaruk chocolate toppings tu. Bukan tak bagi korang makan dah, tapi sebelum pape yang buruk berlaku, lebih baik kita blahh dari situ cepat-cepat. Lagipun, Asar dah masuk dah pun, boleh pi cari surau, solat Asar dulu. Kan? Hehe
Lepas dah ciao dari
Seoul Garden, kitorang pun singgah
Petronas kejap. Solat Asar kat situ. Lepas tu,
Intan ajak kitorang pi amek gambar kat tepi pantai dekat-dekat situ sebab dia kata cantik kalau amek gambar kat sana. Hm, memandangkan we all still have plenty of times, kitorang pun setuju je lah dengan cadangan tu.
|
Ada pokok tumbuh dari kepala seseorang. Sape perasan? Ha, itulah style topi the latest. Mahal taw ! Haha |
Dekat tepi pandai yang bersih airnya tapi kotor dan busuk kat bahagian daratnya, bermula lah drama-drama Melayu yang dilakonkan oleh kitorang. Haha.
|
3 over here skodeng 3 over there. Hewhew. |
|
Ada rupa macam samseng jalanan tak? O.o Hahaha |
|
My kakak ipar tak jadi dan bakal pengapit time aku kawen nanti. Hahahaha |
|
Konon matahari berada celah bulatan tu. Haha. Kalau betul-betul ada, memang rentung masing-masing karang. |
Okei.
Hari dah petang sangat. Pukul 6 lebih dah. So, kitorang pun mula beredar balik ke rumah masing-masing. Dalam kereta, riuh betul bila tengok gambar masing-masing yang poyosss tu. Haha.
Walaupun member-member aku ni poyoss tahap kritikal, aku tetap sayang dorang no matter how nuts they are. Haha. Hopefully our friendship will remain until our last breath. Kalau dapat, biarlah kita bersahabat sampai ke syurga okay? =)
|
Muka comel sangat terpaksa ditutup untuk mengelakkan penghasilan muntah hijau oleh korang. Hewhew |
From author :
Dah penat-penat berjimba, marilah sambung study di malam hari okay ! Haha. Kalau ada tersilap bahasa, maafkan aku yerr. I love you my friends.