Alhamdulillah, I'm Now Connected !






Bismillah , Assalamualaikum , Hai Korang ! =)







Syukur alhamdulillah , petang tadi kakak ipar aku dah tolong hantarkan barang-barang yang aku request dari mak hari tu memandangkan aku tak dapat nak balik rumah pun minggu raya haji, and guess what? My numbers are here ! Oh ~ Mak pun ada bekal kan sikit rendang untuk aku. Yummm !








So, sekarang ni, aku dah ada phone lah. Cikai punye jek lah. Baling anjing pun boleh mati =P









Tapi bagi aku, pengalaman seminggu tanpa phone mengajar aku banyak benda dan buatkan aku tak heran sangat pun dengan henset canggih-canggih ni. Sebabnya, aku guna henset hanya untuk dua benda ni saje : Calling dan SMSing. Oh ! Dan tune in the radio ! Hehe.









So, Just give me your number phone please? I'm sorry, all the numbers that I have before has vanished. This is the new sim card and other phone. No hurt feeling okkay if I ask "Who is this?" when you SMS me. 









013-4636*** (This is my number. hehehe). I'm a loyal celcom user meyh !








Oh ya.
Kalau boleh, aku takmo lah main SMS sangat. Rimas dan tak biase dah. Bayangkan lah, seminggu aku tak pegang phone, jadi, no wonder lah aku tak betah dengan phone ni. Just contact me when you have something important to say. Ok? Aku tak nak bazirkan kredit main SMS yang bukan-bukan macam sebelum ni. Aku seorang gadis yang matanglah ~ Haha !











From author :

Sayangnya ~ free call birthday bonus kakak dah takde. Tak sempat pun nak gayut dengan sesapa guna free call tu. Sobbb sobbbb ='( 



Hasif, Jangan Buat Asu Menangis Lagi...






Bismillah , Assalamualaikum , Selamat Hari Raya Aidiladha semua ! =)








Uhhu.. Takbir raya bergema, sedih bila terkenangkan mereka yang jauh di mata ni ='(







Beraya jauh dari keluarga memang suatu saat yang sangat memilukan. Dengar takbir raya, lagi kuat rasa sedihnya. Sape yang tak sedih kan kalau kena beraya jauh dari keluarga? Tapi, aku masih dapat mempertahankan air mata ni daripada mengalir.












Pertama kali, aku beraya kat tempat orang. Okkay fine, walaupun dalam Malaysia je, kat Kepala Batas, aku tak balik minggu raya haji ni. Sebab apa? Hurm.. mungkin sebab aku lebih prefer menantikan Along datang melawat aku dan pergi shopping barang study sama2 dengan budak2 kecik kesayangan aku semua tuh =)








Yeah, there are my sweethearts !


OOOpppsss ! Si kecik Hasif ni mane boleh tertinggal ~ He is my sweetheart too !






Heee... tak sabarnya nak jumpa anak sedara aku yang kecik tu ! Wah, mesti dah makin tombam dah. Semalam along cakap, mungkin along akan sampai sini malam nanti. Ok, tunggu je lah. But then, pagi tadi along call and obviously, that was a bad news for me.



















So, when my sister call, the first thing that break my heart into pieces was, 







"Maaf adik, Along tak dapat nak datang sana."













Aku terdiam.












Pastu, Along cakap, bukan along sengaja tak nak datang jenguk aku tapi keadaan anaknya (Hasif : my youngest beloved nephew) yang tak mengizinkan. Doktor cakap, ada jangkitan kuman kat paru-paru dia dan terpaksa dimasukkan kat hospital Seremban. Tapi, tak surelah sama ada along nak bawak Hasif ke hospital Melaka atau tak. Dah 6 hari Hasif makan ubat antibiotic tapi masih tak elok-elok. Dia asik menangis dengan teruk hingga suaranya hampir takde. 








I don't him to cry.. I want him to laugh.. Just like this pic =/





Untuk kali ni, aku gagal mempertahankan air mata aku. Bukan sedih sangat sebab tak dapat bershopping dengan kak long, tapi aku sedih dengar berita pasal Hasif. Lebih-lebih lagi bila aku terdengar Along menangis, lagi lah laju je air mata ni jatuh. 














Hasif,

Asu rindu Hasif..
Asu rindu nak dukung Hasif..
Asu rindu nak cubit pipi Hasif..
Asu rindu nak tidurkan Hasif, nak mandikan and pakaikan baju Hasif, tukar pampers Hasif..
Asu rindu lah nak dengar Hasif gelak..
Asu rindu lah nak dengar bunyi bising2 Hasif tu.. 

Asu rindu nak tengok Hasif hisap jari.. sama macam asu kecik2 dulu
Asu rindu nak panggil Hasif ni 'adik'..
Asu takde adik, sebab tu asu sayang sangat kat semua anak-anak sedara asu ni..
Asu sayang sangat Hasif sebab Hasif baby yang baik and mata bulat !
Semua pun asu sayang sebenarnya.
Hifzhan, Hani, Huda dan jugak Hasif.
Walaupun abang dan kakak-kakak Hasif tu nakal,
Tapi you all are my heart. My sweethearts !

Hasif,
Cepat-cepatlah sembuh..
Jangan sakit lama-lama sangat..
Kesian kat Ayah, Ibu, Atuk ngan Nenek Hasif tu..
Semua risaukan Hasif..
Asu yang duduk paling jauh ni, lagilah risaukan Hasif..


Hasif,
Kuatkan diri, jangan sakit-sakit sangat..
Jangan buat asu nangis lagi ...
Asu sayang dan rindu Hasif ='(









I miss to hold this little fella in my hand...! ='(








So, kawan-kawan, doakan anak sedara aku ni baik-baik saje ea?
He can be cured but it takes time. 
I'm so worried because little Huda is also going to sick.
Oh, poor little sweethearts ='(













From author :

Although I'm always have a fight and arguments with my little sweethearts , that doesn't mean I hate them. No, I LOVE THEM very much. I just don't want to lose them. Never ever !




9# Wordless Wednesday : Oppa Typing Style !





Bismillah , Assalamualaikum , Hye korang ! =)














From author :

Sampai sekarang, cara Asu menaip dah salah, tapi tetap boleh laju jek. Acano tuh? Haha. Korang power tak type ikut cara yang betul tuh?





[This is an auto publish post authorized by writer]

Seharian Hidup Tanpa Telefon






Bismillah , Assalamualaikum , Hai Semua =)






Korang ada phone ? Iphone, Blackberry, Samsung and whatever tu...? Uishh,, mesti lah ada kan? Paling cikai pun, mesti Nokia 3310 tu kan? Hehe.







Wait. Aku bukannye nak cakap pasal phone sebenarnya. Tapi pasal phone aku yang hilang ~















Hari ni je, aku dah tempuhi seharian hidup tanpa henset. Yeah, I'm serious. Sebabnya, phone aku mungkin tercicir time dalam perjalanan nak balik dari ber'piknik' bersama2 kumpulan Usrah kat Taman Rekreasi Tupah tu. Mungkin time aku keluar kereta, phone tu jatuh sekali, tapi aku tak sedar sebab jatuh atas rumput. Hm... mungkin ~









Walaupape pun, kehidupan tanpa henset ni sangat memeritkan you know. Yeah, sangat. Nak contact member-member pun susah. Terpaksa pinjam kredit housemates dulu (Huhu. Malu ~). Even nak contact mak pun payah. Dah la minggu ni minggu orang nak balik cuti raya haji, aku tak balik Muar. Perghh,, ujian.. ujian..










Sedih? Sape tak sedih kalau phone hilang? Tipu lah kalau aku cakap aku tak sedih. Lain lah kalau aku ni anak raja, phone 10 bijik hilang pun tak heran.. Pe de hal kan? Hm.. Tapi masalahnya aku bukanlah anak raja ! Jadi, phone tu lah nyawa penghubung aku dengan family aku. Oh, dan jugak kengkawan.









Tapi, aku percaya semua ni ada hikmahnya. Senior aku cakap, sabar je lah. Mungkin dugaan ni hanya untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran aku. Nak menguji sejauh mana ingatan aku kat Allah. Lagipun, senior aku pesan, kalau ditimpa ujian yang dirasakan berat ni, bermakna Allah sedang pandang kita. Allah sayang kita, sebab tu lah diberinya kita ujian ni semua untuk kita ingat balik kepada Allah.










Astaghfirullahal'azim.
Sesungguhnya, mungkin aku dah banyak leka daripada mengingati Allah. Sebab tu lah ~









Jadi, dengan kesempatan yang ada ni, aku nak mohon maaf sekiranya nombor aku (013-463614*) ada telefon or mesej korang. Kiranya, sejak semalam (Ahad petang: 21/10/2012) phone aku dah hilang. Kalau ada nombor aku masuk dalam phone korang, maknanya ada orang buat dajal lah tu. Aku tak dapat gunakan lagi nombor tu setakat ini. Selagi aku tak announce yang aku dah boleh guna balik no tu, maksudnya, jangan layan lah nombor tu ok?










Er, korang paham tak?
Jadi, dengan ini, aku nak mintak maaf ea kawan-kawan semua, sebab nombor telefon korang SEMUANYA dah takde. Aritu masalah fon rosak, nombor dalam sim card je yang dapat diselamatkan. Sekarang, sim card pun dah takde, jadi, nombor korang pun dah vanished lah. Salah aku jugak sebab tak tulis manual nombor korang dalam buku >_____<












Mula-mula merancang tak nak bitaw mak pasal ni sebab takut mak marah, tapi gagah kan jugak untuk jujur, walaupape pun kate-kate mak, aku redha je lah. Salah aku jugak. Memang salah aku sebab cuai. Tapi, amazingly, mak tak marah la ! Sikit pun tak membebel. Hehehe. Mak cuma cakap, pasni tak payah la guna phone sebab benda kecik tu pun tak boleh jage, pakai facebook je lah. =.=. Dan mak pun gelak. Oh ~ Sampai hati mak buat lawak macam tu. Tapi, kalau mak serius dengan kata2nya tu, memang macam bangkai bernyawa lah aku lepas ni. =P







Terima kasih Allah sebab ujian yang Kau berikan ni. Alhamdulillah ~
Terima kasih mak dan kawan-kawan sebab memahami. Syukur alhamdulillah ~    ^_^








From author :

Satu ayat member-member nak pujuk hati aku yang tengah gundah-gulana ni --> Itu tandanya nak dapat phone baru lah tu. Oh, mudah-mudahan kate2 mereka itu manisssssss ! Ape pulak ayat korang nak cherish aku? Hehe ^___^ 






Jauh dan Kerinduan






Bismillah , Assalamualaikum , Hai Peeps ! =)










Termasuk hari ni, aku tak ingatlah berapa lama aku dah tak jejakkan kaki ke Muar tu lagi. Hm. Rindu ? Jangan cakaplah. Macam nak meraung pun ada.








Tapi, bila aku kenang balik, sepanjang aku kat sini, dah sebulan aku tak balik, tak pernah pulak aku menangis sebab homesick sebenarnya. Er, atau aku yang tak perasan ni? Ahha ~









Seriously, belajar di tempat orang, walaupun locally je, mengajar aku untuk jadi seorang yang cekal. Walaupun tak sepenuhnya aku kuat, at least salah satu kelemahan aku dapat diatasi iaitu homesick. Iyaa.. sebelum ni, aku tak pernah belajar jauh-jauh.









Balik-balik dalam Muar jugak sebab aku kan lahir kat Muar. Paling jauh pun, dekat Melaka. Pfffttt. Sangat dekat kot ! At least dua minggu sekali aku akan balik rumah. Kalau time matrix dulu, selalu balik rumah Along kat Melaka tu je la. 









Hm.
Itu semua cerita lama.
Sekarang ni aku tengah menghadapi dunia baru. Dunia idaman aku tapi tak sangka pulak aku berjaya melangkah sejauh ni walaupun aku kurang pasti sama ada aku akan berjaya seperti mana aku jadi juara swimmer tahun 1993 dulu ataupun tidak.










Takpe, mulakan semuanya dengan bismillah dan yakin terhadap diri sendiri serta tawakal kepada Allah !


















Actually, baru sekarang aku dapat tangkap yang sebenarnya bahawa family aku rindukan aku. Oh ~ Terharunya aku ! ^__^









Minggu ni je, dah membuktikannya. Semuanya tanya khabar aku kat sini. Dan soalan yang paling paling paling takkan terlupa untuk diajukan kat aku, "Duit makan cukup tak??".










Setiap kali dorang tanya soalan tu, aku terasa macam nak mengalir je air mata ni. Ye lah, dalam family aku, aku lah yang paling pemes dengan selera makan yang kuat. Saka besar mungkin? Iya, aku memang jenis tak tolak rezeki depan mata. Belanja lah aku makan apa je, dan pinggan tu mesti akan licin ! No wonderlah aku adalah anak perempuan mak abah yang paling kecik tapi paling besar. Ahaks ! Gemuk? I don't think so sebab BMI aku masih ideal =)










Tapi, kelakar lah pulak bila setiap kali cakap kat tepon dengan mak, mak mesti teruja nak dengar aku cerita itu ini tentang dunia aku ni. Kadang-kadang, benda tu aku dah already cakap pun pada hari sebelum-sebelumnya tapi mak tetap akan tanya lagi. Sangat touching you know. Along pun rindu aku jugak. Kalau time aku ada dulu, aku boleh lah stay rumah along dan jadi bibik dia. Jaga anak-anak dia sementara tunggu along balik dari kerja, dan kemas-kemas rumah along.









Well, aku ada bakat terpendam jadi bibik taw. Jaga budak-budak dan mengemas. Serahkan je kat aku, insyaAllah aku boleh buat. Sebab tu lah along selalu bagi kepercayaan untuk aku jaga anak-anak dia dan jaga rumah. Tapi, kalau bab-bab memasak,,... errr... maaflah, bendera putih okay. Oh, kalau dah penyakit Capital M tu dah datang, sorry lah, internet dan katil je lah peneman setia aku. Haha !









Aku rasa, tu je lah aku nak luahkan. Actually tengah bengang sebab artikel yang aku dah karang sebelum ni, panjang gila lebar dan tah macam mana boleh ter corrupt. Pergh, sangat lemah jantung you know ! >,< Tu lah saje je nak buat cerita lain ni. Hehe.










From author :

Kalau dalam negara pun dah rindu gila babas, apatah lagi mereka yang berjihad demi ilmu kat luar negara tu kan? Korang rasa aku ni anak manje sangat ke ah?






8# Wordless Wednesday : The Real Angry Bird





Bismillah , Assalamualaikum , What's Up Peeps ? =)















From author :

Comel jek burung-burung ni kan? Tapi, paruh burung yang kaler hijau ni nampak macam kena tampal lah pulak. Ape komen korang?





[This is an auto publish post authorized by the writer]

Injection HPV Tu Tak Sakit Lah.





Bimillah , Assalamualaikum , Hye Korang ! =)







Amboi... besonya jarum... ~,~"








Sape kat sini yang lahir tahun 1993 same dengan aku ? Ha, berita baik untuk korang. Er, tak tahu lah baik ke tak sebenarnya. Hehe.









Untuk tahun 2012 ni, suntikan HPV* adalah PERCUMA untuk sesiapa yang lahir tahun 1993 [*HPV =  Human Papillomavirus] 
Oh, lupa pulak. Injection HPV ni hanyalah untuk PEREMPUAN SAHAJA okay.. Suntikan untuk cegah kanser serviks. Kenapa, lelaki pun ada ade cervix ke? =P









Suntikan HPV ni ada 3 dos. Which mean, korang kena tiga kali 'dating' dengan doktor untuk menerima suntikan ni. Dos 1, suntikan pertama. Dos 2, sebulan lepas suntikan pertama, Dos 3, 6 bulan lepas suntikan pertama. 











Tadi petang , aku dengan member2 baru je pegi amek suntikan HPV ni. Tu lah excited nak bagitahu korang sebab, mesti tak ramai pun tahu pasal ni kan? Dan opkos, sapa yang lahir tahun 1993 dapat suntikan free tapi tahun yang lain-lain tu kena bayarlah. Don't worry 1994, korang akan dapat free injection HPV tahun depan dan macam tu lah tahun seterusnya. =)









Sakit tak injection HPV ni??













Jawapan aku ---> NO !









Rileks, korang tak payah takut lah. Tak sakit pun. Even member aku yang kurus keding tu pun cakap tak sakit, tak kan korang yang berisi-isi tu sakit pulak kan? Kental lah sikit beb !










Before decide nak amek suntikan, aku adalah jugak tanya member2 yang dah amek baru-baru ni dan 98% daripada korang cakap sakit. Perghhhh, negatif betul. Siap cakap nak angkat tangan tak boleh la, nak tido tak boleh lah, senang cerita, testimoni dorang memang sangat negatif dan hampir-hampir membuatkan aku taknak amek hari ni sebab risau tangan takleh nak gerak untuk menulis. Tapi, thanks to my inner spirit yang 99% bagi keyakinan kepada diri aku sendiri bahawa benda ni tak sakit.












At first, nampak jarum tu, aku agak risau lah jugak. But then, aku tengok je acik (not sure whether she is a real doctor or just a nurse) tu cucuk jarum kat lengan aku ni ha. Tak sakit. Slowly, acik tu tekan syringe supaya vaccine tu dapat masuk dalam saluran darah aku dengan tenang. Dah abes, dia keluarkan jarum and thats it ! Tak rasa pape pun. Even sikit pun tak rasa sakitnya. Aku rasa, haritu kena inject Hepatitis B lagi terasa sengal-sengal dia.










Tapi sebenarnya, sakit tak sakit injection ni kena bergantung pada imun, keyakinan dan mental korang jugak. Kalau korang ni jenis yang tak tahan sakit, memang lah tak tahan. Kalau jenis yang takut jarum, memang lah sakit. Kalau dah negatif thinking je, memang lah terasa ketajaman jarum tu. Just relaks and be positif okay girls? =D










So, 1993 girls, jom lah serbu Pusat Kesihatan IPTA atau LPPKN untuk amek suntikan HPV ni okay? Tapi kan,, aku sebenarnya kurang pasti sama ada student IPTA semua dapat suntikan free or same macam kitorang (free untuk tahun 1993). Papehal pun, kalau ragu-ragu korang pergi tanya je dekat klinik kesihatan yang berdekatan ok? 









Eh, tangan aku tak sakit pun lah walaupun dan beberapa jam dah ni ! =D Sukenyaaaaaaaaaaaaaa. Siap boleh menari Gangnam Style lagi tu taw. Tidur pun nyenyak jek walaupun ganas dengan posisi mengiring ke kanan macam selalu sedangkan lengan kanan tu lah yang kena suntik. Haha. [Pasal tangan tak sakit itu fakta, pasal menari itu auta. Harap maklum. =P]






Oppa Gangnam Style !!! Haha. 






From author :

Aku bersyukur kerana dikurniakan tubuh badan sihat dan minda yang tak takut jarum. Seingat aku, setiap kali kena injection, aku tak pernah toleh tempat lain. Aku selalu akan pandang kemana jarum tu pergi cucuk tangan aku. Termasuklah kalau nak derma darah. Dengan cara macam tu, aku rasa tak takut pun kalau nak main suntik-suntik ni. Kalau korang macam mana pulak? Takut jarum ke? Hehe.











Empty Seat Next Crush Syndrome??






Bismillah , Assalamulaikum, Hye Peeps ! =)









Korang pernah tak melalui keadaan di mana korang dan geng naik bas, bas tu kebetulan memang penuh. Takde seat kosong pun. Then, korang pun terpaksa berdiri.









Tetiba kawan korang terperasan ada satu seat kosong selang beberapa seat dari tempat korang berdiri.









Dan kebetulan, seat kosong tu bersebelahan dengan crush korang !





Dalam Imaginasi Crush Korang






Kerana gugup punya pasal, korang pun tawar-menawar seat tu sesama geng korang. Mereka suruh korang duduk situ sambil ambil peluang yang ada tapi korang menolak tawaran mereka dengan alasan korang segan.











Adegan tawar-menawar pun terus berlaku antara korang dan geng. Alih-alih, berhenti kat satu tempat, crush korang turun bas, korang TERRRRmenyesal sekejap. Pastu terus cepat-cepat nak jugak duduk kat seat crush korang tu sementara haba kat seat tu tak hilang lagi. 










Ha ! Itu lah penemuan penyakit terbaru yang dijumpai oleh aku iaitu Empty Seat Next Crush Syndrome you know ! Hahaha. Syndrome di mana korang tetiba jadi gugup dan segan untuk duduk bersebelahan dengan seseorang yang korang minat dalam diam. 







Hakikat Yang Sebenar Berlaku Kat Crush Korang. Haha !







From author :

Actually , aku lah yang selalu mengalami syndrome ni. Adehh ~ selalu terlepas peluang nak duduk sebelah crush. Agaga ~ Kalau korang kat tempat aku lah kan, korang akan berebut duduk tak kat seat kosong sebelah crush korang tuh? Ce citer sikit ! =D







7# Wordless Wednesday : Study Ubat Imsomnia





Bismillah , Assalamualaikum , Apa khabar semua? =)
















From author :

Selalu jek terjadi kat Asu. Korang pulak ?





[This is an auto publish post authorized by the writer] 

Wah, tingginya awak !




Bismillah , Assalamualaikum , Hai korang ! =)





Setiap hari aku pergi-balik kelas naik bas yang pihak universiti dah sediakan. Al-maklumlah , aku belum mampu nak beli atau bawak kereta sendiri ke sini. (Kalau bawak pun, berisiko tinggi nak jadik 'bas' mini lah gamaknya. Haha)








Pagi tadi adalah sorang mamat ni naik bas sama dengan aku.










You know, dia sangat tinggi taw. At least, lebih tinggi lah daripada aku -,-. Yeah, itu yang pasti. Dalam masa yang sama, semua seat dah penuh. So, dia terpaksa lah berdiri dalam bas tu.
















Aku yang tengah duduk ni, tengok dia atas bawah. (Oh, of course lah lelaki tu membelakangkan aku time aku perhatikan dia). Then, aku tergelak.










Bukan sebab aku gila okay. Aku gelak sebab dia tinggi sangat lah wei. Jarak antara kepala dia dengan bumbung bas tu kurang sejengkal jek.






Dah nak cecah bumbung bas dah tu ~






Kalau dia tinggi pun kenapa??











Well, memang lah tak salah dia tinggi pun. Dah dijadikan dia tu tinggi, nak buat camne kan? Actually, aku cuma terfikir sesuatu je.







Selalu terhantuk -,-







Kalau aku yang pendek ni, selalu sangat terhantuk kat luggage drawer kat dalam bas tu, apatah lagi orang tinggi-tinggi macam lelaki tu? Ahaks.













Ok, tu je. Bye !












From author :

Tinggi atau rendah, semuanya sama sahaja. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Kalau yang pendek tak sampai nak capai cawan dalam kabinet pinggan mangkuk, yang tinggi boleh tolong ambilkan. Kalau yang tinggi tak muat nak masuk kereta porche, pandai-pandai kau lah cari kereta yang bumbungnya 7 kaki ye. Haha !




6# Wordless Wednesday : Cita - Cita







Bismillah , Assalamualaikum , Hye peeps ! =)







[ Ini entry autopublish. Penulis sedang sibuk belajar dalam dunia kematangannya yang baru. Thanks for coming ]

















From author :

Dari tadika, cita-cita aku nak jadi seorang doktor. Jadi sekarang ni, aku tengah usaha ke arah itu. Cita-cita korang time kecik dulu apa ea? Sekarang ni, masih cita-cita yang sama atau dah tukar? 






Kasihan ! Post Tittle Yang Kelakar





Bismillah , Assalamualaikum , Good day friends ! =)
Sebelum meneruskan bacaan korang, jom follow twitter asu---> @sayacikummi.







[Macam mintak pelempang jek bila baca balik tajuk yang aku tulis tuh. Dah la kesian, pastu kelakar pulak tu =.=]






Tadi aku blogwalking kejap. Saje-saje nak cari inspirasi nak mengupdate blog neyh. Tetibe, aku terbaca sesuatu yang aku rasa macam kelakar.














"Kasihan ! Ular Sawa Hamil Dilanggar Anak Berterabur"
















Belum pun klik post tu untuk baca berita selanjutnya, tetiba plak aku terbayangkan benda lain. Yang penting, apa yang aku bayangkan tu memang tak sama pun dengan apa yang nak disampaikan tu. Ahha ~











Apa yang aku bayangkan.








Yeah, itu lah yang terlintas kat otak aku masa pertama kali baca tajuk post. Anak-anak yang berterabur melanggar ular sawa yang hamil. Terpikir jugak aku ; hebat giler budak langgar ular sawa tuh. Tak kena makan pulak??








Tapi sebenarnya, tajuk tu nak menyampaikan mesej yang ini.






Maksud yang sebenar.













Iye. Itu lah maksudnya. Seekor ular sawa yang tengah pregnant, kena langgar, pastu kandungannya/telur2nya  yang belum sempat menetas dah berterabur atas jalan raya. 











Haha. Tu lah, nak jimat space punya pasal, kan dah lari maknanya. Bukannya tak boleh tulis penuh-penuh pun. Boleh jek. Lagipun, kalau nak tajuk pendek, kenapa tak tulis :















"Kasihan ! Ular Sawa Hamil Dilanggar, Anak Berterabur" 
or 

"Kasihan ! Ular Sawa Hamil Dilanggar Lari"

or
"Kasihan ! Ular Sawa Hamil Kena Gilis"
or  
"Kasihan ! Anak Ular Sawa Berterabur Atas Jalan"
 or
"Kasihan ! Anak Bersepah"

















Hahaha.
Tajuk cadangan yang last sekali tu abaikan je la eh. Tak masuk silibus pun =P






Well, ini adalah video yang aku amek dari sumber tu. Kasihan, line WiFi kat tempat aku ni lembab sangat, aku sendiri belum tengok keadaan anak ular yang bersepah tu. Takziah untuk ibu ular yang hamil tu. Iskkkkk iskkkkk.












Er, kalau ada yang terasa tu, aku mintak maaf eh. Sorry tergelak 10 minit. Hehe. Dari mana aku baca tajuk tu, biarlah rahsia. =P












From author :

Nak menulis pun kena berhati-hati jugak. Tanda koma (,) walaupun kecil, tapi dah cukup membuatkan sesuatu ayat berubah terus maknanya. Betul tak? Sebab manusia ni, kalau dia membaca, mesti ada intonasinya. Err, atau korang memang baca sesuatu benda dengan nada mendatar jek, tanpa ada berhenti mahupun pause? =.= Pelik.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved