Toink Toink ! Flashback 2013






Bismillah , Assalamualaikum , Hai semua ! =)




Hari ni hari last tahun 2013. Semoga hidup sepanjang setahun ni membawa makna yang begitu besar untuk semua. Untuk aku? Yeah. Sangat besar sampai tak terkata. Tahun yang penuh dengan suka duka pahit manis tawar masam payau. Ah, semuanya pun ada !

Sejarah paling besar dalam lipatan lemak  hidup aku adalah kena repeat year. (Oh, nak menyebut ni pun buat aku sentap sampai ke akar umbi T___T. sobss sobss)





Hm, lemme recap penitian hidup seorang gadis berumur 20 tahun, bernama Cik Ummi, sepanjang tahun 2013 ni.





Januari
  • 5th : Event I'm OSEM 

Rindu nak makan dalam talam beramai-ramai dan main suap-suap :3

Best dapat pi Botanical Garden ngan mereka ~



  • Final exam semester 1. pffft. Boring story T__T


Suatu masa dahulu yang tak dapat nak dikenalpasti bila.



Februari
  • Bla bla bla... Not so interesting.

Kan dah kate NOT interesting.. tak caye. Haha =P





Mac
  • Bla bla bla.. another boring month
  • Completed 3rd dose of Hep B vaccine.

Penuh memori ~



April
  • This was totally awesome month ! Hehehehe. Mestilah OSEM, sebab bulan kelahiran aku kan? =P
  • 3rd : Community visit
Enjoy the dirt ! =D

My awesome team mates ! ^___^

  • 5th : Briefing sukarelawan hospital (pffft. Tah ape jadi lah ngan program ni, aku pun tataw)
Hectic surroundings? No comment T___T

  •        : Wisata AISA
Peserta WISATA . Dalam perjalanan balik, dapat lagu birthday dlm van. Shoo shuwit. Haha =D

  • 7th : Lesen memandu dah full. Yay ! ^_^ .. ehem. Hari ni berdating kat QB dengan Miya, dia dan dia =3
  • 18th : Forum Dunia Warrior Akhirat Hunter
  • Completed 3rd dose of HPV vaccine.




Mei
  • 5th : PRU13 yang macam %Q$^#&%#&@!!
  • 17th : Ceramah Manisnya Kahwin Muda
Walaupun blurr, aku gigih jugak nak upload. Haha.

  • 18&19th : Kursus Pra-Perkahwinan. Yay ! Dah boleh kawennnnnn ~ Sape nak kawen ngan aku sila inbox kat fb. Hahahahha. Ok, ini lawak kering namanya. Tak siyes dan tak lawak pun. T___T
Yay. Jom kawen ~ Hehe

  • 24th : First time berbatak makan kat Seoul Garden. Ini kisahnya ---> Seoul Garden. 
  • 29th : Super Wednesday CESMED kat UKM.



Jun
  • Boring month due to final exam semester 2 . gahhhhh ~ T____T
This is what I called "boredom" 



Julai
  • 5-7th : Jaulah Qalbun Salim bersama ahli usrah dan akhawat yang lain. =)
Sesi mentadabbur alam =)

  • 10th : Start Ramadhan
  • Stress mula melanda dengan hebat kerana perlu datang kelas tambahan kat UKM sebab kena reseat beberapa paper exam. X___X

'Ibu tiri' kami =_____="





Ogos
  • Reseat exam.
  • Keluar result untuk First Year 2012/2013 dan menangis semahunya. Sobsss sobssss. Terasa dunia gelap sangat sangat dan keyakinan diri terus menjunam jatuh ke dalam gaung dan meletop mengalahkan bom nuklear yang jatuh kat Hiroshima tak lama dahulu. Kebabommm!!!!

Dah abes paper reseat.
Muka jek yang tersenyum puas. Dalam hati? 




September
  • Sobbing month. Aku rasa macam tak boleh nak terima hakikat. One of the biggest failure in my entire life. Sobsss sobssss ='(
  • 14th : Untuk students under MD UKM-AUCMS, hostel kitorang berpindah ke Lunas, Kedah dan kampus baru kat Kulim Hi-Tech, Kedah. Masalah hostel menambahkan lagi stress, sedih dan kegilaan jiwa aku yang berombak-ombak ganas.
  • Start the new semester as a fresh First Year student. Yea. You heard me. I'M A REPEAT STUDENT ! T____T . Time ni, memang hanya Allah je lah yang tahu betapa jiwa aku sangat remuk hancur berkecai. Ya. Aku tahu, semua ni berpunca daripada sikap dan kesalahan aku sendiri. Bukan orang lain. Tsskkk tsskkkk.

My only buddy masa awal-awal masuk sem. I mean, girl. Malay girl



October
  • 10th : Muslimah Gathering.
  • 18th : Alhamdulillah. Masalah rumah selesai =')

Yes, our house's name is 'Busyra' which means good news.



November 
  • 30th : Kenduri kahwin Ude. Ude dah nikah bulan lepas-lepas (errr,,aku adik yang sangat tak berguna sebab tak ingat tarikh dorang nikah. Hey, bukan sengaja okay, tapi disebabkan aku tak dapat balik time tu. Tak dapat tengok abang sendiri akad nikah menyebabkan aku blurr dan pelupa. Hukhuk)
My beloved family <3



Disember
  • 17th : Wacana Santai : Assalamualaikum Cinta oleh Imam Muda Nazrul kat USM, Penang.

Assalamualaikum Cinta. Hikhik =3

  • 31st : Sembang Ambang 2014 bersama Ustaz Azhar Idrus and the gang ! =3 Hewhew





























Hm. Tu je lah apa yang aku nak recap.
Macam bosan jek ? Haha. Pedulik lah. Yang aku tak mention tu maknanya benda yang terjadi tu cuma kecik-kecik hal jek dan too personal lah.





Dikesempatan yang ada ni, aku nak mintak ampun dan maaf kat korang-korang semuaaaa atas segala salah silap aku. Tak kira apa jua pun perbuatan, percakapan, perbualan, dan bahasa aku kat korang sama ada sengaja atau tak, maafkan lah ea? Aku dah maafkan korang dah pun. Hehe. Tak baik simpan dendam. Kan? =) . Mintak halal jugak segala makan minum, barang, pakaian, dan apa-apa je lah yang aku terambek, terguna, dan segala terrrr mahupun yang tak terrrr.






From author :

Untuk 2014, mesti ada azam baru ! Dan azam yang tak terlaksana pada tahun 2013, terpaksa lah dijadikan azam baru untuk 2014. Lapuk pun lapuk lah, asalkan suatu hari nanti tertunai. Huhu.
Amacam tahun 2013 korang? Best dak? Apa azam baru korang ek? Share-share laaa ~




Akibat Tak Pakai Bra, Seluar Dalam Dan Baju ??






Bismillah , Assalamualaikum , Hey peeps ! =)



I warn cha ! 



Hoihhh,, korang jangan pikir aku nak melucah okay. Bersangka baik sikitlah dulu ~





Tapi kenapa tajuk tu macam bawa fitnah jek...?
Hahahaha. Sebab, ni semua keje orang-orang yang pale letak kat mane tah. Kat lutut agaknya. Dah takde keje lain lah tuu ~





Kejadian ini berlaku gara-gara aku nak tahu tentang penjagaan kereta. Al-maklumlah, murabbi usrah aku mintak tolong jagakan 'kuda dakwah' yang dia drive bawak ke rumah aku aritu sementara dia balik ke kampung sempena cuti sem. So, untuk jaga amanah tu baik-baik, aku pun google lah apa yang patut supaya nanti takde lah jahanam kereta tu aku kerjakan =P





Aku pun pi google dan berniat nak menaip "Akibat tak panaskan enjin kereta". Belum habis aku taip ayat tu, keluarlah.......................





|
|
|
|
|
|
|
|
|

v









Kesian google jadi sumber bahan lucah T____T






Weyhhh,, apebenda seyh?? Pehal benda yang tak senonoh pulak ramai yang pi google...? Lagipun, benda yang di'google' tu semua common senses kot ! 




  • Kau tak pakai bra atau coli, tak boleh pakai baju ketat-ketat dan jarang. Sangat bahaya ! 

  • Kau tak pakai seluar dalam, nanti mulalah tergaru sana-sini sebab gatal. Tak pun nanti seluar atau kain yang kau pakai akan selalu tersepit celah punggung.

  • Kau tak pakai baju dalam rumah, sejuk lah sikit badan tu. Eh wait ! Itu kalau kau lelaki lah. Kalau pompan, make sure takde sape dalam rumah dan kunci semua pintu dan tingkap. Kang tak pasal-pasal jadi benda lain pulak +_____+








Untuk yang google 'akibat tak puasa, tak pakai tudung, tak pernah solat subuh' tu, aku doakan supaya korang dapatlah pengajaran dan hidayah untuk berubah hasil daripada pencarian tu =)







Oh adik lepasan SPM,, ada yang malas nak pi PLKN ye...??? Hahahaha. Pi je lah dik oii, seronok taw ! Akak tak pernah terpilih pun, tapi ramai jek member-member akak cakap PLKN ni best. Tak percaya kat akak? Hm, percaya je lah bahawa perancangan Allah itulah yang terbaik ^__^







From author :

Kadang-kadang dengan tengok 'recommendation search' kat Google jek dah boleh buat aku gelak sorang-sorang. Haha. Forever alone kah ini? =P 

Program Insaniah di Tokai, Pendang [Part I]






Bismillah , Assalamualaikum , Hai semua ! =)






Sibuk jaga update blog orang, blog sendiri makin berhabuk kena tinggal dek aku. Hehe. "Maapkan mummy ye cayang," kataku kepada blog yang tercinta ni dengan muka bersalah yang amat.




Ok. Straight to the point.
Minggu lepas kitorang ada buat program kat Tokai, Pendang. (Hoihh, citer minggu lepas, baru sekarang nak citer. Basi sungguh perangai +____+"). Kitorang buat event ni under Program Pembangunan Insaniah UKM. Memandangkan kitorang dah buat dua kali pada tahun lepas, ni merupakan program yang ketiga dan yang terakhir kitorang kena buat. Alhamdulillah. Dah abes pun ~




Entah kenapa bagaimana dan macam mana tah, ahli kumpulan aku boleh setuju nak buat program kat kawasan yang dekat-dekat je. Satu lagi group buat kat Cameron Highlands. Warghhh, jeles guwa ! >__< . Tapi takpelah, ada hikmah semua itu. Kan?





Lepas dah berbincang, kami dok pakat untuk pi wat medical check-up kat Kampung (err, kampung ke?) Tokai, Pendang, Kedah. Heh. Awal perancangan jek kononnya nak buat medical check-up. Tapi bak kata pepatah, "kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan", terpaksa ubah tentatif yang dah dibincangkan atas sebab-sebab yang tertentu.





Hm, mungkin untuk entry yang ni, aku takmolah citer panjang. Just review from what we've done okay? Lain kali lah aku update pasal aktiviti-aktiviti tu sume =) . InsyaAllah.





14.12.2013 Sabtu


Petang, kitorang bertolak ke Kampung Tokai tu dengan bas yang disediakan oleh AUCMS sendiri. Hehe. Save budget !



Some of the boys. Back-Bus-Boys? lol :P







Malam tu, ada majlis bacaan Yasin kat umah Pak Usu Hani. Memandangkan kitorang sampai destinasi lebih kurang waktu Maghrib, perut masing-masing pun time tu belum sempat dinner pun. So, dengan perut yang galak main drum ala-ala rockstar, kitorang pun menembokkan muka masing-masing dan pergi join majlis tu.




Dengan baju yang selekeh sempoi, dalam hati masing-masing pun berkata :




" Ah ! Pedulik lah baju tak tukar pun, asalkan 'gendang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati' nanti."





Ok. Fine. Aku tipu.
Bukan hati masing-masing tapi itu hanyalah hati aku jek yang berkata sedemikian rupa =_____="







The girls. Sementara menunggu waktu membaham makanan *fweeee (*sebutan= free). Hehehe =3




Dorang pun join jugak :)




Gaya bakal bapak-bapak orang bersembang kat kedai kopi =3




 Lepas dah seronok makan, masing-masing mula membakar dan merajinkan diri menolong mengemas rumah Pak Usu Hani. Ye lah, takkan dah makan nak main tinggal jek kot?? Sape pulak yang ngajo macam tu ? T____T . Sebagai barisan bakal doktor, kami diajar 'Insaniah' hokey. "I.N.S.A.N.I.A.H".  Sebab tu lah rajin semacam. Haha.








Dalam banyak-banyak orang, macam dorang bertiga jek yg buat keje . =P





Praktis lipat karpet. Mane lah tahu kot-kot nanti jadi taukeh karpet yang berjaya ke?






Dah lah.
Gambar rerajin ni takleh taruk banyak-banyak. Nanti takut riyak pulak dorang ni. >__<. Haha








15.12.2013 Ahad




Hari ni aktiviti-aktiviti yang dirancang bermula. Kan mula-mula kitorang plan nak buat medical check-up kan? Tapi last-last jadik lain pulak. Apa aktivitinya? Ish, tak rajin lah pulak nak cakap sekarang. Nanti-nantilah kita sembang kencang-kencang sikit ok? =P




Kami dan mereka. <3





Sebelum berperang, pastikan muka berceloreng. Takde kaler hijau, putih pun jadilah. =P





Dah habis berperang tu semua bagai, ramai antara kitorang yang tercedera. Malah, lagi ramai yang syahid bila masuk dalam bas time nak balik ke hostel. Terkena gas beracun pakcik driver bas barangkali ? Hehe.





Tapi, bila singgah kat Peranginan Batu Hampar, Yan, Kedah, secara otomatik, yang syahid terus hidup semula. Siap ada yang bermandi-manda dengan lintah dan pacat kat dalam sungai lagi tu. Takpelah, biarkan mereka dalam dunia masing-masing asalkan mereka bahagia ~






Hati-hati bila berada dalam kawasan ni. Kawasan ni SANGAT KERAS !! Mane tak kerasnya, kan banyak batu-batu beso tu? -,-






Lepas dah seronok tengok alam, kitorang sekali lagi syahid dalam perjalanan. Takleh nak buat apa dah sebab masing-masing dah keletihan. Dah sampai hostel, baru pandai nak bangun. Haha.






Ok lah.
Cukup lah takat tu aku meng'exercise'kan jejari mari ni. Bukan malas, tapi nanti patah pulak jari-jari ni sebab taip panjang sangat =P (Haha. Alasan sungguh !)







Untuk kengkawan aku, mintak maaf ye kalau aku ada silap cakap atau korang terasa ke.. peace yow !
Nantikan gambar yang dasyat-dasyat untuk entry akan datang. Muehehehehe. (Kalau aku jumpa lah gambar-gambar yang dasyat tu O.o. Kalau tak jumpa, you're just lucky)









From author :

Rasa macam nak pergi lagi jek ke sawah bendang dan Batu Hampar tu. Macam best jek. Cuba lah korang try pegi sana =) . Serious dapat feeling-feeling nyaman gitu. Haha. 





Sesuai Tak Kahwin Muda Semasa Belajar ?






Bismillah , Assalamualaikum , Hai semua ! =)





Hari ni aku rasa macam nak share kat korang satu 'benda' ni. Well, not benda sangat pun, cuma status sape tah aku amek dari Facebook zaman dulu-kala yang dah terperuk terjeruk lama dalam draft tu. Menanti masa untuk aku publishkan -,-








Memandangkan trend sekarang memang orang muda berebut nak kawen awal termasuklah aku jadi memang aku rasa topik yang macam ni salunya macam best jek nak cerita kan? Haha. Ngaku jek lah korang pun suka jek kalau sentuh bab-bab kawen ni kan? Baik ngaku ! =P . Tapi, tahukah kita bahawa ada satu benda yang kita selalu lupa nak buat tapi sebaliknya berangan nak dapatkan pasangan yang baik serta soleh solehah.







She influence me a lot. cc: DenaBahrin . p/s:: I love you Saif ! *tetibe*






So, here it is. Kepada sesape yang berkenaan atau empunya status ni, mekaseh ea? Sorry tak ingat pun nak credit kat siapa punya ni. Huhu. Korang bace jek lah ye. Jawapan RARE bila ditanya soal kahwin muda.








Dalam kelas tadi, ada seorang sahabat bertanya,



"Doktor rasa sesuai tak kahwin muda masa tengah belajar?"






Jawapan Doktor sangat menarik bagi saya.



"Kalau saya ada anak perempuan yang minta kahwin masa belajar, akhlaknya bagus, pengurusan dirinya tersusun, hubungan dengan Allah terjaga, saya akan kahwinkan dia terus. Lebih lagi kalau satu kelas atau satu universiti. Tapi kalau anak perempuan saya yang minta nak kawen tu, hidupnya dengan TV, akhlaknya entah kemana, solatnya di hujung waktu, tentu saya tak bagi."



"Why?" soal saya dalam hati. Kemudian hati saya jawab kembali, "Yelah. Tak bersedia la tu."





Tapi jawapan Doktor cukup berbeza.



"Kalau anak perempuan saya tu, akhlak tak jaga dan saya bagi dia kawen. What do you expect from her husband? A very good husband? Sedang janji Allah lelaki yang baek adalah untuk oerempuan yang baek. Anak perempuan saya belum cukup baek,saya bimbang dia bawa balik calon yang juga tidak baek."



Jawapan yang ringkas,tapi bermakna buat yang ingin bermuhasabah diri. Antara tip lain yang saya berjaya kaut adalah pesanan Dr pada kami.





"Lepas ni bila you all kawen, ada isteri/suami, then suami/isteri you all buat masalah/sakit.. Benda pertama yang you all kena buat adalah solat taubat. Sebab dosa kita,boleh jadi sebab isteri/suami/anak jadi nakal, tak dengar orang dan sebagainya"



















So, kesimpulannya kat sini adalah selalu-selalulah muhasabah diri sendiri okay? Reflecting is the concept ! Bak kata pepatah (err,,pepatah ke?), sebelum nak mengata orang atau melatah dengan musibah yang kita dapat, cermin lah diri tu dulu. Sape tahu, sebab kita, orang lain yang kena tanggung akibatnya. Tapi kita jugak yang salahkan takdir padahal semua tu berpunca daripada diri kita jugak. You get what I mean?










From author :

Astaghfirullahal'azim... dalam sehari kita menjalani rutin harian, berapa kali jek kita luangkan masa untuk reflect diri sendiri dan bertaubat? Hmmm, rasanya mulai saat ni, kita kenalah berubah. Ubah diri kita dulu sebelum mengharapkan orang lain berubah ikut cita rasa kita. Nak dapat yang soleh/solehah, kita yang kena soleh/solehahkan diri kita dulu. So, let's take an action. Now !




"BLOGGER GEMPAK 2013" AWARD






Bismillah , Assalamualaikum , Hai semua ! =D







Tetibe hari ni baru dapat online sebaiknya. Dan dengan kesempatan yang ada ni, nak ajaklah korang reramai join blogger award 203. Weyh, siyes best ! Hadiahnya pulak, masyaAllah ya Rabbi, sape jek yang murah hati nak bagi camtu jek oii ?? O.o 
So, untuk dapatkan hadiah yang best giler gempak tu, silalah rajinkan diri dan exercise sikit jejarimari tu dan joinlah award ni ok. Zassssz !






Klik banner ni sepantas kilat sebelum 4 januari 2014




Untuk meransang nafsu korang supaya join award ni cecepat, apa kata aku listkan hadiah apa yang tengah menanti pemenang-pemenang bertuah tu ?







Hadiah-hadiah :

Tempat Pertama : 1 Pemenang - RM100 + Piala "BLOGGER GEMPAK 2013" + 1 Tudung + 1 Bantal Kraftangan Saiz A4 + 1 Minyak Angin Fresh Care.

Tempat Kedua : 1 Pemenang X RM50 + 1 Tudung + 1 Tasbih Digital + 1 Minyak Angin Fresh Care.

Tempat Ketiga : 1 Pemenang X 1 Tasbih Digital + 1 Tudung + 1 Minyak Angin Fresh Care.

Saguhati : 20 Pemenang X Setiap Pemenang Berpeluang Memenangi Satu Hadiah (Tudung, Shawl, Lotion, Mineral Coffee, Tasbih Digital, Fridge Magnet, Keychain, Masker Savee, Topup HP, Minyak Angin Fresh Care, dan macam-macam lagi)








Walaweyh,, ini sudah lebih ni ! Sangat wahhhhhhhhhhhhh kalau menang tempat pertama tu *drooling*




So, ape lagi korang? Jom lah join sebelum 4 Januari 2014 ! But make sure korang baca dulu syarat-syarat yang ada dan pi submit penyertaan kat link bawah ni :













From author :

Nak join, tapi rasanya takleh sebab dah jadi salah satu sponsor -,- . Lagipun, minggu ni guwa busy giler ah. Huhu. Ni pun curi-curi masa sat. Sodeyh betui .. sobsss sobssss

I Fear Not Speed






Bismillah , Assalamualaikum , Holla Peeps ! =)






Dulu aku pernah terlibat dalam kemalangan. Tahun 2004 dan aku pun masih darjah 5 ketika kejadian berlaku. Masa tu aku hanyalah pembonceng je dan akak aku yang bawak tapi yang kena lebih teruk adalah aku. Kesan daripada excident tu, kaki aku retak kena simen sebulan dan aku kini membela parut di pipi kanan (yang orang selalu ingat parut jerawat) dan juga di pergelangan tangan.







Hoyeahh,, that's the gift I've got from the accident.






Ok, cukuplah mukadimah yang melankolik tu.
Actually aku saje nak balas entri kat TheGarang (sebenarnya tak perlu pun tapi aku 'ter' rajin pulak nak balas) which related to speed. Hehe, kalau aku ni fobia dengan ketinggian (like seriously -,-), Amal the owner TheGarang blog tu lain pulak citernya. Nak tahu? Pi baca sendiri entry dia yang INI







Eh, korang takut tak kalau korang jadi penumpang kereta/motor yang bawak sampai 100++km/h ni? Seriously? Takut atau tak?








Kalau aku lah kan, aku akan jawab tak. Tapi itu bergantung pada situasi lah jugak. Kalau orang tu speedy tapi dia pandai cilok-cilok dengan selamat which I called speedy-safe driver with attitude, memang aku akan enjoy the moment to the max. Tapi kalau driver tu jenis speedy but rude (saje nak cabar driver lain untuk berlumba / ngekor belakang kereta orang dekat giler macam nak cium bontot kereta orang depan / potong kereta lain dan tunjuk middle finger / sesuka hati main hon-hon sebab nak takutkan driver lain / tak bagi chance kat driver yang masih 'P' etc.) , memang aku rase macam nak buat kenduri tahlil jek dalam kereta tu patpulohpat jam. 










Memanglah tak dinafikan bahawa memang bahaya gile kalau bawak lelaju ni sebab orang yang drive kereta lelaju ni lebih berisiko tinggi untuk terlibat dalam kemalangan ataupun menyebabkan kemalangan orang lain dan tak lupa jugak berisiko tinggi untuk kena saman AES -,-. Tapi kalau bawak laju pada tempat yang kena, tak salah kan? I mean, bawak lah lelaju mane pun kat litar sepang or litar whatever pun. Tak salah kan? Dan tak kena saman AES kan?









Jom racing !! Vrooommmmmm vroooommmmmmmmmmm ~








Hehe. Mengikut pengalaman aku lah, aku pernah cabar boss aku untuk bawak laju. I mean, not cabar actually tapi mungkin dia sendiri yang rasa tercabar bila aku cakap, "Eeee,, iya ke you boleh bawak laju giler? Macam tak caya je". Dan kesan daripada tu, boss aku terus pecut kereta lelaju sampai 120km/h. 









Mungkin korang tak rase 120km/h tu laju, tapi ini dia bawak seriously laju lalu jalan kampung woii. Aku ulang, dia drive 120km/h dalam jalan kampung !! Gila tak gilaaaaa O.o . Tapi time tu aku hanya gelak and enjoy the speedy moment without any fear. Hehehe. Tapi tak lama lah dia drive laju tu sebab awek dia marah dia dan ugut nak break (sebab dia dah mula kecut perut dengan kelajuan kereta yang menggila tu). Walaupun aku adalah jugak rasa bersalah sebab dah buat awek dia tu ketakutan, aku rasa puas lah jugak dapat merasa duduk dalam kereta yang laju macam tu. =P









Sebagai seorang driver, aku sendiri akui bahawa aku rasa sangat puas kalau dapat bawak kereta lelaju neyh terutamanya bila kat highway dan sangat puas bila dapat potong kereta sebelah time berlumba nak first headed masa green light kat traffic light. Tapi setakat ni, aku hanya berani bila bawak kereta Wira manual yang ada kat rumah ni je lah -,- . Kalau kereta orang lain tu, memang cari maut lah nak bawak macam gila neyh. Selalunya dan sewajibnya, mula-mula bila nak drive atau tunggang motor tu, memang aku akan takut-takut. Tapi tunggulah 30 minit lepas tu. Memang mulalah seciput tanduk tumbuh di kepala dan kaki mula terasa sedap untuk terus menekan minyak. Hahaha









Seriously I'm innocent and harmless coz I'm not this crazy (yet) O.o








Sebenarnya, dulu aku ada satu impian gila ni. Well, tak gila mana pun, cuma immature jek. Impian kanak-kanak lah katekan, hehe. Impian kanak-kanak aku tu adalah nak kawen dengan lelaki yang ada superbike (owner Kawasaki Ninja dan Ducati menjadi top preference) ataupun dengan lelaki yang mempunyai sports car. Kalau modified car yang leh speed 250km/h pun boleh.. =P









Alamakkk.. camne nak pilih ni??? Dua-dua nampak smart cool and handsome !







Tujuan aku nak kawen dengan mereka yang macam tu adalah satu je. Aku nak menikmati kelajuan ! Kalau naik superbike ngan laki aku tu nanti, leh ar peluk dia kuat-kuat sambil menikmati angin yang super deras takpun pegang lengan laki aku tu kemas-kemas time dia tengah drive beloved-modified-Evo-car dia tuh pada tahap 180km/h. Heyyyy chop chop chop ! Takmo lah aku cakap pasal keintiman kemesraan yang boleh dibuat nanti. Kang tak pasal-pasal ade orang report aku pulak atas sebab gangguan seksual. Hahaha









Tapi, itu dululah. Aku dah tak lagi berimpian nak dapatkan lelaki yang macam tu. Aku sekarang dah jadi wanita yang hanya mengimpikan lelaki yang super-laju dalam buat kebaikan. Cewahhhhhh! Hehe. Masalahnya, boleh ker aku dapat lelaki macam tu sedangkan aku ni super-slow kalau buat benda-benda baik neyh. Hadoii. Berangan jek lebih. Panggggg!!









Alahai, comel jek adik ni. =D . Nak laki yang macam ni boleh? ..
PANGGGG!!! *tetibe ada orang lempang aku*








Aku rasa lah kan, aku mula ada perasaan nak terjebak dalam perlumbaan motor ni sejak abang aku beli motor besar time aku sekolah rendah dulu which aku tak ingat lah pulak motor brand apa dan berapa CC. Tapi bila dah pandangan budak kecik, opkos lah kau nampak benda tu macam besar giler dan wowwwwww padahal 250CC je -,-. 










Dan perasaan nak jadik drifter or car racer mula bertunas bila sejak sekolah rendah suka gila nak main lumba kereta walaupun aku takde mahir mane pun dan still main Need For Speed Underground sampai sekarang dan opkos lah, movies macam Fast&Furious dan Death Race tu menjadi inspirasi aku totes !









Hormon adrenaline sangat maximum bila tengok citer ni. Sangat best dan syiok !






Ok lah, sebelum aku akhiri sebuah entri yang ditulis dengan penuh takjubnya, aku nak ingatkan kitaaaa semua tentang satu perkara iaitu laju tu laju lah jugak tapi jangan pernah abaikan keselamatan taw. Bak kata penaja, safety first ! (Eh eh. Tetibe pulak ada penaja. Haha)
   









From author :

Bikers with racesuit boleh buat jiwa aku bergetar bila tengok penampilan dorang macam tu. Nampak sangat hensem dan gagah giler bila duduk di atas superbikenya dengan muka yang terselindung di bawah helmet dan pakaian yang nampak macam pro-biker. Tapi bila dah bukak helmet, rupa macam gangster dan kaki pukul, maap ar yop, gua blah dulu ! Hahaha. Thanks for the nice intro-view.




Dear Abam, awak nampak hensem macam ni. Sila jangan bukak helmet tu sampai bila-bila. From, Your Crush.

Sering Bosan Punca Wanita Cepat Gemuk






Bismillah , Assalamualaikum , Hai korang ! =)






Sedang aku mengemas buku2 lama untuk dibuang/recycle, ternampaklah oleh mata aku tajuk majalah yang sangat membunuh otak limpa dan jantung aku selama 5 saat. O.o






Punca aku kena myocardial infarction sekejap.





Hoi ! Ini tak boleh jadi ni.







*mata membulat seriau melihat perut sendiri, picit2 tarik2 lapisan perut yang hodoh dan berfikir tentang blog*





Ini memang statement tak boleh blah dan aku harus bitaw kaum gegurl yang lain ! 
Perlu ! Wajibul ghunnah ! Wajib ! Sunat ! Fardu kifayah ! Spartannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn !! *eh tetibe*







Ok.
Berbalik kepada tajuk.
Korang mesti tertanya-tanyakan, kenapa pulak bosan boleh menyebabkan gemuk? Aku sendiri pun mengalami kemurungan 10saat setelah tahu berita ni. Why? Why? Why?
Aku dah lah selalu mengalami kebosanan. Memang statement ni memijak dan menampar aku dengan buasnya. Fuhhhh, terasa pedih weyh. Tskkk tsskkk





Terus depressed and nak makan buah-buahan jek. Cheh kononyeeee =P







Kebosanan boleh menyebabkan orang perempuan untuk cenderung makan berlebihan dan mengalami penambahan berat badan secara signifikan dalam masa beberapa minggu. Ada satu kajian yang dibuat terhadap 5000 orang dewasa menunjukkan 1/4 makanan yanb dimakan setiap hari oleh golongan ni bukanlah disebabkan oleh lapar.





Biasanya, bila bosan, wanita akan mengalami kelebihan kalori sebanyak 520 dan lelaki pula sebanyak 650 kalori. Walaupun lelaki lebih banyak kelebihan kalori, para penyelidik menyatakan wanita cenderung lebih mudah mengalami hal ini berbanding dengan lelaki, terutama bila sedang kesal atau sedih.





" Mengawal apa yang anda makan sememangnya bukanlah mudah. Untuk itu, ada baiknya anda terlebih dahulu mengetahui apakah keinginan untuk makan itu, sama ada benar-benar didasari rasa lapar ataupun berdasakan emosi anda. Awas, sekiranya anda makan disebabkan emosi, kerana ia boleh menyebabkan anda kegemukan, " ujar pakar gizi, Mary Strugar yang turut serta dalam kajian ini.








Ha, bila majalah yang berkata-kata, memang terkeluaq bahasa skema dorang tu. Haha. 







So, gegurls dan boboys semua, kalau terasa bosan, jom cepat-cepatlah buat sesuatu supaya tak terasa bosan ok? Tak kira lah nak buat kuak lentang atas katil selama sejam ke, lompat katak sekeliling taman ke, main kawen-kawen dengan jiran sebelah sambil bergosip ke, suka hati dan ikutlah kreativiti masing-masing. Asalkan, jangan biarkan diri kita diselubungi BOSANNNNN ~









Hokey.
Takat tu je aku nak bitaw korang. 
Hehe. Mekaseh sebab THORlong singgah sini dan cuci-cuci blog aku yang bersawang macam Highland Towers ni. *Eh, tetibe plak nak 'THOR joke' kat sini -,-*













From author :

Biar kita bahagia, bukannya lemak yang bermukim celah-celah organ badan kita. Bila lemak dah terlampau bahagia, bersiap sedialah untuk masuk sepital. Heee,, nauzubillah !











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved