Saya Nak Duit Raya dari Blog IX






Bismillah , Assalamualaikum , Hye peeps ! =)




DSC00102-copy_thumb8
Klik gambar ni untuk memeriahkan segmen ini ! peace..




Ix tengah ada banyak rezeki yang nak dikongsikan dengan kita semua tu. Apa lagi, jom la join ! Dapat RM50 tu show gak. Hehe.





So, what we need to do is, just ceritakan pengalaman/ kisah raya kita lah. Simple kan? Jom jom jom join =)








==============================================


# kata ganti diri penulis --> Aku





Kisah ni berlaku masa sekitar 2004 gitu. Tak sure sama ada masa darjah 5 atau 6. Yang penting, BERAYA time sekolah rendah lorh.






Aku dengan beberapa member rapat macam biasa, kitorang suke pegi merayau beraya rumah-rumah orang. Yang tak kenal pun, kitorang bantai beraya buat muka tak malu. Heh. Zaman sekarang, budak-budak dah sombong. Takdenye nak dengar :




"Assalamualaikummmmmm ~ Kami datang nak beraya !!"





Siyes dah tak dengar dah kat taman aku neyh. I mean, jarang lah. Tahun ni, non hado !







Well, zaman aku kecik-kecik dulu, kitorang selalu konvoi jalan kaki jek. Pegi rumah terdekat. Dah besar sikit, naik basikal tu dah kira man power lah tu. Haha. (Budak2 sekarang ni takdenye nak naik basikal , pakai motor jek walaupun takde lesen =.=)














Nak dijadikan cerita, kitorang lalu sebatang jalan yang sempit. Kat situ, kawasan lembu lalu-lalang. So, taiknya memang tak payah cakap ah. Bersepah-sepah. Baunya pun, uhhhhmmmm, harum betul ! *yuksss*








Korang tahu lah kan, aku dari dulu sampai lah sekarang, tabiat yang susah sikit nak hilang dari aku adalah menyakat orang. Iye, aku tahu aku memang nakal. Hehe.








So, time kitorang yang berbasikal-basikal ni lalu jalan sempit tu, aku dengan lagak berani nya, merempit kat jalan tu. Pastu acah-acah konon nak langgar member aku yang lain. Dorang ade gak yang jerit-jerit kat aku sebab buat camtu, tapi aku wat selamber der je tak dengar jeritan dorang. Mungkin masing-masing takut terbabas masuk dalam parit yang penuh dengan najis dan rumpai-rumpai tu kot?




Yang hijau tu semak-samun.. yang coklat tu parit rumpai dan najis. Hoho






Tiba kat  simpang tiga ni, aku tetibe membelok ke kanan. Which is, aku yang berada di belah kiri membelok sambil memotong member aku yang ade kat belah kanan tu.








Yeah, guess what happen next?










Member aku jatuh basikal !









Member aku tu gabra sikit bab-bab naik basikal neyh, pastu, aku boleh plak main-main stunt macam tu depan dia. Memang tumbang ah basikal tu. Tapi, kesian jugak kat member aku ni. Mane taknya, bukan setakat tangan dia calar-balar, tapi mukanya tersembam atas taik lembu kat tepi jalan tu. You know TAIK LEMBU?? Yeah, that taik lembu yang bersepah-sepah tu. Haha !






Before my member tu jatuh tersembam atas taik lembu tu =P





Perempuan kalau luka sikit, memang konpem ah nangis kan?







Dengan sedu-sedan, member aku menangis. Serik katanya nak naik basikal kalau aku ada sekali. Nasib baik time tu ada seorang makcik ni, tengah siram pokok bunga kat depan rumahnya. Dapatlah jugak member aku  tumpang cuci-cuci apa yang patut. Sambil tu, kitorang beraya rumah makcik tu. Maka, dengan saki-baki kesedihan yang ada, member aku pun cerita lah apa yang dah jadi kat makcik tu.








Lepas rumah tu, kitorang masing-masing balik rumah atas sebab, member aku tu serik dah nak beraya. Sakit-sakit plus malu sebab kena taik lembu. ~ Sampai sekarang, kitorang dah tak buat dah konvoi raya naik basikal lagi. Dah malu nak beraya rumah tah sesapa yang kitorang tak kenal ni. Dah besar lah katekan, ye dak? =P *I miss those memories back then with all my beloved friends =')








============= TAMAT ! ==============








Oh, kalau tak, asu tak ingat pun benda ni. Member yang jadi mangsa tu yang mengingatkan balik memori tu time asu beraya rumah dia aritu. Kesian, kesian jugak.. Tapi, itu lah kenangan. Hehe. Maaf eh kawan ! =D






Oh, gambar kad raya ni adalah HINT siapa 'mangsa' asu tuh. Yeah, bestfriend asu sendiri. Hehe =P


 
Salah satu kad raya hingusan yang sahabat asu ni masih simpan. Kenangan beb !





"Ini bukannya cinta tetapi bermaksud friendship forever ( menjadi kawan karib selama-lamanya )"





# Lukisan 5 minit, memang buruk. Asu tahu tu -,-.
#Gambar berkaitan kenangan ni memang non hado lah. Maaf yer.
#Memang tak berniat nak menang pun. Sekadar nak kongsi pengalaman lampau dan support abang tiri blogger asu ni =D
#Asu nak tag Kak Aiza dan Az !!!






From author :

Masa kecik-kecik, semuanya yang rapat adalah 'bestfriend'. Bila masing-masing dah besar, 'bestfriend' tu kebanyakannya hanya ada pada nama, dah tak melekat kat hati. Hanya yang betul-betul jujur dan ikhlas dalam persahabatan akan mengekalkan kesucian 'bestfriend' tu. Korang macam mana? Sayang lagi tak bestfriend sekolah rendah dulu? 

Aku sayang semua bestiee aku ! Aku rindu dorang semua !





6 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

Cik Ummi said...

@Faris Adli


hahahaha
tak ikhlas btul :P
yelah3..aku singgah sane plak

Ixbarr Abdullah said...

haha.. time kasih la support... ix kalau bab segment2 ni memang FAIL!..

p/s: nanti ix nk tukar blog la lak.... tp yg sedia ada maintai jer kot.

Cik Ummi said...

@Ixbarr Abdullah

alahai.. kenapa plak ckp mcm tu?
don't worry, umi kan boleh support ix salu, insyaAllah :)


p/s:ooo..nnt btaw la link blog bru tu ye .. hoho

aizamia3 said...

aku gak yang lambat check in kat sini.. dak Kakak.. dak Adik.. dak Nuha sruh hadap dorang je.. ;)

psstt: member masa sekolah dulu ada tapi dah tak rapat.. kalau jumpa pun senyum hai hai bye bye je..

Cik Ummi said...

@aizamia3

biase lah tu kak..
akk dah ade family sndiri yang perlu dijaga..bukannye macam kite ni lagi..boleh ronggeng2 lagi ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved