Bismillah , Assalamualaikum , Hye Peeps ! =)
Hari raya keempat.
[special thanks to all the casts for today : Nasrullah, Syamim, Ridzuan, Fahmi, Luqman, Najib, Sofia, Aminah, Amirah, Mira Syeeda, Lina, Syafiqah, Zarin, Nadia, Ain, Hamizah, Fitry and Teacher Rasidah]
Wah, baru hari ni aku dapat nak beraya jumpa kengkawan lama. Seronok jugak jumpa dorang neyh. Masing-masing dah ada perubahan aku tengok. But still, yang maintain macam tu je pun masih ada. Tapi aku rase, semuanya dah makin cantik dan hensem lah ! ^^, . Teruja aku tengok dorang. Hoho
Pepagi lagi Nas dengan Syamim dah menjemput aku kat rumah. Siap keretanya masuk garaj rumah aku tu yang tak boleh blahh tu
Ok.
First destination : Rumah Lina. [ Terkedu sampai takde gambar yang sempat di snap]
Fine. Aku rasa, hari ni adalah 'The Worst Day' bagi aku time raya2 gini. Mana taknya, sampai-sampai jek rumah Lina, dua bijik gelas aku pecah kan. Tak ke haru tu???? Tu la, bawak beg lagi. Padan muke.
Gelas ooo gelas.. kenapalah kau ni fragile sangat ? Huhu |
Aku rasa sangat sangat sangat amat sangat malu time tu. Rase nak menyorok bawah meja kuih-kuih tu jek. Tapi malangnya, meja tu dah takde space lagi sebab dah penuh dengan makanan-makanan. Seriau punya pasal, aku tak sentuh langsung makanan yang dah disediakan. Rela bermain mata jek dengan kuih Almond London yang Syida makan dengan asam jeruk yang tengah bertafakur kat bawah meja tuh. Berbijik-bijik dah air liur yang aku telan menahan nafsu. Terasa tawar. Sabo jek lah. =.=.
Tapi, bila si Datin Myza dah sampai dan dia pun minum air sikit, barulah aku gagahkan diri untuk amik sebiji gelas dan tuang air dalamnya. Aku pikir, itu air sarsi sebab hitam semacam jek. Kecur jugak tekak aku dari tadi. Bila dah minum seteguk, baru aku taw rupa-rupanya itu air kopi deyh. Tu la, kan aku dah kata, seriau punya pasal, sampai mulut aku pun dah terkunci nak tanya itu air apa. Huhu. Ouh, sebelum bergerak ke rumah seterusnya, barulah aku berani nak capai sebiji coklat untuk dikunyah. Nampak tak betapa insiden pecah gelas tu terus mematikan selera aku nak makan hatta bercakap sekalipun?
Second destination : Rumah Dudek (Najib)
Kat sini, sambil bersalaman dengan member yang dok menunggu kat situ dari tadi, Nadia tegur aku. Dia ingat aku tak join sebabnya aku langsung senyap tak bagi pape respon pun kat facebook, tetiba muncul jek kat situ. Hehe. Ada gaya macam hantu chipsmore tak? Kejap ada kejap takde =P
Kat sini, sambil bersalaman dengan member yang dok menunggu kat situ dari tadi, Nadia tegur aku. Dia ingat aku tak join sebabnya aku langsung senyap tak bagi pape respon pun kat facebook, tetiba muncul jek kat situ. Hehe. Ada gaya macam hantu chipsmore tak? Kejap ada kejap takde =P
Gurls bila berjumpa. Banyak benda yang perlu diceritakan. Gosssssiipppp ~ |
Ouh. Aku tengok, Dudek mempunyai anak-anak sedara yang sangat comel. Yeah I'm serious. Tapi sayangnya, aku tak sempat pulak nak snap pictures budak-budak yang comel lagi kiut tuh. Mudah-mudah lain kali ada rezeki nak berjumpa dengan bebudak kecik tu lagi =)
Third destination : Rumah Fitry
Hello. Nama jek macam lelaki, tetapi member aku yang sorang ni perempuan okay. Makin menggalah *(Menggalah = meninggi) pulak aku tengok si Fitry neyh. Gaya tomboy dia pun, ada lah jugak sikit-sikit. Cuma aku rasa, lenggok dia berjalan dah ada improvement. Baru nampak gaya perempuan berjalan. Haha !
Ce teka tuan rumah yang mana? Clue : Khusyuk makan tak pandang kamera. haha |
Third destination : Rumah Fitry
Ain bersemangat nak beraya ^^. |
Hello. Nama jek macam lelaki, tetapi member aku yang sorang ni perempuan okay. Makin menggalah *(Menggalah = meninggi) pulak aku tengok si Fitry neyh. Gaya tomboy dia pun, ada lah jugak sikit-sikit. Cuma aku rasa, lenggok dia berjalan dah ada improvement. Baru nampak gaya perempuan berjalan. Haha !
"Kami di rumah Fitry !!!" |
Statement yang tak boleh blahhh dari Fit kat kitorang time dia nak suro bebudak lelaki solat Zohor kat surau berdekatan.
"Eh, korang yang lelaki pergi la sembahyang kat masjid bapak aku tuh"
Ha, nampak permainannya di situ? Masjid bapak aku tuuuu. Dasat.
Yang gurl tu lah Fit. Yang lelain tu boboys lah. Haha |
Fourth destination : Rumah Teacher Rasidah ( Cikgu Biology mase Form 5)
Menurut Sofia, rumah teacher ada open house dari pagi sampai malam. Eh, betul ke? Tapi, sampai-sampai jek depan rumah teacher, rumah dah gelap. Pintu pagar dah tutup. Eh, kata OPEN house, kenapa macam tak sudi nak ber'open' dengan kitorang jek?
Tinggg tongggg ! Kami datang nak merompak. Opppsssss ! haha. Kidding ~ |
Mula ingatkan Si Sofia dah tersalah maklumat. Punyalah call-call teacher takde jawapan. Akhirnya, bila teacher dah bagi respon, barulah kitorang dapat masuk dalam rumah teacher.
Yes. Tentang maklumat open house tu memang betul pun ada sebab masuk-masuk jek, bekas-bekas kosong isi makanan dah menyambut kedatangan kitorang. Cis ! makanan dah habis rupanya time tu. But jangan terlampau risau, makanan boleh dibikin lagi deyh.
Lelaki pun dah pandai bergosip taw ! Tapi, dorang gosip pasal Iron man, Spiderman, Power Rangers dan seangkatan =.= |
Ada sorang je yang pandang kamera. Ha, itu lah Min ! Siti Aminah namanya=) |
Akhirnya, setelah puas menunggu, dapat jugak kitorang menjamah Mee Kari kat rumah teacher. Ouh ya. Time ni, Luqman dan Fahmi je yang tak dapat nak join kitorang sampai habis konvoi sebab adalah problems dorang yang tak dapek den nak bitaw kat sini.
Our former biology teacher =) |
Dah nama pun beraya rumah cikgu, adatlah kalau ditanya tentang perkembangan diri kan? Especially kitorang yang tengah bercuti raya dan hampir mendaftarkan untuk sambung degree neyh.
Final destination : Home sweet home.
Sampai rumah dah pukul 10.00 malam lebih. Letih dan seronok tu, still ada. Mengantuk tu, lagi lah banyak ! Hee, mengantuk-mengantuk pun sempat jugak aku online facebook kejap. Pantang betul. Ada jek kesempatan yang nak diambil kan?
Update facebook kejap. Haha |
Oh ya.
Nasib baik abang aku takde time aku balik. Kalau abang aku ada, mampuih kena marah sebab ada lelaki yang hantar ke rumah eventhough ada member pompan yang lain. Si Nas ni ha yang hantar aku balik bersama sardin yang lain --> Syida, Myza,Pika ngan Ain. Haha (Maaf ye member sardin aku yang lelain. Ni lah gelaran yang paling sesuai untuk kita-kita yang berhimpit kat seat belakang tu. =P ).
Macam pagi tadi, garaj rumah aku tu memang khas untuk Nas parking kereta dia. Terasa bertuah pulak sebab ada yang sudi nak ambil dan hantar aku sampai depan pintu rumah. Haha ! Terima kasih Nas. Sayang kau ! *uuuu... kontroversi neyh
Hey, jangan salah sangka okay. Sayang sebagai seorang sahabat kepada sahabatnya kerana Allah. Tak salah kan? Member-member aku yang lain pun aku sayang beb. Even korang punnnnn aku sayang ! ^^, *ayat kasi cover line baik punyaaa. Haha
Baik punyaaaa ! |
Okay.
Dah sampai penghujung dah pun. Hope korang enjoy apa yang aku dah coretkan kat sini. Segala salah silap, terkasar bahasa sepanjang aku menulis entry ni atau sebelum-sebelum ni atau yang akan datang, aku mintak maaf eh? Aku hanyalah seorang manusia yang tak lari daripada membuat kesilapan.
From author :
Seronok sangat bila ukhwah yang terjalin sesama sahabat dapat di'maintain'kan walau usia dah semakin meningkat. Orang kata, friendship tu hanya akan kekal dengan kawan Universiti jek. Tapi bagi aku, friendship aku adalah sejak aku lahir hinggalah akhir hayat aku. Semuanya sahabat abadan abada lillah (sahabat selama-lamanya kerana Allah). Terima kasih kawan sebab sudi bersahabat dengan aku yang serba serbi kekurangan ni =')
10 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:
best kan dapat kumpul reramai.
emm dapat gosip. alah sikit je ^^
hehe :P
@nuha ahmad
hahaha...normal lah tu :)
gosip pasal kehidupan harian,bukannye pasal lelaki mcm yg salu digosipkan time skola2 dulu.. haha
alaaaaaa..
jeles laa..
raya kali nie sy xdpt jmp kwn2 lgsg.. :(
@scha cha
alaaa..
takmo cedey2..
raye tahun depan,join la konvoi.. hehehe
Meriahnya raya.. setahun sekali apa salahnyakan..
@adikacu
hehe.. taw xpe.. itupun kene enjoy sbb bile dah sambung belajar,nk enjoy raye ni payah sikit.. huhu
@Mr.Ixbarr ★
hahaha..
mane ada tak salu masuk dapur..dapur tu siap dah jemu tgk muke umi hari2 taw.. =P
selamat hari raya jugak icchan
duit raya?byk tp lagi byk dah kena joli wat persiapan nak balik U.. hehe
@MUHAMMAD IQBAL Abdullah
hahaa.. yela3..dah approve la ni.. :)
yay.. insyaAllah, umi nak join ! wee ~
fuh.. nasib baik dok dalam aircond, kalau tak, berpeluh tunggu habis baca entry ni.. kihkihkih..
memang happening.. ;)
psstt: mintak maaflah, akak tak teringat langsung gara-gara teruja dah 2 tahun lebih tak balik muo.. si Faris pun akak tak ingat.. huhuhu.. kite cuba lain kali pulak ek.. ;)
@aizamia3
haha,..
akak ! ni baru konvoi yang pertama..yang kedua lagiiiiii panjang.
atoto..lain kli nnt datang ah muo agy ea kak.. teruja nak jumpa akk..huhu