Makan Macam Babi?





Bismillah , Assalamualaikum , Holla peeps ! =)






[ Peringatan : Babi adalah seekor haiwan dan penulis bukan bermaksud nak mencarut, tapi sebagai iktibar. Mohon jangan cepat melenting or cepat jump to the conclusion okay. Sila baca dengan penuh kesabaran]












Pernah dengar orang makan berbunyi macam orang tengah menjampi serapah tak? Alaaaa... yang bunyinya macam "Chapppp .. Chappp.. Chapppp" tu... 











Ohyea. Bunyi semacam tu sangatlah annoying. You know ANNOYING ??! Iye. Annoying. Menyirapkan. 










Memang pantang betul kalau asu dengar orang makan berbunyi neyh. Anak-anak sedara asu selalu kena marah dek asu sebab dorang makan berbunyi ( Hehe. Garang tak garang asu dorang ni kan? =P ). 









Okay, asu mengaku. Dulu time kecik-kecik pun asu makan berbunyi-bunyi. Tapi, sejak ENAM TAHUN, asu cuba belajar mengunyah secara senyap dan tutup mulut. Itupun lepas sahabat karib asu tegur. Yeah. Dia tegur asu sebab makan berbunyi =.= .Dan korang tahu dia tegur macam mana dan ayat macam mana?








"Weyh, makan tutup mulut. Jangan berbunyi. Mak aku cakap, sape makan berbunyi, dia makan macam babi. Babi kalau makan kan, mane pernah senyap"






Hopefully ni boleh bantu korang untuk beringat in the future ! Ahaks.








Asu terdiam. Berketul-ketul air liur asu telan.









Sejak hari tu, bila asu makan berbunyi, automatik otak asu akan remind ayat "...Makan macam babi..". dan terus terbayang dalam otak macam mana gaya babi makan. Terus asu makan dalam silence mode. 











So, dikesempatan ni, asu nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Rafeah Abdul Karim, sebab atas teguran beliau, asu memang sampai sekarang jaga adab makan tak berbunyi tu. Tapi, kadang-kadang kalau terlepas bunyi tu, maaflah. Asu manusia jugak. Tak pernah lepas dari melakukan kesilapan.












"Terima kasih Peah. Aku bersyukur sangat dapat bersahabat dengan kau dulu. Banyak jugak benda yang aku belajar dari kau. Thanks eh. Aku doakan, kau akan dapat jadi seorang muslimah yang terbaik, anak yang solehah dan sahabat yang berguna untuk orang lain. Aku sayang kau. Aku rindu kau. Jaga diri , jaga iman eh. Jangan lupa hadiahkan pahala al-fatihah setiap hari kepada arwah ayah kau. Semoga dia sentiasa aman dan tenang kat sana. Amin ~"














From author :

Hebat betul kan pesanan dari mak Peah tuh? Sampai ke aku pun boleh terdiam bila ditegur dengan ayat camtu. Haha. Style korang makan macam mana? Silence mode or Outdoor mode?Ohh.. yang baik dijadikan pengajaran, yang buruk dijadikan sempadan okay ! =D








Konvoi Raya Lagi !!! Wee~





Bismillah , Assalamualaikum , Hey Kawan ! =)




[ Peringatan ! Entry ni sangat panjang dan banyak gambar. Harap korang dapat baca dan hayati dengan penuh kesabaran. Sabar itu kan sebahagian daripada iman?Jadi, teruskan scroll ke bawah dengan rileks dan cool ye. Peace ! ]





Girls just want to have some fun !




Hari Raya Keenam
[Special thanks to : Nasrullah, Ilham, Farahin, Amira Rasyeeda, Syamim, Amirah Hafizah, Hamizah, Syafiqah, Syaliana, Sofia, Lina, Dyannah, Najib, Syamim, Azim Telo, Lutfan, Amin, Firdaus, Aisomuddin, Ridzuan, Cikgu Ruzaimah dan Cikgu Fadzli]







Baru selang sehari, dah ada konvoi lagi. Hm, inilah namanya budak-budak nak menikmati cuti raya. Kalau boleh, setiap hari nak beraya dengan kengkawan lama. Dan citer-citer pasal kahwin. (What?? Again???! ~,~". Yeah, again)








Kali ni, Azim Telo yang amek aku kat rumah memandangkan dulu dia pernah tinggal kat taman berdekatan dengan taman aku. Jadi, besar kemungkinan, dia memang tahu jalan ke rumah aku macam mana. Betul tak Azim? Hehe. Terima kasih bro !








1st destination : Rumas Nasrullah




Kali ni, rumah Nas jadi tempat kitorang berkumpul. Kat rumah dia, main menu adalah roti canai. Yang pasti, aku tak makan pape pun kat sini sebab, hm, entahla. Terasa sebu lagi nak makan pagi-pagi. Jadi, aku hanya menjamah air je lah. Itu pun dah rasa macam full. Padahal tak sarapan pun. =P 
Adakah aku sedang ber'crash diet'? Homaiiigaddd ~ Tidak lerr.





Aku cuma rasa seronok tengok orang lain sedap makan. Bila tengok Si Pika makan roti canai dua keping, aku pulak terasa kenyangnya. Yeah, this is the power of bloated you'll got when you watch people eating with all their heart and stomach ! Haha.





Gegurls yang ada. 




2nd destination : Rumah Ilham










Hm. Si Ilham ni baru balik dari Mesir nun jauh di sana tuh. Budak medik. Biase lah kan. Welcome home bro ! Ah, btw, Ilham ni merupakan anak saudara sepupu aku coz mak dia adalah sepupu aku belah abah aku (aku dah tua lah ni ek? Huhu).





Oyeah. Kat rumah Ilham ni barulah aku nak makan. Mee rebus yang sedap ! Yumm ~ Tak caya? Tengok si Yana (my bestie) neyh. Siap makan tisu lagaknya. =P







Oh ya.
Tak sangka pulak adik Ilham ni pandai bagi soalan cepumas yang menggeletek perut untuk aku gelak. Bijak,,bijak ~ Kecik-kecik salu minum Dumex kot?




"Akak, akak suka Abang Ilham eh?"





Hoyeah. Korang tahu apa jawapan aku? Haha. Takpelah, biar aku dengan budak tu je yang tahu. Yang penting BUKAN "IYA" taw !




Kami gegurls yang sporting ~ agaga.



Kami boboys yang sportshoes ~ erkk??




3rd destination : Rumah Cikgu Ruzaimah (Cikgu Geografi time Form 3)




Yesza. Memandangkan rumah cikgu dengan rumah Ilham tadi dekat, jadi, singgah-singgah la kejap ke sini.


She is our teacher yang gojes. Ramai 'hero' dalam family nya yang kiuts belaka !




Klik untuk tumbesaran kalau nak tahu nama gadis2 di atas =)




Oh, kitorang beraya rumah cikgu ni, takde la lama mana. Nak cepat sikit sebab boys nak gi solat jumaat. Kang ade jugak yang tertinggal jemaah ni karang kalau lelambat.




Aku rasa terkedu dan sedih jek bila Yana terpaksa ikut Aiso balik after Aiso dapat message yang menyebabkan dia kena balik. Eh, jangan salah faham ye. Yana ikut Aiso sebab rumah dorang one-way jek. Lagipun, time datang tadi bersama. So, balik same-same lah jugak kan? =') Thanks korang sebab join jugak walaupun sekejap. [ Untuk Na--> Aku bosan taw time kau takde. Sedih jek rase. Huhu. Untuk Aiso--> Thanks bagi tumpang kereta. Selesa sangat ! Rasa nak naik lagi. Hehe]




Aiso dan Yana






Okayyy. Mood menulis dah expired. Korang pun mesti malas nak bace dah kan? Nah, tengok lah gambar dari kamera cikai aku ni sampai lebam. Sorry ye, gambar tak banyak menarik sebab only depend on one source which is MY camera. Gambar-gambar dari camera lain, dorang belum share-share lagi ngan aku. Perghh. Sadis =.=






4th destination : Rumah Farahin




Pika nampak kuih ajee... haha !




Di manakah aku? Hoho




Dodok nak pinjam kereta Dudek??





5th destination : Rumah Amira Rasyeeda







Ada mamat mengekor Syeeda sampai ke rumah 0,0



Dah selamat tidur !



Somebody has extra 'light' and 'nur' lah. Hehe





6th destination : Rumah Syamim




Mamat scary tadi nak merompak kuih raya lagi .. =.=




Amirul amin tengah serius berfikir ~ ahaks !




Oh, fenomena biasa lah ni. Hehe





7th destination : Rumah Amirah Hafizah





Aku pun tataw ape yang dorang skodeng sebenarnye.  =.=




Sofia dan henset memang tak dapat dipisahkan . =P




Miza si calon menantu !






8th destination : Rumah Cikgu Fazdli





Actually, she want to mention Justin Bieber la meyh.. haha




Stairway to heaven? ahaks !




He bought a new motorcyle ! Nak pinjam motor boleh cikgu?? Hehe




9th destination : Rumah Hamizah




Ha ! Ni yang den sodey neyh. Time ni, aku terpaksa balik rumah sebab makcik aku dari Kelantan nak datang. Pastu, dah alang-alang rumah Cikgu dekat ngan rumah aku, balik je lah. Kang kalau dah pegi umah Miza, pastu nak patah balik, kan lagi haru sikit.. Kesian drebo aku nanti. Ahaks !



Final destination : Home sweet home !



Okay. Sampai rumah, aku terus kena tolong mak siapkan apa yang patut. Oh, tak sangka pulak Mak Ilham a.k.a sepupu aku tu datang malam ni jugak. Busy betul aku tak cukup tangan. Haihhh ~ Sibuk dan haru macam ni membuatkan aku rasa macam tak nak lah kawen. Nanti lagi haru kepale aku. Dengan nak urus diri lagi, urus rumah, uruskan makan pakai suami, uruskan anak2.. (erk..anak-anak??? Hahaha !)





Penaja lah sangat kan =.=








Oh ya.
Aku nak mintak maaf lah kalau ada sesapa yang terkena gambar candid kat atas tu. Entry ni hanya untuk hiburan dan kenangan. Time bile lagi aku nak buli-buli korang kan? Nanti dah lama tak jumpa, korang jugak yang rindukan masterpiece aku ni semua... Haha ! Eh, tapi, kan korang memang dah tahu yang aku ni adalah paparazzi yang sangat tak bertauliah dalam kelas kan? Hehe. Sape suro tak nak berjaga-jaga. =P





Oh. Sorry jugak sebab lambat update ! Maaf ye. Stok gambar hanya sikitttt je aku ade. Takde sape yang sudi nak share gambar konvoi tu lagi ='(











From author :
Aku tak tahu, sejak bila aku dah makin malas nak update blog tapi sangat bersemangat buat comic speech bubbles kat gambar2 candid koleksi aku. Haishh. =.=
Eh, takde yang sudi nak jadi bibik untuk blog aku ni ke? Haha !




Konvoi Raya 2012 Bersama Ex-Classmates 2010





Bismillah , Assalamualaikum , Hye Peeps ! =)




Hari raya keempat. 
[special thanks to all the casts for today : Nasrullah, Syamim, Ridzuan, Fahmi, Luqman, Najib, Sofia, Aminah, Amirah, Mira Syeeda, Lina, Syafiqah, Zarin, Nadia, Ain, Hamizah, Fitry and Teacher Rasidah]





Tiada dalam gambar : Aku, Nadia, Fitry dan Teacher Rasidah





Wah, baru hari ni aku dapat nak beraya jumpa kengkawan lama. Seronok jugak jumpa dorang neyh. Masing-masing dah ada perubahan aku tengok. But still, yang maintain macam tu je pun masih ada. Tapi aku rase, semuanya dah makin cantik dan hensem lah ! ^^, . Teruja aku tengok dorang. Hoho







Pepagi lagi Nas dengan Syamim dah menjemput aku kat rumah. Siap keretanya masuk garaj rumah aku tu yang tak boleh blahh tu (terasa macam VVIP plak time tu. Haha). Nasib baiklah takde kereta abah kat situ. Boleh la ada tempat berteduh sekejap kan? Hehe. Untunglah sebab Nas dah kenal ngan 'twin sebelah katil' aku tuh. Jadi, tahu jugak lah dia nak ke rumah aku macam mana. Kan Nas ek?







Ok.
First destination : Rumah Lina. [ Terkedu sampai takde gambar yang sempat di snap]







Fine. Aku rasa, hari ni adalah 'The Worst Day' bagi aku time raya2 gini. Mana taknya, sampai-sampai jek rumah Lina, dua bijik gelas aku pecah kan. Tak ke haru tu???? Tu la, bawak beg lagi. Padan muke.






Gelas ooo gelas.. kenapalah kau ni fragile sangat ? Huhu








Aku rasa sangat sangat sangat amat sangat malu time tu. Rase nak menyorok bawah meja kuih-kuih tu jek. Tapi malangnya, meja tu dah takde space lagi sebab dah penuh dengan makanan-makanan. Seriau punya pasal, aku tak sentuh langsung makanan yang dah disediakan. Rela bermain mata jek dengan kuih Almond London yang Syida makan dengan asam jeruk yang tengah bertafakur kat bawah meja tuh. Berbijik-bijik dah air liur yang aku telan menahan nafsu. Terasa tawar. Sabo jek lah. =.=.








Tapi, bila si Datin Myza dah sampai dan dia pun minum air sikit, barulah aku gagahkan diri untuk amik sebiji gelas dan tuang air dalamnya. Aku pikir, itu air sarsi sebab hitam semacam jek. Kecur jugak tekak aku dari tadi. Bila dah minum seteguk, baru aku taw rupa-rupanya itu air kopi deyh. Tu la, kan aku dah kata, seriau punya pasal, sampai mulut aku pun dah terkunci nak tanya itu air apa. Huhu. Ouh, sebelum bergerak ke rumah seterusnya, barulah aku berani nak capai sebiji coklat untuk dikunyah. Nampak tak betapa insiden pecah gelas tu terus mematikan selera aku nak makan hatta bercakap sekalipun?









Second destination : Rumah Dudek (Najib)






Kat sini, sambil bersalaman dengan member yang dok menunggu kat situ dari tadi, Nadia tegur aku. Dia ingat aku tak join sebabnya aku langsung senyap tak bagi pape respon pun kat facebook, tetiba muncul jek kat situ. Hehe. Ada gaya macam hantu chipsmore tak? Kejap ada kejap takde =P






Gurls bila berjumpa. Banyak benda yang perlu diceritakan. Gosssssiipppp ~ 








Ouh. Aku tengok, Dudek mempunyai anak-anak sedara yang sangat comel. Yeah I'm serious. Tapi sayangnya, aku tak sempat pulak nak snap pictures budak-budak yang comel lagi kiut tuh. Mudah-mudah lain kali ada rezeki nak berjumpa dengan bebudak kecik tu lagi =)







Ce teka tuan rumah yang mana? Clue : Khusyuk makan tak pandang kamera. haha










Third destination : Rumah Fitry






Ain bersemangat nak beraya ^^.






Hello. Nama jek macam lelaki, tetapi member aku yang sorang ni perempuan okay. Makin menggalah *(Menggalah = meninggi) pulak aku tengok si Fitry neyh. Gaya tomboy dia pun, ada lah jugak sikit-sikit. Cuma aku rasa, lenggok dia berjalan dah ada improvement. Baru nampak gaya perempuan berjalan. Haha !






"Kami di rumah Fitry !!!" 





Statement yang tak boleh blahhh dari Fit kat kitorang time dia nak suro bebudak lelaki solat Zohor kat surau berdekatan.




"Eh, korang yang lelaki pergi la sembahyang kat masjid bapak aku tuh"





Ha, nampak permainannya di situ? Masjid bapak aku tuuuu. Dasat.






Yang gurl tu lah Fit. Yang lelain tu boboys lah. Haha







Fourth destination : Rumah Teacher Rasidah ( Cikgu Biology mase Form 5)









Menurut Sofia, rumah teacher ada open house dari pagi sampai malam. Eh, betul ke? Tapi, sampai-sampai jek depan rumah teacher, rumah dah gelap. Pintu pagar dah tutup. Eh, kata OPEN house, kenapa macam tak sudi nak ber'open' dengan kitorang jek?





Tinggg tongggg ! Kami datang nak merompak. Opppsssss ! haha. Kidding ~





Mula ingatkan Si Sofia dah tersalah maklumat. Punyalah call-call teacher takde jawapan. Akhirnya, bila teacher dah bagi respon, barulah kitorang dapat masuk dalam rumah teacher.





Yes. Tentang maklumat open house tu memang betul pun ada sebab masuk-masuk jek, bekas-bekas kosong isi makanan dah menyambut kedatangan kitorang. Cis ! makanan dah habis rupanya time tu. But jangan terlampau risau, makanan boleh dibikin lagi deyh.







Lelaki pun dah pandai bergosip taw ! Tapi, dorang gosip pasal Iron man, Spiderman, Power Rangers dan seangkatan =.=




Ada sorang je yang pandang kamera. Ha, itu lah Min ! Siti Aminah namanya=)





Akhirnya, setelah puas menunggu, dapat jugak kitorang menjamah Mee Kari kat rumah teacher. Ouh ya. Time ni, Luqman dan Fahmi je yang tak dapat nak join kitorang sampai habis konvoi sebab adalah problems dorang yang tak dapek den nak bitaw kat sini.






Our former biology teacher =)





Dah nama pun beraya rumah cikgu, adatlah kalau ditanya tentang perkembangan diri kan? Especially kitorang yang tengah bercuti raya dan hampir mendaftarkan untuk sambung degree neyh.








Final destination : Home sweet home.






Sampai rumah dah pukul 10.00 malam lebih. Letih dan seronok tu, still ada. Mengantuk tu, lagi lah banyak ! Hee, mengantuk-mengantuk pun sempat jugak aku online facebook kejap. Pantang betul. Ada jek kesempatan yang nak diambil kan?




Update facebook kejap. Haha







Oh ya.
Nasib baik abang aku takde time aku balik. Kalau abang aku ada, mampuih kena marah sebab ada lelaki yang hantar ke rumah eventhough ada member pompan yang lain. Si Nas ni ha yang hantar aku balik bersama sardin yang lain --> Syida, Myza,Pika ngan Ain. Haha (Maaf ye member sardin aku yang lelain. Ni lah gelaran yang paling sesuai untuk kita-kita yang berhimpit kat seat belakang tu. =P ).
Macam pagi tadi, garaj rumah aku tu memang khas untuk Nas parking kereta dia. Terasa bertuah pulak sebab ada yang sudi nak ambil dan hantar aku sampai depan pintu rumah. Haha ! Terima kasih Nas. Sayang kau ! *uuuu... kontroversi neyh








Hey, jangan salah sangka okay. Sayang sebagai seorang sahabat kepada sahabatnya kerana Allah. Tak salah kan? Member-member aku yang lain pun aku sayang beb. Even korang punnnnn aku sayang ! ^^, *ayat kasi cover line baik punyaaa. Haha





Baik punyaaaa !






Okay.
Dah sampai penghujung dah pun. Hope korang enjoy apa yang aku dah coretkan kat sini. Segala salah silap, terkasar bahasa sepanjang aku menulis entry ni atau sebelum-sebelum ni atau yang akan datang, aku mintak maaf eh? Aku hanyalah seorang manusia yang tak lari daripada membuat kesilapan.

















From author :

Seronok sangat bila ukhwah yang terjalin sesama sahabat dapat di'maintain'kan walau usia dah semakin meningkat. Orang kata, friendship tu hanya akan kekal dengan kawan Universiti jek. Tapi bagi aku, friendship aku adalah sejak aku lahir hinggalah akhir hayat aku. Semuanya sahabat abadan abada lillah (sahabat selama-lamanya kerana Allah). Terima kasih kawan sebab sudi bersahabat dengan aku yang serba serbi kekurangan ni =')








Abang Posmen Cuti, Decorate Blog SCU. Yay !




Bismillah , Assalamualaikum, Hye peeps. =)






[ Peringatan keras ! Tajuk di atas mungkin merapu untuk entry ini. Harap maklum. Hehe ]









Hey, Asu harap asu tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada SEMUAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA umat Islam di seluruh dunia ni especially :
  • Mak , abah, dan keluarga yang tercinta dan tercomels sekalian.
  • Cikgu-cikgu tadika, cikgu SK Tanjung Gading, cikgu SMKA Maahad Muar, pensyarah kat Matrix Melaka dan sesapa lah cikgu-cikgu yang secara tak sengaja mengajar diri ini.
  • Sahabat-sahabat realiti yang comel dan kiut 
  • Sahabat-sahabat maya, bloggers, facebookers, dan semuanyers lah =P
  • Ehem. Sudah semestinyalah insan yang paaaaaling istimewa dalam hati asu. Hahaha. *rahsia





Ok.
Cukup untuk into. 







Well, sebenarnya asu nak bagitaw yang asu baru je decorate blog SCU ni special sempena menyambut 1 Syawal. Namun, apakan daya, asu asek ada hal jek tak dapat nak siapkan betul-betul blog neyh. Tapi takpelah, yang penting, asu dah cuba untuk buat sedikit kelainan dalam blog ni. Akan datang, repairlah lagi. Hehe.






Tapi, mungkin pasni dah tak jarang repair kot sebab bila dah mula Tahun 1 nanti, asu dah tak boleh nak main-main dah. Boleh online sekali sekala jek. Huhu. Sedih. Tapi, asu bersedia berkorban demi cita-cita dan harapan mak abah serta keluarga. Oyeah !






(Apa komen korang tentang 'baju raya' SCU ni? Okay tak??? Kalau tak okay, cuba cakap yang mana slacknye)







Ha.
Lupakan yang itu dulu.








FYI, before Syawal sampai, asu dah prepare dah kad raya untuk bagi kengkawan bloggers. Tapi kan, yang sedihnya, asu terbeli lewat. Dua minggu before raya. 






Jadi, memang tak sempat lah nak kumpulkan alamat korang lagi, nak pos lagi. 







So, asu mintak maaf bebanyak bagi korang yang dah lama bagi alamat kat asu tapi kad tak sampai-sampai lagi. Bukan taknak bagi, tapi belum cukup kuota. Masih ada yang belum respon. Takkan la nak hantar satu-satu kan? Leceh la. Lagi pun, ingatkan nak hantar kelmarin, tapi Abam posmen tu dah balik kampung ah. So, terpaksa postpone lagi.






Tapi, insyaAllah, sebelum asu masuk belajar 3 sept nanti, asu akan poskan kat korang ye. Harapnya, korang redha je lah apa yang asu bagi tu. Hehe. Duit raya takde taw ! Harap makum =P








Eh, raya pertama dah lepas lah !
Seronok tak korang-korang dapat beraya tahun ni?








Alaaaa. Dah beso panjang ni, memang jangan haraplah nak dapat duit raya kan? Iskkk iskkk. Takde ke yang sudi nak sponsor duit RM20 yang baru tu bebanyak? Haha. 
(Ceh, berangan nak duit raya, padahal semua orang ingat kau tu dah kawen taw tak?? =.=)













From author :


Penyakit 'M' melanda sebenarnya neyh. Ni pun terpaksa rajinkan diri nak update padahal dalam otak dah sibuk cuak pikir persediaan nak masuk U nanti. Arghhhh ! Tekanan. Eh, apa perasaan korang raya tahun ni eh? Rasa macam bosan jek =.=




August 2012 Blog Giveaway. Simple Macam Makan ABC !




Bismillah , Assalamualaikum , Hye Peeps .. =)





Jom join GA neyh. Simple step as easy as ABC lah omputih kata. Hehe. (Okei fine. Intro simple hanya untuk membersihkan sikit sawang-sawang yang baru mula nak berkumpul bertompok-tompok dalam blog yang terabai neyh. Hoho)








Klik gambar ni untuk menyertai !







Syarat simple yang korang kena buat :



1. Like Fanpage beliau ---> Lin Handmade Greetings Card

2. Follow blog beliau -----> Lin Handmade Greetings Card

3. Taruk gambar banner (eh, itu banner eh? =P) dalam post dan link kan sekali ke entry giveaway tu ---> Link entry giveaway

4. Tinggalkan nama dan nama blog kat Mister Linky's Magical Widget yang ada kat bawah post entry beliau tuh.






Okei done !





Asu dah join. Korang bile lagi? Cepat-cepat taw. 31 Ogos 2012 nanti dah expired pulak ! 











From author :

Takde keje, cari keje. Takde tuah, cari tuah. Tak cukup duit beli hadiah, cari giveaway yang ada hadiah kiut . Haha. Hambekkk kau. Punya lah susah sekarang ni aku nak update blog. Rupanya ada orang hack lah pulak blog cikai cokai aku neyh. Hampeh =.=





2#Wordless Wednesday : Doa Elak Dirogol





Bismillah , Assalamualaikum , Selamat 1 Ogos semua ! =)




Kita dah makin ke penghujung zaman. Makin banyak maksiat dan kemusnahan berlaku. Makin hampir kita dengan kiamat. Semoga kita semua dah persiapkan diri masing-masing untuk menghadapi Hari Perhitungan itu nanti. InsyaAllah. Amin ~







Sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, asu nak kongsikan sebuah doa kepada korang semua. 















From author :

Asu lebih suka kalau orang yang baru pertama kali berjumpa/kenal dengan asu, dan mereka ingatkan asu ni dah kawen or tunang (memandangkan muka matang sangat dan pakai cincin) sebab bagi asu, biarlah diri asu ni tak dikacau oleh sesiapa pun yang bukan berhak. Ada paham? Hoho. Apa yang bestnya kalau muka comel-comel muda tapi asek kena usha dek lelaki yang tak bertamadun? Apa kata korang pulak?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved