TAHNIAH Pemenang SKR =)






Bismillah , Assalamualaikum , Hai semua ! =)









Pertama-tama sekali, aku nak mintak maaf sangat sangat sangat sebab dah lewat sangat mengumumkan keputusan segmen yang dianjurkan hari tu --> Segmen Kenalan Ramadhan. Korang maafkan lah ea? Bukan sengaja aku nak lambat-lambat tapi memang kat kolej yang aku tumpang ni, memang payah nak dapat line internet. Siyesly. Kalau korang nak lempang, lempanglah puas-puas pipi gebu ni >__< *terpaksa rela menadah pipi untuk dilempang* hukhuk





See? I've told you. 



Ok, cut the nonsense.
Sekarang tiba masanya untuk happy part. Yay !









Setelah sebulan memerhati dan menganalisa, ternyata, ada jugak yang tersangkut jadi top three referrals untuk segmen ni. Sebagai ganjaran, tiga orang pemenang ni akan dapat topup RM5 + sekeping kad raya seperti apa yang dijanjikan hari tu. TAHNIAH !! ^__^







Top 3 referrals yang memenangi topup dan kad raya. Wee ~





Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada :

1. Nabila Medan







Tidak lupa jugak kepada 7 orang bertuah yang bakal menerima kad raya yang dipilih berdasarkan Random.org . Tahniah you guys ! You're so lucky today. Rezeki bulan Ramadhan. Hoho.





1. Cicak Tersepit : http://cicaktersepit.blogspot.com/2013/07/segmen-kenalan-ramadhan-by-cik-ummi.html

2. Cik Fie : http://www.cikfie.com/2013/07/segmen-kenalan-ramadhan-by-cik-ummi.html

3. Miz Nabiela : http://ielaynna.blogspot.com/2013/07/segmen-kenalan-ramadhan-by-cik-ummi.html

4. Aizamia : http://aizamia3.blogspot.com/2013/07/segmen-kenalan-ramadhan-by-cik-ummi.html

5. Nur Fi' Qalbi : http://cahayakukasih.blogspot.com/2013/07/segmen-kenalan-ramadhan-by-cik-ummi.html

6. Sizziey Darliana : http://darlieyana.blogspot.com/2013/06/segmen-kenalan-ramadhan-by-cik-ummi.html

7. Izzah Hashim : http://luvizzda93.blogspot.com/2013/07/segmen-kenalan-ramadhan-by-cik-ummi.html





So, thats all. Random picks yang dibuatkan berdasarkan senarai nama ni.
Puas hati? Hihi. Maaflah, hadiah tak seberapa. Al-maklumlah, modal kecil-kecilan jek. Huhu. 
Tahniah sekali lagi kepada semua yang dah menang. Yang belum ada tuah, jangan kecewa, lain kali kalau ada modal lebih, aku buat lagi okay segmen yang simple macam ni? Just need your supports =) . Ha ! Terima kasih sangat sangat kepada semua yang sudi join segmen yang tak seberapa ni. Thanks. 









Akhir sekali, sebelum aku terlupa, peringatan untuk semua pemenang, sila berikan butir-butir berikut :

  • Nama penuh
  • Nombor telefon
  • Alamat rumah



kepada email Cik Ummi sendiri : sayaummi@hotmail.com atau wassapkan ke nombor 010-3805690 atau inbox saja FB aku okay : https://www.facebook.com/sayacikummi dengan kadar yang segera !

[Maklumat tambahan : Untuk tiga orang top referrals tu, sila mention telco apa yang korang guna okay? eg. Celcom, Digi, Maxis etc.]






Psssttt...
Untuk mereka yang belum direview lagi, sabar ea?
Siyesly aku tengah sibuk sangat dengan pelajaran aku yang tak stabil ni. Jadi, I have to cut down my times in blogging. Sorry you guys. Huhu







From author :

Bukan sengaja nak melengahkan pengumuman, tapi siyesly, memang bermasalah je nak connect internet. Lagipun sekarang tengah ada kelas tambahan kat UKM. Jadi, memang sibuk lah. Kalau dapat online facebook ke apa, itu pun melalui henset, guna data plan. Sekali lagi, aku mohon maaf tulus dari hati sekiranya ada yang tak puas hati okay?





Segmen Kenalan Ramadhan Sudah Rasmi Tamat






Bismillah , Assalamualaikum , Hai peeps! =)





Dengan ini, saya, Cik Ummi, merasmikan penutupan segmen pertama yang dah sebulan dijalankan... tapi maaf sangat sangat. Cik Ummi sekarang kat UKM and susah sikit nak dapat line internet kat sini.



Update ni pun pakai data plan kat phone. Terpaksa. Huhu. Hopefully korang tak marah. So, its time for me to choose the winner! yay.



wait and see na.




From author :
Adoyai..lecehnya update blog pakai phone. Tak puas nak menaip dan asek typo jek. Huhu. Tapi syukur alhamdulillah. At least ada la jugak phone.. Kan?

SKR Blog Review #2 : Shawal Dan Darlieyana






Bismillah , Assalamualaikum , Hye peeps ! =)





Entry kali ni, aku nak korang kenal dengan Shawal dan Darlieyana pulak. Hihi. Ramadhan baru jek nak masuk, dah datang Shawal. Ha, acano tu?? (Shawal, don't get mad okay? Joking joking je lorh. Hewhew)






Okay.
Daripada blog Shawal, aku sangat tertarik dengan posts yang berlabel Tips Kesihatan dan Info Keislaman kat bahagian sidebar kanan tu. Bila dah tertarik tu, mula lah aku nak godeh-godeh sikit apa yang ada dalam tu. Tetiba mata aku tertancap pada post ni :



1) Tips mengurangkan berat badan 


Haha. Nampak sangat bahawa aku sekarang ni tengah feeling-feeling unsecured sebab, taw je lah kan bulan Ramadhan ni. Kalau berbuka tu jek, aku tak makan banyak jenis, tapi tah la. Bila mak masak sedap sikit, mesti aku akan makan dua pinggan =.=. Sebab tu lah rasa tak selamat dengan berat badan sekarang ni dan tengah mencari-cari tips untuk kawal berat badan ni haa.. Kang tak pasal-pasal baju raya tahun ni koyak rabak. Haih.

Aku rasa point-point dalam entry Shawal yang ni memang banyak yang menjentik batang hidung aku sendiri. Hailaaa. Memang saka dalam perut kuat makan, nak buat macam mana. Hehe =P




2) Manfaat buat kurma


Nampaknya mata aku lebih senang memilih topik yang berkaitan dengan makanan sekarang ni. Nak buat macam mana, dugaan berpuasa kan? Hehe. So, korang kalau berbuka selalu makan buah kurma tak? Biasa lah kan, bulan-bulan Ramadhan ni, buah kurma dan kita-kita yang berpuasa ni memang takleh nak pisahkan. Tapi, yang aku sedikit hairan lah kan, bila bulan-bulan biasa, time bukak puasa sunat Isnin dan Khamis, takde pulak orang berebut nak bukak puasa dengan kurma. Macam tak biasa pulak. (Lebih ditujukan kepada diri sendiri sebenarnya =.=). Hm, kenape ek? Walaupape pun jawapan korang, meh la kita tengok apa yang Shawal dah kongsikan pasal buah kurma ni ok.


















Dan header yang cantik manis ni, kepunyaan Lia, the owner blog of her blog lah. Hehehe. Nice quote you got there Lia ^___^



Untuk blog Lia, aku pilih dua post ni :



1) Aku suri rumah


Bagi aku, post ni ada kait betul lah dengan aku. Sebabnya, dulu aku pun pernah gak jadi 'suri rumah' ni. Maklum lah, sementara tunggu nak cari kerja part-time time cuti matriks, aku jadi lah suri rumah sat. Alaaa, tak susah mana pun. Cuma part memasak lah yang aku rasa berat sebab aku memang tak suka memasak. I mean,, bukan tak suka, tapi mood masak memang jarang ada. Aku lebih suka tolong-tolong orang memasak jek. Dan kerja suri rumah yang aku paling suka buat adalah kemas rumah, basuh pinggan dan jemur kain. Haha. Kerja senang pun nak heboh. Pfffttt =P




2) What is your lucky number?


Ha, benda ni memang sangat interesting walaupun kita semua diingatkan supaya JANGAN percaya benda ni 100%. Well, tak salah kalau nak suka-suka tahu nombor yang bakal jadi kesukaan kita kan? Macam aku, dari dulu sampai sekarang, nombor favourite and kinda-lucky-number aku adalah nombor 5. Tak tahu kenapa, aku rasa nombor 5 sangat unik dan tunggal. Korang jangan jeles pulak yerr dengan nombor unik aku tu. Hehe. So, apa nombor bertuah korang?












I think thats all for now.
Got to go. Bye ! Selamat berkenalan dengan Shawal dan Lia ! =) Jangan nakal-nakal taw korang. Hewhew.






Psssttt, kalau masih ada yang nak cuba tuah untuk dapatkan kad raya, boleh la join segmen ni sebelum 22 Julai 2013. Ok? Ciao !



Klik banner ni laju-laju sebelum terlambat. Hewhew







From author :

Hm, makin lama makin cuak pulak nak tunggu raya masuk. Hee, seram ! >___< . Cuti kali ni memang tak aman langsung bila terpaksa memikirkan pasal study. Huhu



SKR Blog Review #1 : Maru Maru dan Yumida






Bismillah , Assalamualaikum , Hai semua ! =)





Okay.
Demi menepati apa yang aku dah bitaw aritu, aku akan review sikit blogger yang dah join Segmen Kenalan Ramadhan (SKR). Err,, takde lah review nak kritik sana sini. Just nak cari any post yang aku rasa macam menarik untuk dikongsikan bersama blogger yang lain.
Dan peserta yang bertuah hari ni adalah Maru-Maru dan Yumida ! Yay ~





Okay, header yang ohsem ! ^__^





Hm, untuk blog Maru-maru a.k.a Dijah, honestly aku tak tahu apa yang patut aku cari. I mean, link blog yang Dijah bagi sebagai penyertaan tu memang khusus untuk join GA or segmen. Jadinya, takde lah entry tentang penulisan Dijah sendiri yang dapat dikongsikan bersama korang. Cuma apa yang korang patut tahu, she likes runningman weyh ! Sape geng dengannya? Silalah marathon movie dengan dia nanti. Hoho =3.





Tapi, kalau korang berminat nak join any segmen which offer you kad raya, silalah jemput untuk join GA Kad Raya 2013 by Ejulz dan Giveaway Kad Raya Bersama akubahrain.com. Cepat cepat cepat sebelum terlambat ! Woot woot ~














Ha, untuk blog Yumida pulak, aku sangat tertarik untuk kongsikan 3 entry yang ni :






Ni lah kek belacannya. Nampak macam kek coklat moist kan?


Perghhh, sup gearbox ! Tetibe rindu dengan masakan sup tulang mak kat kampung. Makan roti kosong cecah sup tulang ni pun dah boleh buat aku terangkat sampai langit ke tujuh you know ! Yahahhaa. Terangkat sampai langit ketujuh tu sangatlah hiperbola. =P 
Tapi, aku terasa macam pelik sikit dengan kek belacan yang Yumida buat. Kek belacan??? Kek? Belacan? Kek Belacan??? Siyes takleh bayangkan rasanya macam mana sebab bila membayangkan kek belacan tu, aku mesti akan terbayangkan aku tengah makan kek coklat indulgence dan tetiba ada belacan dalam tu. Yurksss. Takleh bayangkan >___< . Tapi dia kata sedap. Tah, tataw lah. Cuba tanya Yumida sendiri.








Kaki sapa ni??


Aku selalu jek baca tips kenali orang melalui cara berjalan ni. Tapi, aku tak percaya sangat dengan kebenarannya sebab aku masih berpegang dengan kata-kata "don't judge a book by its cover". Haha. Walaupun aku tak percaya dengan tips ni, aku suka jek nak amek tahu benda-benda ni sebab suka-suka. Ye lah, fakta menarik yang berkaitan dengan diri, sapa tak suka baca kan sebab kononnya nak kenali diri sendiri dengan lebih mendalam? Even though benda tu tak betul pun. Hoho. So, kalau korang nak tahu apa makna di sebalik cara perempuan berjalan menunduk, toleh kiri kanan, jalan tak jejak tanah dan sebagainya, korang sangat dialukan untuk klik link "2. Kenali Wanita Melalui Cara Berjalan" ni.






3. Adab Ketika Berbuka Puasa




Perut sapa lah besar sangat nak melantak semua ni??? >__<


Haaa,, memandangkan hari ni merupakan hari pertama puasa, memang padan lah kalau aku kongsikan apa yang Yumida dah pernah post ni kat korang. Adab berbuka puasa. Puasa tu, puasa jugak. Tapi jangan membazir okay ! Membazir itu amalan.....? Syaitonnnnnirrajim . Hewhew











Okay. Tu je lah yang aku nak kongsikan dengan korang.
Kalau masih tak berpuas hati dengan perkongsian entry yang sikit ni, korang boleh la terjah sendiri blog Dijah danYumida. Pastu selongkar blog archive dorang tu. Haha.







Kalau korang nak rasa blog korang kena review macam Dijah dan Yumida, cepat-cepatlah join Segmen Kenalan Ramadhan ni sebelum 22 Julai 2013 ! Bukan sahaja aku akan cari post-post korang yang menarik, tapi korang berpeluang untuk dapat hadiah topap dan kad raya taw. So, c'mon join lah segmen yang simple dan senang ni.






Klik banner ni untuk join sebelum 22 Julai 2013 ^____^








From author :

Aku tak menjanjikan yang aku dapat review laju-laju segala post blog peserta segmen aku tapi insyaAllah. Aku akan usahakan. =) Seronok sebenarnya baca blog orang neyh. Hewhew



Segmen Blogwalking Ismiqbal 1-2-3






Bismillah , Assalamualaikum , Hai semua ! =)




Di kesempatan yang ada ni, aku nak ucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di dunia ni yang akan berpuasa mulai hari esok InsyaAllah. Dan aku nak buat special birthday wish untuk abang tiri lain mak lain ayah aku iaitu Ixbarr ! Haha. Nama lama. Nama birthday boy ni Iqbal sebenarnya. Sedap kan? Makna nama Iqbal dalam Islam adalah kejayaan, pujangga muslim, kemajuan. Haaa.. Betapa hebatnya makna disebalik nama tu kan?





Happy Birthday ! Baby ni dah abes kerjakan kek untuk Ix. Haha. 





So, Happy 26th Birthday Icchan ! ^___^.
Semoga panjang umur, murah rezeki, dipercepatkan jodoh, berjaya dunia akhirat, jadi anak dan hamba-Nya yang soleh and may Allah bless you always my dearest blogger friend ! Live your life to the fullest. InsyaAllah. Semoga persahabatan kita berkekalan sampai akhir hayat.





Sempena Birthday yang ke-26 dan sempena 1 Ramadhan, Ix ada buat segmen blogwalking. Dengan rela hatinya, aku join segmen dia. Yay ~






1. Follow Blog Saya dan Pasangan Blogwalking korang.
segmen blog, follower


2.Buat satu entry bertajuk "Segmen Blogwalking Ismiqbal 1-2-3'.


3. Isi Borang Penyertaan di bawah dan Siap! SELAMAT BERBLOGWALKING!



 Notakaki:
1- Senarai Peserta akan di update dari masa ke semasa.
2- Sepanjang Segmen ini berjalan akan ada Edisi Sub-Segmen 'Blog Review'
3- Blogger-blogger bertuah akan dihubungi melalui Email untuk Edisi Sub-Segmen Cabutan Bertuah!








Okay.
Aku dah join. Korang bile lagi? =)






From author :

Heheheheee.. ix dah cecah 26 tahun. Aku baru terkedek-kedek masuk 20 tahun. Tapi takpe arhh. Umur tu just a number. Yang penting, pengalaman hidup tu ha. Betul dak?





Senarai Peserta Segmen Kenalan Ramadhan By Cik Ummi






Bismillah , Assalamualaikum , Hai semua ! =)








Alhamdulillah. Akhirnya, Ramadhan al-Mubarak yang dinantikan telah muncul jua. *Ahlan wasahlan ya Ramadhan (selamat datang ya Ramadhan). Tak lupa jugak, alhamdulillah, final exam untuk Tahun 1 dah selamat lepas. Lulus tak lulus tu tolak ke tepi dulu. Asalkan aku dah berusaha, apapun keputusan, aku terima dengan hati yang terbuka. Sobsss sobsss..







Okaylah.
Aku nak perkenalkan semua peserta yang telah join segmen aku ni. Dorang sangat sporting and *uhibbukum (saya sayang awak semua) ya bloggers ! 








1. Maru Maru 
2. Yumida Huda 
3. Shawal 
4. Sizziey Darliana
5. Megat Fareto Asnami
6. Zeera Rahman
7. Maisarah Aisya
8. Lienliendot
9. Aizamia 
10. Ejulz
11. Adhie Sunan
12. Cik Fie
13. Milo
14. Syuhada Salleh
15. Izzah Hashim
16. Unapopskit
17. Nisha
18. Nabila Medan
19. Anak Pakcik Azhar
20. Pok Cik
21. Iqbal
22. Miz Dayah
23. Shah Miea
24. Miz Nabiela
25. Cik Miela
26. Banu Syah
27. Ismi Nur Fi' Qalbi





Wow.
Interesting.
Nampaknya penjelajahan blog yang ohsem ni semua kena start sekarang ! Tak sabar nak baca post-post korang tu. Mesti best ! Dan kalau best dan mantoppp giler, memang aku sumbat korang kat bloglist aku. Maka, bersedialah untuk diterjah. Yarghhh ^____^










Okay, untuk pembakar semangat korang untuk jadi top referrals, here is the current top rank :













Wah wah wah.
Nampaknya Nabila Medan mendahului senarai ! Bagus bagus ^____^
Tapi, rank yang ni tak tetap okay.
Boleh je berubah di saat-saat akhir nanti. Sape tahu kan? Hehe. Teruskan usaha anda. Anda mampu mengubahnya. Ececehhhhh







Okay.
Kalau masih ada yang berminat nak join, klik je banner di bawah ni okay? =)
Penyertaan hanya diambil kira jika korang komen kat post entry segmen ni. Link kat post entry sini dan yang lain-lain tak diterima. Hm, tak paham? Klik ja kat banner bawah ni dan baca lah terma dan syarat kat situ. You all are welcome to join ! Woot woot ~







Klik banner ni cepat cepat untuk join BEFORE 22 Julai 2013 ! 









From author :

Hopefully, the first 3 days for this year Ramadhan, aku tak terrrmakan something such as candies gara-gara terlupa bahawa aku tengah berpuasa Ramadhan seperti tahun-tahun yang lepas. =____=. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved