Kenapa Perempuan Tak Nak Memasak?






Bismillah , Assalamualaikum , Hai semua ! =)




Aku tahu aku ni seorang perempuan dan seorang perempuan memang sinonim dengan dapur dan memasak. Betul kan? Tapi kalau perempuan macam aku lah, memang kena letak jawatan perempuan tu awal-awal sebab tak pandai masak. Hm, kalau tak pandai masak ni, takde orang nak pinang ke? Tapi, bukankah memasak itu boleh belajar? 




Dia reti masak. Jeles aku. >__<



Dulu, sebelum aku masuk asrama (Form 2), aku sangat rajin tengok mak masak. Dan masakan pertama yang aku belajar dari mak adalah masak tomyam campur. Oh, masa tu aku baru Form 1. Tapi, sejak masuk asrama time Form 2 tu, aku dah mula berjauhan dengan dapur dan segala peralatan dapur. Mane taknya, kat asrama, makcik kantin/dewan makan lah yang jadi tukang masak untuk kitorang. Eh, korang ingat duk asrama ni boleh main masak-masak sesuka hati ke? Kalau masak megi guna baldi, boleh ar. Tapi salunya budak lelaki je yang akan buat macam tu. Girls takdenye nak makan dalam baldi. We all kan pembersih... Haha 








Bila dah lepas SPM, aku masih sama keadaannya seperti masa duduk kat asrama. Tak suka memasak. Tapi, kalau setakat tolong-tolong sediakan bahan masakan tu, boleh la. Walaupun cuti SPM agak panjang, aku saje cari kerja semata-mata nak elak daripada kena paksa belajar memasak. Bila mak suruh ke dapur, masak untuk dorang, memang berbakul-bakul alasan aku bagi taknak masak punya pasal. Last-last, mak jugak yang akan jadi tukang masak dan aku hanya jadi assistant jek. Haha. Tidak berguna betul anak dara sorang neyh >__<





Kalau boleh menangis time mak paksa masak, memang aku akan nangis. Hehe






Itu dekat rumah. Mak paksa, aku boleh elak lagi.
Tapi tetiba pulak hari ni aku kena paksa masak oleh housemates aku. Teringin nak merasa air tangan aku kata mereka. pfffttt. 








Aku dah cuba dah nak mengelak taknak masak. Macam-macam alasan yang aku bagi untuk dikecualikan daripada kena masak untuk dorang. Tapi tak boleh ar. Nanti Si Tira tu bebel macam-macam kat aku dan merajuk. So, daripada aku pujuk Tira, lebih baik aku tawakal je lah pi berperang dalam dapur tu. =P. Dan sebelum memulakan operasi memasak, awal-awal lagi aku dah warning dorang : JANGAN MASUK DAPUR ! .






Untung ah aku tak taruk benda ni kat dapur tadi. hewhew





Haha. Bukan ape, aku memang jenis tak selesa kalau orang masuk dapur time aku nak masak atau buat kerja-kerja dapur. Tapi kalau dah terdesak nak mintak tolong, barulah aku akan panggil orang untuk masuk dapur tu dan tolong aku. So, selagi aku mampu buat sendiri, aku akan buat lah ikut suka hati aku. Dah ragu-ragu atau tak tahu, barulah aku bertanya dorang.








So, setelah berhempas-pulas aku cuba untuk masak ikut sesuka-suki hati aku, maka jadilah Telur Dadar Sosej dan Sambal Ikan Kembung resepi aku. Hahaha. Baru puas hati aku ! Tapi aku akui lah, banyak je kesilapan-kesilapan yang aku buat time masak tadi. Paling ketara, sambal ikan kembung aku tu berminyak macam baru lepas buat extraction jerawat >____< . Aku sendiri takut nak makan. Haha. Sorry ah. Masakan aku yang pertama untuk member-member ni tak menarik pun. Uhuks.





Yeah. This is my telur dadar sosej. ^__^

My sambal ikan kembung yang berminyak >__< Huhu






Dorang cakap, masakan aku ni okay jek. Sedap. *Lega sikit hati walaupun ada keraguan disitu ye*
Pandai ah dorang nak pancing aku supaya aku dapat merajinkan diri lagi untuk masak lepas ni. Haha.






Kata Tira : "Ummi ni bukannye tak pandai masak, tapi takut nak masak sebenarnya."
Kata Yana : "Kenalah praktis masak lepas ni. Kate nak kawen?"
Kata Zue : "Haihhh... Ummi dah lepas. Lepas ni Zue lah pulak yang kena masak ea?"








Itu kata dorang, kata aku?
Huhu, selama ni aku dah banyak kali beri alasan taknak memasak. Ini semua sebab perkara-perkara ni lah. Mungkin korang pun berkongsi alasan yang sama dengan aku ni atau korang ada sebab yang lain? Hewhew






1. Aku takut terkena minyak panas. Dulu minyak panas hampir-hampir masuk mata. Nasib baik just terpercik ke muka je.


2. Mungkin aku takut masak tak sedap and orang lain takmo makan atau dorang komen itu ini.


3. Malas nak cungkil bakat yang terpendam ni. Muehehehhehehe


4. Takut nak mencuba sesuatu yang baru. I mean, I really cannot do something that goes beyond the normal. Jenis aku, kalau ada resepi dan bahan-bahan cukup, barulah aku berani nak buat. Tapi kalau serba-serbi tak cukup, maka aku pun serba-serbi menggelabah la sebab takut nak buat justification, sebab risau kalau apa yang aku nak buat tu tak menjadi.


5. Dulu kat rumah, kalau aku silap sikit masak, mak mesti akan bebel itu ini. Sebab tu lah sampai sekarang aku trauma bila disuruh untuk masak.










I know, I should learn to cook from now on and learn from my mistakes. 
So, bila aku terasa macam malas atau kena paksa untuk memasak, satu je kata-kata yang boleh membuatkan aku cekalkan jugak hati ni untuk ke dapur walaupun dalam keadaan paksa rela :
"Kata nak kawen awal? Macam mana nak bagi suami dan anak-anak makan kalau tak pandai memasak ni??"





Seronok je tengok dorang makan bersama. Takpe, suatu hari nanti, akan berlaku jugak. Bukan setakat dua anak, kembar 5 kau ! Haha







Tapi kan, seronok betul bila dapat housemates yang supportive macam member-member aku ni. Siyesly aku hargai sangat. Bila aku takut-takut dan tak yakin untuk buat sesuatu, dorang sentiasa bagi kata-kata semangat untuk aku. Bila bab-bab makan ni kan, aku rasa sangat beruntung bila Tira ada sebab dia pandai masak. So, dia boleh tolong jadi tukang rasa dan bagi komen kalau ada pape yang kurang dalam masakan. 

Aku rasa sangat beruntung bila Yana ada sebab dia tak putus-putus bagi semangat dan keyakinan kat aku untuk teruskan mencuba memasak. Kate Yana, "Kalau Ummi masak sedap ke, tak sedap ke, kitorang makan je." dan "Dalam bab masak ni, kenalah berani terima kritikan, barulah kita boleh improve".  

Aku rasa sangat beruntung bila Zue ada sebab Zue jenis tak banyak komen pun. Malah, dia memang akan makan je apa yang ada. So, bagus betul kalau ada Zue. Dia lah yang tukang perabiskan makanan yang kitorang masak. Hahaha. [Zue, aku tak sangka kau ni sangat bermanfaat. Haha]









Okay, sekarang aku dah reveal my cooking experience in college and some reasons that girl like me akan kemukakan bila ditanya tentang kemahiran memasak. Korang ada pape nak tambah atau tak puas hati?











From author :

Yeah,, ada jugak pengalaman baru sebelum aku habiskan Tahun Satu ni. Tenkiuu my lovely housemates for being so supportive ! Love youuuu.
Oh ya. Korang ada pape cadangan masakan yang best tak so that I can cook for my dearest housemates and hubby next time? 

17 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

Fatin Nur Liyana said...

Ummi Kalsum,, lain kali masak la tomyam campur tu utk kitorg..hehehe

Cik Ummi said...

@Fatin Nur Liyana

hahahahahhaha
tengok ah nanti camne =P

aizamia3 said...

Carik je suami yang pandai masak.. macam akak.. wakakaka..

Cik Ummi said...

@aizamia3

haha.. susah ar kak, lelaki sekarang kuat memilih.. >__<

syuk shusuke said...

orang kate kalau nak puaskan hati sesiapa bermula dari makanan. :)

done follow.
follow back ya.
blackisswhite.blogspot.com

tenku butang said...

hihihi.. macam teman dulu jea.. kui3..

nuha ahmad said...

takpelah umi mana ada orang masak terus pandai and sedap. slow slow lah belajar tau :)

Cik Ummi said...

@nuha ahmad

tu lah... pasni mmg kena duk dapur la kejenya.. hoho :P

MUHAMMAD IQBAL Abdullah said...

nanti minta bakal suami cari tukang masak / pembantu rumah sebagai hantaran la......

ix duk umah bujang selalu gak masak....hampir setiap hari masak air panas....

aizamia3 said...

moga-moga Ummi ditemukan dengan lelaki yang pandai masak.. ;)

Cik Ummi said...

@MUHAMMAD IQBAL Abdullah

hahaha.. baru nak tabik springgg..rupenye masak air panas jek setiap hari :P
hewhew

Razfira said...

bile duduk jauh dgn mak, kena la masak. hehehe

Cik Ummi said...

@Razfira

hehehe.. taw xpe..lgpn da besar da,da nak kawen da pun.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved