Alien Turun Ke Bumi






Bismillah , Assalamualaikum , Hai semua ! =) 
Before that, let's click [HERE] for donation. Thanks






Hari tu, aku rasa sangat sangat tertekan. Assignment berlambak, study pun tak habis lagi, datang pulak bala dari mane tah ada orang misteri kacau aku kat phone. Siyes rimas dan tertekan. Aku, kalau stress, suka berjalan-jalan amek angin kat luar rumah.







Masa aku stress sangat tu, aku buat keputusan nak jalan-jalan keliling taman sekejap, amek udara segar walaupun aku tahu, waktu tu hari dah malam. Dah pukul 12 malam dah pun. Haih,, takut? Mesti la cuak jugak, kot kot terserempak dengan kuih bungkus (pocong) tu ke, mane aku nak cabut lari? Tapi nak buat macam mana, stress aku melebihi daripada ketakutan aku. So, aku pun keluar rumah.








Sementara member-member serumah tengah seronok terbungkang melayari mimpi masing-masing, aku pun keluar rumah senyap-senyap macam pencuri keluar rumah. Maka, berjalanlah aku sorang-sorang di bawah cahaya matahari rembulan yang samar-samar . Suasana keliling sangat sunyi sepi. Hanya lampu tepi-tepi jalan sahaja yang menemani aku malam tu. Ditambah pula dengan beberapa lampu jalan yang hanya tahu berkelip-kelip, lagilah suasana malam tu sangat menyeramkan. Tapi, kau tahu je lah aku ni. Muka dah brutal, hati pun kena lah kental jugak beb. 






Uuuu.. seramnya kena jalan sorang-sorang tengah malam neyh.. >__<





Tengah syok-syok melayan fikiran aku yang dah terbang ke sana-sini melepaskan stress di kepala otak, tetiba ada satu cahaya melintasi kepala aku. Sangat laju cahaya tu. Sekelip mata memandang. Beberapa saat kemudian, ada kedengaran bunyi letupan di hujung taman. Oh, mungkin bunyi tu datang dari benda yang melintasi kepala aku tadi kot, aku berfikir dalam hati. So, tanpa buang masa, aku pun lari ke arah bunyi tu tadi. Time tu, segala benda aku dah tak terfikir dah. Hantu ke hape, lantak dorang lah nak hidup. Dalam otak aku time tu, aku berharap sangat kot-kot benda tadi adalah UFO yang jatuh dari langit. Nanti boleh jugak aku jadi pemes bila aku bergambar dengan alien tu dan post kat facebook ataupun blog. Nanti satu dunia akan kenal aku dengan tittle "Budak Comel Bergambar Mesra Dengan Alien Planet Marikh". Haha. Materialistik otak aku berfikir. =P








Sampai kat tempat kejadian, aku tak nampak ape pun. Macam magic je. Semua benda hilang. I mean, sisa kebakaran pun takde apatah lagi UFO setongkol. Time tu memang dah frust giler lah. Terfikir nak berpatah balik ke rumah. Baru je nak melangkah balik, aku terdengar suara orang tua menangis. Eh, tapi sesaat lepas tu dengar macam suara budak pulak. Haihhh, aku pun konpius. Tapi bila dengar suara tangisan tu, siyes aku cuak. Meremang terpacak 90 darjah segala bulu yang ada kat badan.





Lintasan cahaya yang aku nampak tu. 




Aku terfikir nak lari, tapi kaki aku seolah-olah kena gam kat situ. Nak buat macam mana, aku pun pandanglah ke kanan tepi jalan tu which dari arah suara tu kedengaran. Masa tu, aku terasa macam nak mati jek. Terkejut punya pasal.









Aku nampak sebijik benda yang aku pun tataw nak kategorikan dia sebagai manusia, binatang mahupun hantu. So, aku datang dekat kat benda tu. Sambil bergerak ke arah benda tu, hati aku tak sudah-sudah baca ayat-ayat al-Quran yang jadi hafalan aku. Tonggang terbalik ayat tu pun aku tak sedar. Time tengah cuak, mane fikir dah makhraj tajwid semua tu weyh ! >__< . 









Bila dah sampai kat depan makhluk tu, aku pun mencangkung depan dia. Nak tengok muka sedih dia. Masa tu, segala takut aku dah hilang, simpati pulak yang mengganti. Kesian giler tengok benda tu menangis bersungguh-sungguh. Aku rasa, makhluk tu dapat rasa kehadiran aku. Lambat-lambat dia mengangkat mukanya ke arah aku. Dalam hati, aku rasa nak tergelak macam nak putus urat kentut. Hodohnyaaaaaaa !!! Tapi perkataan tu hanya tersimpan kemas dalam hati aku. Jangan sampai terkeluar. Mampus aku nanti kena bunuh dengan menatang tu, sia-sia jek hidup. Dah la aku tak kawen lagi ni. 





Kalau menatang ni kat depan korang. Takut tak? Haha





Dalam beberapa moment tu, aku nampak ada kesan merah kat pipi menatang tu macam bekas kena pelempang mungkin? Oh ya. Aku rasa, menatang tu adalah alien. Sebabnya, kepala dia sangat besar sedangkan badan dia keding jek. Mata dia pun bulat besar. Dengan segala kekuatan yang masih berbaki, aku pun tegur benda tu.







Aku : Ehem. Assalamu... eh, silap. Hai, nama saya Mie, awak kenapa menangis tengah malam buta ni?



Alien : Srooottt srotttt... hai, saya Ally.. Saya tengah sedih sangat ni =(



Aku : (Terasa nak gelak terbahak-bahak time tu jugak sebab kelakar seyh suara Ally. Dasar alien! Hahahaha. Tapi semua tu aku tahan jek dulu demi menjaga hati alien depan aku ni) Er,, saya tahulah awak tengah sedih. Ada ke orang tengah marah, menangis melalak macam ni. Hadeyhhh.. Awak kenape? Apa dah jadi? Kenapa pipi awak merah??




Alien : Wuwuwuwu.. Itu lah saya sedih sangat ni. Ada orang bagi saya pelempang !





Aku : Err,, sape yang berani lempang-lempang awak tu? Ce citer sikit. Kenape dia lempang awak?





Alien : Sebenarnya citer dia macam ni. Petang tadi, saya tengah ronda-ronda keliling bumi naik UFO bapak saya bagi ni. Pastu, tak semena-mena, saya ternampak macam ada spesis saya kat sini. Spesis kepala besar berbonggol tapi badan kecik. Mata dia pun besar. Saya hepi giler lah sebab bukan senang nak jumpa keturunan alien hidup bahagia kat bumi ni, kalau ada pun, mesti yang dah jadik pameran kat muzium-muzium tu. Saya pun mendarat depan makhluk tu dan keluar UFO, terus saya peluk dia sambil berkata "Oh, saudaraku ! Lama tak jumpa!"


Ally ingat, ini saudara spesisnya. Haha =3



Aku : Err,, lepas tu? Benda tu buat apa kat awak?





Alien : Dia terus jerit "Tolong !!!!!!!! Ada alien peluk saya!!!!!!" dan terus dia lempang saya laju-laju. Dengan berat badan yang tak seberapa ni, ditakdirkan saya pun terpelanting jauh hasil daripada penampar benda tadi. Lepas benda tu dah jerit-jerit macam tu, saya pun cabut lari lah. Takut kantoi dengan makhluk bumi, habis mati saya nanti. Hm, tapi sedih betul lah bila saudara sendiri tak kenal sesama saudara. Warghhhh,,, sedihnyaaaa !!




Aku : Erk.. macam tu pun ada ea? Hehe, rilex la Ally.. Kalau awak nak tahu, banyak je makhluk bumi yang seakan-akan spesis awak tu. Banyak giler sampai tak terkira dah. Ini semua gara-gara fesyen tudung yang di promosikan kat media massa tu lah. Habis semua orang nak buat trend kepala besar macam awak tu.





Alien : Laaahhh, iya ke? Jadi, apa yang saya nampak tu bukan saudara saya lah?





Aku : Yup... bukan.. Itu hanyalah manusia-manusia yang dah lama kempunan nak merasa jadi sebahagian daripada spesis awak. Ye lah, nak singgah planet awak kat Marikh tu, tak mampu. So, mereka cipta la sesuatu yang dapat menyamai keturunan awak. Hm, walaupape pun, awak jangan sedih-sedih lagi ea Ally? Senyum sikit =)


Iya Ally... Ini bkan saudara awk. Tp saudara kami yg nak jadi macam awk  =(


Alien : Hehe. Kalau macam tu, lepas ni kalau saya ternampak lagi yang serupa macam saya tu, maknanya itu makhluk bumi yang cuba nak tiru gaya spesis saya lah ea? Okay okay. Saya faham. Terima kasih Mie. Awak banyak membantu. =)



Aku : Sama-sama kasih !.. Eh, jom bergambar berdua guna phone saya ni.




Alien : Untuk apa?




Aku : Tadi saya dah niat, kalau terjumpa alien, saya nak amek gambar dengan alien tu dan post kat facebook dan blog. Biar saya pemes satu dunia. Awak tolong saya ea? Hehehehe




Alien : Oraittt bebeh ! 




We're friends from that moment






Lepas daripada kejadian, memang terus aku jadi pemes. Satu dunia kenal aku. Rata-rata orang panggil aku untuk interview berkenaan perjumpaan aku dengan alien dan gambar yang aku amek tu. Hewhew. 









Okay. 
Tamat cerita ! Hahahaha.
Maaf lah korang ye, cerita di atas tu takde kaitan pun dengan yang hidup mahupun yang dah mati apatah lagi alien planet Marikh. Itu semua hanyalah rekaan kiasan yang ditujukan kepada fesyen-fesyen tudung sekarang ni yang dah makin melampaui batas dan melanggar makna tudung yang sebenar. Tapi kalau ada yang terasa hati, aku mintak maaf sangat ea. Aku takkan cakap pasal ni kalau isu berkaitan dengan fesyen ni tak wujud. So, siapakah yang harus dipersalahkan? Aku atau pereka fesyen atau si pemakai? Huhu








Ok lah, pesanan daripada penaja, janganlah kita meniru fesyen zaman sekarang yang tah pape ni. Daripada dok sakan berfesyen tapi lupa nak tutup aurat yang sebenar, tak guna jugak. Dah, pi campak tudung-tudung yang tah pape tu dalam tong sampah. Kalau sayang sangat, dermakan lah kepada alien-alien planet Marikh. Konpem laku. Haha.




When Darwin's theory has become a modern theory. >__<



From author :

Perghh,, kalau berimaginasi memang lah berani itu ini. Cuba kalau terjadi betul-betul. Mau aku terkucil kat situ jugak. Hadeyhhh. 





11 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

aizamia3 said...

Tak rimas ke dorang pakai cenggitu.. kesian jadi mangsa fesyen.. .

psstt: kalau betul.. confirm boleh buat duit kan.. dasar materialistik.. hehehe..

Cik Ummi said...

@aizamia3

haaa, kan??
lagipun, tak rasa mcm mendedahkan leher ke? =.=

hehehe,, sekali sekala materialistik lah kak =P

sha (chirp chirp) said...

kelakar gak cite ni. evolution tudung. semoga mereka diberikan hidayah. insyaALLAH :)

sha (chirp chirp) said...

btw, singgah sambil follow sini! :) #239

Cik Ummi said...

@sha (chirp chirp)

amin amin ya rabbal'alamin ~
mudah2an macam tu la sha.. :)

p/s: tenkiuu singgah sini. I'll visit you back

king said...

nice analogi..
tudung sekarang bnyk xtutop aurat..manusia2..

Cik Ummi said...

@king

kan??
mereka lebih pentingkan fesyen daripada aurat itu sendiri.. huhu

MarliaMarble said...

amboi..dia punya cerita..mcm real je! hahaha =D

Cik Ummi said...

@MarliaMarble

haha.. gaye bercerita mesti ade =P

Shawn Razaleigh said...

cis semangat gua baca tahu?


hahaha. bagus. sambil jenaka sambil berdakwah sedikit

Cik Ummi said...

@Shawn Razaleigh

hahaha..kau memang salu bersemangat ! =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved