Bertemu Sahabat Lama Di BOOM !






Bismillah , Assalamualaikum , Hai semua ! =)





Lepas kelas Insaniah pagi tadi, aku dan Zue ikut serta pergi ceramah BOOM (Blooming Out Of Mediocricity) kat USM, Pulau Pinang. Ceramah yang disampaikan oleh Dr. Danial Zainal Abidin






BOOM by Dr. Danial Zainal Abidin :)








Kitorang sampai agak lewat sikit lah daripada waktu ceramah bermula. Masalah teknikal sikit. Huhu. Masa dah tiba kat area USM tu, kepala aku tetiba teringat seseorang. Dia ! Ya, dia kat USM ! Terus berbunga hati aku bila teringat bahawa dia tengah belajar kat USM. Dah lama kitorang tak berkesempatan nak jumpa walaupun belajar dalam negeri yang sama =.=.












Hehe. 
Dia tu adalah my bestfriend and we've known each other since kindergarten. Well, setibanya kat USM tu, aku terus mesej Byl (I used to call her with that name). Aku fikir dia memang dah dok dalam dewan tu, rupa-rupanya Byl baru tahu pasal ceramah tu pagi tadi. Kesian dia. Tapi, bila dah bagitahu yang aku datang dengar ceramah Dr. Danial, dia pun bersetuju nak join ceramah tu jugak dan kami masing-masing berharap semoga ada rezeki untuk berjumpa.















Alhamdulillah.
Jodoh pertemuan kami, setelah tak jumpa sejak habis matriks hampir setahun yang lepas, kami berjumpa balik di sebuah majlis ilmu yang diberkati Allah, InsyaAllah.










Cik Ummi dan sahabatnya, Nabilah. =)










Dan ada hikmahnya lah jugak seat depan aku tadi kosong, takde orang. Jadi, aku pun amek lah kesempatan tu, offer sahabat aku untuk duduk kat situ. Alhamdulillah. Sedikit sebanyak, kami berkesempatan jugak dengar ceramah BOOM tu sama-sama.














Jauh di lubuk hati, aku rasa sangat tenang jek bila tengok penampilan baru sahabat lama aku ni. Rasa terharu dengan kesungguhannya untuk menjadi seorang muslimah sejati. Teringat kat diri aku yang serba hina ni... MasyaAllah. Bila lah aku akan dapat peluang untuk buat U-turn tu semula ? Hmmm.. insyaAllah, sedikit demi sedikit akan aku cuba usahakan yang terbaik.



















Bila ceramah dah habis, aku sempat lah jugak perkenalkan Byl kat beberapa orang teman aku terutamanya kat Zue. Tetiba pulak rasa berat hati nak tamatkan pertemuan aku dan Byl kat sini. Sekejapnya lah haii dapat jumpa Byl. Aku rasa macam nak culik Byl bawak balik kolej jek =P . Haha. Betapa rindunya aku kat dia.
















Tapi, dalam banyak-banyak benda, aku bersyukur sangat sahabat lama aku tu masih lagi Byl yang aku kenal. Tak sedikit pun perangai dia berubah bila dengan aku. Terima kasih Byl sebab tumbuk aku tadi ! Haha. Dan paling penting, setelah hampir berputus asa untuk bergambar berdua dengan Dr. Danial, rezeki itu datang jua. 



















Cik Ummi, Dr. Danial Zainal Abidin dan isterinya serta Byl ! ^_^












See ! Akhirnya dapat jugak kami berdua tangkap gambar bersama Dr. Danial sekali dengan isterinya. Bonus you know. Hehe. Tapi, aku nak mintak maaf sangat kat teman-teman terutamanya Zue yang menunggu aku kat van time nak balik tadi. Sorry korang sebab terlambat sikit naik van ! Masalah teknikal lagi =P














Oh ya, you know what...,








"Untuk mencapai kecemerlangan yang hakiki, mestilah kena ada ilmu. Jadi, kita kenalah berazam untuk menguasai ilmu agama tanpa mengabaikan ilmu akademik.-Dr.Danial Zainal Abidin"




dan




"Ilmu agama adalah pintu gerbang bagi segala-galanya tetapi ilmu bukanlah segala-galanya.-Dr.Danial Zainal Abidin"












Ada paham?















From author :

Jodoh pertemuan itu di tangan Allah dan insyaAllah, sahabat yang baik itu boleh dijumpai di majlis-majlis ilmu dan rumah-rumah Allah. Betul tak ? =) 



4 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

Unknown said...

bestnya dapat jumpa kawan lama balik .. bytheway dua2 comeii . hihi..done follow u kak .. follow me back yer :)http://ayundaibtisam.blogspot.com/

Cik Ummi said...

@IBTISAM HASHIM

yup.. sangat best
thanks syam for coming here =)

Anonymous said...

Hello to every one, the contents existing at this web page
are really amazing for people experience, well, keep up the nice work fellows.


my homepage rap

Sheila Salim said...

Assalamualaikum dik. sukanya kalau dapat join ceramah camni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved