Apesal Bagi Resit Kosong Ni ??!






Bismillah , Assalamualaikum , Hai semua ! =)



This is not the shop that I meant







Bila beli barang kat kedai, selalunya akan diberi resit kan? Kalau tak bagi pun, bila mintak nanti dia akan bagi jugak kan?








Tapi lain pulak dengan satu kedai ni. Pelik bin sengal pun ada. Heee,, tokey tak ajar ke? >_< Atau budak tu yang malas nak buat kerja or tak pandai buat kerja ? 










Aku tolong belikan barang untuk group aku nak buat charity sale. So, bila dah kate group, dan aku pulak bendahari, mestilah resit adalah penting sebagai bukti pembelian. Nak mengelakkan berlakunya money shortage. Kalau duit aku sendiri, takpe boleh kira halal. Tapi ni duit group, so aku tak berani lah nak pegang duit-duit orang tu sambil lewa.










Jadi, lepas beli barang, aku pun mintak resit memandangkan aku perhatikan yang kedai ni tak provide resit untuk customers. 









Aku : Dik, nanti nak resit ea?



Cashier : Nak resit untuk kentang je ke atau semua?



Soalan budak tu sounds funny tapi nak tak nak, aku jawab je la.



Aku : Untuk semua.



Cashier : Saya bagi yang bercop okay?



Aku : *dah mula pelik sebab memikirkan selama ni tak pernah pulak resit mesin perlukan cop* Ha, okay.






Cashier tu pun keluarkan buku bil kosong. Lepas tu dia cop bil kosong tu. Dalam hati aku fikir yang budak tu nak tolong tuliskan satu-satu barang yang aku beli tu. Tapi....









Cashier : Nah.


Aku yang tulis sendiri items tu after dah balik.  -,- 










Terkedu aku dibuatnya.
Nasib budak tu sangat baik sebab aku bukannye jenis suka maki hamun kat public. Jadi, aku diam je la dan senyum terima kasih kat budak tu. Tapi dalam hati, memang aku bengang betul ah. Kalau setakat resit kosong dan aku tulis sendiri, baik tak payah ! >__< 











Heee... nasib baik kat kedai tu tadi ada terjumpa air botol Mountain Dew Pitch Black with a punch of grape citrus flavour, perisa baru. Sejuk sikit hati guwa. Haha









I like this soooooooooo much !!! ^__^














From author :
Thanks to Mountain Dew for reducing my anger. Do do do do the dew ! 













8 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

Anis Zainudin said...

sdp tak yg perise baru tu?..hehe :D

Cik Ummi said...

@Cik Amy

haha.. ade jek pen kat kaunter tu
:P

aizamia3 said...

bila dia dah cop, ummi amik pen tu tulis sesiap depan dia..
apa ke sengalnya dia..?

Cik Ummi said...

@aizamia3

tak boleh kak..
belakang kite ade pakcik nak bayar.. kesian plak kalau biarkan pakcik tu menunggu kite.. huhu =/

Sheila Salim said...

Assalamualaikum dik. hahahah sabar jelah. mungkin dia ingat adik nak claim apa2 kut. tu yang kasi kosong je resitnya hahahahhahaha

Cik Ummi said...

@Sheila Salim

waalaikumussalam kak..
hurmm,, mungkin?
tah la kak... benda dah lepas.. hukhuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved