Driver Bas Troll Pelajar Universiti






Bismillah , Assalamualaikum , Holla guys ! =)






Petang kelmarin temankan member aku , Intan, pergi Kailan. Ohhh, ini tiada kaitan dengan kailan ikan masin mahupun sayur kailan tu ye. Ini adalah nama tempat yang ada kat Kepala Batas Penang ni ha. Kompleks Dato' Kailan. Ehem. Dato' Kailan tu adalah mak kepada mantan perdana menteri Malaysia, Pak Lah, you know. Kau jangan memain beb. Kena gam nanti. Hoho.












Lepas dah round-round mana yang patut, dan ikan goreng pun dah bebas berenang-renang dalam perut aku yang dikenyangi dengan nasi putih dengan bahagianya, kitorang pun amik keputusan nak balik ke hostel naik bas Rapid Penang. 










Sebelum marah, nak pujilah. TIKET BAS RAPID PENANG NI CANTIK !! I LIKEEEEE ^__^







Okei. Ni yang nak marah neyh. Korang tahu, pemandu bas Rapid yang kitorang naik ni sangatlah dangerous dan sangatlah merbahaya. Bawak kereta bas macam tengah merempit motor ! Oh, mungkin nak amek feel merempit motor macam zaman muda-muda dulu kot? Memang laju . Okay fine. Nama pun bas RAPID kan? Pffffttttt.













Aku dengan Intan memang sengaja duduk depan sekali, menghadap satu sama lain, kat seat tinggi tu. Tak sangka pulak driver bus kitorang ni memang macam @#%^&*$. Bayangkanlah, setiap kali nak membelok corner, terasa macam tengah naik kereta lumba yang sedang buat corner drift. Perghhh, aku hampir nak terlambung ke arah Intan dan Intan pun hampir nak terlambung kat aku kotttt ! Kalau bernasib buruk, kitorang boleh jadi macam Superwoman dan Cat Woman yang tengah terbang sana-sini nak menyelamatkan dunia. Memang betul-betul drift lah wa cakap sama lu. 










Syukur alhamdulillah , bila dah tiba area yang ada kereta banyak-banyak sikit, bas mula perlahan. (Haha. Padan muka driver tak dapat bawak laju. Bwekkk =P). 






Dengan bahagianya kitorang duduk seat yang tinggi. Terasa macam  CEO COA(Center Of Attention) pulak =.=






Tapi bengang jugaklah bila driver bas tu kenakan kitorang. Mula-mula kelentong kitorang cakap tiket bas RM5 seorang (padahal RM2 jek). Lepas tu sengaja buat kitorang cuak dan gelabah sebab dah tekan loceng  dua tiga kali tapi takmo berhenti pun. Konon terbabas jauh dari hostel kitorang. Sekali, hambekkk kau. Dia punya U-turn tu memang sampai terlajak-lajaklah. Nasib takde kereta lain. Kalau tak, memang berisiko untuk berlaku tragedi berdarah kat situ. Haishhhh.











Ahha. Terima kasih sangatlah kepada driver bas yang aku terperasan namanya Ahmad A*** kerana bagi aku dan Intan pengalaman naik roller coaster dalam bas . Mentang-mentanglah aku tak pernah merasa lagi naik roller coaster, kau troll aku macam ni ek? Siap senyum puas hati dapat troll student yang tak pernah naik bas Rapid Penang tu =___=. Perghhh, terbaekkk ah. Turun jek bas, aku dah pening lalat. Lebih haruaku muntah-muntah macam baru lepas turun roller coaster yang real. Padahal naik bas jek. 











Alahai, kesian pulak kat ikan goreng dalam perut aku ni. Nyawa-nyawa ikan dah dia lepas terhantuk dan terhempas banyak kali kat dinding perut aku. Tssskkk tssskkk











Papehal pun , untuk peringatan semua terutamanya kepada pemandu-pemandu bas (Kalau ada tersinggah sini lah), ingatlah orang yang tersayang oiii. Aku belum kahwin lagi ni weyh ! >____<










Eh, sebelum terlupa. HAPPY BELATED 19th BIRTHDAY TO INTAN yang jatuh gedebuk pada hari semalam punye semalam punye semalam (3 Disember 2012). Semoga kau panjang umo, murah rezeki, hidup diberkati Allah, jadi anak yang solehah dan moga CEPAT SAMPAI JODOH ! (Tapi jangan sampai jodoh sebelum aku taw Intan. Hehe)









From author :

Siyes macam serik jek nak naik bas 610 tu lagi. Lebih-lebih lagi yang tertera 'RAPID' kat bas tu. Terasa macam 'RAPID' lah aku ke kubur nanti. Adehhh. Sebagai seorang pelajar universiti, aku rasa  noob giler bila kena troll macam tu. >___<. Kalau korang, apa yang korang rasa??





[Baru aku perasan bahawa entri ni dah jadik jeruk selama 2 hari . Agaga ~]

0 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved