5 Cara Nak Dapatkan Penampar Free !






Bismillah , Assalamualaikum , Hye peeps ! =)







Kalau dalam bahasa aku, senang jek, "Kau nak kena penampo? Ha, kau buatlah macam yang aku sebut ni. Kalau takmo, duduk diam-diam !".  Haha. Garang tak? garang tak? =P








Well, ni lah 5 benda yang bila orang nampak, lebih-lebih lagi kalau aku yang nampak, aku rasa macam ringan jek tangan aku nak cium pipi mereka-mereka tu. Tapi apa boleh buat, aku ni penyabo orangnya. Belum pernah tampo orang. Kalau marah pun, dalam hati jek. Haha. (Tetiba rasa geli pulak puji diri sendiri neyh >_<)











Tu lah, meludah lagi. Kan dah kena promote kat sini. Sorry ye abam !

1. Ludah merata-rata




Eh, kau ingat kau tu bomoh ke nak main puihhh sana puihhhh sini? Geli tekak aku taw dengar bunyi kau keluarkan kahak. Lagi terasa nak muntah bila 'terrrr'pandang kahak kehijauan, kecoklatan dan kekuningan kau tu. Ewww. Kalau iya pun  nak meludah, wahai cik abam yang hensem, sila lah pergi jauh-jauh dari orang awam dan ludah kat semak yang orang tak nampak. Eh, tapi nanti kesian pulak kat semak tu, mati sebab terkena racun kahak korang tu. Ishhh ishhhh ishhh









Ha, kan nenek dah marah ! >_<

2. Biadap dengan orang tua





Kalau iya pun kau masih muda, tak payah lah kau nak biadap sangat dengan orang tua. I mean, orang tua yang aku maksudkan adalah mereka yang dah berada dalam kategori golongan emas tu ha. Dah taw nenek tu dah takde kudrat nak angkat barang berat tu, apalah salahnya kalau korang ringankan bontot pergi bangun dan tolong nenek tu. Kesian lah kat dia. Ni tidak. Bukan nak tolong tapi makin dipandang rendah dan mengejek pulak kat orang tua tu. Kalau itu nenek kita sendiri, sanggup ke tengok dia susah-susah macam tu? Tanpa nenek, parents kau takde, kau lagi lah takde dalam senarai weyh. 










Amboi kak, kau pun merokok? Uishhh...mengganaszzz

3. Merokok berdekatan dengan baby





Aku tahu, sesetengah orang menjadikan smoking ni sebagai salah satu cara nak melepaskan tekanan. Taruklah gambar paru-paru hitam, tengkorak hatta mayat hidup sekalipun kat atas kotak rokok tu, kalau dah ketagih nak merokok, memang susah nak tinggalkan. Ok, itu hak kau nak hidup. Kitorang dah berbuih dan berdarah mulut nak tegur jangan merokok jangan merokok dan jangan merokok neyh. Tapi kan, tak boleh ke korang jadi sensitif sikit? I mean, bukan lah sensitif kena jentik terus menangis. Sensitif maksud aku kat sini adalah, kalau korang nak merokok, cuba lah tengok sekeliling dulu. Tengok tempat lah bro. Dah taw tempat yang kau nak transform jadi jin tu ada baby, budak kecik dan warga emas, yang kau lagi buat asap pencemaran tu buat ape bro???! Ni yang aku rasa nak telan hidup-hidup jek bila tengok spesis yang macam tu. Intolerate !










amboi,, telur-telur pun pandai mengorat ek? Dasar telur gatal  >_<

4. Siul-siul mengorat aweks di tepi jalan





Aku tahu lelaki ada 9 akal dan 1 nafsu tapi satu nafsu tu lah yang amat goyah sekali untuk lelaki jaga. Tapi tolong lah. Aku merayu ni weyhh. Time korang nak melepak tu, melepak je lah. Tak payah lah mulut tu gatal sangat nak bersiul-siul nak mengorat kaum hawa yang lalu depan korang. Mesti masa tu niat korang cuma nak main-main jek kan? Well, budak-budak nak membesar, biasalah tu. Ngorat-ngorat awek di tepi jalan dan mintak nombor. Kalau beruntung, dapat nombor telefon dan boleh berkenalan. Kalau nasib malang, dapatlah kau bekas tapak tangan kat pipi dan padan muka. Situasi ni memang annoying and scary you know ~ . Er, tapi tak tahulah kalau girls yang lain memang suka situasi ni ? pffffttttt











Sorry abam Pitbull. Suara kau sedap, tapi you still my nightmare. Scary !

5. Merenung dengan pandangan dan senyuman miang





Ha ! Part ni yang aku paling lah pantang sangat weyh. Tak kira lah muka kau hensem gila babeng macam Edward Cullen (Eh, Edward Cullen hensem ke? Musykil aku. Haha) hatta muka pecah rumah sekalipun, kalau dah kau pandang perempuan dengan renungan yang tajam, dah tu, senyum-senyum miang pulak tu, aku rasa kau memang layak untuk dapatkan penampo cili api aku ni. Geli seyh. Aku tak tahulah memang betul atau tak, lelaki punya pandangan seolah-seolah boleh tembus 7 dinding (kalah mesin scanner you know~). Eh, betul ke? Yang penting, sangatlah scary kalau ada mamat yang pandang seseorang dengan ekspresi muka macam tu. Macam muka orang gila sekssssssa pun ada. >_<













Ha, kan dah kena bebel ngan aku. Ni baru sikit aku mention benda-benda yang aku rasa bukan aku sahaja yang rasa tapi kebanyakan orang rasa macam tu jugak. Kalau nak sebutkan banyak-banyak, insyaAllah esok tangan aku masuk hospital sebab lenguh menaip. =P








So, guys and girls (especially guys lah), aku mintak maaf lah kalau korang terasa bengang dengan mana-mana statement aku tadi. Bukan aku tak suka korang bahkan aku hormat kaum Adam ni, tapi please lah. Behave yourself. Mungkin aku pun ada pernah 'terrrrr'buat mana-mana perkara yang aku sebutkan kat atas, tapi tak salahkan kalau kita hidup saling mengingati? =)








Senyum lah sikit bro. Kate macho? Takkan lah baru kena tembak sikit dah nak tarik muka masam? Hoho!









From author :

Setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Mungkin kelemahan tu selalunya kita buat tanpa sedar. Tapi, bila ada yang dah menegur kelemahan kita tu, tak salah kan kalau kita cuba untuk memperbaikinya? (Peringatan untuk diri aku juga)





8 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

Ayuni Yusop said...

Yuni paling tak suka orang merokok especially time dekat kedai makan. Macam tak ada tempat lain nak merokok. Dekat situ juga. Rasa macam nak lempang je orang yang merokok dekat situ.

Cik Ummi said...

@Ayuni Yusop

yeah..same lah yuni. rase macam hilang selera pulak nak makan law ade asap2 rokok ni kan?>_<

Budak Nakal said...

Ahak, saya xde peragai macam list diatas..huhu nampaknya terselamat dri menerima ciuman tangan cik Ummie :P..hik5...

Cik Ummi said...

@Budak Nakal

hahaha.. koz bernasib baik je tuh :P

De' Wanie said...

golongan2 di atas xelok dijadikan calon suami/isteri...haha
comel blog awk..jemput singgah blog sy dear..;)

Cik Ummi said...

@De' Wanie

they are in rejected list. haha

thanks wanie :)

Shawn Razaleigh said...

lagi geli, meludah lepas tu kahak dia pergi tak berapa pergi, tegantung, dan hinggap di baju sendiri. kahkah

Cik Ummi said...

@Shawn Razaleigh

haaaa...ni mesti kau selalu buat kan? aku taw dah ! kahkahkah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved