Boss, Saya Nak Berhenti !



Bismillah , Assalamualaikum dan Heyy member sekampung ! Haha (macam ada pulak yang sekampung dengan asu =P)








Okay.
Dengan rasminya, hari ni (Khamis 5 Julai 2012) asu berhenti kerja jadi promoter tudung setelah dah bersengkang mata kat situ selama 25 hari. 
Err,,, ikut percaturan yang sebenar, 24 hari setengah je sebab hari ni asu berhenti, asu amek half-day je. Sebab ape half-day jek? Hehehehe *hanya mampu tersengih kerana biarlah rahsia segala sebab tu









Tapi kan, kalau korang tanya kenapa asu mintak berhenti kerja, sebenarnya bukan sebab tak tahan ke apa. Tapi, asu tak tahulah sejak bila, asu dah rasa minat nak belajar menjahit. Lagipun, mak memang dah daftar dah nama untuk pergi kursus menjahit kat Melaka. Macam-macam projek yang asu dapat buat nanti termasuklah jahit baju kurung, alas meja, langsir, beg, skirt ..dan bla bla bla yang lain =P
Kalau time asu tak pergi belajar jahit dan ada waktu free, mungkin asu datanglah kerja amek gaji hari. Hoho. Boleh kan?










Hari Selasa lagi asu dah inform awal-awal kat bos yang asu nak berhenti kerja. Tak berani lah nak main cabut-cabut lari gitu jek. Kejam namanya tuh. Kan? Walaupun pahit untuk berkata jujur, itu lebih elok daripada main kelentong-kelentong.







Untuk bos asu yang dah pandai stalk blog asu neyh, hehehe
Terima kasih atas segala tunjuk ajar, teguran-teguran,makan minum and semuanya lah eh?
Mintak maaf kalau saya ni bukanlah pekerja yang bagus untuk akak. Maklumlah, saya bukannya in love sangat dengan semua tu. Saya cuma bekerja untuk cari duit dengan pengalaman berhadapan dengan manusia je. Untuk berfesyen, errrr..... belum terfikir lagi. =P
Eh kak ina !
Sorry lah kalau salu sangat terkantoi kita suka jalan-jalan ke kedai sekitar2 tu or bersembang ngan dorang or dok larikan Adam kehulu-ke hilir.. Hehe. Sorry taw !






Big Boss and Me =)





Orang cakap, muka asu dengan muka kak ina ada iras-iras.
Pestaim keje dah ada yang ingatkan asu ni kak ina.
Customers pown dah ramai yang tersalah anggap. Dorang ingatkan asu ni tokei kedai. Haha. Amin !
Puas dah asu belek kat cermin, tang mana tah yang boleh di iraskan tu, tapi sampai sekarang tak jumpa. Bagai kambing dengan kucing ! Tak sama. Tambah-tambah, asu ni dah la gelap, bos tu putih oii..










For the whole,
asu suka bekerja kat situ sebab semuanya baik-baik (even kalau ada yang tak baik pun, kire baik-baik kan lah jugak. Hoho). Lagipun, asu sukaaaaa sangat kalau setiap hari tu dapat pegang-pegang, dukung-dukung ngan cium-cium pipi Adam si baby comel tuh. Sangat-sangat suka ! Wee ~







Asu dan Adam =)






Ouh.
Kalau korang nak tahu, Adam ni keturunan Kemboja. Sebab tu lah kulitnya putih melepak dan mata sepet macam orang Cina. Kan? Paling asu suka sangat kat Adam ni selain pipi tembam dia adalah bulu matanya yang sangat panjang dan lurus ke bawah. Melebihi matanya sendiri. Macam bulu mata mamoth (gajah zaman purba kala). hehehehe.







Last word.






Ouh, there is no last word left. Hehe.







Eh ! Ade lah satu.
Kak ina cakap, kalau dah geram sangat nak pegang baby comel macam Adam tu, bila pregnant nanti salu-salu lah tatap gambar Adam. Nanti boleh jadi baby asu secomel dan setembam Adam tu. Haha !
Masalahnya sekarang, kahwin pun belum tahu lagi bila, macam mana nak pregnant???? =P












From author :


Pengalaman adalah guru yang terbaik untuk mematangkan diri kita dari segi pemikiran dan banyak segi-segi yang lain. Ada pengalaman kerja best yang korang nak share? 






5 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

aizamia3 said...

lepas ni ke mana? sambung belajar?

dak Adam tu comeiiii.. geram lak nengoknya, tu belum pegang gomol lagik..

psstt: nak selalu pegang baby meh jaga dak Nuha.. ;)

Unknown said...

gambar yang last tu gambar kau dengan anak kau kan? :-)

Cik Ummi said...

@aizamia3

tak ah akak..kite amek kursus menjahit dulu..
sambung belajar insyaAllah bln 9 nnt..


psssttt : takpe3..ank sedare kite yg baby tu pun sebaya dak nuha gak kak..hohoho

AzelahSaupi said...

comel siot baby . maaf bukan kau . HAHAHAAH

Cik Ummi said...

@Faris Adli

hahahaha
amin !
nampaknya ak kena cari lelaki yg putih melepak la untuk dapat baby putih gebu macam adam tuh :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved