Kenapa Buat Blog?






Bismillah, Assalamualaikum, Hai peeps! =)




Dalam group KBBA9 siang tadi, bila someone tanya otai "Apa tips nak ada mood update blog yang bersawang" some sort like that dan abam otai tu balas dengan soalan yang aku rasa kalau boleh tercekik anak tekak, dah lama anak tekak aku hilang masuk perut sebab tersentap. lol




"KENAPA ANDA BUAT BLOG?"


Boleh tak nak jawab "Saya tak tahu. Peace! Hehehe " ?


Well, kalau tanya aku, aku ada beberapa sebab dan tujuan kenapa aku buat blog. Antaranya :


1. I'm a diary person.
2. Aku kuat membebel sampaikan aku rasa telinga kawan-kawan aku tak mampu nak tadah segala bebelan aku dengan sabar.
3. Suka membaca tentang perspektif hidup dari sudut pandangan orang lain.
4. Terpengaruh dengan blog Irene Nadia Marcello. The first blog that I've read.
5. Sentimental. Mudah merindui kenangan lama.
6. Platform untuk praktis edit blog guna Adobe Photoshop. Tapi lama dah tak buat aihh.
7. Kongsikan pengalaman hidup aku kat orang.
8. Tambah kenalan.
9. Aktiviti blogging tengah famous time tu. Zaman 2008.
10. Nak jana pendapatan? lol. Ini alasan aku yang paling tak ikhlas =P.




Masa tengah aktif dulu, ramai je membe-membe yang stalk blog cikai aku ni, meluahkan pendapat dorang tentang personaliti aku. Ye lah, kat luar kemain sombong tak banyak cakap sangat tapi dalam blog, kemain panjang membebel macam mulut bontot ayam (Sampai sekarang aku masih tak paham kenapa orang kaitkan kuat membebel dengan bontot ayam. Hmm.)





Kenapa aku jadi macam tu?
Sebab, sangat pantang bagi aku bila tengah syok meluahkan perasaan kat membe, tetiba ada orang interrupt perbualan kami dan menyebabkan aku lupa sekejap dengan apa yang aku tengah cakap (Yeah, memory problems thing). Okay, itu tak kesah la. Tapi paling sakit hati kalau lepas orang yang interrupt tu dah blah, si pendengar macam takde inisiatif nak suruh aku sambung balik cerita aku. Dia buat dono sambil ralit tengok phone or teruskan berbual topik hangat dengan orang lain. Hahaha nampak sangat terpaksa dengar cerita aku tadi sebab nak jaga hati.





Bila berblogging ni, aku rasa masalah 'orang terpaksa dengar semata nak jaga hati' tu dapat di atasi. Aku tak sakit hati ngan kau, kau pun tak payah tadah telinga nak dengar suara aku. Win-win. Sekarang tinggal masalah sama ada kau rajin membaca atau tak. Tak nak baca apa yang aku tulis pun, aku takde hal lah asalkan hati aku dah lega sebab dah meluahkan. Get it? Good. =)






Aku rasa aku kena tekan brake jari jemari ni sebab dah boleh rasakan aura membebel tu nak datang. Hahaha. Okay, takat tu je reason kenapa aku berblogging selama ni. Mintak maaf ehh kepada sesapa yang tersentap tetiba dengan kata-kata aku tu. Tak berniat pun nak sakitkan hati sesapa, cuma nak meluahkan je.






From author:

Dah berzaman tak update penampilan blog tersayang ni. Ada sesapa sudi nak tolong ubah suai kasi matang sikit ? Hehe 



5 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

Nurulchumel said...

Hi! Salam dari KBBA9!
Kite plak buat blog sebab nak luah perasaan asalnya. Tiba2 terbisnes plak.. Hihi. :P

sohoque said...

Hahaha kalau ada tujuan buat blog banyak gitu, mustahil blog boleh bersawang 😂

Cik Ummi said...

@Nurulchumel

haiii wslm .
pehhh.. berbisnes plak ye ngn blog.
kne tuntut ilmu ni ! hehe

Cik Ummi said...

@Ishak Ismail

Hahahha ouchhh behoq. Statement maut tu
Byk tujuan, tapi kalau punca da Mim Alif Lam Sin, mmg satu pun tak jalan lah jwbnya. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved