Bezanya Rambutan Dan Durian






Bismillah , Assalamualaikum , Hai semua ! =)





Gambar ihsan : hiddensandiego.net




Well, memanglah rambutan dan durian beza yang kita boleh nampak itu banyak ; durian ada duri yang tajam, rambutan berbulu (erk, bebulu???). Durian baunya kuat, rambutan takde bau yang significant, dan lain-lain lagi. Tapi, beza antara dua buah ni dari segi halusnya, mungkin ada yang tak berapa nak perasan.





Aku seorang hantu durian dan jugak hantu rambutan. Aku jenis suka melantak dua buah ni walaupun orang cakap, kalau makan durian banyak, pastu makan rambutan banyak, nanti mesti demam hasil daripada kombinasi yang amat extreme. Guess what? Hanya sengih saja yang aku mampu balas.





Nak buat macam mana, peduli apa aku nak demam ke tak, yang penting nikmat nak tunggu musim durian dengan rambutan ni, memang tak ternilai you know. Hehe. Oh, bukankah sakit itu datangnya dari Allah? Kalau makan secara seimbang pun, kalau Allah nak bagi sakit, sakit jugaklah kan? 





Ok, berbalik pada durian dan rambutan tadi tu.





Masih aku ingat lagi, masa kecik-kecik dulu, pantang musim durian jek, keluarga aku pasti akan merasa untuk melantak raja buah tu. Tugas aku masa tu adalah menantikan saja abah kopek kan durian tu dan aku tukang makan. Tipikal budak kecik kan? 





Sedang abah kopek-kopek (orang selalu sebut belah durian instead of kopek durian), tetiba ada satu buah durian ni. Haishhhh,, bukan buah tu tetiba bercakap la weyh. Tapi, isi buah tu, dah busuk ! Kalau dah busuk tu, konpem masam lah kan? Macam mana kitorang boleh tak perasan pulak buah tu busuk sedangkan kulitnya nampak elok je. Takde lah pulak kesan kena tebuk tupai. 





Ok. Pasal rambutan pulak. Tengah aku syok makan rambutan semalam (Parents Liyana bagi kitorang), tetiba ada satu biji rambutan ni. Aku nampak macam dah busuk-busuk lah jugak kulitnya. Tapi, dengan nafsu yang masih memuncak, aku nak jugak tengok isinya. Ada rezeki, boleh tambah isi padu perut aku ni. Hm, bila aku dah kopek rambutan tu, aku tengok isinya tak terjejas pun dek busuk kulitnya tu. Bila aku makan, tak terasa masam pun. Nampaknya, rambutan tu masih elok *senyum gembira* =) .





Ha, macam tu lah kisahnya durian dan rambutan aku. Dah , korang boleh pi tido ! 





Hehe. Mememain je lah weyh. Sebenarnya, apa yang aku cuba nak sampaikan adalah, luaran bukannya 100% sama dengan dalaman. Seperti cerita tadi (eh, cerita ke?), durian tu nampak elok di luar tapi isinya sudah busuk sedangkan rambutan yang nampak macam dah busuk, masih elok lagi untuk dimakan.




Itu je lah citenya. Sekian.



------------------------------------------------------------------------------------------


Latest Update:


Tak sangka rupanya otak aku zaman 2012 pernah berfungsi macam ni. Aku ingat, bila jumpa makanan, memang dah tak fikir apa dah asalkan perut kenyang.  Hahah. 





From author:

Aku masih mengidamkan nak makan durian buffet =(  . Hm. Nak Musang King......












2 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

aizamia 3 said...

Ri tu makan rambutan, tak lama lepas tu dapat penyakit.. batuk2 sampai hilang suara. Ok stop sekejap. Durian pulak.. eemm.. habis peti sejuk kat rumah tu berbau durian walau bertutup rapat. Mencik tau, kita tak suka durian tapi siap simpan dalam peti sejuk kita.. huhuhu... takpelah, bertabahlah deria bau ku ini.

Cik Ummi said...

@aizamia 3

Laahhh kak ai tak gemo durian ke?
Hm, xleh buat geng nak kenduri durian lah ni. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved