Pengalaman Mengandungkan Anak Sulung






Aku jenguk ke luar tingkap, mencari-cari bayangan dia, tapi tak nampak apa pun lagi. Hati dah resah gelisah tapi sabar je lah.


"Mana abi kita ni baby? Mummy dah lapar dah ni. Baby pun mesti dah lapar jugak kan? Kita sabar dulu ea.. Jap lagi abi sampai lah tu." 



Ku usap perutku yang kian membulat kedepan sambil bermonolog sendirian, seolah-olah sedang bercakap dengan anakku, face-to-face. Aku terus mengusap perut dan terus menantikan kepulangannya dengan penuh kesabaran.




Tak sangka, mimpi yang dulu telah menjadi kenyataan. Kini aku tengah mengandungkan anak sulungku, cucu mak abah yang entah keberapa dah.







Bismillah , Assalamualaikum dan Hai semua ! =)







Tak lama lagi, baby dah nak keluar dah. UUuuuuUUu.. macam tak sabar je. Tapi takut pun ada jugak. Ye lah, ibu-ibu yang dah pernah rasa pengalaman bersalin cakap saat nak beranak tu adalah saat yang sangat sakit dan tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Ishh, risau lah pulak. Time pregnant rasa best jek. Nak beranak, homaiii, nak pass kat orang lain boleh tak? Hehe.








Mak salu pesan, amalkan baca atau dengar ayat-ayat suci al-Quran terutamanya Surah Maryam untuk baby girl dan Surah Yusuf untuk baby boy. Memandangkan aku dah decide tak mahu scan jantina baby ni, jadi amalkan je lah dua-dua surah tu. Universal dan sekaligus. Mak ngan abah pun salu pesan suruh jaga pemakanan dan kesihatan. Banyakkan makanan yang mengandungi vitamin dan mineral yang berkhasiat untuk baby. Banyakkan minum susu untuk kuatkan tulang so that nanti dah tua, takdelah cepat kena osteoporosis.













Tadi mak pesan lagi, setiap kali masuk je waktu-waktu solat, selalulah usap-usap perut sambil cakap macam ni ngan baby :

"Nak, sekarang dah masuk waktu Zohor. Kita solat Zohor sama-sama ya?" (Macam tu lah juga dialog untuk waktu solat Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh)

Dan setiap kali lepas solat, kena salu baca doa agar dipermudahkan untuk proses bersalin nanti dan segala doa-doa yang berkaitan dengan baby ni. Supaya nanti dapat melahirkan baby yang soleh solehah serta taat pada perintah Allah, Rasul dan ibu bapanya.












Doktor cakap, mungkin baby nak keluar tengah-tengah bulan 4 nanti. Aku harap baby keluar cepat sikit. Kalau boleh, keluar tengok dunia ni pada tarikh 6 April 2014. Nanti samalah birthday ngan aku, Abang Ude dan Huda. Ha, 4 orang sekaligus sama tarikh lahir dalam family. Kan meriah tu? Pastu, aku harap baby dapat lahir kat hospital Melaka. Maklumlah, aku dengar, baby Melaka ni banyak keuntungannya nanti. Terjamin lah sikit masa depan baby ni nanti.









Bila dah bersalin nanti, mak yang offer diri nak jaga aku sepanjang waktu berpantang. Wah ! Bestnya dapat jagaan mak. Walaupun nanti mesti mak banyak bebel, nasihat itu ini, aku tetap rasa seronok sebab tah bila lagi nanti mak dapat jaga aku macam ni kan? Lagipun, setiap kata-kata mak tu banyak betulnya sebab mak kan dah makan asam garam dulu. So, sebagai anak yang solehah, kenalah ikut jugak.









Ok cukup.





Aku rasa, aku dah ter'overdose' berangan ni. Biasalah, excited sangat nak dapat anak sedara baru, mestilah berangan macam-macam. Lagipun, sape suruh mak pesan itu ini kat Kak Aisyah depan aku, kan dah stimulate otak aku untuk berangan lebih jauh. Hmmm.. nanti baby tu ikut muka sapa ea? Adakah dia akan ikut muka kakak ipar aku atau ikut muka abang aku? Kalau ikut muka kakak ipar aku, memang rupa anak cina ah nanti. Mata sepet. Haha. Kalau baby tu mata sepet, siap sedia lah kena buli dengan aku sebab aku ni memang suka orang yang mata sepet-sepet ni. =P











Aku harap dan berdoa sangat-sangat agar kakak ipar aku, Kak Aisyah dapat melahirkan baby sulungnya dengan lancar dan selamat pada tarikh  6 April 2014 nanti. Cewahhhh. Nak jugak tarikh tu. Al-maklumlah, itu kan tarikh keramat dalam family aku. Hahaha. Eh, perasan lebih je aku ni. Entah-entah aku sorang je yang rasa tarikh tu keramat sebab 3 orang sama birthday dalam family sedangkan yang lain, entah ingat entah tidak. Hukhuk.







From author :

Hehe. Bila pikir masa depan, siyes aku takleh nak bayangkan camne lah aku kawen, pregnant and jadi mummy nanti. Mesti kelakar. One time, Abah pernah cakap,"Dik, kalau dah jumpa jodoh tu, jalan je lah. Kahwin ni sunnah. Boleh jadi penghilang stress.". Hehe. Mekaseh abah ! Tapi masalahnya jodoh tu tak jumpa lagi lah. Nak cari kat mana eh? www.carijodoh.com ke? Haha







10 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

Zayani Zulkiffli said...

alala sweetnya :)
selamat mengharungi alam mengandung :D

http://nurulzayani.blogspot.com/

Cik Ummi said...

@Zayani Zulkiffli

hehe..ape yg sweetnya? sy blum pregnant lg lah ~ =P

Cik Ummi said...

@Muhammad Taufiq

awww..
ini terharu ! =D
tenkiu3 sbb suka..nnt sy singgah balas ke blog awk plak ^_^

aizamia3 said...

dak Faris kan ada.. kehkehkeh..

Nurul Haidah said...

blogwalking here. please follow me back ya. tq :)

APAN said...

cis...kencing rupanya...sampai habis aku baca kot...haha...

papepun, selamat bertemu jodoh yg baik sifatnya :)

Cik Ummi said...

@APAN

hahahaha,,maap lah apan :P
guwa tak sengaja nak berdrama.. kihkihkih

amin ya rabbal 'alamin.. :D

K said...

pengalaman mengandung memang sangat indah terutamanya masa baby dah start gerak gerak .. rasa terharu sangat..alhamdulillah..allah bagi peluang rasa keindahan itu..tak semua perempuan yang dah berkahwin dapat menikmatinya.. syukur..

khairulbariyah.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved