Dugaan Study Week.





"Ummi.. study elok-elok ye.. kasi pecah semua. Pastu baru boleh enjoy."

"Ummi, Ina tak tinggalkan ummi. Ina pergi kejap je Jangan touching2 tau. Hihi. Lain org lain perjalanan hidupnya. Ummi kena buat yg terbaik untuk hidup ummi. Study hard pray hard. And stay healthy! Jangan asyik makan PAMA je. Your body need protein carb vit ect. So go and get something good to eat."

"Stay calm and study hard... Tuhan sentiasa di sisimu. All the best for your finals... Do your best .. Chaiyok"





Bismillah , Assalamualaikum , Hai semua ! =)




Pertama kali aku terpaksa berhadapan dengan study week dan minggu exam sensorang. I mean, without my housemates lah. Kawan-kawan batch masih ada. Oleh kerana teman serumah aku semuanya dah tak sama batch dengan aku, maka dorang pun dah abes exam dulu dan bercuti sem lebih awal daripada kitorang bebudak First Year.







Pada awal ketiadaan dorang, aku memang gabra abes nak duduk rumah tu sensorang. Kat Blok F yang aku diami tu pulak, hanya aku sorang yang Tahun Satu manakala students first year yang lain semuanya kat blok sebelah, Blok E. Geng-susah-senang aku pulak ade kat rumah tingkat atas sekali kat Blok E tu. Takut memanglah takut nak lepak sorang kat rumah ground floor tu, tapi malas mengatasi segalanya. Haha. Bukannye malas apa, aku rase macam leceh giler nak kena bersiap dan bawak barang-barang pi naik rumah kawan aku yang kat tingkat 5 tu. Nanti kalau ada barang tertinggal, nak kena turun lagi. Haizzz. Serious leceh. 






So, akhirnya aku buat keputusan untuk stay je kat rumah bawah dan hadapi segalanya dengan tenang. 








Hari pertama aku ditinggalkan, memang aku study dalam lelehan air mata. Baru sekejap housemates tinggalkan aku, cepat jek mata ni terasa panas dan mulalah sesi melayan perasaan sekejap. Baru study satu dua chapter, aku dah terbayang-bayang housemates aku tengah bising-bising. Terbayang-bayang suasana aku usik-usik roomate aku, Si Zue tu. Haha. Tapi sesi meleleh ni tak lama ar, sekejap je. Lepas tu aku akan marah diri aku sebab tak fokus. Then, barulah keadaan kembali stabil dan tenang. Bila malam pulak, aku jadi takut nak tidur. Dalam otak asek membayangkan bukan-bukan je. Last-last, dua malam aku tidur ditemani kawan aku dalam phone. Kiranya kawan aku tu hanya akan letak phone bila aku dah senyap takde respons tanda dah tidur. Haha. This was my first experience. Terasa kekok lah jugak nak biarkan phone tu sepi tanpa ada penamat bicara macam kebiasaan. Papehal pun, terima kasih kawan sebab sudi temankan saya tidur ! *wink wink*









Masa study week sensorang ni lah aku baru perasan cara aku study dengan sebaiknya iaitu PEACE and IMMOBILE.






PEACE 
Aku suka study dalam keadaan yang senyap dan tenang.
Kalau orang lain suka pasang lagu kuat-kuat time study sensorang, aku tak. Lagi senyap suasana, lagi tenang untuk aku belajar. Buktinya, time aku study week ni memang bila tengah bukak buku je, aku akan pastikan suasana sekeliling aku selesa dan sunyi. I'm very glad that I was alone in the house. Kalau terasa sunyi dan sepi macam kat kubur, tambah-tambah dengan mengantuk, barulah aku akan pasang lagu kat ruang tamu tu. Itupun aku akan pasang lagu-lagu nasyid dengan kadar suara yang sayup-sayup saja untuk didengari. 





IMMOBILE
Mungkin orang lain boleh je nak study kat banyak-banyak tempat dan posisi. Tapi bagi aku, aku study setempat. Kalau kat rumah hostel, dua tempat je yang aku selesa untuk belajar. Meja study dan meja makan. Tapi, aku lebih prefer untuk belajar kat meja makan sebab luasssss. =P
Belajar kat atas katil? Study meniarap kat atas lantai? Study duduk bersila kat meja kecik? Haha. Macam tak boleh percaya jek kalau gaya aku study macam tu sebabnya, peratus untuk otak aku melayang masa study sangat tinggi bila aku mula belajar kat tempat selain daripada meja makan dan meja study aku sendiri.







Sebenarnya boleh je kalau aku study kat tempat lain tapi entahlah, tengoklah suasana sekeliling tu macam macam. Kalau selesa dan bebas daripada bunyi bising-bising, memang boleh teruskan belajar. Tapi kalau memekak jek suasana sekeliling, memang tak berjalan ar otak aku ni.







Nampaknya, pengalaman duduk sendirian sepanjang minggu study week dan exam ni bukan setakat mendidik diri aku untuk jadi lebih berani bahkan memberi ruang untuk aku kenali diri sendiri dengan lebih dekat. 









From author :

Kenali diri sendiri dan pengukuhan jalinan persahabatan adalah salah satu hikmah yang aku dapat daripada pengalaman 'repeat year' ni. Alhamdulillah ya Allah atas hikmah yang Kau berikan ini.

1 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

cheain said...

NIKMAT MANA LAGI YANG MAMPU DIDUSTAKAN...He knows u best..sure u can handle it n get thru it if it's meant for u my dear...tiada yg mmpu mmberi manfaat/mudarat melainkan DIA....seronoknya ada ALLAH...hanya kerna DIA...untuk DIA...bersama DIA...kepada DIA..LILLAHI, MA'A ALLAH, ILA ALLAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved