I Fear Not Speed






Bismillah , Assalamualaikum , Holla Peeps ! =)






Dulu aku pernah terlibat dalam kemalangan. Tahun 2004 dan aku pun masih darjah 5 ketika kejadian berlaku. Masa tu aku hanyalah pembonceng je dan akak aku yang bawak tapi yang kena lebih teruk adalah aku. Kesan daripada excident tu, kaki aku retak kena simen sebulan dan aku kini membela parut di pipi kanan (yang orang selalu ingat parut jerawat) dan juga di pergelangan tangan.







Hoyeahh,, that's the gift I've got from the accident.






Ok, cukuplah mukadimah yang melankolik tu.
Actually aku saje nak balas entri kat TheGarang (sebenarnya tak perlu pun tapi aku 'ter' rajin pulak nak balas) which related to speed. Hehe, kalau aku ni fobia dengan ketinggian (like seriously -,-), Amal the owner TheGarang blog tu lain pulak citernya. Nak tahu? Pi baca sendiri entry dia yang INI







Eh, korang takut tak kalau korang jadi penumpang kereta/motor yang bawak sampai 100++km/h ni? Seriously? Takut atau tak?








Kalau aku lah kan, aku akan jawab tak. Tapi itu bergantung pada situasi lah jugak. Kalau orang tu speedy tapi dia pandai cilok-cilok dengan selamat which I called speedy-safe driver with attitude, memang aku akan enjoy the moment to the max. Tapi kalau driver tu jenis speedy but rude (saje nak cabar driver lain untuk berlumba / ngekor belakang kereta orang dekat giler macam nak cium bontot kereta orang depan / potong kereta lain dan tunjuk middle finger / sesuka hati main hon-hon sebab nak takutkan driver lain / tak bagi chance kat driver yang masih 'P' etc.) , memang aku rase macam nak buat kenduri tahlil jek dalam kereta tu patpulohpat jam. 










Memanglah tak dinafikan bahawa memang bahaya gile kalau bawak lelaju ni sebab orang yang drive kereta lelaju ni lebih berisiko tinggi untuk terlibat dalam kemalangan ataupun menyebabkan kemalangan orang lain dan tak lupa jugak berisiko tinggi untuk kena saman AES -,-. Tapi kalau bawak laju pada tempat yang kena, tak salah kan? I mean, bawak lah lelaju mane pun kat litar sepang or litar whatever pun. Tak salah kan? Dan tak kena saman AES kan?









Jom racing !! Vrooommmmmm vroooommmmmmmmmmm ~








Hehe. Mengikut pengalaman aku lah, aku pernah cabar boss aku untuk bawak laju. I mean, not cabar actually tapi mungkin dia sendiri yang rasa tercabar bila aku cakap, "Eeee,, iya ke you boleh bawak laju giler? Macam tak caya je". Dan kesan daripada tu, boss aku terus pecut kereta lelaju sampai 120km/h. 









Mungkin korang tak rase 120km/h tu laju, tapi ini dia bawak seriously laju lalu jalan kampung woii. Aku ulang, dia drive 120km/h dalam jalan kampung !! Gila tak gilaaaaa O.o . Tapi time tu aku hanya gelak and enjoy the speedy moment without any fear. Hehehe. Tapi tak lama lah dia drive laju tu sebab awek dia marah dia dan ugut nak break (sebab dia dah mula kecut perut dengan kelajuan kereta yang menggila tu). Walaupun aku adalah jugak rasa bersalah sebab dah buat awek dia tu ketakutan, aku rasa puas lah jugak dapat merasa duduk dalam kereta yang laju macam tu. =P









Sebagai seorang driver, aku sendiri akui bahawa aku rasa sangat puas kalau dapat bawak kereta lelaju neyh terutamanya bila kat highway dan sangat puas bila dapat potong kereta sebelah time berlumba nak first headed masa green light kat traffic light. Tapi setakat ni, aku hanya berani bila bawak kereta Wira manual yang ada kat rumah ni je lah -,- . Kalau kereta orang lain tu, memang cari maut lah nak bawak macam gila neyh. Selalunya dan sewajibnya, mula-mula bila nak drive atau tunggang motor tu, memang aku akan takut-takut. Tapi tunggulah 30 minit lepas tu. Memang mulalah seciput tanduk tumbuh di kepala dan kaki mula terasa sedap untuk terus menekan minyak. Hahaha









Seriously I'm innocent and harmless coz I'm not this crazy (yet) O.o








Sebenarnya, dulu aku ada satu impian gila ni. Well, tak gila mana pun, cuma immature jek. Impian kanak-kanak lah katekan, hehe. Impian kanak-kanak aku tu adalah nak kawen dengan lelaki yang ada superbike (owner Kawasaki Ninja dan Ducati menjadi top preference) ataupun dengan lelaki yang mempunyai sports car. Kalau modified car yang leh speed 250km/h pun boleh.. =P









Alamakkk.. camne nak pilih ni??? Dua-dua nampak smart cool and handsome !







Tujuan aku nak kawen dengan mereka yang macam tu adalah satu je. Aku nak menikmati kelajuan ! Kalau naik superbike ngan laki aku tu nanti, leh ar peluk dia kuat-kuat sambil menikmati angin yang super deras takpun pegang lengan laki aku tu kemas-kemas time dia tengah drive beloved-modified-Evo-car dia tuh pada tahap 180km/h. Heyyyy chop chop chop ! Takmo lah aku cakap pasal keintiman kemesraan yang boleh dibuat nanti. Kang tak pasal-pasal ade orang report aku pulak atas sebab gangguan seksual. Hahaha









Tapi, itu dululah. Aku dah tak lagi berimpian nak dapatkan lelaki yang macam tu. Aku sekarang dah jadi wanita yang hanya mengimpikan lelaki yang super-laju dalam buat kebaikan. Cewahhhhhh! Hehe. Masalahnya, boleh ker aku dapat lelaki macam tu sedangkan aku ni super-slow kalau buat benda-benda baik neyh. Hadoii. Berangan jek lebih. Panggggg!!









Alahai, comel jek adik ni. =D . Nak laki yang macam ni boleh? ..
PANGGGG!!! *tetibe ada orang lempang aku*








Aku rasa lah kan, aku mula ada perasaan nak terjebak dalam perlumbaan motor ni sejak abang aku beli motor besar time aku sekolah rendah dulu which aku tak ingat lah pulak motor brand apa dan berapa CC. Tapi bila dah pandangan budak kecik, opkos lah kau nampak benda tu macam besar giler dan wowwwwww padahal 250CC je -,-. 










Dan perasaan nak jadik drifter or car racer mula bertunas bila sejak sekolah rendah suka gila nak main lumba kereta walaupun aku takde mahir mane pun dan still main Need For Speed Underground sampai sekarang dan opkos lah, movies macam Fast&Furious dan Death Race tu menjadi inspirasi aku totes !









Hormon adrenaline sangat maximum bila tengok citer ni. Sangat best dan syiok !






Ok lah, sebelum aku akhiri sebuah entri yang ditulis dengan penuh takjubnya, aku nak ingatkan kitaaaa semua tentang satu perkara iaitu laju tu laju lah jugak tapi jangan pernah abaikan keselamatan taw. Bak kata penaja, safety first ! (Eh eh. Tetibe pulak ada penaja. Haha)
   









From author :

Bikers with racesuit boleh buat jiwa aku bergetar bila tengok penampilan dorang macam tu. Nampak sangat hensem dan gagah giler bila duduk di atas superbikenya dengan muka yang terselindung di bawah helmet dan pakaian yang nampak macam pro-biker. Tapi bila dah bukak helmet, rupa macam gangster dan kaki pukul, maap ar yop, gua blah dulu ! Hahaha. Thanks for the nice intro-view.




Dear Abam, awak nampak hensem macam ni. Sila jangan bukak helmet tu sampai bila-bila. From, Your Crush.

9 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

the garang said...

tak semua orang macam saya saya akui. tak semua orang macam awak, awak kena akui. hehe.

bagi saya, saya lebih kepada perlahan. sebab saya cool, eh kesitu pulak hehehe.

saya boleh terima ada perempuan macam awak yang suka kan kelajuan, dan saya tak suka laju laju. dan saya tak pernah berminat dengan F1 ke motor GP ke. sebab saya memang tak suka tengok benda laju laju ni. Tapi saya lebih suka barang klasik. Dan fav tv prog saya adalah pawn star. hehehe

laju bahaya, tapi saya ada part saya laju jugak, bila saya nak ke tandas dalam keadaan terdesak. hehehehe

terima kasih balas entri saya, syok jugak buat macam ni. eh sorry terpanjang pulak komen

akmahika said...

kaki rempit jugak ye awak nie...hehehe, jom singgah blog humble saya n join giveaway...

akmahika said...

kaki rempit jugak ye awak nie...hehehe, jom singgah blog humble saya n join giveaway...

ceramah_agama(naimttbc) said...

ngeh~ hehe

terbaiklah entri ini.. :)

http://ceramahttbc.blogspot.com/2013/11/live-ustaz-abdullah-khairi-kuliah.html

Cik Ummi said...

@the garang

eh. amal cool ke? hehehe :P

mal,, kenape tetibe masuk pawn star ? -,-

sape jek yang sanggup slow macam siput bila tengah sakit perut nak ber**? hahaha

Cik Ummi said...

@mawar berduri

hai mawarrr.. hoho
duri tajam tak? :P
thanks datang sini..sila datang lagi..hehe

Cik Ummi said...

@Akma Khaieri

akma,,bukan kaki rempit tp jiwa jek yang suka merempit.. kihkihkih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved