20 Birthday Wishes






Bismillah , Assalamualaikum , Hai korang ! =)





Amboi aku ni, birthday lambat lagi tapi dah bersemangat nak buat wishlist (Bagi penampo sikit. Pangggg !). Biasalah tu, orang nak masuk zon umur 20-an, memang excited sikit (Tapi ikut tahun, memang dah 20 da pun =.=). 20 tu beb ! doploh ! Dah takdenya angka belas-belas lagi. Baru tersedar bahawa diri aku dah makin tua dan layak untuk kawen muda.   Wee ~










So, here we go. The wishlist untuk sepanjang satu dekad. Thats mean, sepanjang aku berumur 20 hingga 29 tahun. Masuk umur 30 tahun nanti dah ada wishlist lain. Time tu dah beranak pinak dah pun. Fikir untuk anak-anak pulak ! *Panggggggggggggggggg! Hambekkk kau penampo lagi sebijik*











Kalau korang nak tahu, wishes and azam tahun baru adalah berlainan. Kalau wishes ni, lebih kepada yang melibatkan materials manakala azam ni lebih kepada your inner spirit. Hm, mungkin korang pun pernah/tengah berhajat yang sama macam aku ? Jom cekidautttt (bahasa betul check it out)















Bestnyeeeee. kalau ada ni *drooling*
1. Samsung Galaxy Note 2


Aku bukanlah pandai beno dengan gajet-gajet canggih ni. Tak pernah ada ! Siyes. Phone pun, aku pakai yang baling-anjing-terus-mati tu je. Sadis. But yeah, aku tak pandai pun guna yang canggih. Tapi, di sebalik ke'naif'an aku tentang gajet moden ni, aku teringinnnnnn sangat nak ada Note 2 ni. Orang lain sibuk setiap hari mimpi kawen ngan orang yang tercinta tapi aku pulak, dah banyak kali termimpi-mimpi pasal Samsung Galaxy Note 2 ni. Tapi takde lah sampai mimpi kawen ngan Note 2 ni =__=.










Labbaikallahummalabbaik... Ya Allah, cinta hatiku.. =')

2. Tunaikan umrah atau haji dengan orang yang tersayang


Orang yang tersayang kat sini bukanlah bermaksud pakwe atau suami semata. Orang yang aku maksudkan adalah mak dan abah. Ye lahh, sebelum pape terjadi kat keluarga kami, aku nak sangat buat haji dengan mak abah dan family aku yang lain. Dapat jadi Hajjah Ummi Kalsum pun best what ? Haha. Kau jangan nak kutuk sangat lah nama aku weyh. Tahu lah jeles sebab I have a classic name ! bwekk.










I wanna change. InsyaAllah
3. Hijrah personaliti


Mungkin benda ni masih terlalu sukar untuk aku buat balik (jangan tanya kenapa ada perkataan 'balik' di sini ye), tapi insyaAllah, aku akan bermujadah untuk berhijrah suatu hari nanti ke arah yang lebih baik kerana Allah. Dan yang paling penting, penghijrahan yang ni perlukan pengorbanan dan pelaburan duit jugak. Moga-moga cukup dan berkat pelaburan tu nanti. Amin ~











sabar mi...sabar... *tahan je lah tengok benda ni*

4. Ultrabook bak Slim River


Aik, tadi nak Galaxy Note 2, sekarang nak ultrabook pulak? Tamak ye. Actually bukan tamak, tapi, kalau nak sesuatu yang bakal digunakan untuk suatu jangka masa yang panjang, lebih baik cari yang berkualiti dan memuaskan hati, kan? Dah la ultrabook ni gojes. Membuak nafsu aku bila membayangkan ultrabook tu kat dalam pelukan dan jagaan aku. Cewah ! Ayat psiko giler. Tu lah, sape suro laptop sekarang asek jammed dan hanged jek. Kan aku dah terfikir untuk main kayu balak tiga . Muahaha.











Bestnya kau dapat teddy bear ni ! >_<

5. Giant Teddy Bear mengalahkan Giant Doraemon


Dari dulu lagi, aku selalu sangat nak ada satu benda yang boleh dipeluk-peluk. Ehem. Suami tu lain citer lah. Sejak kecik, aku hanya dapat tengok jek orang lain dapat teddy bear besar gedabak. Sayu jek hati. Takpeeee. Bila aku dah cukup duit nanti, akan aku beli sekor giant teddy bear yang paling besar yang pernah dijual di pasaran ! Nak tunggu ada orang bagi? Huh. Takpayah nak berangan lah. Huhu











Bila dah ada ni, senang kerja nak candid orang !Haha

6. Nikon or Canon DSLR


Sementara minat dan sedikit bakat yang hampir terpadam ni ada dalam diri aku, alangkah bestnya kalau aku dapat sebijik kamera DSLR time besday. Tapi aku tahu, itu mustahil betul -,-. Sape pulak lah yang baik hati sangat nak bagi aku DSLR secara percuma weyh? Non hado ! Setakat berangan dalam mimpi jek lah yang aku mampu buat setakat ni. Huhu. Nampaknya aku kena tolak tepi dulu kerja aku sebagai mamarazzi tak bertauliah tu sampailah ada kamera yang baru or kamera sekarang dibetulkan. Pasrah.











Sape nak join giveaway aku nanti? Sila kenyit mata sikit *wink 

7. Buat giveaway blog selagi blog ni bernyawa


Selagi aku bergelar blogger, tak kira lah aku ni blogger semut or gajah sekalipun, bila sampai masanya nanti, aku nak buat jugak cabutan bertuah untuk readers dan supporters aku , dulu kini dan selamanya. Well, readers blog ni kan memang sporting and ohsem. Kan? ^__^











Nak keta mewah jek. Tak boleh blahhh. Haha !

8. Nak kereta ! Nak kereta ! Nak kereta !


Ha, hambekkk kau. Betapa ayat kat atas ni dah menunjukkan bahawa aku nak dan perlukan sangat kereta tika tengah belajar ni. Bukan apa, aku dah tak betah lagi nak kena tunggu bas kolej yang kadang-kadang tu buat bontot aku panassssssss jek menunggu kehadirannya yang tak kunjung tiba tu. Geram weyhhh. Banyak masa terbuang macam tu jek. Bila ada urusan penting, dah buntu tataw macam mana nak pergi ke tempat destinasi memandangkan bas kolej tu bukannya seperti bas jiran aku yang boleh pergi ke mana sahaja yang aku suka. Uhuks.












Perghh Ducati ni. Dah la merah menyala. Auummmm ~

9. Superbike makes me feel like a superwoman !


Pergh, memang tak boleh blah perasaan seperti superwoman tu. Tapi siyeslah, aku memang sukaaaa sangat tengok superbikes ni. Paling aku berkenan bila tengok Kawasaki Ninja, Ducati dan Aprilia. Buat iman gua goyanggggggg beb ! Dulu pernah terfikir nak ada teman lelaki yang merupakan sorang bikers. Not bikers yang menunggang basikal tu yer. Tapi bila dah masuk umur 20 tahun ni, barulah aku sedar bahawa angan-angan nak ade pakwe bikers ni memang takkan menjadi weyhhh. Sebab apa? Entahlah. Aku pun tak pasti =__=. Yang penting, aku nak superbike tapi aku baru ada lesen B2 dan D full jek ! Arghhhhh.











Rumah besar2 camni, mana best duduk berdua jek. Hehe

10. I want my 'rumahku syurgaku'


Walaupun aku tahu, untuk memiliki sebuah rumah, memang banyak benda yang perlu difikirkan sampai boleh botak kepala dibuatnya. Tapi, aku tak tahulah kenapa aku nak ada rumah sebelum umur 30 tahun. Korang tahu kenapa? *angkat-angkat kening sambil tersenyum penuh makna*











Tolongggg lah bagi aku benda ni sebijik weyh ! Huhu

11. Exercise tools


Orang cakap, makin berjauhan dengan family, makin stress study, makin kurus kau akan jadi. Tapi aku tak ! Sama jek aku rasa. Lagi teruk, aku rasa macam aku dah semakin 'senang hati' hingga membuatkan berat badan aku tak sudi langsung nak turun. That's why I need those exercise tools. Arghhhhh. Lemak, please go away !. >_<











Dah ada benda ni, kena fikir nak letak mana pulak -,-

12. Mini library


Tabiat yang aku tataw ikut sapa. Aku suka beli buku dan baca. Oh, buku selain buku study lah =.=. Tak kesah la buku apa. Aku suka beli novel, majalah GenQ, komik Doraemon, note book, buku-buku agama dan motivasi juga. Tapi masalahnya, ada je buku yang aku tak abes baca pun. Haha. Dan aku pun suka simpan buku sekolah. Sampai sekarang, aku still simpan lagi buku-buku sekolah rendah beb ! Sebab tu lah melambak sangat sampai menyemak hingga salu jek kena bebel dengan kak long. hewhew











Sangat kemas utk taruk baju aku dan suami !  Eh, maksud aku, bakal =P

13. A magic wardrobe of baju-baju sopan


Cakap macam ade banyak baju seksi jek. Hehe. Takde lah macam tu. Cuma, aku nak perbanyakkan baju yang sopan-sopan dalam almari. Jubah and t-shirt or blouse yang labuh sikit. Nanti takde lah pening kepala nak pakai baju apa bila nak keluar. Takkan lah nak suruh aku pakai baju kecik yang aku buat tidur untuk jalan-jalan shopping weyh? -,- malu ah.











England,, wait for me !!! =D

14. Travelling


Bestnya kalau dapat melancong kan? Tu lah keinginan aku selama ni. Selama aku hampir 20 tahun ni, aku TAK PERNAH pergi oversea even Singapore, Thailand or Sabah Sarawak tu. So, this decade, I want to berjimat cermat sikit dan pergi honeymoon melancong ! ^__^ Tempat pertama aku nak pergi (apart from Mekkah), ENGLAND. Ada buah hati yang sedang menanti nak bawak aku jalan-jalan kat sana. Haha.











Alahai..comel jek dorang ^__^

15. I want to meet all my adikssss


Amboih, banyak beno adik kau kan? Yup. Memandangkan aku takde adik kandung, so, ada lah beberapa adik angkat aku yang aku sangat sayang dan sangat nak jumpa dorang SELALU. Oficially, aku ada 5 adik angkat. Wiwi (the only boy), Wanie +Zeda + Pacae (adik-adik under projek Insaniah) dan Rara (previously my junior). Untuk junior aku yang lain pun, semuanya aku anggap dan sayang macam adik aku sendiri but those 5 people are the officials lah. Adik-adik yang lain, jangan kecik hati pulak ngan akak sebab tak mention nama korang ea? Huhu =')











Nama pun blogger, mesti lah nak jumpa blogger gak kan? :P

16. I want to meet them in person : Fatin Liyana, Namee Roslan, Cik Epal, Maria Elena, Irene Nadia Marcello, Dena Bahrin, Yuyu Zulaikha, Nisa Kay, Aizamia and all other BLOGGERSSSS ! 


Haha. Hambekk kau. Sorang-sorang aku sebut. Eh, tapi perasan tak semua nama yang aku mention tu adalah perempuan? Untuk yang lelaki, bukan aku takmo jumpa, tapi aku malu nak highlight siapa yang paling aku nak jumpa sebab, entah la. Karang kalau aku sebut nama mana-mana lelaki, takut ada spekulasi yang tah pape pulak dari orang luar. Nanti jadi fitnah pulak.











Mr.Kuning tengah syok bace wishes aku. Haha

17. At least 1500 readers for blog Saya Cik Ummi (SCU)


Aku tak tahulah sama ada ni wish melampau ke sederhana je, tapi cukuplah kalau aku berhajat untuk mendapatkan 1500 pembaca tetap bagi blog kesayangan aku ni. Hm, tak mustahil kan? Kalau ada ramai readers yang sporting dan supportive macam korang tu, mesti boleh melepasi target cikai tu. Kan?=) Walaupape pun yang terjadi, thank you for your supports !











Setiap permulaan, ada akhirnya. InsyaAllah

18. Graduate as a Doctor Ummi !


Walaupun kadang-kadang terasa macam mimpi, aku tetap nak berfikiran positif bahawa aku boleh dan akan graduate jugak sebagai Dr. Ummi. Aku nak cita-cita sejak tadika aku menjadi kenyataan. Aku nak tolong orang, aku nak bantu orang-orang sakit dan paling penting, aku nak menjalani liku-liku kehidupan seorang doktor mengikut syariat Islam. Kita buat kebaikan di jalan Allah, insyaAllah, Allah akan bantu kita nanti.











Holiday tepi pantai ngn family. Bestnya ! ^__^

19. Bawak mak abah dan family pergi vacation


Kalau umur masih panjang dan ada rezeki, walaupun locally, aku harap aku dapat bawak family aku jalan-jalan bersama. Family gathering lah gitu. Selalunya dorang yang berkorban untuk aku. Apa salahnya kalau aku balas jasa mereka dengan cara macam ni kan? Sekaligus boleh jugak merapatkan hubungan antara ahli keluarga =) InsyaAllah.















Setiap sesuatu yang dijadikan Allah, ada pasangannya. Ya Allah, sampaikan salam rindu ku kepada jodohku nanti !. =')

20. Before I die, I want to marry with someone which Allah has chosen for me.


Wee ~ Ni wish yang paling lah aku suka. Kawen ! Sape tak suka weyh? Haha. Tapi, aku cuma nak kawen dengan pilihan mak abah je lah. Aku tak nak percaya lelaki tu serius nak kawen ngan aku kalau dia bagitahu direct kat aku. Aku hanya percaya dan terima kalau lelaki tu cakap dan mintak restu mak abah dulu, dan dapat sokongan keluarga aku juga. Kalau rasa macam penakut, better tak payah menabur janji kosong la weyh. Cukup-cukuplah tanam tebu kat tepi bibir. Buat menyemak je. And on top of all, quit playing games with my heart lah.












Ok. Tamat sudah 20 wishes aku ni. Semput baca? Aku pun semput menaip. Hehe. Biarlah berterabur pun sebab aku tak tahu yang mana akan capai dulu. Mudah-mudahan semua hajat aku akan tercapai juga dengan izin-Nya. InsyaAllah. Amin ~











Yeah. Ni entry pertama untuk tahun 2013. So, HAPPY NEW YEAR friends !! Muah muahhhhh.







Jom bukak buku baru. Page 1 of 366 =)




From author :

Mungkin nanti ada jugak yang aku nak ubah-ubah sikit wishes one decade ni masa akan datang. Tapi yang penting, aku dah ada birthday wishlist. Korang ade?? =P






10 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

Unknown said...

Moga segalanya tercapai, insyaallah :) Eh taknak jumpa kita ? Kita pun blogger, cuma tak femes je :p

Sementara masa masih ada ! TOPUP RM100 UNTUK ANDA !
http://nadyabubble.blogspot.com/2012/12/contest-top-referer-get-rm100-topup.html

Cik Ummi said...

@Nadya Bubble


Terima kasih :)

Eh,mestilah nak jumpa ! ^__^
Kan dah mention nak jumpa blogger-blogger ? hehehe
same lah kite..tak pemes pun..

aizamia3 said...

Tang note 2 akk rs x pyhlah sbb yg ada pun boleh hilang.. kihkihkih..

Unknown said...

baru 20 rupenya?hihi.
yg u punya wishlist tu mmg typically semua org nak.kitakan manusia..biasalah.tp my advice is dont give up to chase your dreams. go get it girl!

Cik Ummi said...

@::aMaD::

kenape? muke dah nmpk tua ea? huhuhuhu

yeah ! i will. thanks amad ! =)

Wannie Ariffin said...

semoga berjaya dengan apa yang awk nak.. insyaallah semua itu akan datang dengan usha yg ggh dari diri sendirii.. amin ;)nice post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved