10 Fakta Tentang Doraemon Yang Korang Mesti Tahu !






Bismillah , Assalamualaikum , Hai semua ! =)









Korang minat Doraemon tak? Kalau macam aku, dari kecik bugel-bugel, sampailah ke tua awal dewasa ni, aku memang sangat minat tengok citer Doraemon. Cuma sayangnya, kartun ni siar waktu Maghrib, jadi aku tak pernah dapat tengok dari awal sampai akhir. Kalau dapat tengok after solat Maghrib pun, sempat tengok 5 minit yang terakhir je -,-. Kuciwa sungguh guwa. Tapi takpe, komik Doraemon kan wujud lagi. Hehehe








Ha, kalau korang merupakan salah seorang peminat robot Doraemon ni, korang patut tahu serba sedikit info mengenai abam Doraemon kite neyh. Haha. Sama ada info-info ni fakta atau auta, korang terima je la sebagai hiburan okay? Nama pun kartun.... ~







Happy children. Hewhew :3




1. Apa maksud nama Doraemon?

- Nama Doraemon sebenarnya dicipta dari dua patah perkataan: Dora dan Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan yang liar, manakala Emon pula adalah kata ganti untuk haiwan jantan bagi bahasa Jepun. Jadi maksud nama Doraemon adalah kucing jantan liar! Tapi adakah Dora the explorer bermaksud Si pengembara Kucing jalanan liar?



2. Tarikh Lahir Doraemon?

- Doraemon dilahirkan pada 3 September 2112 iaitu tarikh di mana Doraemon dihasilkan.



3. Doraemon Mempunyai Kod Pengeluaran?
- Ya! Doraemon memiliki kod pengeluaran iaitu MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot dan dengan nama inilah ia dipanggil oleh pemilik kilang robot dimana ia dicipta!



4. Apa Warna Asal Doraemon?

- Warna cat asal Doraemon adalah kuning. setelah mendapat tahu telinga digigit tikus, Doraemon dengan mood sedih ala-ala feeling Ombak Rindu merasa tertekan dan menyelinap ke atas menara dan meminum air ramuan berlabel “kesedihan”. Ketika Doraemon menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah disebabkan ramuan itu.



5. Berapa Jumlah Alat Di Dalam Poket Doraemon?

- Terdapat lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket Doraemon, termasuklah yang paling terkenal iaitu Doko Demo Doa ( Pintu Ke Mana Saja), Tate Kopta (Alat Terbang Buluh) dan Time Machine (Mesin Masa).



6. Doraemon Mempunyai Nombor Ajaib?

- 1293!! Doraemon memiliki berat 129.3 kg (amboi beratnya, obesiti ke hapa nie?), dan tinggi 129.3 cm. Boleh berlari sehingga 129.3km/jam ketika dalam ketakutan disunat dan melompat setinggi 129.3cm ketika diancam bahaya. Lingkar pergelangan tangan berukuran 129.3mm, kaki berdiameter 129.3mm dan dicipta pada 3/9/2112.



7. Di mana butang On/Off Doraemon?

- Pada bahagian ekornya berbentuk bulat berwarna merah.



8. Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan adik beradik?

- Kerana kedua-duanya berasal dari tangki minyak yang sama, tetapi Doraemon dihasilkan dua tahun lebih awal.



9. Doraemon pernah bersekolah?

- Pernah, di sekolah yang namanya Sekolah Robot. Aku teka dia belajar menari ballet kat sekolah ni.



10. Bagaimana Prestasi Doraemon di Sekolah?

- Prestasi yang buruk sehingga tiada sesiapa yang berminat mengambil sebagai teman sehinggalah Sewaishi (cicit Nobita) sangat menyukai Doraemon dan menghantarnya kepada Nobita untuk menjaganya.




Eh tapikan, dalam banyak-banyak benda, aku paling musykil bab tarikh lahir si budak Doraemon ni. Kenapa pilih 3 September 2112?? 3 September? 2112? How you know dude?? Hahaha. Biaq pi depa lah nak bubuh tarikh apa pun. Depa yang cipta kartun tu kan ~







Pssstttt....aku cilok info Doraemon ni daripada sumber ini.







From author :

Masa kecik-kecik dulu selalu berangan tetiba je Doraemon keluar dari laci meja study dan keluarkan segala benda ajaib daripada poket kecik dia tu. Pfffttt. Over-dose verangan ! >___<




10 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

Unknown said...

Kerana kedua-duanya berasal dari tangki minyak yang sama???

tangki minyak??? kalau ayat dia "Kerana kedua-duanya berasal dari pencipta atau kilang yang sama, tetapi Doraemon dihasilkan dua tahun lebih awal." baru macam logik sikit

MyG Gamers (Admin) said...

comel, hehe :D

SeLaMaT HaRi RaYa, Ummi.

Cik Ummi said...

@MUHAMMAD IQBAL Abdullah

wahhh,, siap ade koleksi !
Nak pinjam ~
hahaha

aizamia3 said...

sejak dah jadi remaja purba ni.. Doraemon pun dah tak layan. Nak layan camane.. anak2 dok hadap kartun dorang.. huhuhu..

Miza Idgihat said...

Hahaha gelak bila baca XD lagi lagi bab nombor ajaib. Ehh yang peliknya 2112 lama lagi kot. kita lagi wujud dari dia. Macam mana dia boleh disiarkan. atau tarikh tu tarik kematiannya ? kihkihkih

Cik Ummi said...

@aizamia3

hahaha..kite paham perasan tu macam mana :P

Cik Ummi said...

@Cik Chokie

hahaha. ikut logik mcm tu tp dia saje nak putar belitkan sebab cuba baca balik.
Doraemon ni sebenarnya CICIT nobita punya..jd,agak logik lah disitu ye.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved