Dah setahun rupanya =)






Bismillah , Assalamualaikum , Hai semua ! =)











Sedar tak sedar, rupanya blog aku ni dah cukup setahun dah pada hari ni (30 April 2013). Diam tak diam aku menelan hakikat bahawa blog lama iaitu Blog Cik SCC (www.cikscc.com) dah takde, berjaya jugak aku menempuhi pahit dan manis bersama SCU pulak. Alhamdulillah.











Terima kasih untuk semua yang sudi baca dan stalk blog aku yang tak seberapa ni.












Paling penting, terima kasih yang tak terhingga kat kak Aizamia dan Faris Adli sebab dorang ni tak putus-putus bagi aku support. Maknenye, perkenalan aku dengan akak Ai dan Faris pun dah melebihi setahun lah rupanya walaupun kitorang belum berkesempatan jumpa face-to-face lagi. Sekejap jek masa berlalu. Kan kak? =) 













From author :

Berblogging ni sangat best kalau dapat sustain persahabatan dengan blogger lain. Siyesly. So, di samping meluangkan masa dengan menulis, dapat jugak kita cari kenalan baru. Kan? Happy blogging and reading all ! ^__^






BEN ASHAARI dan WEECLICKS






Bismillah , Assalamualaikum , Hai semua ! =)




Memandangkan blog aku ni dah berhari-hari-hari-hari tak update, dengan segala kecepatan dan ketangkasan yang ada, nak update jap dengan menyibukkan diri join segmen Abang Ben ni ha. Huih, siyes dah lama tak ikut serta segmen abang ben =') *tetibe rindu blog lama. Sobss sobsss








Okay. Syarat mudah je.





1. Letakkan header blog BENASHAARI.COM dan letakkan tajuk “BEN ASHAARI dan WEECLICKS

Sila klik banner ni cecepat ! Sebelum pukul 5 petang (20/4/13) ni taw.



2. Sila beritahu aku dan kawan kawan , KENAPAKAH ANDA NAK MENJANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET INI ?




Bagi aku lah, aku nak jana pendapatan melalui internet ini sebab duit tu nanti boleh disimpan untuk persediaan kahwin nanti. Nak buat perbelanjaan honeymoon. Haha. Tapi untuk plan jangka pendek, nak guna duit tu untuk buat bisnes kecil-kecilan, insyaAllah.





Abang Ben cakap, --> Segmen ni ditutup jam 5 petang 20/4/2013 tapi contest di bawah ni berterusan hingga 18/6/2013 !! 




Okay. Jom join cepat-cepat ! Klik SINI






From author :

Actually masih dalam keadaan busy ni. Disebabkan masa yang Abang Ben bukak untuk segmen ni sangatlah pendek, tu yang nak join gak ni. Hehe. Ok lah. Ciao ! Nak sambung study. Selamat menyertai segmen Abang Ben dan thanks for coming here ! =) Salam perkenalan ~




My Sweet 20th Birthday.. Tenkiuu semua !






Bismillah , Assalamualaikum , Hai semua ! =)



Hehe. Dengan rasminya, tarikh 6 April 2013 yang lepas telah membuang gelaran 'budak belasan tahun' daripada aku. So sekarang, aku dah pun menjejakkan kaki ke dunia 20-an. Wow, I'm a big girl now. So fast ah. Boleh kawen ! Wee~








My housemates lekatkan notes kat Bella (my laptop) ! O.o Haha






Tepat pukul 12.00am 6.4.2013, no birthday prank actually. Siyesly. Sebabnya, aku dah pun lena sejak pukul 10.30pm lagi. Haha. So, housemates pun tak sampai hati lah nak kejutkan (mungkin?).












TAPI !!












Bangun jek pagi, rupa-rupanya Zue dan Tira dah kenakan aku masa aku tidur malam tadi. Dorang pi tabur bedak kat rambut aku -,-. Habeh putih lah jadiknya. Macam nenek kebayan baru turun dari langit pokok. Itu pun aku sedar bila Tira kantoikan kat aku sebab aku blurr tak dapat perasan apa yang dah jadi kat aku time tu. Haha. (Yana tak join dorang sebab dia pun dah diulit mimpi indah saing dengan aku malam tadi)










Itu satu hal. Hal yang kedua pulak, dorang macam taw-taw jek aku akan bukak laptop pagi ni. Sebab selalunya pagi-pagi aku takkan bukak laptop. Tak sempat weyh. Tapi pagi tu, aku bukak sebab niat yang sebenar nak jawab kuiz Cesmed yang aku asek terlupa nak buat tu. Habis ar aku sebab dah lewat sangat jawab. Mudah-mudah diterima lagi jawapan aku nanti. Amin ~ Ha, berbalik pada laptop aku tadi, gambar pertama yang korang nampak kat atas tu lah apa yang dorang buat kat Bella aku tu. Oh, untuk pengetahuan korang, Bella adalah nama laptop aku ye. Hehe =) Tenkiuuu girls for the notes ! <3












Pagi tu, aku dan Zue kena siap-siap awal pagi sebab kitorang join program persatuan pergi jalan-jalan. Nama program tu adalah WISATA. Hehe. Pelik tak dengar perkataan WISATA tu? Okay, nanti-nanti aku terangkan dalam post yang akan datang ye? 







Sneak peek untuk post tentang WISATA pada masa akan datang, insyaAllah =)












Program WISATA tu habis malam. So, aku dan Zue sampai rumah pun dalam pukul berapa tah. Tak tengok jam pulak. Hehe. Yang penting, masa kitorang balik tu, aku dah mula pelik sebab lampu depan rumah tak berpasang. Aku mula fikir yang rumah kitorang black out. Siyesly aku tak syak apa-apa yang berkaitan dengan aku.














Tapi bila aku naik jek tangga, tetibe dengar suara orang bersama belon-belon yang dilemparkan kat aku. 








"HAPPY BIRTHDAY !!!"









Haha. Korang taw, aku really tak expect pun surprise event ni. Tetibe jek Ain keluar dari dapur bawak kek yang ada lilin. Punya lah aku excited dan terharu, tudung pun takmo bukak dan sibuk jek nak amek gambar kek instead of tiup lilin tu sampai Ain pun 'marah sayang' kat aku suruh tiup lilin tu cecepat. Hehe. Sorry lah Ain bebeh ! =P













Aku kena marah dengan Ain time amek gambar ni >_< Hahaha









Actually kan, aku punya excited dan terharuu tu over sangat sampaikan aku tak tahu nak buat apa dulu. I mean, aku sibuk tengok ada apa kat atas meja tapi tak sentuh pun hadiah-hadiah dorang kat atas meja tu sebab nak potong kek. Tapi sekali lagi dorang 'marah sayang' aku sebab tak tengok hadiah-hadiah tu. Dan paling teruk, dorang kata sepatutnya baca kad yang terpampang kat atas meja tu dulu. Haha. Maaflah kawan-kawan tersayang ku sekalian. Aku tak biasa kena dengan event-event surprise macam ni. Sebab tu lah kalut semacam. =P












They all yang tulis neyh. Macam-macam pesanan ade. Hewhew







Haha. Macam berani jek Secret Admire aku nak tulis camni. Tipu betul lah Ain neyh. Masalahnya, AKU ADA SECRET ADMIRE LAH PULAK KAN? =P






Ok, lepas dah baca kad, aku pun dengan gembiranya, memotong kek yang dah terbuntang depan mata tu. Hee,, masa eksyen potong kek tu, pandai pulak. Tapi bila time nak keluarkan satu slice kek tu, hambek kau. Jahanam terus -,-. Ehem. Sekurang-kurangnya, aku punya jahanamkan kek tu, takde lah seteruk Zue. Betul kan Zue? Hahaha 













Thanks to my housemates a.k.a Plutonians dan Ain, Ina serta Kak Iman yang ada untuk beberapa saat. Hehe









Sempena kesempatan yang ada ni, aku nak ucapkan terima kasih untuk SEMUAAAA yang wish aku sama ada kat Facebook, Blog, Twitter, Message, Calling mahupun Face-to-face. Terima kasih yang tak  terhingga you guys ! You've made my day . Hewhew.











Happy Birthday jugak untuk Muhammad Taufiq (my big brother), Nuraina Huda (my niece), Alang (my cousin), Aisyah (my cousin's daughter), Epul (my old friend), Kashfun Nazir (my facebook friend) and all people yang lahir pada tarikh 6 April ni ! Wee ~ Kita kembar !










Thanks Mak, Abah and all my siblings for the wishes and advices.
Thanks Plutonians (Zuliana, Atira and Liyana) for the sweetest birthday memory you guys gave me, not forget the sweet ladies which help them too --> Ain and Ina.
Thanks AISA for setting a great date for our WISATA. Hehehe












Eh sayangssss ! Post akan datang nanti aku akan sharekan pasal apa yang korang dah wakafkan kat aku ye? Tenkiuuu.. Hehe.








From author :

Alhamdulillah Allah masih beri aku meneruskan kehidupan ini untuk menghabiskan saki-baki nyawa yang tinggal. Sekejap jek dah 20 tahun. Unbelievable jek rasa =') sobsss sobsss..  Dan bersyukur jugak sebab diberikan sedikit kesempatan untuk update benda ni memandangkan lately aku sangatlah busy dengan study. Huhu. Modul kali ni sangatlah $%@%^* weyh. >___<




Cukur Misai, Tumbuh Bunga ?






Bismillah , Assalamualaikum , Hai korang ! =)




Huihhh, semalam aku baru jek nak merasmikan penampilan baru blog aku yang bertemakan misai. Aku rasa macam dah okay jek. Tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Nampaknya orang-orang kuat aku kata misai tu tak sesuai. 






Ni antara komen-komen dan pandangan kawan facebook





Tak lupa jugak komen dari blog.. 









Haihh.. korang nampak tak disitu. Orang yang paling membantah dengan design Misai aku adalah Faris Adli a.k.a my best-blogger-friend. Walaupun aku geram dengan dia yang selalu cari pasal dengan aku, tapi bila bab berikan pandangan ni, Faris sentiasa akan bagi komen yang jujur. Kalau dia tak suka, dia cakap je tak suka. Tak perlu nak jaga hati aku pun which is very good attitude ! =) (walaweyh Faris. Kau jangan kembang kuncup plak aku puji neyh. Haha)












Thanks jugak kepada Fariehan a.k.a Mel, Noona Dyannah, Aliah, Kak Aizamia atas komen yang memberangsangkan tu. Kerana anda semua, I made my second thought. hewhew.














Oh ya. Thanks jugak kat Eme sayang dan Ix my brader-mushy. Kesian dorang tak sempat nak tengok misai besar gedabak tu awal-awal. Hehe.






Komen di blog =)

Through facebook sebab dah kena tag  name dorang awal-awal. Hewhew










Mane taknya dorang tak sempat nak tengok, tak sampai 3 jam aku tepek misai tu kat blog, dah terus tukar kepada tema bunga pulak. Haha. Nampak tak betapa 'terpaksa'nya aku kena jadik feminin jugak. Haihh. Like I had mentioned before, "Cukur Misai, Tumbuh Bunga" lah pulak. 










Untuk yang tak sempat nak tengok The Misai Boss theme, tengoklah kat bawah ni puas-puas sampai lebam bijik mata okay. Haha =P








Misai gedabak versus Kartun Bunga.. hewhew













From author :

Pandangan yang bernas, apa salahnya kan kalau kita turuti? Walaupun ini blog aku, tapi pendapat orang luar jugak sangat penting bagi aku sebab tujuan blog ni diwujudkan bukan untuk aku sorang jek yang view. Betul dak? Ape kate korang pulak?


Budak Baru Setahun Dah Tumbuh Misai






Bismillah , Assalamualaikum , Hai semua ! =)




Haa,, baru puas hati aku !
Setelah beberapa hari aku private kan blog sebab nak buat perubahan, maka ini lah hasilnya. Amacam ? Okay dak? Mungkin lepas ni akan lama lagi kot nak ubah-ubah lagi. Haishhh, I need to study jugak lorh.  Mane leh berfoya-foya sangat dengan benda ni. Now its time for Q&A session.











Q:"Kenape tajuk post kau yang ni 'budak baru setahun dah tumbuh misai'??"



Ok, actually nak cakap yang blog aku ni hampir mencecah setahun tak lama lagi iaitu 30 April nanti. Walaupun lama lagi nak sampai ke 30 April tu, aku kena jugak update penampilan blog ni sebab birthday aku tak lame lagi jek . 6 April ni (Ehemmmm... ehemmm.... tak paham-paham lagi ke korang? Hahaha). Sorry, joking jek tuh. Tapi kalau korang anggap siyes, ape lah salahnya kan? Hehe.














Q:"Dalam banyak-banyak benda, kenapa kau pilih misai sebagai tema??"


Hm, kenape aku pilih misai?
Sebab misai itu inspirasi aku ! (Eh, boleh tak jawab macam tu?hehe). Tapi siyes lah =.= misai tu memang inspirasi aku nak buat tema macam ni. Kalau dia tak wujud, mungkin nama 'misai' ni tak terlintas pun dalam kepale aku. Mungkin lah ~ . Ok next question please.













The RED Misai Boss. Ooopss. Yang ni misai belum tumbuh ar =P


Q:"Kenape dari warna pink dan biru yang lembut, terus mendadak tukar warna merah yang garang dan putih ni??"


Oh. garang sangat ea warna merah ni? =P
Actually aku sejak dulu lagi suka kaler merah instead of pink and blue, cuma belum di'express' kat blog je. Baju-baju aku pun, mesti wajib ada yang warna merah. Satu pun jadik lah. Bagi aku, merah ni menaikkan semangat aku nak buat sesuatu dan paling penting, MERAH ITU SEXYYYYY dan PUTIH ITU SUCI ! hewhewhew. Bak kata S12, Putih-putih melati, merah-merah delima gitu.





Ada beberapa tafsiran pasal kaler merah dan putih ni yang aku rasa macam mostly macam ada kait dan sedikit sebanyak mewikili ciri-ciri aku iaitu :


Merah:
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyut nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

Merah Terang:
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Eksentrik. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh ghairah, semangat,dominasi, kelakian (Oopss. Terasa aku =.=. Taw lah aku suke gaduh ngan lelaki. Haha)

Putih:
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.












Q:"Kenape kau tak taruk chatbox dalam blog? Bukan ke nanti senang orang nak drop komen?"


Hm, kena taruk ke? Kalau aku taruk nanti, takde orang pun nak drop by kat chatbox tu, aku jugak yang sodeyh. Huhu. Lagipun, member-member aku kalau baca blog aku pun, bukannye dorang taw pun nak gunakan chatbox tu macam mana. Betul dak kawan-kawan yang aku sayangi sekalian? Haha. Tapi takpe. Walaupun tak berchatting, tapi korang masih boleh untuk drop questions or say anything kat ruangan Ask.fm yang ada kat sidebar kanan tu.




Boleh tanya apa2 je kat Ask.fm tu. Tak perlu identiti pun =)












Q:"Boleh kau tunjukkan perbezaan blog lama dan blog baru kau? Ye lah, untuk orang tengok betapa dah berubahnya blog kau yang sekarang ni"


Ish, ape pulak tak bolehnya. Mesti lah boleh ! Hehe. Nah, tataplah blog lama aku ni puas-puas okay. Dan nampak tak perbezaan yang agak ketara di situ ye? =P. Oh ya. Salah satu perbezaannya adalah aku dah pandai buat melengkung kat sidebar ! Yay ~ . Thanks for all the tutorial blogs yang exist kat Malaysia ni. hewhew



Blog Saya Cik Ummi yang lama dan baru.









Q :"Kau buat sendiri ke semua perubahan ni? Dan apa software yang kau gunakan?"


Yup. Alhamdulillah. Setakat ni, kalau bab-bab touch-up blog kesayangan aku ni, aku akan buat sendiri. Itu pun sebenarnya hasil dari guidance yang aku belajar dari tutorial blogs lah. Ish, nak harapkan ilmu aku sendiri, mintak maaflah. Aku tak pernah pulak amek kelas sains komputer ni, jauh sekali paham bahasa komputer ni sebenarnya. Tapi belajar je la mana yang aku mampu. Yang bahagian coding-coding HTML tu bagai, aku main hentam je. I mean, mana yang aku mampu paham tu, aku pahamkan lah. The rest, aku serahkan pada 'Try and Error'. Dan sudah semestinya, Adobe Photoshop CS5 dan Photoscape menjadi peneman setia aku sepanjang nak buat kerja-kerja editing ni.


      











Q: "Any button yang kau nak higlight kan kepada readers blog kau?"


Oh. Ada !
Korang tengok kat tepi kiri blog ni, ada tiga bijik button kan? Yang pertama gambar FB tu adalah facebook aku. Second is my twitter and the third button is for return back to your blog dashboard. Untuk bahagian sidebar kanan pulak, korang dijemput untuk like Fanpage Blog Saya Cik Ummi and follow this blog. Easy jek kan? Hewhew. Jangan lupa button 'Leave A Comment' untuk tinggalkan sebarang komen kat mana-mana posts dalam blog ni okay? Kalau korang takde blog pun, boleh je nak komen guna identiti 'Anonymous'. =)


Like and follow. hewhew :)









Okay lah.
Aku rasa takat tu jek soalan-soalan yang ada. Tapi kalau korang nak tambah pape soalan pun, boleh je tanya kat Ask.fm tu. Tak kesah pape soklan pun asalkan pandai jaga bahasa korang.









From author :

Tenkiuuu to my housemates (Zue, Tira and Yana) yang dah bantu aku bagi dengan menyuarakan pandangan dorang sepanjang aku edit my blog ni. Love you guys thousands !! <3<3



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved