Pengalaman Bulan Kedua Di 'Sini'







Bismillah , Assalamualaikum , Hello peeps ! =)




Seperti bulan lepas, aku masih lagi mencari-cari identiti di tempat baru ni. Masih mencari siapa yang harus dibuat kawan dan lawan. Eh tak. Aku nak cari kawan je. Lawan tu tak payah cari pun memang akan ada. Haters always gonna hate right? So, just ignore them.




Aku rasa macam okay lah bulan ni. Ada some improvement sikit dari segi hubungan dengan lecturer. Walaupun bukan semua lecturer kenal nama aku, tapi ada lah jugak yang dah cam muka aku ni. Dan paling terharu, sorang lecturer kelas Engineering Science ni, selalu sangat panggil aku dengan panggilan 'Doctor'. By 'selalu sangat' tu bermaksud setiap kali dia nak mention aku, dia tak panggil nama tapi dia panggil doktor. 

"Doctor okay?" "Amacam doctor?Boleh jawab tak test tadi?" "Apa pendapat doctor?" "Dalam medik pun ada alat yang digunakan untuk kira impulse jantung kan?Apa namanya ya doctor?"  dan lain-lain lagi tak kira dalam kuliah mahupun kelas tutorial.

Sebab apa? Sebab dia dah tahu sejarah education aku dan bagaimana aku boleh end up dengan amek kos ni. 




Pesan beliau:


"Jangan sedih dengan kegagalan lama. Rezeki tu ada dimana-mana. Teruskan berusaha, pasti berjaya"




Dan beliau jugak pernah berkongsi cerita tentang bagaimana abang beliau dahulu yang dah final year student medic, saja berniat untuk gagalkan diri dalam bidang tu sebab tak minat katanya. Final year kot!! Dan sekarang, tanpa penyesalan, abang beliau dah pun amek PhD dan berjaya dalam bidang Engineering yang dia amek tu. See? Kejayaan tu ada dimana-mana. Asalkan ada minat, usaha dan tawakal kepada-Nya.





Mudah-mudahan, kata-kata yang baik daripada orang sekeliling akan menjadi doa agar kali ni aku berjaya dalam bidang ni. Dengan izin Allah.






From author:

Aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Tak boleh bayangkan bagaimanakah keadaan aku kalau sekarang ni aku belajar kat hospital. Adakah aku akan kuat seperti rakan-rakan seperjuangan yang ada dalam bidang tu semua? Entahlah. Walaupape pun, semoga kejayaan itu menjadi milik kita. Goodluck everyone !


GIVEAWAY: 100 followers celebration by Zanna Ghazali





Bismillah , Assalamualaikum, Hello Peeps ! =)



Lama tak menulis. Tetiba je hari ni saja nak check newsfeed blog dan tengok apa post terbaru kawan-kawan blogger sekalian.



Dah alang-alang ni, nak ucapkan tahniah kat blogger Zanna Ghazali atas pencapaiannya yang dah berjaya meraih 100 followers plus plus sekarang. Haip, jangan pandang rendah okay kat no 100 tu sebab blogger famous yang ada sekarang ni pun dorang start dengan zero jugak. Mana ada yang tetibe jek ade beribu riban followers. Betul tak? 




Pape hal pun, tahniah sekali lagi and goodluck in your future Zanna =)




Korang pun, meh la ramai-ramai kita terjah join giveaway by Zanna ni tanda support kepada geng blogger. 




Klik banner ni untuk terus terjah tuan empunya giveaway ! =D zasss ~







From author:

Aku ni, bila lah nak maju balik macam blog lama www.cikscc.com tu. Hmm. Tinggal kenangan ~


Putus Jodoh Antara Aku Dan 'My Kind Of Guy'




LRT Bandar Tasik Selatan.



Sebelum dan semasa masuk dalam tren, aku leka meneruskan pembacaan novel 'Penjara Mati' karya Riduan Judin dalam tren. Tiba kat stesen Bandar Tun Razak atau Salak Selatan (aku tak pasti sebab takde annoucement time tu. Speaker tren dah bisu kot?), aku terasa macam nak rehatkan mata dan simpan novel dalam sling bag. Bila aku angkat muka dan pandang depan, seperti ada suatu tarikan yang sangat menenangkan jiwa sedang berdiri di muka pintu tren memaksa aku untuk menganalisis dan menghayati keindahan itu (Hahaha betapa poyonya ayat. Kalau nak stalk orang tu, ngaku je lah, tak payah nak menghayati bagai. Betul dak? =P).







Susuknya tinggi. Sangat tinggi berbanding dengan aku yang hanya paras ketiak dia. 
Rambutnya hitam pekat. Dipotong pendek dan kemas. Sangat kemas. Aku dapat agak, rambutnya mesti lembut sebab helaian rambut dia halus, tak seperti rambut kebanyakan lelaki yang aku pernah nampak.
Kulitnya bersih dan cerah. Takde lah putih gebu melepak muka flawless macam kebanyakan lelaki jambu, tapi macam kulit pan-asian yang ada sikit merah-merah kat muka. Beberapa jerawat kecil yang degil baru nak up lah tu =P.
Badan dia muscular. Bukanlah berotot-otot macam body builder yang mempunyai ketulan otot yang mampu buat aku dan segala hantu lari lintang-pukang, tapi sangat maskulin dan nampaklah yang dia seorang yang aktif bersukan.







Macam mana aku tahu dia aktif sukan? Hehe.



Klu pertama, tengok susuk badan muskular dia.
Klu kedua, dia tengah sandang beg sukan (mana lah sempat nak siasat dalam beg tu ada apa) tapi gaya beg tu aku selalu nampak orang lelaki bawak time bersukan atau pergi gym.
Klu ketiga, terang-terang dia tengah pakai sport shoes. Kaler hitam tali hijau (Macam kasut aku. lulz)






Aku tak pasti sama ada dia Melayu atau Cina sebab tak nampak jelas sangat muka dia dan tak dengar sangat bahasa yang dia cakap masa berbual kat telefon (atas faktor jarak dan suaranya yang perlahan).





Aku tak pandai lukis apa yang aku nampak. Tapi mata hati aku je yang boleh capture dan simpan bayangannya dia sebaiknya. Hewhew





Yang penting, aku sangat suka tengok lelaki yang macam tu. Sungguh perfect di mata aku. 
Kalau lah dapat jumpa lagi dia-yang-tak-diketahui-namanya, teringin juga nak ucapkan "Hai" atau lemparkan senyuman paling manis untuk dia. Sekurang-kurangnya buat sesuatu yang membuatkan dia tahu yang aku wujud.






Tapi, semua itu dusta dan cerita dongeng belaka. Takde maknanya aku berani nak cakap "Hai" atau senyum kat dia weyh. Aku boleh agak, kalau ditakdirkan aku terjumpa dia lagi, konpem hanya mampu tilik lantai sampai berlubang atau curi-curi pandang dari jauh lepas tu menyesal sebab takde keberanian nak bagi senyuman paling koman pun.





Hahaha. Pity me 







Tu je lah kisah yang menyedihkan untuk hari ni. Jodoh yang tak kesampaian dalam LRT.
Mekaseh lah ye sudi baca. Hehe =P








From author:

Angan dan impian untuk memiliki jodoh tu tak salah. Tapi kena utamakan dulu pelajaran.
Okay myself, time to strive hard ! Lupakan je mamat tu. Cuti midsem dah abes. Masa untuk dating ngan buku-buku pulak. Ciao ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved