Pengalaman Bulan Pertama Di 'Sini'







Bismillah , Assalamualaikum , Hai peeps! =)





Aku sedar, kebanyakan orang mesti ingat aku masih lagi belajar medik. Betul tak? Huhu. Kalau korang fikir macam tu, tolong hentikan sebab rezeki aku untuk bergelar seorang 'Dr' dah tersangkut separuh jalan. Tapi takpe, aku redha dah. Momen kesedihan dah lama berlalu dan aku yakin, banyak je hikmah yang Allah dah tulis walaupun secara pandangan mata kasar manusia yang hina, 3 tahun dah aku bazirkan. *sobs sobs*





Alhamdulillah aku dah bangkit daripada segala kesedihan dan cuba untuk buat keputusan aku sendiri. Aku beranikan diri untuk amek risiko, menceburkan diri dalam bidang yang aku minat iaitu sesuatu yang berkaitan dengan lukisan dan reka bentuk. Semoga Allah permudahkan urusan sepanjang aku menuntut ilmu di sini dan semoga segala ilmu yang aku dapat nanti boleh lah diaplikasikan dalam dunia kerja yang sebenar, sejajar dengan motto universiti aku "Where Knowledge Is Applied". *Hahaha. Tolonglah paham, aku dah lama tak menulis blog. Jadi, kena tahanlah dengan ayat skema nak mammmm yang aku coretkan ni =P





Well, sedar tak sedar, dah sebulan aku kat sini rupanya. Oh, sungguh cepat masa berlalu ~





Untuk bulan pertama ni, aku rasa seronok dan excited tu masih lagi ada. Teruja sebab semuanya adalah baru bagi aku. Hm, ada je benda yang 'lama' tapi disebabkan benda yang belajar tu kat tempat baru dan pensyarahnya jugak baru, jadi, aku anggap je la aku ni bodoh tak tahu apa-apa.





Semester 1 ni, aku kena amek 7 subjek dan total credit hours adalah 20 jam. Banyak ke? Haha. Aku pun tak tahulah nak kata banyak ke tak kalau nak dibandingkan dengan kos yang lama sebab kalau kat tempat lama dulu, sumpah aku tak pernah amek pusing pasal jam kredit ni. Yang aku tahu dulu, pergi kelas, belajar dan exam. Ha, dah nampak dah kat mana berkat tu hilang. Belajar 70% kerana exam *facepalm* .Huhu 







Kalau pasal study, ni lah subjek yang aku amek untuk semester 1 ni :


  1. E. Science *Hanya mampu berhuhuhu dan gigih untuk kuasainya
  2. E. Mathematics 1 *basics Addmath yang dah kelaut. Takpe, boleh gali balik ilmu asas tu
  3. E. Drawing *Favourite subject so far walaupun memerlukan kesabaran tahap dewa Cloud 9
  4. Fundamental English
  5. Information Technology 
  6. TITAS (Tamadun Islam & Tamadun Asia) *tak boleh transfer credit. Huhu
  7. JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) *satu batch wajib amek ni -_-"





Kalau pasal perjalanan ke kelas tu, memang suffer sikit ah. Bak kata sorang kawan ni "Free Exercise Everyday". Haha. Bayangkanlah, setiap hari ke kelas, ni lah ape yang aku buat. Sejam sebelum kelas start, dah mula travel: *contoh: Kelas pukul 8.30am, sebelum 7.30am dah gerak






Keluar je dari rumah kat tingkat 3 --> lalu tangga yang paling dekat --> jalan kaki ke LRT Cheras --> platform Ampang kat seberang. Jadi, kena lalu tangga bawah --> jadi sardin sekejap dalam tren sebelum sampai stesen Chan Sow Lin --> Tukar tren menghala ke Ampang --> turun kat stesen Pandan Jaya (RM1.00) --> jalan lah kaki sampai ke kampus, lalu jejantas yang bertingket-tingket tu --> kat kampus, aku amalkan konsep "Less Lift, More Stairs"




Mesti korang akan kata "Perghhh, bapak skema budak ni. Awal giler pi kelas ! Lalu tangga pulak tu kat kampus. Buang tebiat agaknya"





Tapi percayalah cakap aku. Peduli apa aku dengan statement hina korang tu. Haha. Asalkan aku bahagia berpegang dengan didikan abah supaya "Be punctual. Biar kita tunggu lecturer, jangan lecturer yang tunggu kita". Tapi pasal tangga tu kan,,, err.... lebih kepada nak jaga kesihatan sebenarnya. Taknaklah jadi pemalas sangat sebab kampus kitorang tu 3 tingkat je weyh. Bukannya tinggi mana pun. Jadi aku rasa, tak salah nak bergaya hidup sihat kat situ memandangkan nak harapkan buat senaman 3 kali seminggu? Berhuhuhu je lah jawabnya =P






 Ok. Itu pasal study dan perjalanan ke kelas. Kalau pasal kawan pulak.....









No comment. 
Walaupun sebenarnya ni lah punca banyak benda yang buat aku bengang. Tapi buat dono je lah. Aku anggap je dorang tak matang. Tak pun, aku anggap aku ni dah tua. Makin sensetif jadinya. Hahaha. Maklumlah, intake batch aku ni, mostly memang budak yang lahir tahun 1996. Jadi, aku ni memang 'kakak' lah. Tapi untuk kali ni, no more 'Kak Ummi' please. Haha. Pedulilah dorang 3 tahun muda dari aku ke tak. Yang penting, aku suruh dorang panggil nama jek. Guna 'aku kau' pun tarak hal lah bro =)






Secara keseluruhan, untuk bulan pertama aku kat tempat baru ni, memang tak dinafikan aku rasa okay lah. I am happy and enjoyed with it, alhamdulillah. Walaupun luaran aku sekarang nampak lebih pendiam dan serious daripada dulu, aku rasa ni semua hanyalah permulaan je kot? Nanti dah lama-lama, terkeluarlah tu kot perangai havoc and nakal tu. Haha. Just wait and see ~









From author:

Hobi baru kat tempat baru : suka habiskan masa menunggu tren dengan membaca buku. Bukan buku belajar lah. Buku ringan-ringan je macam buku motivasi atau novel islamik. Hint kat sini nak cakap, nanti kalau nak bagi hadiah birthday, tak payah pikir susah2. Kasi buku je. Konpem aku happy dan sayang kau lebih ! Hahaha =P


8 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

zai zamree said...

Insyaallah...semoga dipermudahkan...aamiin

Raz said...

bagusnya! sihat selalu klu naik tangga!

Cik Ummi said...

@Raz

hahaha.. kannn, sehat sgt naik tangga.
mkn banyak, jln kaki naik tangga pn kne lah byk :P

Zharif Azis said...

Seriouslah Ummi >__<

Why quit, half way there dah kot. Sayangnya >__<
Papepon, you know what's best for yourself, so i can only wish all the best in whatever you're doing. Be strong ! =)

Cik Ummi said...

@Zharif Azis

huhuhu.. zarep,, bkn quit,but expelled :'((((((
but somehow, thanks for the good wishes :)

atikah haura said...

Ummmmiiii.....rindunyaaaa.....
Baru tahu,,, skrg ummi blajar kat mana?

Cik Ummi said...

@atikah haura

lamanyaaaaa xdgr kabo !
meh pelukkkk >__<

hehehe. nak tahu? pm pm :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved