Bismillah, Assalamualaikum, Hai semua ! =)
Tired. |
Wah. Dah lama sangat aku abaikan blog ni. Aku rasa, inilah jangka masa yang paling panjang blog ni terabai. Kesian dia. Al-maklumlah, musim-musim nak final exam ni, memang dah tak pandang sangat blog. Tak kuasa nak generate idea untuk menulis time otak berkerah nak study untuk final =P .
Alhamdulillah, final exam dah pun berlalu dan sekarang hanya menantikan resultnya ja. Doakan aku lulus untuk mara ke peringkat seterusnya, dengan izin-Nya.
So, sepanjang minggu study week dan juga minggu exam aritu, memang sangat stress lah diri ni. Physically and mentally stressed. Kitaran tidur pun dah tunggang terbalik. Ada time stay up memanjang. Ada time tidur dulu baru stay up. Yang penting, seingat aku, time minggu exam lah aku akan tidur in between pukul 11 dan 12 malam dan bangun antara pukul 2 hingga 3 pagi untuk solat sunat sebelum sambung study. Lepas bangun tu dah tak tidur dah sampailah pergi dewan peperiksaan. Abes exam, lunch, balik tengah hari qailullah sekejap. Pastu solat and sambung study. Petang-petang, buat discussion dengan member2. Dinner sekali bersama-sama. Balik dinner, tidur. Dan macam tu lah kitaran rutin harian aku sepanjang minggu exam. Memang hectic.
Untuk exam kali ni, aku tak tahu kenapa banyak kali aku tersadung dan lemah untuk bangkit semula. Seolah-olah jiwa aku tak ada menemani jasad tika itu. Aku rasa terlalu lemah sampaikan berbaldi-baldi air mata tumpah sepanjang dua minggu final exam ni walaupun time tu tengah ready duduk depan buku nak study. =/
Tapi, aku bersyukurlah sebab kawan-kawan ada disisi untuk menyalurkan sedikit kekuatan untuk aku hadapi pertempuran yang aku rasa tak rela ni. Jazakallah friends.
Dan sudah semestinya, aku takkan kuat dengan sokongan kawan semata. Semuanya kerana dengan bantuan dan pertolongan Allah, aku berjaya kumpulkan semangat untuk berperang dengan paper-paper exam semua walaupun banyak je luka parah yang aku dapat time peperangan tu. Alhamdulillah.
Sekarang ni, aku hanya mampu untuk bertawakal setelah berusaha.
Semoga apa yang aku usahakan selama ni membuahkan hasil dengan izin-Nya.
Kalah atau menang, aku tak kesah.
Kalah atau menang, aku tak kesah.
Sebab, kalau dah takde rezeki nak menang pertempuran setelah dah berusaha, nak buat macam mana lagi kan? Tapi kalau ada rezeki, syukur alhamdulillah.
Memandangkan cuti sem dah pun bermula, wahai otak dan jari jemari, marilah bergabung untuk mengasah kembali minat dan rutin untuk menulis blog ! Chaiyokkkk ! Ada banyak benda yang aku terlepas nak kongsikan tepat pada waktunya untuk korang semua.
Nak mintak maaf awal-awal sebab entri seterusnya ni memang semuanya cerita basi =P. Hehehe. Peace.
From author:
Terasa kekok pulak nak menulis kembali. Takpelah. Keep on practicing and insyaAllah it will work.
4 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:
Ok Faris... masa untuk menyakat dak Ummi.. yeehaaaa...
@aizamia3
haippp
tak baik tak ada niat jahat kat org bulan2 pose neh >_<
@Iqbal Abdullah
kannnn??
takpe3.
kite start over pelan2.. hehe
@Iqbal Abdullah
kannnn??
takpe3.
kite start over pelan2.. hehe