Don't Touch Me !






Bismillah , Assalamualaikum , Hai korang ! =)






Pernah tak rasa rimas bila orang usik-usik kau? I mean, pegang-pegang sana sini? Haha. Aku pernah rasa rimas sampai nak je lempang orang tu tapi masalahnya, aku pun pernah buat member-member rimas dengan cara usik-usik dorang dan aku rasa, aku kenakan dorang lagi teruk kot? Hehe. Well, you know me, I'm pretty naughty and mischievous lah jugak kat member-member. Kesian dorang, tapi nak buat camne. Best pulak usik-usik korang dengan cara pegang-pegang sana sini. Hahaha. Sorry lah kawan ! =P







Actually suka pulak tengok budak perempuan ni cakap "Don't touch me" kat adik dia. Kiut sangat ! Rasa nak cubit-cubit jek pipi budak berdua neyh sampai kembang. Hahaha.













Er,, korang ada perasan tak budak perempuan tu macam ada menyebut, "He wants to masturbate"...??? Haha. Sebenarnya budak tu cakap, "He wants the MANTA-RAY" lah tapi kau tahu lah kan, budak tu kan macam pelat-pelat jugak. Cakap pun tak cleaq mana pun. Haihh, ternyata aku sangat terkejut bila dengar pertama kali tengok video neyh. Dalam otak aku time tu, terpikir lah jugak, sape punye keje lah yang mengajar budak kecik secomel tu perkataan yang 18sx ni?? Haha






From author :

Fasa yang aku paling suka kat budak-budak ialah time dorang baru mula belajar nak bercakap. Time fasa ni, dorang sangatlah kiut sebab nampak sangat comel bila dengan susah payah dorang cuba nak bercakap dalam bahasa dorang tapi end up dengan aku pun tak paham sebijik patah pun apa yang dorang cakapkan tu. Haha. Takpe la, at least they try. =P . Anak sedara aku si Hasif dan adik Atira tengah melalui fasa ni dan aku rasa mereka berdua sangat comel sangat ! 




10 Fakta Tentang Doraemon Yang Korang Mesti Tahu !






Bismillah , Assalamualaikum , Hai semua ! =)









Korang minat Doraemon tak? Kalau macam aku, dari kecik bugel-bugel, sampailah ke tua awal dewasa ni, aku memang sangat minat tengok citer Doraemon. Cuma sayangnya, kartun ni siar waktu Maghrib, jadi aku tak pernah dapat tengok dari awal sampai akhir. Kalau dapat tengok after solat Maghrib pun, sempat tengok 5 minit yang terakhir je -,-. Kuciwa sungguh guwa. Tapi takpe, komik Doraemon kan wujud lagi. Hehehe








Ha, kalau korang merupakan salah seorang peminat robot Doraemon ni, korang patut tahu serba sedikit info mengenai abam Doraemon kite neyh. Haha. Sama ada info-info ni fakta atau auta, korang terima je la sebagai hiburan okay? Nama pun kartun.... ~







Happy children. Hewhew :3




1. Apa maksud nama Doraemon?

- Nama Doraemon sebenarnya dicipta dari dua patah perkataan: Dora dan Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan yang liar, manakala Emon pula adalah kata ganti untuk haiwan jantan bagi bahasa Jepun. Jadi maksud nama Doraemon adalah kucing jantan liar! Tapi adakah Dora the explorer bermaksud Si pengembara Kucing jalanan liar?



2. Tarikh Lahir Doraemon?

- Doraemon dilahirkan pada 3 September 2112 iaitu tarikh di mana Doraemon dihasilkan.



3. Doraemon Mempunyai Kod Pengeluaran?
- Ya! Doraemon memiliki kod pengeluaran iaitu MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot dan dengan nama inilah ia dipanggil oleh pemilik kilang robot dimana ia dicipta!



4. Apa Warna Asal Doraemon?

- Warna cat asal Doraemon adalah kuning. setelah mendapat tahu telinga digigit tikus, Doraemon dengan mood sedih ala-ala feeling Ombak Rindu merasa tertekan dan menyelinap ke atas menara dan meminum air ramuan berlabel “kesedihan”. Ketika Doraemon menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah disebabkan ramuan itu.



5. Berapa Jumlah Alat Di Dalam Poket Doraemon?

- Terdapat lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket Doraemon, termasuklah yang paling terkenal iaitu Doko Demo Doa ( Pintu Ke Mana Saja), Tate Kopta (Alat Terbang Buluh) dan Time Machine (Mesin Masa).



6. Doraemon Mempunyai Nombor Ajaib?

- 1293!! Doraemon memiliki berat 129.3 kg (amboi beratnya, obesiti ke hapa nie?), dan tinggi 129.3 cm. Boleh berlari sehingga 129.3km/jam ketika dalam ketakutan disunat dan melompat setinggi 129.3cm ketika diancam bahaya. Lingkar pergelangan tangan berukuran 129.3mm, kaki berdiameter 129.3mm dan dicipta pada 3/9/2112.



7. Di mana butang On/Off Doraemon?

- Pada bahagian ekornya berbentuk bulat berwarna merah.



8. Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan adik beradik?

- Kerana kedua-duanya berasal dari tangki minyak yang sama, tetapi Doraemon dihasilkan dua tahun lebih awal.



9. Doraemon pernah bersekolah?

- Pernah, di sekolah yang namanya Sekolah Robot. Aku teka dia belajar menari ballet kat sekolah ni.



10. Bagaimana Prestasi Doraemon di Sekolah?

- Prestasi yang buruk sehingga tiada sesiapa yang berminat mengambil sebagai teman sehinggalah Sewaishi (cicit Nobita) sangat menyukai Doraemon dan menghantarnya kepada Nobita untuk menjaganya.




Eh tapikan, dalam banyak-banyak benda, aku paling musykil bab tarikh lahir si budak Doraemon ni. Kenapa pilih 3 September 2112?? 3 September? 2112? How you know dude?? Hahaha. Biaq pi depa lah nak bubuh tarikh apa pun. Depa yang cipta kartun tu kan ~







Pssstttt....aku cilok info Doraemon ni daripada sumber ini.







From author :

Masa kecik-kecik dulu selalu berangan tetiba je Doraemon keluar dari laci meja study dan keluarkan segala benda ajaib daripada poket kecik dia tu. Pfffttt. Over-dose verangan ! >___<




Salam Lebaran Aidilfitri 2013






Bismillah , Assalamualaikum , Hepi Raya You All ! =)






Alhamdulillah, berjaya jugak kita semua abeskan puasa sebulan. Sedih tu, memang lah. Tapi jom la kita berdoa banyak-banyak supaya dipanjangkan umur supaya dapat jumpa Ramadhan tahun depan okay?








Jadi, di kesempatan yang ada ni, aku sekeluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. Mintak maaf sekiranya ada salah silap, terkasar bahasa dan lain-lain lagi. Kami nak mohon agar dihalalkan jugak segala benda yang terlibat sepanjang perkenalan ahli keluarga kami dengan kamu semua. 










My family at aunt's house. =)






Hm, tahun ni kitorang tak sempat nak amek gambar kat umah. Tak banyak gambar pun. Sempat amek-amek gambar kat rumah adik abah (makcik) je. 







From author : 

Oh ya. Kitorang memang dah lame giler tak pakai baju setema. Masing-masing ikut selera sendiri. Tapi tahun depan kitorang plan nak berpakat balik nak pakai baju same kaler. Cuba bagi cadangan, kaler apa yang cantik ek? =)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved