Bismillah , Assalamualaikum , Hai semua ! =)
Jika diberi pilihan untuk minum antara susu bercampur setitis darah dan susu bercampur sedikit najis, manakah yang korang akan pilih seandainya korang berada dalam satu keadaan yang sangat terdesak untuk buat pilihan memilih antara dua susu tersebut?
Aku rasa, tak ramai yang sanggup untuk minum mana-mana susu pun sebab geli. Betul tak? Kalau aku, belum sempat susu tu sampai lidah, dah termuntah isi perut gamaknya.
Susu tu sebenarnya perumpamaan yang nak menunjukkan bahawa Allah tidak akan menerima suatu amalan hamba-Nya yang bercampur aduk dengan perkara yang lain walaupun sedikit. Tapi sejauh mana penerimaan itu, wallahu'alam. Semuanya bergantung pada Allah lah kan sama ada nak terima atau tak amalan kita semua ni? Tapi sebaiknya, kita buatlah sesuatu tu kerana Allah sahaja. Bukan ada niat sedikit kerana nak mendapat perhatian manusia sejagat. Paham kan? Sebagai contoh, kita bersedekah. Pada awalnya, niat kita tu memang betul kerana Allah Ta'ala. Tetapi tetibe pulak terbit sedikit niat nak menunjuk kat orang lain bahawa kita ni mampu untuk bersedekah. Nauzubillah. Moga kita dijauhkan daripada sikap sebegitu.
Tadi masa usrah, ada cerita tentang ikhlas. Begitu payahnya bagi manusia untuk mencapai keikhlasan tu sebenarnya. Tetiba pulak teringat ayat ni :
Tadi masa usrah, ada cerita tentang ikhlas. Begitu payahnya bagi manusia untuk mencapai keikhlasan tu sebenarnya. Tetiba pulak teringat ayat ni :
"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam yang berada atas batu hitam pada waktu malam yang pekat."
Cannot be seen right? Even malaikat pun tak dapat nak catat setiap amalan kita tu ikhlas ataupun tidak. Hanya Allah yang tahu takat mana keikhlasan kita kerjakan sesuatu amalan tu.
Dan setiap amalan yang kita lakukan tu sebenarnya ada tiga bahagian :
1. Amal ibadah HAMBA iaitu amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah.
2. Amal ibadah SAUDAGAR iaitu amal yang dikerjakan kerana mengharapkan syurga dan pahala.
3. Amal ibadah ORANG YANG MERDEKA iaitu amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan juga dilaksanakan kerana hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak.
Jadi, adakah selama ini kita buat sesuatu amalan tu dengan ikhlas? Kita punya amalan selama ni pulak termasuk dalam kategori mana ye? Adakah kita dah boleh capai tahap amal ibadah seorang yang merdeka? Tepuk dada, tanya iman.
Oleh itu, jom lah kita sama-sama muhasabah diri sebentar. Lihat semula hubungan kita dengan Allah. Adakah kita dah bersedia nak berjumpa dengan Pencipta kita nanti? Ikhlas itu susah, tapi kita boleh mencubanya, insyaAllah, Allah tahu apa yang tersembunyi dalam hati setiap hambaNya.
From author :
Kiamat dah semakin hampir. Adakah sudah cukup bekalan kita untuk menghadapi hari akhirat tu? Sungguh aku gerun.... =/
credit : Bahagian amal