Bismillah, Assalamualaikum dan Hai semua ! =)
Duta Escape Park ketika itu. Hari tu je lah, hari lain tak. Haha. |
Aku bukanlah seorang yang gigih bersukan dalam hutan. Tapi, aku suka je lah nak buat aktiviti-aktiviti lasak ni sebab dulu masa kecik, panjat pokok , terjun sana sini tu dah menjadi kebiasaan. Biasalah, nama pun budak-budak kan? Korang pun same jek macam aku. Terejal.
Kalau korang nak tahu, dekat Penang Island nun disana, ada sebuah tempat yang bernama Escape Theme Park. Tempat ini takde lah gah dan moden macam Genting Theme Park tu, tapi lebih kepada tradisional dan alam semula jadi. Kalau rasa-rasa stress kat tempat kerja dan tertekan dengan kebingitan suasana bandar, korang memang digalakkan untuk datang beriadah di sini. Untung-untung boleh lepas gian nak panjat pokok kelapa sebatang. Hikhik.
Harga normal bagi belia macam aku nak masuk Escape Park ni adalah RM60. (Heh. Jangan ingat tempat yang dekat dengan alam ni semuanya free. Nehi. Never. Non hado. No money no talk). RM60?? Giler lah mahal kan? Aku google pada pertama kali pun terasa macam air liur aku dah bertukar jadi batu. Sukar untuk ditelan melalui kerongkong. Tapi, thanks to Groupon.my , harga tiket dapat diskaun jadi RM36 per person on weekdays (RM45 per person on weekend). Alaaa, kira okaylah tu kan? 40% off. Kau nak ape lagi? Cuba bersyukur sikit.
Actually, plan nak pergi Escape ni dah lama dah. Cuma asek ada halangan dan masa yang terhad. Tapi alhamdulillah, akhirnya kitorang berjaya jugak set satu tarikh untuk laksanakan harapan impian masing-masing nak berlagak Tarzan dalam hutan (Cehh, hiperbola sangat). 27 May 2014 hari Selasa. Tarikh yang sangat cun sebab hari tu budak-budak batchmates pergi UKM ada program CESMED. Kitorang dah pergi tahun lepas, jadi tahun ni takyah join. Maka, hari tu dikira hari 'indirect break' bagi kami.
Okay. now masuk cerita basi yang utama. Hari kejadian. 27 Mei 2014.
Memandangkan kitorang dok Lunas dan Escape ni ada kat Penang island (plus minus 2 hours journey), maka kitorang pun planning nak bertolak daripada hostel seawal pagi yang boleh demi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan terik matahari. Kalau boleh nak bertolak pukul 7. Kalau dapat ah. Tapi sayangnya, kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan right? *ayat cliche* . Makanya, dengan segala yang terjadi pagi tu, kitorang hanya mampu sampai kat Escape Park tu lebih kurang pukul 11 pagi. Nampak tak perancangan yang tak berapa menjadi dah berlaku di situ? =P
Okay. Sampai kat sana, kitorang perlu sahkan those tickets printed from groupon tu sebelum dapat masuk. Tapi, sebelum tu, korang kena tahu beberapa perkara :
1. Dalam Escape Park tak boleh bawak makanan luar masuk dalam hatta botol minuman dan sebungkus roti Gardenia sekalipun. Kat entrance nak masuk tu akan ada guard yang buat spot check kat beg korang. Well, kalau korang ni licik, memang selamatlah. *wink wink*
2. Harga tiket tu satu harga. Kalau ada beg, opkos lah nak kena simpan dulu kan? Takkan lah kau nak bergayut sana sini dengan beg gedabak tu pulak kan..? Kalau monyet, lain citer lah. Haha.
So basically, camni flow dia. Kau register kat entrance. Pastu kena beli kad which dalam kad ni ada amount yang membolehkan untuk kau sewa locker dan beli segala makanan dalam tu. Down payment kad = RM5. Sewa locker = RM15/per locker. These two are basic amounts yang kena ada dalam tu. Lepas tu ikut korang lah nak topup berapa kat kaunter dalam park tu. Jangan risau, nanti bila korang nak keluar, korang akan dapat refund balik duit down payment dan loker tu. Duit makanan je yang burnnn baby burnnn. *Duit makanan = too expensive for student like us
Macam kitorang, kad tu isi RM50 je. Down payment RM5. Locker dua dah RM30. Baki RM15 digunakan untuk beli air.
3. Jangan bawak beg gedabak macam nak pi hiking. Nanti bukan setakat akan membuatkan guard suspicious, tapi nanti tak muat nak sumbat dalam locker. Locker RM15 tu bukan sebesar almari rumah korang taw. Besarnya macam locker helmet tu je. Ya, tak besar mana pun. So, pandai-pandailah bajet barang nak bawak. In case kalau nak bawak baju salin pun, tinggalkan baju tu semua kat dalam kereta. Senang.
4. Its okay to use contact lenses =). Aku rasa better kot pakai lenses instead of spek mata. Sebab kalau lah spek kau tu longgar-longgar gitu, nanti takut jatuh tercabut pulak time buat aktiviti-aktiviti lasak tu semua.
5. Wear appropriate sport attires. Aku rasa ni common sense kot. Takkan lah nak panjat pokok, nak terbang sana-sini naek flying fox tu dengan baju blouse with skirt macam kau pegi kelas? Huihhhh. Bahaya. Nanti skirt terbang-terbang, maunya jantan-jantan daratan tersengih-sengih manakala uncle-uncle baya atok aku kena heart attack.
6. Wear sunblock. Kalau korang rasa nak makan angin sejam dua jek dalam park tu, tak payah kot pakai sunscreen. Tapi kalau korang ni first timer yang gigih macam kitorang, semua benda nak cuba buat dari pagi sampai park nak tutup, sangatlah digalakkan supaya sapu cream protection kat muka tangan dan segala bahagian badan yang berisiko untuk sunburn bila terdedah kat terik matahari. Aku takde dan sangat liat nak pakai sunblock bagai. Sebab tu lah balik dari Escape Park ni, aku dan kuih lapis macam takde perbezaan je. Dua-dua sama berbelang -_-'.
7. Toilet, Shower and Dressing room serta Surau ada disediakan. Untuk muslimah, jangan lupa bawak telekung sendiri kalau korang ni jenis geli nak guna telekung awam.
Okay. Tu je lah kot sikit tips yang aku nak kongsikan. Kalau korang rasa ada lagi tips tambahan, boleh lah share dengan aku ye. Mekaseh ! :*
Ini adalah Ayam. Bukan Cik Yam, bukan Maryam dan juga bukan Bayam. Ayam ni merupakan salah sekor penduduk tetap Escape Park selain daripada angsa dan itik serta tupai. |
Mungkin korang teringin nak tahu apa aktiviti best yang ada kat situ kan? Okay. Ni aku nak bagitahu beberapa aktiviti yang menarik dan selalu jadi perhatian pengunjung untuk mencubanya.
1. Monkey Business
2. Atan's Leap
3. Gecko Tower
4. Tubby Racer
5. Tarzan's Rope
6. Coco Climb
7. Flying Lemur
8. A-Maze
9. Jungle Swinger
10. Balance Beam
11. Dan lain-lain
Mungkin korang boleh click SINI untuk dapatkan gambaran dan description tentang aktiviti-aktiviti yang aku bitaw tu. Hehe. Ingat, tak semua permainan sesuai untuk korang taw. Click SINI untuk pergi sendiri ke homepage Escape Park tu. Dan korang boleh click SINI untuk check sama ada promosi tiket Escape kat Groupon masih ada lagi atau tak.
Ha, ape lagi ek yang nak dikongsikan tentang Escape Park ni..? Apa lagi yang korang nak tahu..? Jangan ah tanya rules bagai. Konpem aku tak tahu. Kalau tanya pengalaman tu, mungkin boleh ar aku nak jawab. Ngeee~ =]
Untuk part satu ni, setakat tu je lah aku nak kongsikan kat semua. Tentang pengalaman tu, nantikan lah part kedua. Part Kedua ni lah yang aku bakal bongkarkan segala bloopers dan unwanted scenes yang berlaku sepanjang hari ni. Sabar eh? Hihi =P
From author :
Kalau tanya aku sama ada nak pergi lagi ke tak Escape Park ni, aku akan jawab boleh je tapi dengan syarat, aku TAKNAK naik satu benda ni. Serious nightmare dan membuatkan aku mengigau malam tu @,@.
Kalau tanya aku sama ada nak pergi lagi ke tak Escape Park ni, aku akan jawab boleh je tapi dengan syarat, aku TAKNAK naik satu benda ni. Serious nightmare dan membuatkan aku mengigau malam tu @,@.