2013 : Perlu Ke Azam Tahun Baru Ni?






Bismillah , Assalamualaikum , Hye peeps ! =)





Welcome 2013 =)






Wah, lagi beberapa hari jek lagi kan dah nak masuk tahun baru ni? Korang excited ke tak ni? Untuk adik-adik yang nak pergi ke sekolah tu nanti, mesti rasa malasssss yang amat kan? Rasa macam berat jek nak pakai baju seragam sekolah tu kan? Kalau yang ada admire kat sekolah tu, mungkin eksaited lah kot. Eheh. Percayalah. Kak Ummi kau ni pun pernah melalui zaman baru nak matang tu la weyh. =P











Sejak sambung degree ni, aku tak rasa sangat pun keseronokan tahun baru ni. Sebabnya, sistem pembelajaran kitorang bukannya macam budak-budak sekolah. Tahun baru kitorang adalah pada pertengahan tahun. Time tu lah baru nak masuk semester baru. So, bila tiba awal Januari ni, nanti mulalah "Eh, dah masuk 2013 dah eh?" "Eh, minggu depan dah tahun baru?" "Eh" "Eh" dan banyak lagi "Eh" yang lain.













Seperti biasa, kalau menjelmanya tahun baru ni, aku rasa, masing-masing mesti akan buat azam tahun baru kan? Tapi persoalannya, perlu ke? 













Hm, sebenarnya azam tahun baru ni perlu lah jugak untuk menaikkan semangat kita untuk berubah kepada yang lebih baik. Meniupkan semangat baru untuk mencapai matlamat dalam hidup masing-masing. Tapi masalahnya, azam 2012 kau tu dah tercapai ke semuanya??? Entah-entah azam 2012 pun dah tak tahu ape benda (Ayat perli diri sendiri sebenarnya =___=")















Bagi yang masih ingat apa azam 2012 korang yang lepas dan azam tu masih tak terlaksana, korang sila lah renew azam tersebut untuk dilaksanakan pada tahun 2013 ni okay? Jangan ingat road tax jek yang ada renew-renew ni. Ahaks.









Jom renew diari tahunan diri kita =)








Hm, azam 2013 aku ? Dah terfikir dah, cuma takmo lah bitaw kat sini. Rahsia kerajaan tanah tu weyyyhh. Tapi aku rasa, untuk azam tahun baru kali ni, aku nak tulis beso-beso dan tampalkan kat dinding bilik tu. Haa, hambekkkk kau ! Tiap-tiap hari boleh nampak dan tarbiyah diri sendiri. Nanti takde lah masuk 2014 je, aku dah lupa azam 2013 aku ape. Haha.













Okay, selamat menyambut tahun baru 2013 yea kawan-kawan ku semua !!! Bagi yang dah tanam cita-cita nak kawen or tunang tahun ni, buat majlis tu, ringan-ringanlah mulut jemput aku taw *angkat-angkat kening*














Semoga tahun yang akan datang ni lebih baik daripada tahun sebelumnya. InsyaAllah, amin ~












From author :

Yang korang tengah baca ni, azam korang apa pulak? Share-share lah weyhhh ^__^. Malu-malu rabbit pulak. Haha.






4 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

Anonymous said...

bila dah bekerjaya....masa akhir tahun ni yang banyak fikir kena wat planning utk tahun depan....

Cik Ummi said...

@Ixbarr Abdullah

muehehehe..nak pikir kawen lagi..kan ix? =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved