Dahulukan Berbaik Sangka~

::.. بسم الله الرحمن الرحيم ::..


Assalamualaikum W.B.T

Hari ni Anne nak kongsi satu cerita.Masih segar di ingatan walaupun dah lama berlalu.

Semoga mendapat 'ibrah (pengajaran) daripada cerita ini.

Satu hari ni, Anne dalam perjalanan pergi KL dengan family. Dekat lebuh raya agak sesak. Traffic jam.

Tapi tak delah sampai macam ni.

Dalam sesak-sesak tu, Anne tertoleh ke kereta sebelah. Ternampak ada seorang brother kat kereta sebelah, dia duduk belakang toleh ke arah tingkap. Gaya macam nak buka tingkap.  Anne pandang depan balik. Dia ni nak buang sampah ke?

Lepas tu, Anne toleh balik kat kereta tu. Brother tu masih buat gaya nak buka tingkap. La, tak settle lagi ke~ Dek tak puas hati dengan perbuatan 'jiran' sebelah, Anne cakap dekat Abah Anne.


'Abah, orang sebelah ni nak buang sampah ke?'


Seisi kereta toleh ke kereta sebelah. 


'Dia nak bagitahu sesuatu la. Cuba buka tingkap.'


Then,my sis opened the window a bit.


Brother tu buka tingkap dan bagitahu,


'Tempat minyak kat belakang tak tutup.'


What?? =_=


OK,Malu!


Ok. Please stop laughing~

Disebabkan malu yang teramat sangat, Anne tunduk sampai kereta brother tu jauh dari kami.Eventhough, he never knows what in my mind. Tapi, yang peliknya lepas brother tu bagitahu Alhamdulillah dah tak jam. Cuba bayangkan. Bila tak jam, tak de lah orang nak bagitahu tempat minyak tu tak tutup. Silap-silap pakai horn je. Kesian kat Brother tu. Patutlah asyik toleh-toleh je. Thanks a lot. May Allah bless.


Ok, this is my story :)


Pada hari itu, Anne belajar sesuatu. Pertama, dahulukan berbaik sangka (husnuzhon). Kedua, lain kali kalau jam atau ditimpa sesuatu musibah jangan mudah mengeluh. Setiap benda yang berlaku pasti ada sebabnya.


Pesan Allah khas untuk hambanya yang beriman.
Siapa? Kitalah! (^_^) InsyaAllah~


 Firman Allah swt yang bermaksud :” Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan prasangka buruk, sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati, maka tentunya kamu merasa jijik dan bertaqwalahh kepada Allah swt, sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang“. 
(Surah Al-Hujurat : Ayat 12)


NotaHati : Silalah buang sampah ke dalam tong sampah. Bukan kat atas tutup tong sampah. Lepas ni kena selalu 'cuci' hati.



Yang Belajar Sesuatu,
Cik Anne
ربة البيت (setakat ni)
Jom sama-sama bersihkan hati! ^_^

Rasa macam pernah tengok Brother tu.


7 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

aizamia3 said...

betuller.. kekadang mudah benar berprasangka buruk sedangkan takde pape pun.. kita je yang rasa cenggitu..

Pha Is said...

pengajaran betol cerita ni.. heheh

EmeLiena said...

Anne, betoi tu. Hmm, Eme sendiri pun kadang-kadang berburuk sangka. InsyaAllah, sama-sama cuci hati :]

ohh ya, hai asuu . hikhik .

Cik Ummi said...

hehehe..

baiknye brother tu kan? ^^,

Puan Besar Shag Yahaya said...

Shag suka tegur keta yg pintu keta taak rapat, tmpt minyak dop tutup. Bagi kita kadang2 tak berbahaya langsung benda2 kecik macam tu. Tapi, bila dah accident etc, mula lah nak cakap 'kalau' lah itu, 'kalau' lah ini :D

Cik Ummi said...

@Puan Besar Shag Yahaya


hehe.
asu pun suke tegur2 orang macam tu..
salu tegur jugak kalau belakang tudung tersingkap ke, ape2 lah asalkan benda tu boleh buat dia malu kalau tak ditegur :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved