Bismillah , Assalamualaikum , Hai kawan! =)
My partner in crime a.k.a member sejak tadika. Namanya Nabilah tapi aku panggil dia Byl. |
Awal planning semalam, lepas mendaftar mengundi kat pejabat pos, aku ingat nak pergi klinik gigi dulu sementara tunggu Byl check matanya kat Ophthalmology Department kat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) kat sebelah tu.
Bila dah sampai kat perkarangan hospital, kepayahan nak cari ruang nak parking menyebabkan aku mengubah fikiran serta-merta (Hahah. Dasar perempuan. Cepat je berubah fikiran kan? =P). Aku buat keputusan nak teman Byl pergi buat check up mata lepas bersarapan kat warung hospital tu dan balik.
Jemput makan ye. Mee rebus je. Hehe |
Bila dah dalam bangunan hospital pulak, tetiba aku bukak cerita kat Byl yang aku pernah cuba nak derma darah kat HPSF tahun lepas tapi tak layak sebab kekurangan darah. Lepas daripada rejection tu, aku memang dah target nak jaga makan supaya darah aku sentiasa melepasi had minima untuk menderma ni.
Waktu kitorang tercari-cari kat mana letaknya department Ophthalmology tu, time tu lah aku terserempak dengan lecturer lama aku time belajar medik dulu. Dia seorang doktor Phillippines dan sangat lah baik baq anggg. Dia memang seorang yang berfikiran positif dalam apa jua keadaan dan mukanya sentiasa happy walau kekadang tu nampak garang. Kebanyakan students yang kenal dengan dia, mudah suka dengannya sebab dia memang mesra dan selalu bagi supports and motivations kat students dia. Dan paling terharunya, walaupun aku bukanlah seorang student yang outstanding dan sangat lemah masa medik dulu, dia masih lagi kenal aku siap dengan nama aku sekali padahal dulu tak pernah pulak satu group PBL ngn dia dan cuma beberapa dua kali je ada 'sesi kaunseling'. Haha. Nampak tak betapa down nya aku masa study dulu sampai kena kauseling bagai =P . Oh ya, nama lecturer aku ni, Roy Rillera Marzo. Kitorang biasa panggil Dr. Roy.
Doctor kitorang ni makin tua makin hensem plak. Haha |
Misi mencari Dep. Ophthalmology masih lagi diteruskan. Bila dah jumpa, perghhhhhh punyalah berlambak patients yang tengah tunggu giliran. Masih lagi gigih nak menunggu?? Of course lah tidak ! Kitorang pun blah dari situ dan kebetulan memang lalu kat department amek darah ni. So, tanpa buang masa yang memang dah terbuang sebab plan tak menjadi, aku pun ajak Byl untuk cuba tanya nurse kat dalam department tu sama ada kitorang boleh tak nak menderma sebab aku time tu tak bawak buku merah, Byl pulak memang tak pernah menderma lagi. Bila nurse tu kata boleh, kitorang pun proceed dengan unplanned event ni. Hehe.
Aku selalu tak ingat bahawa unit ni termasuk dalam Jabatan Patologi. |
Untuk sesiapa yang tak pernah menderma darah, meh sini aku nak kongsikan procedures yang korang perlu lalui sebelum tahu sama ada korang ni layak menderma ataupun tidak (terutamanya kepada sesiapa yang merancang nak menderma kat Hospital Pakar Sultanah Fatimah HPSF Muar): [Klik link ni untuk tahu sama ada kau layak atau tak untuk menderma]
1. Isi borang menderma darah yang disediakan.
Gaya macam nak jawab exam je. Haha |
Dalam borang ni, selain dia mintak details pasal kau, dia jugak ada baaaanyak soalan survey untuk kau tandakan Ya/Tidak. Serious leceh. Walaupun kau sihat walafiat ke apa, kena jugak jawab sebab kau mungkin sihat tapi mungkin ada penyakit keturunan yang boleh bagi risiko kalau darah kau masuk ke orang lain. Kalau lah nak menderma darah ni tak strict, baik pihak hospital amek darah kambing je. Tak payah susah-susah nak cucuk orang pakai jarum yang boleh buat orang pengsan tu. Haha.
Oh ya. Sejak kes Virus Zika dikatakan telah masuk Malaysia, ada soalan tambahan yang kau kena jawab dengan jujur.
2. Pemeriksaan darah dan berat badan.
Dah lama tak rasa 'kena gigit semut' kat hujung jari. Hehe |
Walaupun orang tu merupakan penderma ulangan, tetap kena jugak lalui pemeriksaan darah ni sebab nak tahu sama ada kepekatan sel darah merah tu dah cukup syarat minimum (12.5 Hg/ml) ataupun tidak. Tu yang paling penting. Cair sangat tak boleh, pekat sangat pun tak boleh. Time ni jugak lah kau boleh tahu kau dalam kumpulan darah apa. Oleh kerana aku kategori O+, sebab tu lah aku rasa terpanggil untuk merajinkan diri menderma darah kepada mereka yang memerlukan nanti. Aku tak kaya nak derma duit. So, derma darah je lah mampu. Hehe
Tapi kan, benda yang paling mengerikan bagi aku masa proses ni adalah waktu menimbang berat badan! Hahah gile tak cuak. Betapa lamanya aku tak timbang berat badan, sekali naik penimbang, mau juling biji mata sebab terkejut. Huh. Nampak sangat aku memang bahagia sekarang. Lol.
3. Sesi soal selidik atau kaunseling pra-pendermaan.
Bilik kauseling |
Oleh kerana syarat pra-pendermaan ada soalan yang berkaitan dengan aktiviti seksual, maka haruslah seorang penderma itu masuk ke dalam bilik yang lebih privasi supaya doktor boleh soal-siasat dengan lebih lanjut tentang keadaan penderma itu.
Ye lah, kalau tak soal, bahaya weh. Ini soal darah kita nak bagi orang. Kena lah berkualiti sikit. Takkan lah nak derma darah yang berpenyakit ye dak?
Oh, time ni jugak kalau terkantoi korang ada buat rawatan gigi (tampal, cabut etc.), memang secara automatik korang tak layak nak menderma atas sebab-sebab yang tertentu. Nanti tanyalah sendiri ye kenapa kalau buat rawatan gigi tak boleh menderma darah pada hari yang sama.
4. Kalau layak menderma, boleh teruskan dengan proses pengambilan darah guna cucuk jarum besar gedabak. Bagi yang tak layak, jangan sedih-sedih. Next time cuba lagi ye. Hehe
Alhamdulillah vein aku besar dan jelas. Senang nurse nak cucuk. |
Secara jujur, aku memang rasa cuak masa nurse nak cucuk tangan aku tu. Ye lah, dah setahun lebih aku tak kena suntik macam ni, sekali tengok jarum besar tu, tertelan air liur la jugak. Scaryyyyyy. Hahah. Tapi aku sado. Tengok je dengan redha apa yang nurse tu buat kat tangan aku.
Nampak tersenyum, tapi sebenarnya ada perit tu kat tangan dia. Huhu |
Kesian kat Byl sebenarnya sebab salur darah dia kecik dan tak jelas. Nurse tu cakap vein dia tu muat-muat je jarum nak masuk. Sebab tu lah darah Byl lambat nak penuhkan beg darah. Tapi malangnya, area jarum tu dah mula tunjukkan lebam-lebam. Jadi terpaksalah nurse berhentikan jugak proses amek darah Byl ni sebab takut risiko lain pulak. 200ml/350ml je dapat kutip daripada seketul Nabilah ni. Shiyannn dia.
Selamat jalan darahku ! |
Wahhh,, rupanya dalam masa 5 minit darah aku berjaya dikumpulkan sebanyak 350ml. Aduhh, siyes menyesal tak mintak beg 450ml kat nurse tu awal-awal tadi. Ye la, time memula dah takut, sebab tu mintak beg kecik je. Ni bila 5 minit dah abes proses keluar darah, rasa macam tak puas je. Sekejap sangat. Hahah
5. Penderma dapat makan dan minuman ringan.
Habuan untuk aku hari ni. Haha |
Ha ! Dalam banyak-banyak sebab kenapa aku suka derma darah, ni lah sebabnya. Boleh dapat goodies ! yayyyy. Haha. Dulu pernah dapat sekali folate dan vitamin. Tapi kali ni tak dapat pulak. Kalau derma kat Hospital Kulim aritu, lagi lah heaven sebab dapat pau Apollo perisa coklat tu bebanyak. =P . Nak dapat makanan ringan ni semua, kena bergantung kepada hospital dan tempat jugak. Kalau nasib tak baik, cuma dapat air kotak dengan apollo seketul ja. Huhu
Sebelum balik tadi, nurse sempat pesan, dalam masa 6 jam lepas menderma darah tak boleh buat kerja berat. Ye lah, darah korang dah banyak hilang pada hari tu, so kena lah kawal sikit keliaran tu. Oh! Dan satu lagi pesan nurse tu, kalau korang ada rasa lain macam seperti demam, ruam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala atau konjunktivitis (mata merah) dalam masa 2 minggu selepas menderma darah, kena inform Jabatan Perubatan Transfusi cecepat untuk dapatkan rawatan lanjut.
Side effect menderma darah kat aku?
Haha. Mengantuk. Serius weh, balik je rumah aku terus pengsan atas katil. Malam pun tido awal sebab badan rasa letih sangat tak cukup oksigen.
Haha. Mengantuk. Serius weh, balik je rumah aku terus pengsan atas katil. Malam pun tido awal sebab badan rasa letih sangat tak cukup oksigen.
Happy sebab servis dari nurse-nurse kat situ best. Dorang layan pun baik-baik je. Takde pun nampak dorang muke ketat. |
Okay, takat tu je lah apa yang aku nak kongsikan pengalaman aku menderma darah kat HPSF Muar semalam. Harapnya, korang yang membaca ni dapat semangat untuk bermurah hati menyokong kempen-kempen menderma darah pada waktu akan datang tak kira di mana jua korang berada.
Sebenarnya ada banyak kebaikan kalau korang pi menderma darah ni. Tapi tak larat lah aku nak kupas sesatu. Cuma aku nak kata, kita menderma ni, niat lah untuk membantu orang. Free-free je dapat pahala wehh. Tak nak ke?
Untuk sebarang kemusykilan yang berkaitan dengan Kempen Menderma Darah ni, korang boleh direct terus pi usha website Pusat Darah Negara ni sendiri. Segala macam ada termasuklah planner untuk lokasi yang ada buat kempen derma darah ni.
From author:
Orang kata kalau derma darah ni boleh menggemukkan. Tapi aku tak percaya sangat tu sebab banyak orang aku jumpa, makin kurus. Tapi kalau korang tengok aku tak kurus-kurus, itu sebab aku memang kuat makan dan malas bersenam. Dah jangan tanya lagi lebih-lebih. Aku tampo kang. Haha