SKR Blog Review #2 : Shawal Dan Darlieyana






Bismillah , Assalamualaikum , Hye peeps ! =)





Entry kali ni, aku nak korang kenal dengan Shawal dan Darlieyana pulak. Hihi. Ramadhan baru jek nak masuk, dah datang Shawal. Ha, acano tu?? (Shawal, don't get mad okay? Joking joking je lorh. Hewhew)






Okay.
Daripada blog Shawal, aku sangat tertarik dengan posts yang berlabel Tips Kesihatan dan Info Keislaman kat bahagian sidebar kanan tu. Bila dah tertarik tu, mula lah aku nak godeh-godeh sikit apa yang ada dalam tu. Tetiba mata aku tertancap pada post ni :



1) Tips mengurangkan berat badan 


Haha. Nampak sangat bahawa aku sekarang ni tengah feeling-feeling unsecured sebab, taw je lah kan bulan Ramadhan ni. Kalau berbuka tu jek, aku tak makan banyak jenis, tapi tah la. Bila mak masak sedap sikit, mesti aku akan makan dua pinggan =.=. Sebab tu lah rasa tak selamat dengan berat badan sekarang ni dan tengah mencari-cari tips untuk kawal berat badan ni haa.. Kang tak pasal-pasal baju raya tahun ni koyak rabak. Haih.

Aku rasa point-point dalam entry Shawal yang ni memang banyak yang menjentik batang hidung aku sendiri. Hailaaa. Memang saka dalam perut kuat makan, nak buat macam mana. Hehe =P




2) Manfaat buat kurma


Nampaknya mata aku lebih senang memilih topik yang berkaitan dengan makanan sekarang ni. Nak buat macam mana, dugaan berpuasa kan? Hehe. So, korang kalau berbuka selalu makan buah kurma tak? Biasa lah kan, bulan-bulan Ramadhan ni, buah kurma dan kita-kita yang berpuasa ni memang takleh nak pisahkan. Tapi, yang aku sedikit hairan lah kan, bila bulan-bulan biasa, time bukak puasa sunat Isnin dan Khamis, takde pulak orang berebut nak bukak puasa dengan kurma. Macam tak biasa pulak. (Lebih ditujukan kepada diri sendiri sebenarnya =.=). Hm, kenape ek? Walaupape pun jawapan korang, meh la kita tengok apa yang Shawal dah kongsikan pasal buah kurma ni ok.


















Dan header yang cantik manis ni, kepunyaan Lia, the owner blog of her blog lah. Hehehe. Nice quote you got there Lia ^___^



Untuk blog Lia, aku pilih dua post ni :



1) Aku suri rumah


Bagi aku, post ni ada kait betul lah dengan aku. Sebabnya, dulu aku pun pernah gak jadi 'suri rumah' ni. Maklum lah, sementara tunggu nak cari kerja part-time time cuti matriks, aku jadi lah suri rumah sat. Alaaa, tak susah mana pun. Cuma part memasak lah yang aku rasa berat sebab aku memang tak suka memasak. I mean,, bukan tak suka, tapi mood masak memang jarang ada. Aku lebih suka tolong-tolong orang memasak jek. Dan kerja suri rumah yang aku paling suka buat adalah kemas rumah, basuh pinggan dan jemur kain. Haha. Kerja senang pun nak heboh. Pfffttt =P




2) What is your lucky number?


Ha, benda ni memang sangat interesting walaupun kita semua diingatkan supaya JANGAN percaya benda ni 100%. Well, tak salah kalau nak suka-suka tahu nombor yang bakal jadi kesukaan kita kan? Macam aku, dari dulu sampai sekarang, nombor favourite and kinda-lucky-number aku adalah nombor 5. Tak tahu kenapa, aku rasa nombor 5 sangat unik dan tunggal. Korang jangan jeles pulak yerr dengan nombor unik aku tu. Hehe. So, apa nombor bertuah korang?












I think thats all for now.
Got to go. Bye ! Selamat berkenalan dengan Shawal dan Lia ! =) Jangan nakal-nakal taw korang. Hewhew.






Psssttt, kalau masih ada yang nak cuba tuah untuk dapatkan kad raya, boleh la join segmen ni sebelum 22 Julai 2013. Ok? Ciao !



Klik banner ni laju-laju sebelum terlambat. Hewhew







From author :

Hm, makin lama makin cuak pulak nak tunggu raya masuk. Hee, seram ! >___< . Cuti kali ni memang tak aman langsung bila terpaksa memikirkan pasal study. Huhu



2 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

sizziey darliana said...

hehehhe.. Lia datang baca .. thanks cik ummi .. review blog Lia

Unknown said...

thanks review blog post shawal.. hehe.. mencuit hati and rasa happy gilerr bile shawal baca.. ^^v thanks.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved